Anda di halaman 1dari 71

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

8 PLANNING, ORGANISING AND MANAGING IN CHEMISTRY LABORATORY


ORGANISASI JABATAN SAINS DI SEKOLAH
Jadual 1: Carta Organisasi Jabatan Sains Di Sekolah Senior Science Teacher Head of Science Panatia Head of Biology Biology Teachers Head of Chemistry Chemistry Teachers Head of Physics Physics Teachers Head of Mathematics Panatia Head of Additional Science Additional Science Teachers Head of Integrated Science Integrated Science Teachers

Supporting Staffs for Science Laboratories (Lab Assistant and Lab Attendant)

Peranan dan Tugas Anggota Organisasi Jabatan Sains Sekolah: 1.


Guru Kanan Sains (GKS)
GKS bertanggungjawab kepada pengetua dalam semua urusan pengedalian program sains di sekolah perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Di samping itu, GKS betanggungjawab memberi bimbingan kepada guru-guru sains dan staf sokongan.

Tanggungjawab GKS dalam urusan pengendalian makmal: Memastikan semua kemudahan fizikal di makmal (eg bekalan elektrik, gas, air, perabut, dll.) berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. Memastikan semua kelengkapan makmal sentiasa berkeadaan bersih dan selamat untuk digunakan. Merancang dan menyediakan: - Pelan tindakan kecemasan (semasa kecemasan) 1

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Peraturan keselamatan Latihan kecemasan dan kebakaran Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraannya Kit pertolongan cemas (lengkap dan tak luput tarikh)

Menyelia dan memastikan guru, pelajar dan staf sokongan mematuhi sepenuhnya peraturan makmal. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja staf sokongan (pastikan ianya dipatuhi). Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaranpembelajran sains serta keperluan makmal. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling. Mengurus dan memeriksan peralatan dan bahan sains yang baru dibeli / diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya. Mengurus dan mengelola persediaan dan penilaian amali sains. Merancang jadual waktu penggunaan makmal. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program / aktiviti perkembangan guru sains dan staf sokongan. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Menjalankan tugas lain yang diarahkan pengetua, dari semasa ke semasa.

2.

Ketua Panitia Sains (KPS) Panitia terdiri daripada guru yang bertanggunggung jawab mengajar sains, yang ketuai oleh KPS. KPS membantu GKS dalam semua urusan pengendalian makmal dan pengajaran-pembelajaran sains. Tugas KPS: Membantu perancangan perbelanjaan tahunan peralatan dan bahan sains.

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Menyemak dan mengemas kini stok makmal dari segi keperluan peralatan dan bahan sains, sepanjang tahun. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan. Memastikan kaedah penyimpanan bahan dan peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal: Pesanan pealatan dan bahan sains. Stok makmal. Pinjaman dan perpindahan peralatan dan bahan sains. Kerosakan dan kehilangan. Penyelenggaraan dan pemeriksaan. Kemalangan. Rekod penggunaan makmal. Menyelenggara peralatan dan bahan sains dengan sempurna.

Memastikan fizikal makmal, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri keselamatan. Memastikan peraturan keselamatan makmal dipatuhi dan diamalkan oleh semua pengguna makmal. Memberi bimbingan dan menyelia kerja staf sokongan. Memastikan makmal sentiasa bersih, ceria dan selamat. Memberi bimbingan profesional kepada guru dan staf sokongan.

Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua, dari semasa ke semasa. 3. Ketua Panitia Mata Pelajaran (KPMP) Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan panitianya. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal. Merekod dan mengemaskinikan peralatan dan bahan makmal. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal.

Menyelaras penggunaan makmal serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya. Membantu penyelenggaraan makmal

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Merancang dan melaksanakan program perkembangan guru dan staf sokongan yang berkaitan dengan: - Pengurusan makmal. - Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan. - Pengendalian dan penyimpanan bahan toksid, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal. 4. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan. Merancang dan mengendalikan peperiksaan Amali Sains. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan pengetua, dari semasa ke semasa.

Guru Sains (GS) Mematuhi jadual penggunaan makmal. Memastikan makmal berkeadaan bersih, ceria dan selamat.

Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang / buku pesanan untuk tindakan staf sokongan. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan. 5. Membantu GKS dan KPS merekod, menyemak dan mengemaskini stok. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai peralatan dan bahan. Menjalankan tugas lain yang diarahkan pengetua, dari semasa ke semasa.

Staf Sokongan (SS) SS terdiri daripada Pembantu Makmal (C7) dan Atenden Makmal / Pembantu Am Rendah (PAR; N 13). Setiap 2 makmal sains, layak mendapat seorang Pembantu Makmal dan seorang PAR. Sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 4 kelas Tingkatan 6 Sains layak mendapat seorang Pembantu Makmal C6. Tugas Staf Sokongan a. Tugas Harian Membuka pintu dan tingkap makmal pada awal pagi persekolahan. Memastikan keadaan makmal sentiasa besih, ceria dan selamat.

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Menyediakan peralatan dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru (dalam buku / borang pesanan). Memastikan semua peralatan dan bahan boleh berfungsi sebelum kerja amali dimulakan. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali. Melaksanakan semua langkah keselamatan semasa mengendalikan pealatan dan bahan sains. Mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan sepert kebakaran dan kecederaan. Membersih peratan dan bahan setelah selesai digunakan.

Membersih meja makmal, papan tulis, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap sesi amali. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal, termasuk perabot, bekalan elektrik, gas dan air. Mengawas dan membantu pelajar mendapatkan peralatan dan bahan semasa aktiviti amali. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali ysng terakhir pada setiap hari: Membersihkan makmal. Menutup bekalan gas, air dan elektrik. Menutup tingkap dan mengunci makmal. Menyimpan kunci makmal mengikut arahan pengetua.

Mengambil tindakan sewajarnya dan melaporkan dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan atau kebocoran kepada guru sains dan GKS atau pengetua. Menyelenggara Taman Sumber Sains. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal.

Mengjalankan tugas lain yang diarahkan pengetua, dari semasa ke semasa b. Tugas Khas Pada Hari Sabtu Membantu GKS dan guru sains mengemaskini rekod stok Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk, dsb., mengikut pesanan guru sains.

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Menokok larutan kimia ke dalam botol reagen dan menukarkan label yang rosak pada botol reagen. Mengubahsuai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai. Membantu membaik pulih peralatan yang rosak. Mengecas akumulator. Menyenggara mikroskop, kanta, neraca, slaid. carta, model, dsb. Menyusun peralatan dan bahan dengan selamat dan bersistem. Membersih longkang dan sinki serta menceriakan makmal. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan. Memastikan kit pertolongsn cemas serta alat pencegah kebakaran sentiasa lengkap dan berfungsi. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan yang telah tamat tarikh habis tempohnya kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.

c. Tugas Semasa Cuti Sekolah Mecat permukaan meja makmal dan peralatan sains, jika perlu. Menyemak dan mengemaskini stok. Membantu GKS dalam kerja hapus kira dan pelupusan. Membersih dan menceriakan bilik makmal. Menambahbaikkan Taman Sumber Sains. Membaik pulih perabot dan peralatan sains. Menyusun semula peralatan dan bahan sains.

Kemahiran Asas Staf Sokongan a. Kemahiran Penyeliaan Bahan Sains Mengukur Menyukat Menimbang Menyediakan larutan Menyediakan slaid Menyediakan tisu kultor Menyediakan gas

b. Kemahiran Kerja Kaca

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Memotong rod kaca untuk dijadikan rod pengacau. Melicinkan hujung permukaan kaca yang tajam. Menyambung dua batang kaca. Membuat lubang pada tabung uji. Membuat kaca penitis. Membuat salur kaca L dan U. Meniup kaca untuk dijadikan bentuk-bentuk tertentu. Menutup hujung salur kaca.

c. Kemahiran Kerja Elektrik Memotong dan membuang penebat wayar. Memeriksa dan mengganti fius peralatan. Menyambung wayar palam tiga pin. Memateri komponen elektronik. Memastikan peralatan elektrik boleh berfungsi dengan baik. Memasang wayar penyambung pada klip buaya. Mengecas akumulator. Menukar mentol dan tiub kalimantang.

d. Kemahiran Kerja Kayu Menggergaji Memaku Menggerudi Mengetam Mengemas kayu Mengecat

e. Kemahiran Kerja Logam Melipat Memateri Memotong Menggilap Merivet Menggerudi Mengecat Mengimpal

f. Kemahiran Kerja Paip Air Menukar sesendal Mengesan kebocoran Memperbaiki sinki yang tersumbat Menyambung paip Mengganti kepala paip

g. Penyelenggaraan Peralatan dan Bahan Sains Yang Sensitif dan Merbahaya Bahan radioaktif Bahan beracun

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Mikroskop Neraca elektronik Projektor lintas atas Teleskop Mikroorganisma Bahan mudah terbakar Bahan reaktif Bahan terkakis Label

Neraca kimia Almari kebok wasap Projektor slaid Osiloskop Magnet Penyuling air Tiub Palang Maltase Perkakasan dan perisian komputer

h. Kemahiran Mengurus Taman Sumber Sains


i. Membuat batas Menjaga tanaman Membuat pagar Membuat sangkar Menanam dan membaja Memelihara haiwan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Membuat lanskap

Kemahiran Menggunakan Komputer Menggunakan perisian Mengendalikan komputer

PERANCANGAN PERBELANJAAN
SUMBER KEWANGAN Peruntukan Kementerian: Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG) Untuk Sekolah, berasaskan bilangan pelajar; dengan kadar: Peralihan hingga Tingkatan 3 Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Tingkatan 6 (aliran sains) = = = RM 15.00 / pelajar RM 30.00 / pelajar RM 45.00 / pelajar

PCG diberi 2 kali setahun: 1 Oktober tahun sebelumnya dan 1 Julai tahun semasa. PERALATAN DAN BAHAN SAINS YANG PERLU DIBELI Gunakan Buku Senarai Peralatan dan Bahan Sains (PPK) sebagai panduan perancangan pembelian. Pastikan senarai stok sentiasa kemas kini. Perancangan pembelian perlu mengambil kira: Jenis, kualiti dan kuantiti peralatan serta bahan yang diperlukan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Peralatan baru yang diperlukan Peng-

Bagi tujuan perancangan, GKS perlu mengetahui jumlah kewangan yang ada. agihan hendaklah berdasarkan keutamaan: Membeli bahan dan peralatan untuk penilaian amali. Mengganti bahan dan peralatan yang rosak, pecah atau hilang. Menambah bilangan bahan dan peralatan. Membeli bahan dan peralatan baru, termasuk bahan bantu mengajar. Memperbaiki dan menyelenggara peralatan.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan dibuat selewat-lewatnya Oktober, dengan kelulusan pengetua. Tindakan semasa membuat anggaran perbelanjaan: Menyemak daftar stok bagi menentukan kuantiti setiap peralatan dan bahan. Menyediakan rekod keperluan dan jadual pembelian, berdasarkan: - Kuantiti bahan yang digunakan setahun. - Jangkaan bila bahan dan peralatan tersebut diperlukan. - Jenis bahan dan peralatan yang kuantitinya kurang. - Bahan dan peralatan yang diperlukan pada tahun berikutnya. - Peralatan yang telah hilang / rosak. - Anggaran bilangan pelajar dan maklumat mengenai mata pelajaran sains bagi tahun berikutnya. - Tinjauan harga bahan dan peralatan.

MENYEDIAKAN SENARAI PEALATAN DAN BAHAN SAINS YANG HENDAK DIPEROLEH Untuk mendapatkan sebut harga, GKS perlu menyediakan senarai bahan dan peralatan yang diperlukan, dengan mengambil kira pekara berikut: Peralatan dan bahan yang diperlukan segera. Peralatan yang boleh diubahsuai. Peralatan alternatif yang lebih murah. Peralatan yang boleh dibaikpulih. Peralatan yang boleh dibuat sendiri. Jadual 2: Borang senarai peralatan dan bahan sains Bil. Perihan Peralatan / Bahan Sains Kuantiti Anggaran Harga Per Unit 9 Jumlah Harga Catatan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

(Bilangan (Nama peralatan / mengikut bahan; termasuk jenis, urutan) bentuk dan spesifikasi)

(Bilangan, (Anggaran kos isipadu / peralatan / bahan berat) tersebut)

(Kuantiti x anggaran kos per unit)

(Tarikh diperlukan, dsb.)

Catatan: 1. Senarai ini hendaklah disediakan mengikut keutamaan 2. Peralatan sains hendaklah disenaraikan berasingan daripada bahan sains

PEMBEKALAN DAN PEMBELIAN


PEMBEKALAN KONTRAK KEMENTERIAN Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan menghantar senarai sekolah baru / mempunyai makmal baru ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pembekalan peralatan dan bahan sains. KPN akan menawarkan kontrak kepada syarikat yang berjaya (tender). Pihak sekolah akan menandatangani borang nota penghantaran semasa menerima bekalan daripada pembekal. GKS / KPMP / guru sains menyemak segala peralatan dan bahan yang diterima, selaras dengan spesifikasi; kemudian direkod ke dalam daftar stok. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) ditandatangani oleh GKS dan disahkan oleh pengetua (atau Penolong Kanan). Catitkan dalam borang SAP sebarang masalah terhadap bahan / peralatan (eg rosak / tidak berfungsi / tidak mengikut spesifikasi) yang diterima.

PEMBELIAN
Pembelian peralatan dan bahan boleh dibuat sama ada melalui Kontrak Pusat atau Bukan Kontrak Pusat; di mana perlu mematuhi peraturan yang dinyatakan dalam Arahan Pebendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan. Jika senarai bahan dan peralatan ada dalam kontrak pusat / kontrak KPM, beli terus dari syarikat yang disenaraikan. Jika tidak, beli daripada syarikat yang dipilih oleh Jawatankuasa Sebut Harga. Sebarang pembelian yang melebihi had yang ditetapkan (oleh JPN), kelulusan bertulis hendaklah diperolehi. KONTRAK PUSAT Kontrak pusat merupakan kontrak yang ditandatangani antara Kementerian Kewangan / Perbendaharaan dengan syarikat untuk membekalkan peralatan dan bahan ke kementerian / jabatan. (Dapatkan senarai daripada Unit Kewangan, JPN). Pembelian hendaklah dibuat dengan syarikat yang ditetapkan. Jika syarikat gagal membekalkan peralatan / bahan dalam tempoh yang ditetapkan, boleh beli daripada syarikat lain (setelah mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Kewangan Malaysia, melalui JPN).

10

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

BUKAN KONTRAK PUSAT Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2, Tahun 1999 (SPP 2/9, bertarikh April 1999 Had Nilai Mengikut Tatacara bagi pembelian yang tidak melalui kontrak pusat, prosedur berikut boleh diikuti: a. Pembelian Terus i. Boleh dilakukan untuk bekalan dan perkhidmatan yang tidak melebihi RM 10,000.00 setahun bagi setiap item / kelas jenis item; sama ada berdaftar atau tidak, dengan syarat harga berpatutan. ii. Bagi bekalan atau perkhidmatan antara RM 10,000.00 hingga RM 50,000.00 setahun, boleh dilakukan pembelian terus daripada pembekal bumiputra yang berdaftar. b. Sebut Harga Bagi bekalan atau perkhidmatan antara RM 50,000.00 hingga RM 100,000.00 setahun, pembelian hendaklah dibuat melalui sebut harga dengan melibatkan sekurang-kurangnya 5 pembekal bumiputra yang berdaftar (dengan Kementerian Kewangan). Untuk tujuan ini pengetua perlu melantik J/K Sebut Harga yang sekurang-kurangnya terdiri daripada 3 ahli, yang dipengerusikan oleh beliau. J/K perlu membuat tawaran sebut harga kepada sekurang-kurangnya 5 pembekal, dengan menggunakan borang sebut harga (yang diisi oleh pembekal). Rajah 1: Contoh Borang Sebut Harga NAMA SEKOLAH: NAMA SYARIKAT: Bil Perihalan Alatan Spesifikasi / Rujukan Kuantiti Harga . / Bahan Sains Katalog (jika ada)* / Unit 1. Voltmeter Dwi skala untuk a.l. 20 Rintangan dalam 1k Sebut harga ini sah dari: .. hingga ........................ Jumlah Harga Catatan TARIKH: BORANG SEBUT HARGA

Catatan:
* Buku Senarai Peralatan dan Bahan Sains keluaran Pusat Perkembangan Kurikulum boleh dirujuk. J/K Sebut Harga akan memil8ih pembekal berasaskan: Kesesuaian spesifikasi, kualiti, perkhidmatan selepas jualan, mudah diperolehi, reputasi syarikat dan

11

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

keupayaan syarikat untuk membekal. Jika bilangan syarikat tidak mencukupi, pemilihan boleh dibuat terhadap syarikat yang bersetuju menawarkan perkhidmatannya.

Rajah 2: Contoh Borang Pemilihan Syarikat

BORANG PEMILIHAN SYARIKAT NAMA SEKOLAH: Bil Perihal Barang / . Perkhidmatan & Syarat Khas 1. Voltmeter Harga / Unit (RM) B C D 25 40 27 Tarikh: Syarikat yang E terpilih 35 A Catatan

A 30

Perkhidmatan selepas jualan baik.

b. Membuat Pesanan Pembelian dibuat menggunakan pesanan tempatan (local order), kecuali pembekal yang dibayar melalui panjar wang runcit. Hantar terus borang pesanan kepada pembekal. Pihak yang meluluskan pesanan / pembelian hendaklah mematuhi peraturan Arahan Perbendaharaan 176.1(b): Sekiranya nilai pemerolehan tidak melebihi RM 20,000.00 di mana satu kontrak formal tidak sesuai dibuat adalah memadai bagi jabatan menggunakan borang untuk pesanan tempatan sahaja. Pesanan ini mestilah disediakan dalam tiga salinan pada masa barang-barang dipesan dan salinan asal dan pendua dihantar kepada kontraktor. Salinan asal pesanan hendaklah dikembalikan oleh kontraktor dengan dikembarkan kepada bil atau invois dan pembayaran tidak boleh dibuat melainkan jika salinan asal Pesanasn Pembekal Tempatan dikembarkan sedemikian. Salinan pendua boleh disimpan oleh kontraktor dan salinan ketiga hendaklah ditinggalkan dalam buku untuk rekod pejabat atau bagi dokumen yang disediakan melalui komputer, disimpan dengan selamat. Buku Pesanan Pembelian Tempatan hendaklah disimpan di tempat yang berkunci. Pesanan mestilah ditandatangani hanya oleh pegawai yang diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh Pegawai Pengawal. c. Penerimaan

12

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bahan dan peralatan akan dihantar kontraktor besama-sama dengan nota penghantaran. GKS perlu menyemak (spesifikasi) dan menguji bahan yang diterima, kemudian direkodkan ke dalam stok. Catatkan nombor rujukan stok ke dalam invois dan pesanan tempatan, sebelum dibuat pembayaran.

d. Pembayaran Pembayaran, oleh dekolah, hendaklah dibuat mengikut prosidur kewangan. GKS perlu merekodkan segala pembayaran. Rajah 3: Contoh Borang Rekod Kewangan BORANG REKOD KEWANGAN NAMA SEKOLAH: Bil. 1. 2. 3. Tarikh Penerimaan / Pembayaran 01.01.08 22.02.08 13.03.08 Jumlah Jumlah Baki Catatan Penerimaan Pembayaran Baki 2007 100.00 Terima daripada 12,000.00 12,100.00 peruntukan PCB Bayar kepada 2,000.00 10,100.00 No syarikat A Voucher:S MKKGB/ 08/K/3 Terima Daripada / Bayar Kepada

PROSEDUR PEMEROLEHAN Pembelian peralatan / bahan sains boleh dibuat melalui prosedur sebagaimana dalam Rajah 4.

PENYELENGGARAAN STOK
Daftar stok serta penyimpanan peralatan dan bahan perlu lengkap dan sistematik supaya: Memudahkan penyemakan. Menyelaraskan cara merekod. Mengesan dan mengawal pergerakan. Memudahkan perancangan pemerolehan. Mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah, rosak dan hilang.

13

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rekodkan segala peralatan dan bahan sains yang diterima / dikeluarkan, mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 Penggunaan Borang Baru Bagi Pengurusan Harta Modal, Inventori dan Bekalan Pejabat, S(K&B)(2.00)735/3/1-68 Jld.6 (SEM)/(3), bertarikh 9 Februari 1991, dengan menggunakan borang berikut: Daftar Harta Modal (KEW 312 dan KEW 312A) Daftar Inventori (KEW 313) Rajah 4: Prosedur Pembelian Peralatan / Bahan Sains Menentukan jumlah peruntukan, termasuk baki semasa Menyediakan anggaran perbelanjaam tahunan dan perancangan pembelian Mendapatkan sebut harga daripada syarikat Tidak Belian terus Ya Menyedia dan melengkapkan borang pemilihan syarikat Membuat pesanan Menerima dan menyemak peralatan / bahan daripada syarikat, mengikut spesifikasi Memasukkan butiran peralatan / bahan ke dalam buku stok Menyediakan senarai Keperluan peralatan / bahan, mengikut mata pelajaran Menentukan jumlah peralatan dan kuantiti bahan yang diperlukan, dengan mengambilkira baki stok Mengkaji senarai keeperluan peralatan / bahan untuk menentukan senarai keutamaan Menentukan PCG sains dan matematik, mengikut keperluan mata pelajaran Mendapatkan kelulusan pengetua

Menentukan syarikat untuk pembekalan, mengikut keutamaan Menyediakan senarai peralatan / bahan, mengikut syarikat yang telah dipilih

Tidak Mengesahkan invois untuk pembayaran Semak sama ada senarai keperluan peralatan / bahan ada dalam Kontrak Pusat

14

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Menyemak stok pada akhir tahun

Ya

Daftar Stok Bekalan Pejabat (KEW 314) Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW 315)

Penyemakan stok hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali; dengan merujuk Panduan Arahan Perbendaharaan (Tatacara Pengurusan Stor) dan Surat Perbendaharaan Bil. 2 / 1997 bertarikh 14 Mac 1997.

DAFTAR HARTA MODAL (DHM)


(KEW 312 DAN KEW 312A) Harta modal ialah barang tak luak yang bernilai RM 500.00 setiap satu pada masa pemerolehan (tidak termasuk perabut, langsir dan permaidani). DHM disediakan / direkodkan dalam bentuk kad, dengan membahagikan DHM KEW 112 kepada Bahagian A dan B. Bahagian A: Merekodkan maklumat mengenai pembelian, penempatan, pemeriksaan dan pelupusan, sebagaimana dalam Rajah 5. Manakala, Bahagian B untuk merekod semua penyelenggaraan seperti pembaikan dan pembelian alat ganti (Rujuk Rajah 6). DHM KEW 312A (Rajah 6) merupakan sambungan borasg KEW 312 (Bahagian B); digunakan selepas ruang di KEW 312 (Bahagian B) penuh. Nlmbor siri pendaftaran diselaraskan oleh sekolah dan maklumat yang perlu dinyatakan ialah: Nama sekolah, lokasi penyimpanan, nama peralatan dan anombor siri bilangan. Contoh: SMS/KIM/KOM/3 SMS: Nama Sekolah (Sekolah Muzafar Syah). KIM: Lokasi Penyimpanan (Makmal Kimia) KOM: Nama Peralatan (Komputer) 3: Nombor Siri Bilangan (Komputer ke 3)

DAFTAR INVENTORI
(KEW 313) Inventori ialah bahan tak luak yang bernilai < RM 500.00 setiap satu pada masa pemerolehan. Walau bagaimanaapun, barang seperti perabot, permaidani dan langsir adalah termasuk dalam kategori ini, tanpa mengiras kos. Daftar inventori, dalam bentuk kad (untuk memudahkan penyusunan dan membuat rujukan), merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Kad disusunmengikut jenis inventori dan abjad (Rujuk Rajah 8).

15

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rajah 5: Bahagian Daftar Harta Modal


Harta Modal terbahagi kepada 3 kategori: Kenderaan LCD Mesin peralatan dan kelengkapan pejabat

KEW 312
(Bil Kod: )

DAFTAR HARTA MODAL


KEM / JAB: Sekolah Muzafar Shah BAHAGIAN: Sains BUTIR-BUTIR HARTA

Harga termasuk pengangkutan, insuran dan kos perbelanjaan lain No pesanan kerajaan / pesanan tempatan sekolah. Jika ia diperolehi melalui cara lain, nyatakan contoh: Hadiah oleh Syarikat MEASAT No rujukan fail yg Mengandung irekod pembekal harta modal berkenaan

Contoh jenis harta Modal dalam kategori mesin, peralatan dan kelengkapan pejabat, alat komputer, neraca elektronik, OHP dan peti sejuk

Kategori: Keleng- Kos dan tarikh ditekapan pejabat rima: Jenis: Komputer No Pesanan Kerajaan: Jenama & Model: PULSAR 500 Jenis & No. Enjin: Pembekal: No Rujukan Fail:

No Casis / Siri Pem- Aksesori: 40X CD ROM drive buat: PUL664707


16 bit sound card Stereo speakers

No siri pendaftaran sekolah: SMS (nama sekolah), KIM (tempat penyimpanan, Makmal Kimia), KOM 3 (No Komputer). T/tangan pegawai yang betanggungjawab mengesahkan butiran di atas, serta tarikh.

No Siri Pendaftaran: SMS/KIM/KOM3 . Tarikh:


T/tangan Pegawai yang bertanggungjawab

Senarai eaksesori yang dfilengkapkan bersama harta modal berkenan .

PENEMPATAN Lokasi Tarikh: KIMIA 18.3.2008.

T/tangan:
PEMERIKSAAN HARTA MODAL PELUPUSAN

Pegawai berkenaan hendaklah menca-. titkan tarikh, nombor rujukan, fail dan tandatangan bila harta modal berkenaan diluluskan untuk pelupusan

Tarikh: T/tangan:

Tarikh: Rujukan:

16

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

T/tangan:
Penempatan tetap dan tarikh penempatan harta modal berkenaan. Setiap pemindahan penempatan perlu direkodkan lokasi, tarikh dan ditandatangani oleh pegawai yang menggunakannya. Pergerakan harta modal ini juga hendaklah direkodkan dalam borang KEW 315. Pengetua hendaklah mengarahkan supaya pemeriksaan ke atas harta modal tersebut dalam jangka masa tertentu.

Rajah 6: Borang Butir-Butir Penyelenggaraan Harta Modal

Tarikh servis / pembaikan yg berkenaan telah dilakukan bagi harta modal Keterangan lanjut tentang apa yg telah diperbaiki / dibeli, termasuk alat ganti. No rujukan pesanan kerajaan / tempatan direkodkan. Tarikh Servis / Pembaikan

BUTIR-BUTIR PENYELENGGARAAN HARTA MODAL BAHAGIAN B ButirButir Servis / Pembaikan *

Pegawai yg bertanggungjawab hendaklah menandatngani ba-. gi mengesahkan penyelenggaraa n harta modal itu. Kos alat ganti / pembaikan atau kedua-duanya sekali. Nama syarikat di mana alat ganti dibekalkan atau pembaikan dibuat.

No Pesanan Kerajaa n / No In-den

Tempat Pembelian Kos ** \T/tangan / Servis / Pembaikan

Sila nyatakan rujukan fail invois berkenaan jika seanarai alat ganti terlalu panjang. * Sila jumlahkan kos perbelanjaan bagi setiap akhir tahun kewangan.

DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT (DSBP)


(KEW 314) Bekalan Pejabat ialah semua barang luak; termasuk alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Contoh bahan luak ialah bahan kimia, katrij gas, kertas litmus dan alat tulis. Manakala, barangan tak luak dan kelengkapan pejabat tak luak seperti tabung uji, selinder bersenggat, botol specimen, gunting dan pembaris. Daftar ini disediakan, dalam bentuk buku, untuk merekod pemerolehan bekalan pejabat. Item disusun mengikut abjad (Rujuk Rajah 9). Penulisan DSBP (KEW 314) bagi

17

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

terimaan peralatan dan bahan sains dengan warna merah; manakala, bagi keluaran dengan warna biru / hitam.

Rajah 7: Borang Penyelenggaraan Harta


Contoh jenis hata modal dalam mesin peralatan dan kelengkapan perabot adalah komputer, neraca elektronik, OHP, peti sejuk dan alat penyulingan. Contoh jenama dan model ialah PULSAR 500. Keterangan lanjut tentang apa yang telah dibaiki / dibeli, termasuk alat ganti yg dibeli. No rujukan pesanan kerajaan / tempatan direkodkan KEW 312A (Bil Kod ) BUTIR-BUTIR PENYELENGGARAAN HARTA MODAL KEM / JAB: Sekolah Muzafar Syah BHG.: Sains Jenama dan Model: BAHAGIAN B (Sambungan) Tarikh Servis / Pembaikan Butir-Butir Servis / Pembaikan * Nombor Pesanan Kerajaan Tempat Pembelian / Servis / Pembaikan Kos ** T/tangan Kos alat ganti / pembaikan / kedua-duanya sekali. No Siri Pendaftaran: Tandatangan pegwai yang bertanggungjawab mengesahkan butiran di atas, serta tarikh.

* *

Sila nyatakan rujukan fail invois berkenaan jika seanarai alat ganti terlalu panjang. Sila jumlahkan kos perbelanjaan bagi setiap akhir tahun kewangan.

Nama syarikat di mana alat ganti dibekalkan / pembaikan dibuat.

Rajah 8: Borang Daftar Inventori


KEW 313 (Bil Kod )

DAFTAR INVENTORI KEM / JAB: Sekolah Muzafar Shah BAHAGIAN: Sains


Bil Butiran Kuan -titi No Pe- Tarikh sanan Dibeli Kos Seunit No Siri Pendaf Lokasi

KATEGORI: . JENIS: .
Pelupu san Catatan Tanda Ta-

18

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

kera -jaan

taran

Ruju- Tarikh kan

ngan

Rajah 9: Borang Daftar Stok Bekalan Pejabat Kew 314 DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT KEM / JAB: Sekolah Muzafar Syah BAHAGIAN: Sains JENIS: Bil No. Pesanan Diterima daripada / dikeluarka n kepada Tarikh Terima

UNIT PENGUKURAN: .. Kuantiti Keluar Baki Penerima Nama T/tangan

DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL DAN INVENTORI


(KEW 315) Daftar pergerakan harta modal dan inventori bertujuan merekodkan pergerakan harta modal / inventori. Pergerakan yang dimaksudkan adalah pindahan melalui pinjaman atau penempatan sementara. Daftar ini disediakan dalam bentuk buku (Rujuk Rajah 10). Rajah 10: Borang Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori KEW 315 DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL DAN INVENTORI Jenis: Komputer Jenama dan Model: MATDX2 No. Siri Pesanan: ..... No Siri Pendaftaran: .

19

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bil.

Tarikh T/taNama Dikeluar- Dipungan Peminjam kan langkan peminjam

Pegawai Pengeluar Ketika Ketika dipuldikeluarkan angkan T/taTarikh T/taTarikh ngan ngan

Catatan

BUKU REKOD PERALATAN ROSAK (BRPR)


BRPR merekod peralatan yang rosak, pecah bagi memudahkan penyemakan stok (Rujuk Rajah 11). Rajah 11: Borang Rekod Peralatan Rosak

BUTIR PERALATAN ROSAK Bil Tarikh Butiran Peralatan Kuantiti / Bilangan 2 Nama Pelajar Tanda Tangan Pelajar t.t. Nama Guru Mata Pelajaran Berkenaan Puan Haliah bte Ibrahim Tanda Tangan Guru t.t. Catatan

1. 17.03.08 Tabung uji . 125 x 16 mm.

Ali bin Ahmad

HAPUS KIRA DAN PELUPUSAN


Merupakan aspek penting dalam pengurusan stor; di samping mengawal dan mengurus sistem kewangan dan perakaunan sekolah. Perhatian perlu diberi terhadap aspek tatacara pengurusan stor, peraturan serta prosedur hapus kira dan perlupusan yang berkuatkuasa; kerana segala perlatan dan bahan kimia di makmal merupakan harta kerajaan.

HAPUS KIRA (HK)

20

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

HP perlu dilakukan ke atas peralatan / bahan kimia yang secara fizikalnya telah tidak ada dalam simpanan kerana ianya telah hilang / digunakan; di mana ianya perlu direkodkan. Kehilangan mungkin disebabkan oleh kecurian, penipuan / kecuaian termasuk kehilangan wang awam, barang-barang awam, harta benda lain yang berharga, bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang yang tidak boleh dibayar balik, hasil yang tidak dapat dipungut dan perbelanjaan remeh. Sekiranya berlaku kehilangan akibat kecurian, penipuan atau penyelewengan, pengetua / guru besar perlu mngambil tindakan berikut: i. ii. Membuat laporan polis dengan segera serta mendapatkan salinannya. Menyediakan laporan kehilangan awal dalam borang Arahan Perbendaharaan 315 dan dihantar bersama dengan laporan polis kepada; Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, (u.p: Bahagian Kewangan)

- Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan Malaysia, (u.p: Bahagian Pentadbiran) iii. Menghantarsalinan laporan tersebut kepada: iv. Akauntan Negara. Ketua Audit Negara (dalam negeri itu) dan Wakil Tempatan. Pejabat Audit Sekolah. Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Pegawai Pendidikan Bahagian (PPB). Jabatan Pendidikan Negeri. Bahagian Sekolah (bagi sekolah akademik biasa) / Jabatan Pendidikan Teknikal (bagi sekolah Teknik dan Vokasional).

Menjalankan penyiasatan penuh dan menyediakan laporan akhir dengan menggunakan borang Arahan Perbendaharaan 317. Laporan tersebut hndaklah dihantar kepada pihak-pihak yang sama seperti di para (ii) dan (iii). Mendapatkan kelulusan hapus kira daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi barangan yang nilainya < RM 10,000.00 seunit / RM 100,000.00 bagi jumlah kesemuanya. Bagi barangan yang RM 10,000.00 seunit / RM 100000.00 bagi jumlah kesemuanya, kelulusasn hapus kira adalah daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Setelah itu langkah-langkah berikut dijalankan: - Mengambil tindakan seperti yang diluluskan. - Membuat laporan tindakan yang diambil. - Menghantar laporan kepada Bahagian Kewangan Kementeian Pendidikan Malaysia dan salinan kepada Pegawai Pendidikan Daerah / Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian Sekolah / Jabatan Pendidikan Teknikal; dalam masa sebulan selepas tarikh kelulusan.

v.

21

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PELUPUSAN
Peralatan dan bahan makmal yang rosak (di mana tidak ekonomik untuk diperbaiki), pecah, reput, usang, tidak boleh digunakan lagi, dsb. perlu dikeluarkan daripada stok dikenali sebagai pelupusan. Di samping itu, pelupusan dilakukan terhadap peralatan / bahan sains yang berlebihan, tidak sesuai lagi digunakan / bahan sains yang melampaui tarikh lupus dan tidak boleh dijual (dasar kerajaan) juga hendaklah dilupuskan. Pelupusan perlu bagi menjimatkan ruang stor, mendapatkan pulangan balik dan memastikan pengurusan stok makmal yang sempurna. Proses pelupusan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa, dengan segera, tanpa menunggu longgokan bahan yang akan dilupus (demi mengoptimumkan penggunaan ruang dan untuk mengelakkan susut nilai). TATACARA PELUPUSAN Guru Kanan Sains hendaklah mengenalpasti serta menyenaraikan peralatan dan bahan yang hendak dilupus. Terdapat dua cara pelupusan: Melalui Lembaga Pemeriksaan dan tanpa melalui Lembaga Pemeriksaan; bergantung pada nilai perolehan peralatan dan bahan sains yang hendak dilupus. Melalui Lembaga Pemeriksaan Lembaga Pemeriksaan dilantik oleh Pegawai Pengawal bagi memeriksa peralatan dan bahan sains yang hendak dilupus, di mana nilai pembeliannya >.RM10.000 seunit. Lembaga ini hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang pegawai kanan yang tidak terlibat secara langsung ke atas pengurusan peralatan dan bahan sains tersebut tetapi berkebolehan menilai dan menaksir kebergunaan peralatan dan bahan sains yang hendak dilupus. Keahlian seoang pegawai profesional dalam lembaga tersebut tidak perlu sekiranya perakuan Tak Ekonomik Dibaiki (TEB) telah ditandatangani oleh seorang pegawai professional dalam bidangnya seperti guru Matematik, guru Kemahiran Hidup dan Reka Cipta yang tidak secara langsung bertanggungjawab ke atas pengendalian dan pengurusan peralatan dan bahan sains. Jika sesuatu peralatan atau kelengkapan diselenggarakan oleh sebuah firma / agen pembekal, lembaga boleh menimbangkan laporan firma atau agen tersebut. Lembaga Pemeriksaan perlu dilantik bagi mengurus peralatan dan bahan sains yang belum dikeluarkan tetapi tidak boleh digunakan, cacat, usang melebihi keperluan apabila dibuat pengiraan, menentu sah atau penyemakan rekod stor. Empat salinan laporan lembaga dalam Borang KEW 300V hendaklah disediakan yang mengandungi butiran dan keadaan peralatan dan bahan serta cara pelupusan yang disyorkan. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor, perenggan 217). Laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Pegawai Pengawal dan seterusnya ke Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk kelulusan. 22

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Tanpa Melalui Lembaga Pemeriksaan Peralatan dan bahan yang nilai asal < RM 10,000.00 seunit atau < RM 100,000.00 kesemuanya, tindakan pelupusan dilakukan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa. Prosedur pelupusannya adalah Guru Kanan Sains perlu menghantar empat salinan laporan barang-barang melebihi RM 100.00 seunit atau RM 5,000.00 kesemuanya, dalam Borang KEW 300V, kepada Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri. Bagi barang < RM 100.00 seunit atau < RM 5,000.00 kesemuanya, borang laporan KEW 300V hendaklah dihantar kepada Pengarah Pendidikan Negeri / Pegawai Bahagian Sekolah / Pengarah Pendidikan Teknikal untuk kelulusan.

CARA-CARA PELUPUSAN
Peralatan dan bahan sains boleh dilupuskan melalui cara-cara pelupusan yang disyorkan oleh Lembaga Pemeriksa atau Pegawai Pemeriksa seperti yang berikut: Jualan secara lelong atau tender. Tukar beli. Pindahan ke sekolah / bahagian kerajaan lain. Pemusnahan mengikut cara yang sesuai.

KUASA PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA HARTA KERAJAAN


Seksyen 17 Akta Prosedur Kewangan (disemak 1972) mempeuntukkan kuasa undangundang kepada Menteri Kewangan untuk melupus dan menghapuskan harta kerajaan. Di bawah Ordinan Perwakilan Kuasa 1956 tentang perwakilan kuasa melupus dan menghapuskan wang awam, hasil dan barangan yang ada pada Menteri Kewangan telah mewakilkan kuasa tersebut kepada Pegawai Pengawal dan seorang lagi pegawai kanan di Kementerian atau Jabatan. Tujuan perwakilan kuasa ini adalah untuk mempercepatkan urusan pelupusan dan hapus kira di Kementerian atau Jabatan. Dalam perwakilan kuasa kepada Pegawai Pengawal dan seorang lagi pegawai kanan di Kementerian atau Jabatan, beberapa syarat telah dikenakan seperti berikut: Pegawai-pegawai hanya mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17 Akta Aturcara Kewangasn (1957) untuk menghapus kira nilai barang-barang yang hilang, terkurang, kondem, tak dapat digunakan atau usang kepunyaan Persekutuan dalam apa-apa hal yang tidak melibatkan soal fraud atau kecuaian mana-mana pegawai awam. Kuasa yang diberikan ini tidak boleh diwakilkan semula.

23

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bagi mengemaskinikan unsur pelupusan dan hapus kira, Kementerian Kewangan telah menurunkan kuasa pelupusan atau hapus kira barang-barang yang nilai perolehan asal < RM 100.00 seunit atau < RM 5,000.00 keseluruhannya, kepada Pengarah Pendidikan Negeri / Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal. Barangbarang yang perolehan asal < RM 10,000.00 seunit atau < RM 300.000.00 nilai kesemuanya, penurunan kuasa diberikan kepada Pegawai Pengawal mengikut Warta Kerajaan P<\.U.B. 116 iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan atau Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan. Semasa menjalankan urusan pelupusan, pegawai yang diwakilkan kuasa juga hendaklah memastikan peraturan dalam Panduan Perbendaharaan Tatacara Pelupusan Stor (TPS) 218 hingga 221 dipatuhi.

SIJIL PELUPUSAN Sijil pelupusan seperti di borang KEW 300X berserta dengan sijil pegawai yang menyaksikan pemusnahan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidika atau Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam masa tiga bulan dari tarikh kelulusan pelupusan. Tindakan pelupusan yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut hendaklah dilaporkan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Kelulusan pelupusan hendaklah dicatatkan dalam kad Daftar Harta Modal atau kad Daftar Inventori.

HAPUS KIRA DAN PELUPUSAN HARTA YANG DIPEROLEHI DENGAN WANG SUWA ATAU SUMBANGAN
Terdapat makmal di sekolah tertentu dilengkapkan peralatan dan bahan sains yang dibeli dengan wang SUWA atau sumbangan. Dalam kes di mana barang tersebut perlu dihapus kira atau dilupuskan, maka peraturan baginya berbeza kerana barang yang terlibat tidak dikira barang kerajaan. Pengetua / guru besar hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mendapat kelulusan hapus kira atau pelupusan. Tindakan yang perlu diambil adalah sama dengan menghapus kira atau melupuskan barang awam. Apa yang berbeza ialah permohonan dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapat persetujuan; bukannya kelulusan. Kelulusan akan diberikan oleh Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah bagi sekolah-sekolah bukan bantuan penuh kerajaan. Tindakan yang diambil setelah mendapat kelulusan bagi barang yang dibeli dengan wang SUWA adalah sama seperti tindakan barang awam, kecuali semua hasil dari penjualan barang yang dilupuskan hendaklah dikredit terus ke dalam akaun SUWA sekolah. Satu salinan penyata hendaklah dilampirkan bersama dengan format KEW 300X. Pengetua / guru besar bertanggungjawab bagi menentukan tindakan pelupusan tidak dilaksanakan sehingga persetujuan diperolehi dari Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.

24

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Carta alir tatacara hapus kira peralatan dan bahan sains seperti dalam Rajah 12 dan tatacara pelupusan barangan awam di sekolah adalah seperti dalam Rajah 13.

Rajah 12: Carta Alir Proses Hapus Kira Barangan Awam


SEKOLAH POLIS JPN/BPT/ PPD/PPB/ BS KETUA SETIAUSAH A KPM PERBENDAHARAAN MALAYSIA AKAUNTAN NEGARA JAB KAUNTAN NEGARA PEJ AUDIT SEKOLAH

Mengesan kehilangan bahan awam Terima aduan kehilangan Terima laporan polis Buat penyiasatan Laporan awal kehilangan (6 salinan) Terima laporan penyiasatan polis Laporan akhir kehilangan (6 salinan) Terima laporan awal Terima laporan awal Terima laporan awal Terima laporan awal Terima laporan awal Terima laporan awal Terima arahan KSU/ KSUT/ KPM Terima laporan akhir Terima laporan akhir Terima laporan akhir Terima laporan akhir

Arahan penyiasatan dibuat

Terima laporan akhir

Terima laporan akhir

Buat Perakuan Hantar perakuan / syor kepada Jab. Pend Negeri Terima keputusan Mengambil tindakan seperti yang Terima perakuan

25

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

diputuskan Laporan maklum balas Terima laporan Terima laporan

Rajah 13: Carta Alir Tatacara Pelupusan Barangan Awam


BAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SEKOLAH

JPN/BS/BPTV

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

JABATAN AUDIT NEGARA

Mengenalpasti barang yang hendak dilupus YA Menghantar permohonan KEW 300V ke JPN/BS/BPTV Adakah barang bernilai RM 100 seunit atau > RM 5,000 kesemuanya ? TIDAK Melantik Pegawai Pemeriksa Menghantar permohonan KEW 300V ke JPN/BS/BPTV Melaksanakan keputusan Perbendaharaan/Pegawai Pengawal/ JPN/BS/BPTV Mengemaskini rekod stok Mengisi KEW 300X dan membuat laporan maklum Menerima maklum balas Menerima maklum balas Menerima maklum balas Menerima maklum balas Menerima dan menghantar keputusan Adakah barang bernilai RM 10,000 kesemuanya ? YA TIDAK Melantik Lembaga Pemeriksa Melantik Pegawai Pemeriksa Membuat dan menghantar keputusan

26

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PENYELENGGARAAN MAKMAL
Penyelenggaraan adalah penting untuk memastikan peralatan dan bahan sains sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Penyelenggaraan makmal merangkumi menyelenggara bilik makmal serta peralatan dan bahan sains. Penyelenggaraan peralatan dan bahan dilaksanakan dengan menyemak dan memeriksa bekalan yang sedia ada untuk memastikan peralatan befungsi dengan baik dan bahan masih boleh digunakan. Guru Kanan Sains dibantu oleh guru sains serta staf sokongan makmal bertanggungjawab melaksanakan kesemua penyelenggaraan ini; ysng prtlu dilaksanakan sepanjamg masa. Sekiranya terdapat kerosakan yang boleh diperbaiki hendaklah dibaiki dengan segera. Jika ia tidak boleh dibaiki, langkah-langkh keselamatan hendaklah diambil sebelum melaporkan kepada pihak sekolah.

PENYELENGGARAAN BILIK MAKMAL


Selain daripada penjagaan dan penyelenggaraan peralatan dan bahan sains, kemudahan fizikal makmal juga mestilah dijaga dengan baik untuk memastikan segala kemudahan yang disedia selamat digunakan. Guru Kanan Sains dibantu oleh guru sains serta staf sokongan makmal bertanggongjawab melaksanakan kesemua penyelenggaraan ini. Bilik makmal yang disenggara dengan berkesan membolehkan proses pengajaranpembelajaran dijalankan dengan berkesan, dalam suasana yang kondusif. Pemeriksaan bilik makmal mestilah dilakukan secara berkala dan bersistem. Contoh borang yang digunakan untuk pemeriksaan bilik makmal adalah seperti dalam Lampiran 1. Penyemakan keselamatan juga harus dilakukan oleh pihak Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Bagi membantu guru menyelenggara makmal, contoh senarai semak diberikan sebagaimana dalam Lampiran 2. PEREDARAN UDARA Makmal memerlukan peredaran udara yang baik, terutama makmal kimia. Kipas penyedut di dalam makmal, kipas angin dan kipas kebuk wasap hendaklah dalam keadaan bersih dan berfungsi. SISTEM SALURAN GAS Selinder gas sebaik-baiknya disimpan dalam bilik gas yang mempunyai peredaran udara yang sempurna. Sistem saluran gas hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk mengesan kebocoran. Jika disyaki terdapat kebocoran, injap utama hendaklah ditutup serta merta. Pengetua bertanggongjawab melaporkan secara betulis kepada pihak Jabatan Pendidikan Negri dengan segera.

27

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

SISTEM PENDAWAIAN ELEKTRIK Sistem pendawaian elektrik hendaklah diperiksa oleh pegawai yang bertauliah untuk memastikan sistem tersebut berfungsi dengan baik. Fius hendaklah dipasang dengan betul kerana fius yang salah dipasang berpotensi mendatangkan bahaya dalam makmal. Guru, pelajar dan staf sokongan hendaklah mengetahui kedudukan suis utama. Suis, soket dan dawai hendaklah diperiksa supaya tidak ada yang rosak. Sebarang kerosakan pada suis dan soket hendaklah dilaporkan dengan segera. Jika palam fius digunakan, fius itu hendaklaah diperiksa dan diganti, jika perlu.

SINKI, PAIP AIR DAN LONGKANG Sinki hendaklah sentiasa bersih. Bahan pepejal, cecair organik dan bahan yang mengkakis tidak boleh dibuang ke dalam sinki. Sesendal paip air hendaklah diganti apabila rosak. Longkang makmal hendaklah dibersihkan dengan pancutan air deras terutmanya untuk menghilangkan bahan kimia yang terjatuh ke dalamnya. Salur paip perlu diperiksa dari semasa ke semasa. PENUNU BUNSEN Penunu bunsen hendaklah sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi. bung yang sudah bocor, keras atau kembang hendaklah diganti. PERABOT MAKMAL Bangku, meja, almari dan papan tulis hendaklah sentiasa dalam keadaan yang baik untuk mewujudkan suasana yang selesa. Perabot kayu hendaklah dicat atau disyelek. Perabot yang rosak perlu dibaiki. KEBUK WASAP Kebuk wasap perlu dijaga agar sentiasa berkeadaan baik dan berfungsi. Dinding dan permukaan meja dalam kebuk wasap hendaklah dicuci selepas setiap kerja amali. Pintu kebuk wasap hendaklah sentiasa dibersihkan supaya pergerakannya tidak tersekat. Kipas penyedut hendaklah dihidupkan setiap kali kebuk wasap digunakan. Getah penyam-

PENYELENGGARAAN PERALATAN DAN BAHAN SAINS


Guru Kanan Sains dibantu oleh guru sains serta staf sokongan betanggongjawab memastikan peralatan dan bahan sains perlu disenggara dengan baik supaya tahan lama dan selamat digunakan. Pemeriksaan peralatan dan bahan sains mestilah dilakukan secara

28

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

berkala dan bersistem. Manual peralatan hendaklah disimpan di tempt yang mudah dilihat dan diperolehi untuk tujuan rujukan. ALATAN KACA Alatan kaca yang biasa digunakan diperbuat daripada kaca soda dan kaca borosilikat. Alatan kaca yang sumbing dan boleh digunakan lagi diperbaiki dengan cara digosokkan dengan kertas pasir; manakala, alat kaca borosilikat boleh dilicinkan semula dengan pengilat halus yang diperbuat daripada karborandum. Alatan kaca yang kotor boleh dibersihkan dengan bahan pencuci yang sesuai dengan merendam dalam campuran tersebut selama sehari dan kemudian dibasuh dengan air. Alatan kaca seperti bikar dan selinder penyukat heandaklah disimpan dalam rak, mengikut jenis dan saiz. Alatan kaca yang tinggi ditempatkan di bahagian belakang; manakala, yang rendah di hadapan. Alatan kaca yang kecil seperti piring kaca, tiub spesimen, piring petri dan slaid mikroskop adalah lebih baik disimpan dalam talam. Alatan kaca ini tidak boleh disimpan ditempat yang tarlalu tinggi atau dicampur aduk dengan peralatan lain Tiub dan Rod Kaca Tiub dan rak kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk bagi mengelakkannya daripada melentur. Tiub kaca berlubang hendaklah ditutup dikedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk masuk Kaca soda dan kaca borosilikat hendaklah diasingkan. Buret dan Pipet Buret dan pipet henaklah disimpan dalam keadaan menegak di rak khas. Dalam proses titratan, jika alkali digunakan buret / pipet hendaklah dibasuh dengan asid nitrik cair dan dibilas dengan air sebaik sahaja amali selesai untuk mengelakkan alkali melekat padanya. Botol Reagen Semua botol reagen yang telah diisi dengan bahan kimia hendaklah dilabelkan. Label yang telah rosak tetapi masih boleh dibaca hendaklah digantikan dengan label baru. Jika label tesebut tidak boleh dibaca, kandungan botol reagen tersebut hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul. Botol reagen yang rosak atau pecah perlu diganti. Sisip Kaca Sisip kaca yang berspesimen mestilah dilabel dan disusun mengikut kategori tertentu. Satu sistem indeks hendaklah digunakan. Sisip kaca ini boleh diasingkan dalam kotak khas untuk mencegah daripada terguris. Jika bilangannya banyak, sisip kaca ini boleh disimpan dalam kabinet yang mengandungi gel silika. Sisip kaca yang kosong dibersihkan dengan alkohol dan disimpan dalam kotak. Picagari

