Anda di halaman 1dari 3

TEKNIK SIMULASI

O berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat


keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
O dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
O alam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri
situasi dan masalah.
O Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
kelebihan




O !elajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat
O emahiran pertuturan pelajara dapat ditingkatkan
O !elajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik
O !elajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan
O !elajar dapat menonjol bakat lakonan mereka

Kaedah Pengajaran Berkesan


1. Memberi bantuan kIinikaI
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan
kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan
mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan
menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan
membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.
2. Merancang pengajaran
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan
membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-
perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yg dirancang.
3. MeIaksanakan pengajaran
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan
guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar
menggunakan kaedah pembelajaran yg betul.
4. Pengurusan biIik darjah
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yg sesuai, menarik dan selesa dalam
bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan
guru melaksanakan pengajaran mereka.
5. Memantau kemajuan
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan
maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar
sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa.
Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat
awal mengenai diri pelajar.
6. Menyayangi peIajar
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik
seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan
pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan
gembira dan menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai