Anda di halaman 1dari 8

TAJUK TUGASAN: Menganalisa isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web .

Penggunaan ICT dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di SK Bukit Rimau, Shah Alam. PENGENALAN

Teknologi secara amnya telah wujud sejak dulu lagi ketika penggunaaan kertas dan pen serta beberapa bahan alat-alat yang wujud sebelum datangnya era teknologi yang penuh digital iaitu teknologi komputer, kalkulator, telefon bimbit dan sebagainya, walaupun pada hakikat saya pun memikirkan bahawa teknologi hanyalah bermula apabila manusia mula mencipta komputer tetapi telah bermula sejak sekian lama. Sebenarnya skop teknologi amatlah luas peranannya sebagaimana ia telah banyak membantu tamadun manusia berkembang dengan pesat apabila bermula era perkomputerna di era 90an, dan semakin bertambah bilangannya apabila ternyata ia banyak menyelenggarakan gerak kerja dengan pantas dan mudah. Kemudian kita beralih kepada Teknologi sebagai Pengetahuan iaitu bagaimana teknologi inovasi ini dapat menyampaikan maklumat menerusi internet dan mudah didapati kepada mereka yang memerlukan kepadanya. Pada sudut yang lain pula, penyesuaian kepada perubahan persekitaran di tempat mengajar adalah titik tolak kejayaan untuk mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Ia sebenarnya adalah hasil dari guru yang 'transform" diri mereka bukan dari segi zahir tetapi mental untuk merubah sesuatu keadaan yang sebelumnya amat berbeza dengan situasi tersebut namun akhirnya dapat diatasi apabila guru berjaya merubah gaya penyampaian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar sekolah kepada para pelajar. Latar belakang kajian Dilihat masa kini pembelajaran berasaskan elektronik dan web merupakan satu cara untuk menarik minat pelajar untuk memahami isi kandungan mata pelajaran dengan lebih 1

mudah dan berkesan. Dalam pada itu guru berperanan memperjelaskan dan memberikan bimbingan terhadap pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Penggunaan web akan menggalakkan pelajar untuk meneroka dan mendapatkan pelbagai maklumat dari sumber internet. . Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar dari tahun 6 dan guru-guru pendidikan Islam dalam penggunaan ict dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Seramai 10 orang guru pendidikan Islam dan 40 orang murid dari tahun 6 sebagai populasi.

TUJUAN KAJIAN Kajian ini dibuat untuk melihat beberapa isu yang wujud di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan elektronik dan laman web sebagai media pengajaran. Beberapa isu telah wujud dengan penggunaan laman web sebagai media pengajaran untuk pelajar sekolah ini, iaitu sejauh mana laman web yang digunakan telah membantu kefahaman pelajar dan apakah persepsi pelajar ke atas penggunaan laman web sebagai media pengajaran mereka. Seterusnya apakah masalah yang wujud atau halangan-halangan dalam penggunaan media pengajaran berasaskan elektronik.di sekolah ini dalam menjadikan laman web sebagai media pengajaran. Begitu juga ia bertujun untuk kenal pasti potensi penggunaan media pengajaran berasaskan eletronik. Kajian ini juga akan mencadangkan penambahbaikan yang boleh diambil untuk memperbaiki kelemahan yang wujud. KEPENTINGAN KAJIAN DIJALANKAN Kajian ini penting kerana ianya dapat memberi alternatif baru kepada pihak pentadbir sekolah sekiranya menghadapi masalah kekurangan guru pendidikan Isalam . Pendekatan ini akan dapat membantu pendidik untuk menggunakan pendekatan yang kreatif dan berinovasi dalam menyampaikan mata pelajaran pendidikan Islam juga maklumat kepada pelajar khususnya. Di samping ia amat berguna bagi tujuan meraikan majlis-

majlis khas dalam bulan Islam seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Penghayatan Bulan Ramadhan dan sebagainya. . Perbandingan tahap kefahaman pelajar berdasarkan pendekatan konvensional dan pendekatan berasaskan laman web adalah penting kerana ianya akan menunjukkan kaedah manakah yang akan memberikan kesan yang lebih baik dalam proses pembelajaran di SK Bukit Rimau dalam mata pelajaran pendidikan Islam. . KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini diharapkan akan dapat menggalakkan implementasi penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan laman web secara meluasnya pada masa depan bagi membolehkan pelajar politeknik mendapatkan maklumat yang lebih tepat pada kadar yang cepat. Kajian ini juga diharapkan akan dapat memberikan galakan khususnya kepada para pendidik di politeknik untuk menggunakan laman web dalam proses pengajaran mereka. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan idea baru kepada unit kurikulum supaya mendedahkan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran kepada semua guru-guru di sekolah ini. Diharapkan dengan hasil kajian ini akan lebih membuka mata bagi semua guru tentang cara bagaimana mengguanakan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga diharapkan kajian ini akan dapat membolehkan guru yang mengganti kelas berkaitan akan dapat menyampaian pengajaran berdasarkan maklumat dari laman web tersebut.

