Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN

1.0 PENGENALAN Pada 15hb April 2011(Jumaat), saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 yang bertajuk Bentuk Di Sekelilingku. Kelas yang saya ajar ialah ! Bestari yang terdiri daripada 40 orang murid iaitu 22 lelaki dan 18 perempuan. Masa yang diperuntukkan ialah selama 60 minit iaitu dari 1.45 petang hingga 2.45 petang. 2.0 KEKUATAN Secara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran iaitu murid dapat mengenal pasti pelbagai bentuk asas iaitu segi empat tepat, segi empat sama, segi tiga dan bulatan yang terdapat pada objek di persekitaran murid. Saya telah menggunakan laptop, LCD dan perisian Power Point sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Bahan bantu mengajar yang sesuai adalah sangat mustahak. Saya menggunakan program yang beranimasi dan berwarna-warni dalam pengajaran untuk menarik perhatian murid supaya mencapai keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.0 KELEMAHAN Semasa sesi pengajaran makro, kelemahan juga dikenalpasti iaitu murid mula bertindak sebelum saya memberi arahan. Ini disebabkan oleh murid-murid berasa sangat berminat untuk menjalankan aktiviti dan mereka tidak sabar menunggu arahan guru lalu mula mencuba sendiri. Tindakan murid seperti ini adalah dilarang semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini akan mengakibatkan murid-murid mengambil langkah-langkah yang salah dan akhirnya tidak mendapat jawapan yang betul.

4.0 LANGKAH MENGATASI Setiap Berdasarkan kelemahan kelemahan dan dan kekurangan kekurangan yang dalam dikesan memerlukan makro,

penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. pengajaran penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah mengingati murid-murid bahawa peraturan kelas perlu juga dipatuhi semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Muridmurid tidak dibenarkan untuk bertindak sebelum arahan diberi. Ingatan ini mesti tegas diberi.

Secara kesimpulannya, saya amat berpuas hati terhadap pengajaran makro ini walaupun tertimbul beberapa kelemahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan membaiki kelemahan ini untuk menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti pada masa akan datang

Anda mungkin juga menyukai