Anda di halaman 1dari 1

Menariknya tentang timun

Jika anda keletihan di siang hari makanlah timun, ia kaya dengan vitamin B dan karbohidrat untuk
mengembalikan kesegaran anda dan ianya mampu bertahan berjam-jam.

Jika cermin di bilik mandi anda sentiasa berkabus setiap kali selepas mandi, ambilkan sepotong timun
dan sapu ke seluruh muka cermin tersebut, ia akan menghilang kabus dan menghasilkan bauan yang
nyaman seperti di spa.

Jika ulat dan siput merosakkan tanaman anda, masukkan beberapa potong timun ke dalam bekas tin
aluminium. Tindakan bahan kimia daripada timun dengan aluminium menghasilkan bauan yang tidak
dapat dikesan oleh deria manusia tetapi mampu menghalau serangga perosak lari dari sekitar tanaman
tersebut.

Jikan anda ada masalah selulit yang menghodohkan rupa kulit anda, potong beberapa keping timun
dan sapukan selama beberapa minit pada kawasan bermasalah tersebut. Ia mengandungi Iitokimia
yang membuatkan kalogen pada kulit anda bertindak menegangkan lapisan luar kulit dan
menghilangkan pandangan selulit itu. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan berkedut
pada kulit.

Jika anda mabuk atau pening kepala, makan beberapa potong timun dan pergi tidur. Anda akan segar
semula sepelepas bangun. Timun mengandungi gula, vitamin B dan elektrolit yang cukup untuk
mengebalikan nutrient yang hilang dari badan anda seterusnya mengembalikan kesimbangan tubuh
badan anda. Mabuk dan pening hilang dengan mudah dan percuma.

Tak sempat makan kerana banyak kerja, makan saja timun dan ia mampu mengelakkan anda dari
merasa kelaparan. Ia telah lama digunakan oleh para pelayar dan pedagang eropah sejak dulu bagi
mengelakkan kebuluran.

Tak sempat gilap kasut berkilat anda, ambil timun segar potong dan sapu pada permukaan kasut
tersebut. Kasut akan segera berkilat bersinar-sinar dan bertahan la malah ia juga kalis air!

Timun boleh jadi pengganti kepada WD 40. Jika ensel anda ketat berbunyi, sapukan atau tenyeh saja
dengan timun, engsel kembali lancar dan tiada lagi bunyi.

Rasa stress dan berserabut tak perlu pergi ke spa atau pusat urutan. Masukkan saja sebiji timun yang
dipotong ke dalam air panas mendidih dan serkup muka anda dengan tuala untuk di salaikan pada stim
air campuran timun itu. Anda akan rasa segar dan tenag kembali. Baik untuk kaum ibu dan pelajar
yang stress.

Lepas makan dan anda khuatir mulut berbau. Ambil sepotong timun dan tekankan ia dengan lidah
pada lelangit mulut anda selama 30 saat. Bahan kimia pada timun akan membunuh bakteria yang
bertanggung jawab menghasilkan bau mulut.

Peralatan stainless steel anda boleh digilap dengan potongan timun untuk mengembalikan sinarannya
dan ia mampu menghilangkan kekotoran yang melekat pada barang tersebut.

Nak buat pembetulan pada tulisan pen mudah saja dengan mengambil bahagian kulit luar timun dan
gosok perlahan-lahan, tulisan akan terpadam. Juga boleh digunakan untuk memadamkan hasil seni
anak-anak anda pada dinding rumah. - wartashubhi

Anda mungkin juga menyukai