KESIMPULAN Dapatan dapatan kajian membuktikan pelajar pelajar diploma seni bina mempunyai persepsi yang positif ke atas penggunaan laman web sebagai media pengajaran dan ianya membantu untuk meningkatkan kefahaman pelajar pelajar diploma seni bina dalam proses pembelajaran

KEKANGAN Tahap Kemahiran Para Pendidik Bagi para pendidik yang mempunyai tahap literasi komputer yang baik maka mereka berupaya untuk membina laman web yang baik. Sebaliknya bagi para pendidik yang mempunyai tahap literasi komputer yang rendah maka mereka akan mempunyai masalah dalam menggunakan laman web sebagai media pengajaran mereka. Tahap Literasi Komputer Pelajar Pelajar yang mempunyai tahap literasi yang rendah mempunyai masalah untuk belajar dengan menggunakan laman web Prasarana Yang Tidak Lengkap Prasarana politeknik yang tidak mempunyai kemudahan komputer yang mencukupi telah memberikan masalah kepada proses pembelajaran berasaskan laman web perkakasan untuk membina laman web iaitu komputer, modem dan talian perlulah mencukupi Faktor Masa Kekangan masa yang dihadapi oleh pendidik dalam usaha untuk menghabiskan sesuatu subjek yang diajar dalam tempoh yang tertentu juga boleh menganggu pendidik untuk menghasilkan laman web yang baik sebagai media pengajaran

CADANGAN

Teori pembelajaran berasaskan laman web menurut jurnal ini ialah pembelajaran secara elektronik atau lebih dikenali sebagai E-pembelajaran.Suasa pembelajaran akan lebih menarik lebih-lebih lagi bila digabungkan pelbagai format meliputi teks,audio,grafik,animasi dan penggunaan video.Teori Dick dan Carey(Rapidah 2002),mencungkil penguasaan laman web didalam aktiviti pembelajaran disertai 3 strategi yang sistematik.Empat Model pedagogi yang diperkenalkan oleh burner pula

bersesuaian dengan penggunaan ICT sebagai bahan pembelajaran.Maka teori-teori ini membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Jurnal ini juga merangka objektif atau kepentingan pembelajaran bahasa Arab melalui laman web.Antara kepetingannya ialah pembelajaran berasaskan ICT akan memberian keberkesanan maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kon pengalaman yang dihasilkan oleh Dale(1946) memperjelaskan kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada susah kepada mudah.Namun segala teori dihasilkan sukar untuk direalisasikan berikutan penyediaan program pengajaran Bahasa Arab melalui internet amat sedikit.Lalu program pembelajaran berasaskan elektronik adalah salah satu usaha yang membantu memudahkan mereka yang mempelajari bahasa Alquran ini.Perisian yang disediakan memberikan pengajaran yang lebih fleksibel dikalangan pelajar.Ianya boleh digunakan dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sekalipun.Contohnya di Indonesia iaitu di Akademik Arab telah menyajikan tempat pertemuan bagi pelajar dan guru memanfaatkan teknologi ,dengan memasuki laman-laman kursus diruang kelas mereka melalui internet.Perbincangan secara interaktif secara online dengan kawalan monitering yang sistematik.Disamping pelajar dapat mengumpul dan menterjemah bahan pembelajaran bahasa Arab. Objektif kedua menurut jurnal ini,pembelajaran berasaskan web dapat memberikan pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.Menurut E-belajar(2002),Faktor ketidakhadiran pelajar bukan lagi merupakan gangguan iklim pembelajaran kerana pembelajaran boleh diadakan dimana sahaja asalkan adanya capaian internet.Sebagai contoh Penggunaan Kurikulum Bahasa Arab interaktif yang berasaskan pedagogii yang sistematik telah digunakan di Akademik Arab di Indonesia.Akademik ini berasaskan sistem bestari yang dikendalikan sepenuhnya memalui online.Sistem yang digunakan mampu mengukur tempoh waktu yang digunakan oleh pelajar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Objektif yang ketiga dari hasil kajian ini ,pengajaran berasaskan web mampu mensejagatkan sumber pengajaran dan pembelajaran.Sistem pembelajaran tanpa sempadan ini membolehkan para pelajar menikmati bahan-bahan yang dihasilkan terus dari negara Arab.Sumber pengajaran dan pembelajaran disalurkan menerusi talian