29

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Picagari perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan agar habuk yang terkumpul tidak menyebabkan bahagian dalam batang kaca terguris. Jarum picagari yang telah digunakan hendaklah disimpan di tempat yang berkunci. Jika picagari tidak digunakan, ombohnya hendaklah dipisahkan daripada selindernya agar tidak melekat. PERALATAN OPTIK Peralatan optik adalah sensitif dan mudah pecah, oleh itu ianya mestilah disenggarakan dengan betul bagi mengelakkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Kanta dan Prisma Kanta dan prisma mudah terguris oleh itu ianya hendaklah diletak di dalam bekas yang sesuai. Kanta dan prisma dibersihkan dengan menggunakan ketas pembersih kanta. Mikroskop Mikroskop mesti disimpan dalam kotak yang dikhaskan (kotak asal). Kotak tersebut hendaklah kering supaya kulat tidak mudah membiak. Dengan adanya pengudaraan dan haba daripada lampu karbon, pembiakan kulat dapat dielakkan. Disyorkan sebuah almari khas dibina untuk menyimpan mikroskop. Dinding almari itu mestilah mempunyai lubang-lubang kecil untuk pengudaraan. Di samping itu, beberapa lampu karbon boleh dipasang. Satu cara lain untuk menyimpan mikroskop ialah dengan beg plastik yang diisi dengan gel silika. Selepas mikroskop diguna, pastikan mikroskop itu dalam kuasa rendah supaya kanta objek tidak menyentuh pentas. Kanta objek dan kanta mata boleh ditanggalkan dari mikroskop yang jarang digunakan. Lubang pada mikroskop ditutup dan kanta disimpan dalam desikator. Mikroskop perlu diservis dari semasa ke semasa. Teleskop Teleskop yang disimpan dalam makmal mestilah disenggara dengan baik untuk memastikan jangka hayatnya panjang; di kepekaannya tekal dan ianya selamat digunakan. INSTRUMEN Instrumen yang terlibat dalam makmal mestilah disenggara dengan baik untuk memastikan jangka hayatnya panjang; di samping kepekaannya tekal dan selamat digunakan. Galvanometer Terminal galvanometer perlu dibersihkan supaya tidak berkarat dan boleh menghasilkan sentuhan yang baik apabila dipasang wayar penyambung. Selain itu pelaras sifarnya

30

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

mestilah boleh berfungsi untuk memastikan bacaan galvanometer yang diambil adalah tepat. Gelung galvanometer akan terputus walaupun dengan arus elektrik beberapa miliampere sahaja. Oleh itu galvanometer mesti dikawal dengan satu suis tekan dan perintang pengawal yang sesuai semasa digunakan. Pastikan galvanometer tidak disimpan berdekatan dengan magnet. Ammeter dan Voltmeter Seperti galvanometer, terminal dan pelaras sifarnya mestilah dipastikan dapat berfungsi dengan baik. Jika ammeter dan voltmeter dibebankan dengan arus yang berlebihan, gegelungnya akan terputus. Julat yang sesuai hendaklah dipilih apabila menggunakannya. Jika meter berkenaan perlu digunakan untuk mengukur nilai bacaan yang lebih tinggi daripada yang tercatat di skala, rintangan dalam ammeter hendaklah diubahsuai. Ammeter dan voltmeter jenis arus terus hanya boleh digunakan untuk litar arus terus sahaja. Walau bagaimanapun, ammeter dan voltmeter jenis arus ulang-alik boleh digunakan untuk litar arus terus, dengan syarat senggatan yang lain digunakan. Pastikan cara sambungan adalah betul. Termometer Bebuli termometer diperbuat daripada kaca yang nipis dan biasanya mudah pecah. Oleh itu termometer mesti disimpan dalam bekas yang sesuai. Tanda skala pada termometer akan hilang selepas satu jangka masa tertentu. Untuk membuat tanda yang kekal pada termometer, gunakan dakwat dan biarkan ia di dalam ketuhar pada suhu 50 C 70 C selama sehari. Jika bebenang dalam termometer terputus, panaskan bebuli dalam kukusan minyak sehingga bebenang merkuri tercantum semula dan dibiarkan sejuk. Termometer tidak boleh digunakan sebagai rod untuk mengacau larutan. Setelah selesai menggunakan termometer klinik, ianya hendaklah dicuci dengan alkohol. Untuk termometer digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika ianya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama. Angkup Verniar Angkup verniar perlu disimpan di dalam desikator untuk mengelakkan daripada bekulat. Sekiranya angkup verniar berkarat, ia perlu digosok dengan kertas pasir halus, digris dengan cermat dan disimpan dalam bekas asal. Tolok Skru Mikrometer Tolok skru micrometer perlu disapu dengan minyak dan disimpan dalam kotaknya. Bidal digunakan untuk pelarasan kasar manakala bagi pelarasan halus racet digunakan.

31

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Neraca Neraca perlu disimpan dalam stor atau dalam bilik persediaan. Neraca hendaklah disimpan jauh daripada bahan kimia yang mengkakis. Neraca tidak boleh duigunakan sebagai tempat meletak barang-barang. Alang aluminium, pivot dan tombol pada neraca mekanikal akan mengalami pengoksidaan. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku ia perlu disapu dengan sedikit minyak secara berkala. Neraca elektronik hendaklah diletakkan di tempat yang khas. Peralatan ini tidak digalakkan dipindahkan kerana ia terlalu sensitif dan mudah rosak akibat gegaran. Jam Randik Jam randik disimpan di dalam kotaknya setelah digunakan. Permukaan yang bercalar akan menyukarkan pembacaan yang ditunjukkan oleh jarumnya. Tombol pada jam ini hendaklah disapu minyak supaya ia tidak berkarat. Bagi jam randik digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika tidak digunakan dalam jangka masa yang panjamg. PERALATAN PENYULINGAN AIR Bagi mengelakkan kerosakan peralatan penyulingan air, pastikan air dialirkan sebelum suisnya dipasang. Alat penyulingan yang diperbuat daripada bahan logam mesti diletakkan jauh daripada bahan kimia. Sebelum penyulingan dihentikan, pastikan suisnya dimatikan dahulu sebelum pili air ditutup. Suis dan pili air hendaklah ditutup apabila tamat waktu persekolahan setiap hari untuk mengelakkan kerosakan pada alat apabila tiada bekalan air. ALAT ELEKTRIK Penyenggaraan alat elektrik sangat penting dalam memastikan tiada kemalangan berlaku. Selain itu, penyenggaraan yang baik akan memastikan hayat guna alat tersebut lebih panjang. Alat elektronik mesti disimpan di tempat yang kering. Sambungan wayar penyambung pada pada alat dan palam hendaklah sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan daripada litar pintas berlaku. Akumulator Akumulator yang bercas akan kehilangan casnya secara perlahan-lahan jika dibiarkan lama tanpa digunakan. Jika keadaan begini dibiarkan berterusan, akumulator tersebut tidak dapat dicas lagi. Apabila ketumpatannya telah kurang daripada S. G. 1.25, ia mestilah dicas semula sehingga ketumpatannya mencapai S. G. 1.25. Langkah-langkah untuk menjaga akumulator adalah seperti berikut: 32

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pastikan ketumpatan spesifik asid adalah sekurang-kurangnya S. G. 1.25 dengan menggunakan hidrometer bateri. Terminal akumulator disapu dengan gris. Air suling ditambah untuk memastikan arus elektriknya berada pada aras maksima. Caskan semula sekiranya ketumpatannya kurang daripada S. G. 1.25 (Perhatian: Pastikan penutup asid bateri dibuka).

Bekalan Kuasa Jika bekalan kuasa tidak berfungsi, fius perlu dipeterikan dan diganti dengan fius yang betul. Sekiranya bekalan kuasa masih tidak berfungsi, ianya hendaklah diservis oleh pihak yang bertauliah. Tombol terminal bekalan kuasa hendaklah sentiasa bersih dan tidak berkarat. Komputer dan Peralatan Antara Muka Komputer dan peralatan antara muka mesti dipasang dengan pengatur voltan automatik untuk mendapatkan arus elektrik yang stabil. Komputer sangat sensitif kepada habuk. Oleh itu dicadangkan peralatan komputer disimpan dalam bilik tetutup dan berhawa dingin. Proba pada peralatan antara muka hendaklah dibersih selepas diguna dan disimpan ditempat bekasnya. Osiloskop Peralatan ini amat sensitif kepada gegaran, oleh itu ia diletakkan di tempat yang stabil. Skrin peralatan ini hendaklah dibersih dengan menggunakan kain lembut seperti kain flanel. Jika peralatan ini rosak, ia hendaklah diperbaiki oleh pihak yang bertauliah. Peralatan Elektrik Yang Lain Peralatan-peralatan elektrik biasa yang terdapat di dalam makmal seperti cerek elektrik, ketuhar, pengisar makanan dan peti sejuk hendaklah dibersihkan dari semasa ke semasa. Jika peti sejuk digunakan untuk menyimpan bahan kimia, bahagian dalamnya hendaklah diperiksa selalu. Bahagian luar perlu dibersihkan supaya tidak cepat rosak. BAHAN KIMIA Stok bahan kimia mestilah diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan sama ada bahan tersebut masih boleh digunakan. Bahan yang lama digunakan dahulu. Bahan kimia toksid dan berbahaya hendaklah dikawal dengan rapi iaitu dengan mengawal kuantitinya dan disimpan dalam almari yang berkunci. Kunci tersebut hendaklah disimpan oleh Guru Kanan Sains atau Ketua Panatia Sains.

33

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bahan kimia yang peka kepada cahaya disimpan dalam botol gelap untuk mengelakkan dari terkena cahaya matahari. Pastikan semua bahan kimia mesti neutral dan selamat sebelum dilupuskan. Bahan Kimia Bukan Organik Bahan kimia organik disimpan mengikut abjad, berasingan daripada bahan kimia organik. Bahan kimia dan rak mestilah dilabel mengikut nama logam. Awalan kepada nama bahan kimia seperti mono, di-, tri- diabaikan untuk tujuan penyusunan di rak. Contohnya, triammonium orthofosfat di simpan bersama sebatian ammonium. Bahan Kimia Organik Bahan kimia organik disimpan mengikut abjad di tempat yang berasingan daripada bahan lain. Oleh sebab kebanyakkan bahan kimia organik merupakan cecair yang meruap atau beracun, bilik stor tempat penyimpan bahan kimia ini hendaklah mempunyai peredaran udara yang baik. Kipas penyedut di dalam makmal, kipas angin dan kipas kebuk wasap hendaklah dalam keadaan bersih dan berfungsi. Peraturan Penyimpanan Penyuimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut: Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik. Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh. Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap. Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan Bahan Beracun. Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi merupakan sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan); ianya mestilah dilupuskan dengan cara yang betul.

Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilabel dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa. Butiran dalam label adalah seperti berikut: Asid Hidroklorik, HCl 2 moldm3 31 Mac 2008 Nama bahan dan formula Kepekatan larutan Tarikh penyediaan

34

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Label pada botol reagen bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.

KESELAMTAN DI MAKMAL
Keselamatan dimakmal merupakan aspek utama untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal daripada segala kemalangan akibat kecuaian, kelalaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara bahaya yang mungkin berlaku di makmal adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocorn gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal merupakan tanggungjawab pengetua, guru sains, staf sokongan dan pelajar. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabila kumpulan pelajar yang kurang berpengalaman dan kurang berkeyakinan tentang apa yang hendak dibuat dalam makmal.