berasaskan web dan internet dari seluruh negara didunia.Melalui kaedah ini pelajar tidak lagi bergantung dengan bahan yang disediakan oleh guru semata-mata.Penterjemah secara langsung yang disediakan dimana-mana laman web,memberikan lebih penguasaan Bahasa Arab kepada pelajar. Selain itu,pengajaran berasaskan web dapat mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.Penggunaan internat dapat membantu guru-guru menyediakan bahan pengajaran yang lebih pelbagai.Melalui pembelajaran interaktif guru dapat menyampaikan pelbagai konsep dan latihan.Masa untuk mencatat latihan dan gambarajah dipapan hitam dapat dikurangkan dengan menggunakan gerakan animasi terus melalui komputer.Melalui E-pembelajaran kelas boleh diulang dengan lebih mudah berbanding pembelajaran secara tradisional. Dan objektif kelima dari kajian pembelajaran berasaskan web membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.Menurut Norhayati(1998),pelajar-pelajar menghadapi kesukaran menguasai tatabahasa Bahasa Arab.Ia juga berpendapat penggunaan laman web memungkinkan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.Merujuk kepada jurnal yang bertajuk Epembelajaran:evolusi internet dalampembelajaran sepanjag hayat,kajian oleh Zahiah bt Kassim dan Abdul Razaq bin Ahmad,Universiti Kebangsaan Malaysia,menyatakan aspek sosioemosi dapat diatasi.Melalui pembelajaran secara onlne terutama secara asinkroni,bukan sahaja mengubah peranan guru,tetapi sangat berfaedah kepada golongan pelajar yang pendiam dan pemalu untuk memberi pendapat mereka disuasana pengajaran tradisional,sebaliknya mereka boleh turut serta secara aktif dalam forum perbincangan maya,terutama didalam forum e-kumpulan berbentuk asinkroni. Dan objektif yang terakhir dikemukakan didalam jurnal ini,pengajaran berasaskan web mampu menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.pengajaran disampaikan melalui multimedia teknologi,animasi,gambar statik,suara,muzik,teks dan filem dapat dapat disampaikan secara serentak bagi membantu kefahaman pelajar.Tugas guru menyediakan bahan semakin mudah berikutan teknologi hari ini yang mampu melimpahkan maklumat secara terbuka dan berleluasa.Dari kajian jurnal ini,menurut Norhayati(1998) lagi, penggunaan bahan bantu mengajar yang kena pada tempatnya berjaya menarik minat pelajar dan mendapat respon

yang baik.Pelajar juga lebih aktif lalu lahirlah konsep murid membuat dan guru membimbing. Jurnal ini juga mencungkil beberapa masalah dan cabaran penggunaan web didalam pembelajaran.Antaranya ialah insfrastruktur yag terbatas,bagi melaksanakan penggunaan teknologi didalam pembelajaran.Pelbagai peralatan seperti komputer,talian internet,telefon mudah alih dan televisyen adalah aset utama misi ini dicapai.Kekurangan peralatan ini menyebabkan pembelajaran berasaskan web tidak dapat dipenuhi secara menyeluruh.Tidak semua kawasan di Malaysia yang mendapat talian internet.Contohnya diTerengganu hanya 40% sahaja sekolah yang mempunyai perkhidmatan internet.Malah pembelajaran berasaskan teknologi ini memaksa guru dan pelajar mempelajari terlebih dahulu ilmu teknologi dan penggunaannya.Dari kajian oleh Encik Ahmad bin Isa dari Sekoah Menengah Pasir Gudang (1) Johor Bahru,bertajuk perancangan pengurusan kakitangan kemudahan profesional insfrastruktur pemangkin memberi kejayaan kesan program dalam akademik,menyebutkan pengajaran dan proses

pembelajaran.Sukar seseorang guru yang cekap dan mahir menggunakan komputer sekiranya komputer tidak dibekalkan ke sekolah. Cabaran yang kedua ialah kandungan perisian itu sendiri.Tidak dikatakan berkesan sekiranya isi kandunagn perisian yang disediakan hanyalah digarap dari isi kandungan buku teks semata-mata.Kekangan demi kekangan berlaku apabila guru-guru tidak dapat menyediakan bahan pengajaran yang lebih pantas dan bermutu tinggi.Usaha ini juga terpaksa menghadapi ketidaksesuaian sukatan yang sering berubah. Pada konklusinya,jurnal ini menyimpulkan implementasi konsep E-pembelajaran dimalaysia masih berada pada tahap awal.Cabaran demi cabaran perlu dihadapi dan pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi merealisasikan tujuan ini.Konsep penggunaan Bahasa Arab masih begitu baru di negara kita.Diharapkan banyak lagi kursus bahasa Arab dapat diadakan secara online.Untuk melahirkan guru yang celik teknologi,pihak berwajib perlu membudayakan program dan latihan ict.Para sarjana juga digalakan untuk menghasilkan teknologi,bukan setakat pengguna teknologi.Usaha MIMOS menyediakan teknologi wajar dikembangkan.Usaha ini mampu dimanfaatkan oleh para pendidik.semua pihak wajar meggembeling tenaga bagi mencapai matlamat memartabatkan bahasa Alquran menjadi kenyataan.

Bibliografi Ahmad bin Md.Isa.Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (1).Perancangan pengurusan kakitangan profesional pemangkin kejayaan program akademik. Jurnal teknologi, 37(E) Dis.2002 47-56,Universiti Teknologi Malaysia.Perancangan pendidikan untuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan K-ekonomi. Zahiah binti Kassim, Abdul Razaq bin Ahmad,Universiti Kebangsaan Malaysia.Epembelajaran : Evolusi internet dalam pembelajaran sepanjang hayat.