PENGURUSAN KESELAMATAN MAKMAL


Dalam pengurusan keselamatan makmal, kemalangan boleh dielakkan dengan cara: Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan sains. Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai bahaya eksperimen. Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen. Mengatur langkah aktiviti dengan baik dan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Guru mengawas semasa pelajar menjalankan eksperimen. Mematuhi arahan guru dan peraturan makmal. Pelajar sentiasa menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan. Meningkatkan kemahiran asas dalam teknik operasi alatan nakmal sains. Pelajar menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen.

PERATURAN DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN


Semua pengguna makmal perlu mematuhi peraturan supaya pada setiap masa makmal menjadi suatu tempat yang selesa dan selamat. Ini juga akan memastikan proses pengajaran-pembelajaran yang dijalankan dalam makmal menjadi lebih efktif. Semua pengguna makmal perlu mematuhi peraturan berikut: Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk atau disimpan dalam makmal dan bilik persediaan.

35

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kebenaran guru haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik persediaan. Semua peralatan dan bahan sains hendaklah dikembalikan di tempat asalnya setelah digunakan. Guru yang mengendalikan kelas amali di makmal tidak boleh meninggalkan kelas berkenaan tanpa sebarang pengawasan. Semua pengguna makmal hendaklah sentiasa memakai kot makmal dan kasut semasa berada dalam makmal dan bilik persediaan. Pengguna makmal hendaklah memakai gogal semasa menjalankan eksperimen kimia dan eksperimen yang boleh mencederakan mata. Alat dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari bilik makmal hanya dengan kebenaran guru sains. Seagala kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada Guru Kanan Sains dan Pengetua, serta dicatatkan dalam Buku Rekod Kemalangan. Kebersihan makmal dan bilik persediaan perlu dijaga pada setiap masa. Biik persediaan tidak boleh dijadikan sebagai tempat rehat atau rekreasi.

PROSEDUR KESELAMATAN MAKMAL


Menurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Sertamerta Kemalangan Di Dalam Makmal yang bertarikh 21 Feb. 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan: i. Satu petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA berukuran lebih kurang 2m x m dalam tulisan huruf besar hendaklah dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di setiap makmal. ii. NOTIS PENTING seperti yang terdapat dalam Pekeliling Bil. KP(BS)8600/12/A/(7) keselamatan Dalam Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973 hendaklah ditulis dalam bentuk poster dengan huruf yang nyata dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal. iii. Latihan kebakaran: Latihan kebakaran hendaklah dijalankan khas untuk pelajar di makmal pada awal dan pertengahan tahun. Latihan ini dijalankan untuk setiap kelas yang menggunakan makmal secara berasingan, supaya tidak mengganggu seluruh sekolah. Satu pelan laluan dan peaturan semasa kecemasan hendaklah disedia dan dipamerkan di suatu tempat yang mudah dilihat di setiap makmal. iv. Kelengkapan pemadam api 36

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Di dalam setiap makmal mesti terdapat sekurang-kurangnya satu alat pemadam api. Alat pemadam api hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa, mengikut tarikh yang tadapat pada alat itu. Pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan bomba atau syarikat swasta. Poster mengandungi cara-cara menggunakan alat pemadam api hendaklah dilekatkan di atas alat itu. Adalah mustahak bagi semua guru sains dan staf sokongan tahu cara menggunakan alat pemadam api. Baldi-baldi berisi pasir dengan penyedoknya hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai di dalam nakmal. v. Kit pertolongan cemas Setiap makmal mesti disediakan satu kit pertolongan cemas yang lengkap dengan peralatan dan bahan yang diperlukan. Isi kandungannya hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Kit ini hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai dalam saetiap makmal. vi. Satu rekod kemalangan hendaklah disediakan di setiap makmal. Butir yang harus direkodkan adalah seperti yang dfitunjukkan dalam jadual di bawah.

BIL.

TARIKH

MASA

NAMA

JENIS KEMALANGAN

TINDAKAN / CATATAN

1.

17.03.08.

9.00 pagi

Ali bin Ahmad

Luka ibu jari terke- Luka dicuci dena kaca tabung uji ngan air mengalir, dibalut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR


Di awal tahun pihak sekolah hendaklah menyediakan peraturan makmal untuk setiap pelajar. Pelajar perlu memahami dan menandatangani dan menampalkan peratuan ini dalam buku amali mereka. Peraturan ini hendaklah dibaca oleh guru bersama pelajar pada awal sesi persekolahan. Contoh peraturan makmal bagi pelajar adalah seperti berikut:

37

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR


PERATURAN AM Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik persediaan. Peralatan dan bahan kimia dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan guru.

Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan, Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.

Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau staf sokongan berkenaan. Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.

Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur. Penunu bunsen dinyalakan hanya dengan pemetik api. dan mancis tidak dibenarkan. Penggunaan kertas, lidi

Sebarang benda yang masih bernyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah. Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisasisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan. Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal semasa pengajaran-pembelajaran sains. Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru. Pelajar dilarang bermain-main di dalam makmal.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

38

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan adalah betul, Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup segera selepas digunakan.

Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis. PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan ke habitatnya. Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam. Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikro-organisme.

Jika piring petri yang mengandungi mikro-organisme retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

PERINGATAN Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan yang tersebut di atas.

... Tandatangan Guru Kanan Sains

. Tandatangan Pengetua

PENGAKUAN Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku akan mematuhi segala peraturan di dalamnya. Tandatangan pelajar: . Nama: Tarikh: ...

39

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

KESELAMATAN DALAM PENGENDALIAN BAHAN SAINS


Bahan sains yang terdapat dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan betul dan selamat. Pengendalian bahan sains yang tidak betul boleh mengakibatkan bahaya seperti berikut: Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif. Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis. Alahan kepada bahan sains. Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia. Pencemaran kepada alam sekitar. Keracunan disebabkan terhidu gas beracun. Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif.

PENGENDALIAN BAHAN KIMIA Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Terdapat beberapa bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah terbakar dan meletup, mengkakis, beracun dan merengsa (menyebabkan rasa gatal-gatal, radang pada mata, hidung dan kulit. Rasa tidak selesa). Bahan kimia dilabelkan dengan simbol seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14. Dengan ini pengguna akan lebih berwaspada apabila mengendalikannya. Semua bahan kimia adalah berbahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Ini adalah kerana bahan kimia mudah terbakar, mengkakis dan beracun serta bertindak balas menghasilkan bahan lain yang mendatangkan kemudaratan. Sesetengah tindak balas adalah sangat cergas sehingga menyebabkan letupan dan kebakaran. Jadual 3. berikut menunjukkan contoh bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan di sekolah.

40

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rajah 14: Simbol Bahan Kimia Yang Berbahaya

Jadual 3: Contoh Bahan Kimia Berbahaya Yang Biasa Digunakan Di Sekolah Bahan Kimia
Asbestos

Sifat-Sifat
Asbestos adalah campuran oksida silicon, magnesium, besi, aluminium, kalsium dan natrium.

Kesan-Kesan Bahaya
Sebuk asbestos merengsa mata, peparu dan kulit. Asbestos biru adalah karsinogenik. Jika dihidu dalam jangka masa panjamg boleh menyebabkan batuk kering dan barah peparu. Sangat mudah terbakar. Wap merangsang mata, kulit dan paru-paru. Penghiduan yang beterusan

Penyimpanan dan Pelupusan


Bersihkan asbestos dan masukkan ke dalam beg politena yang dilabelkan dengan terang sebelum pelupusan

Catatan
Penggunaa asbestos lembut, eg kertas asbestos, tali asbestos dan kapas asbestos tidak digalakkan dalam makmal sekolah.

Aseton Takat didih 56 (Propanon C. Takat kilat CH3COH3) -18 C. TLV 1000ppm. Wapnya lebih

Simpan di bawah paras mata dan di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan agen pengoksidaan yang kuat . Sim-

Digunakan untuk mengeringkan bahanbahan dengan cepat. Boleh digunakan untuk membuat kukus

41

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

tumpat drpd boleh menyebabkan udara. Boleh kesan khayal. larut campur dengan air.

pan sebanyak 250 cm3 pada setiap masa. Ase-ton perlu dicampur de-ngan air yang banyak semasa pelupusan.

air bersuhu rendah apabila ia dicampurkan dengan ais kering

Bahan Kimia
Benzena C6H6

Sifat-Sifat

Kesan-Kesan Bahaya
Sangat mudah terbakar dan toksid apbl tertelan, terhidu atau diserap melalui kulit. Bersifat kersinogenik.

Penyimpanan dan Pelupusan


Simpan di bawah paras mata dan di tempat sejuk. Jangan dicampur dengan klorin atau lain-lain agen pengoksidaan. Jangan dibuang sisa benzene ke dalam sinki makmal tetapi ke dalam tanah yang tidak digunakan. Labelkan BAHAYA pada botol yang mengandungi bromine. Simpan di bawh paras mata. Campurkan larutan alkali dan curahkan ke dalam longkang bersama dengan air yang banyak semasa pelupusan. Pelupusan hendaklah dibuat dalam kebuk wasap. Simpan dalam almari yang berkunci. Jangan dicampur dengan agen pengoksidaan. Campurkan dengan air yang banyak sebelum melupuskannya.

Catatan
Benzena tidak harus digunakan sebagai pelarut organic. Toluena merupakan pengganti yang baik kerana ia kurang toksid. Pengendalian benzena bendaklah dilakukan dalam kebuk wasap.

Takat didih 80 C. Takat kilat -11 C. TLV 10ppm. Cecair kurang tumpat drpd air. Wap lebih tumpat drpd udara.

Bromin Br2

Cecair meruap yang bewarna perang kemerahan. Takat didih 59 C. La-rut dalam air, tetraklorometana, klorofm dan etanol. TLV 0.1 ppm.

Wap sangat merangsang mata, paru-paru dan kulit. Cecair bromin dan air bromine adalah beracun dan mengkakis.

Gunakan penitis apbl memindahkan sedikit air bromin. Ini adalah lebih selamat drpd mencurahkannya drpd botol. Pakai sarung tangan dan gogal apbl menyediakan air bromin.

Fenol C6H5OH

Takat lebur 41 C. Takat didih 182 C. TLV 5 ppm. Larut dalam air atau natrium hidroksida. Asid lemah.

Pepejal atau cecairnya adalah beracun dan mengkakis. Wapnya berbahaya pada mata, paru-paru dan kulit. Pakai sarung tangan dan gogal semasa mngendalikannya.

Dijual dalam bentuk hablur. Tidak bewarna atau bewarna merah jambu. Apbl disimpan lama, warna merah jambu menjadi lebih gelap kerana kesan cahaya dan udara. Digunakan sebagai pembasmi organisme dan dalam pembuatan plastik serta pencelup.

42

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bahan Kimia
Hidrogen peroksida H202

Sifat-Sifat

Kesan-Kesan Bahaya

Penyimpanan dan Pelupusan


Simpan di tempat sejuk, gelap dan jauh drpd agen penurunan dan sebatian logam peralihan. Jangan dicampur dg asid, bahan mudah terbakar dan agen penurunan. Tambahkan air yg banyak sebelum pelupusan. Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan natrium peroksida dan agen pengoksidaan lain. Disimpan di tmpat sejuk yang jauh drpd api.

Catatan

Takat didih Mengkakis apabila pekat 107 C. TLV 1 menyebabkan melecur pappm. da mata, paru-paru, mulut dan kulit. Pengawasan diperlukan apbl menggunakan larutan pekat lebih 20 isipadu. Gunakan sarung tangan, gogal dan dikendalikan ditempat yang ada peredaran udara yang baik.

Larutan hydrogen peroksida tidak stabil atau sentiasa terurai: 2H2O2 2H2O + O2

Karbon disulfid CS2

Takat didih 46 C. Takat kilat -30 C. TLV 10ppm. Tidak larut dalam air.

Sangat mudah terbakar. Apbl bercampur dengan udara dan didedahkan kepada api, letupan boleh berlaku. Wap adalah beracun.

Pelarut lain harus digunakan (eg minyak zaiton, dimetilbenzena dan metalbenzena) bagi menggantikan karbon disulfid apbl menyediakan sulfur rombik. Ia berbentuk gas tetapi dijual dalam bentuk larutan berair iaitu 40% W/V larutan formaldehid dalam air (formalin). Digunakan sebagai pembasmi organisme atau bahan pengawet.

Metanal (Formaldehid, Formalin) HCHO

Takat kilat 50 Merengsa mata, paru-paru C. TLV 2 dan kulit. Wap dan larutan ppm. pekat mdah terbakar. Meletup apbl terbakar atau apbl larutan berair dipanaskan sehingga melebihi takat kilat. Disyaki sebagai karsinogenik dan berbahaya kepada paru-paru. Bertindak balas dengan hidrogen klorida dalam udara untuk membentuk kloro-

Jangan disimpan bersama asid hidroklorik, asid sulfurik atau agen pengoksidaan yg kuat. Campurkan dengan air yang banyak semasa pelupusan.

43

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

miloksiklorometana (biklorometil eter), satu karsinogen yang mempunyai TLV 0.001 ppm.

Bahan Kimia

Sifat-Sifat

Kesan-Kesan Bahaya
Sangat mudah terbakar. Ia adalah racun kumulatif dan apbl tertelan kesannya hanya timbul setelah beberapa jam. Berbahaya kepada saraf optik. Apbl termakan / terhidu dalam jangka masa lama, wapnya mengakibatkan gangguan penglihatan menyebabkan mata menjadi buta. Sangat mudah terbakar. Wap menyebabkan pening kepala, sakit kepala dan rasa mual. Beracun jika terserap melalui kulit. Wap dan cecair adalah beracun. Boleh memasuki badan melalui kulit. Merkuri boleh bertokok secara kumulatif dalam tisu otak menyebabkan sel saraf musnah dan mengakibatkan buta, kerosakan mental dan kematian.

Penyimpanan dan Pelupusan


Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur agen pengoksidaan dan logam alkali. Campurkan dengan air yang banyak semasa pelupusan.

Catatan
Samsu yang dicampur dengan metanol boleh menyebabkan kematian dan buta selepas diminum.

Metanol (Metil Takat didih 65 alcohol) CH3OH C. Takat kilat 10 C. TLV 200 ppm. Boleh larut campur dengan air pada semua kaar.

Metilbenzena (Toluena) C6CH5CH3

Takat didih 111 C. Takat kilat 44 C. TLV 100 ppm.

Simpan dalam almari yang boleh tahan kebakaran. Jangan campur dengan agen pengoksidaan yang kuat. Campurkan dengan air yang banyak sebelum pelupusan. Harus disimpan dalam almari berkunci. Merkuri yg tertumpah di lantai hendaklah dilupuskan dengan mencampurkan sedikit sulfur atau serbuk zink.

Toluena boleh didapati dalam tar arang batu. Digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan pencelup, dadah, sakarin dan TNT. Pakai sarung tangan apbl mengendalikan merkuri. Ia digunakan dengan menyediakan dulang di bawah supaya sebarang tumpahannya dapat diperolehi semula.

Merkuri Hg

Cecair bewarna kelabu berkilat. Takat didih 356.9 C.

Naftalena C10H8

Ppepejal putih. Berbahaya apbl terTakat lebur hidu, tertelan dan

Jangan dicampurkan dengan agen pengok-

Bahan yang biasa terdapat dalam ubat ge-

44

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

80 C. Takat tersentuh pada kulit. kilat 120 C. Gunakan gogal dan TLV 10 ppm. sarung tangan apbl menggunakan naftalena.

sidaan yang kuat. Basahkan dengan air dan simpan dalam beg politina sebelum melupuskannya.

gat. Gunakan dalam kuantiti yang kecil dan jangan panaskan melebihi 90 C.

Bahan Kimia

Sifat-Sifat

Kesan-Kesan Bahaya

Penyimpanan dan Pelupusan


Disimpan dalam almari berkunci. Jangan dicampur dengan asid nitrik. Larutkan garam dalam air yang banyak sebelum pelupusan.

Catatan
Elektrolisis Plumbum (II) bromida lebur harus dijalankan dalam kebuk wasap.

Plumbum, Pb, Plumbum ada- Racun kumulatif. dan garam plum- lah logam yang Debu, asap, pepejal bum. berwarna kela- atau larutan garam bu berkilat. plumbum apbl tertelan atau terhidu adalah berbahaya. Memudaratkan saluran respirasi, paru-paru, perut dan ginjal. Plumbum (V) oksida dan Plumbum (II) dioksida mempunyai banyak oksigen dan membantu pembakaran. Sulfur dioksida SO2 Gas tidak berwarna bersifat asid. Takat didih - 10 C. TLV 5 ppm. Kepekatan 6 12 ppm merengsa mata dan sistem respirasi. Sedikit sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada seseorang yang sedang mengalami demam paru-paru dan penyakit asthma. Sangat toksid. Boleh mendatangkan kesan khayal. Disyaki sabagai karsinogen. Apbl dipanaskan ia boleh terurai dan menghasilkan wap karbonilklorida (fosgen) yg beracun.m Merokok dalam udara yg mengandungi wap

Jangan dicampur dengan natrium hidrida, kalium klorat (V), natrium dan kromium. Selinder sulfur dioksida mesti disimpan jauh drpd wasap asid pekat.

Eksperimen yg menghasilkan sulfur dioksida hendaklah dibuat dalam kebuk wasap.

Tetraklorometan a (Karbon Tetraklorida) CCl4

Cecair tidak berwarna, lebih tumpat drpd air. TLV 10 ppm.

Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan logam alkali. Campurkan air yang banyak dan detergen sebelum pelupusan.

Pelarut pengganti kepada CCl4 yang kurang berbahaya adalah triklorometana. Penggunaan CCl4 dalam beberapa jenis pemadam api telah dihentikan kerana ia boleh mengurai menjadi fosgen.

45

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

tetrakloromethana boleh menghasilkan fosgen.

Bahan Kimia

Sifat-Sifat

Kesan-Kesan Bahaya

Penyimpanan dan Pelupusan


Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan logam alkali, aseton dan agen pengoksidaan. Campurkan air yang banyak sebelum pelupusan.

Catatan
Triklorometana adalah sejenis anastetik yang terkenal. Digunakan sebagai pelarut untuk bromin.

Triklorometana Takat didih Wap merengsa mata, kulit, (Klorofom) 62 C. TLV dan paru-paru. Jika tehidu CHCl3 10 ppm. dalam jangka masa yg lama menyebabkan pening kepala, pengsan dan kematian. Cecair kalau tertelan adalah toksid. Tidak boleh terbakar tetapi seperti tetrakloro metana boleh membentuk fosgen apabila dipanaskan. Kloroform boleh menyebabkan kesan mengantuk. Kalium, Natrium, Kalsium, Lithium. Lembut, Meletup dan terbakar apbl logam kelabu bertindak balas dengan air. berkilat. Bertindak balas dengan tetraklorometana.

Disimpan dalam minyak paraffin. Campurkan dengan alkohol mutlak sebelum pelupusan. Jauhkan drpd agen pengoksidaan seperti nitat, klorat, perklorat dan peroksida. Mesti dijauhkan drpd agen pengoksidaan. Elakkan daripada pemanasan. Sulfur disimpan di tempat yang sejuk.

Digunakan dalam kuantiti yang sangat kecil.

Serbuk Magnesium, Zink, Aluminium. Sulfer (belerang)

Logam kelabu berkilat.

Mudah terbakar dengan nyalaan terang.

Mesti digunakan dalam kuantiti yang kecil.

Pepejal berwarna kuning. Takat lebur 114 C.

Apbl sulfur dipanaskan, letupan dan pembakaran akan berlaku, menghasilkan gas sulfur dioksida yang sangat beracun. Apbl sulfur dicampurkan dengan serbuk logam atau agen pengoksida yg kuat seperti klorat, ia akan meletup dan terbakar dengan nyalaan biru dan melecurkan kulit.

Dijual bentuk kuning.

dalam serbuk

Dietileter

Takat

kilat Sangat mudah terbakar.

Disimpan dalam botol

Pengendalian

46

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

-40 C. Mudah terbakar dan meruap.

Winchester pada rak terbawah dalam almari. Sisa disimpan dalam botol yang dilabel.

mesti di dalam bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik.

PENGENDALIAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA Sebarang tumpahan bahan kimia berbahaya perlu diambil tindakan segera. Tumpahan ini boleh mengeluarkan wasap toksid, di samping menyebabkan kebakaran dan kemalangan. Sarung tangan getah perlu digunakan semasa membersihkan sebarang tumpahan. Jadual 4 menunjukkan prosedur bagi mengendalikan tumpahan yang berlaku. Jadual 4: Cara Mengendali Tumpahan Bahan Kimia BAHAN Bahan pepejal yang stabil pada suhu bilik seperti serbuk zink. Asid CARA PENGENDALIAN Bahan ini dispu dengan alat yang sesuai, dikumpul dan dimasukkan ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh air berlebihan dan disalurkan terus ke dalam longkang. Pepejal natrium bikarbanat atau larutannya boleh digunakan untuk meneutralkan baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. Apabila berlaku tumpahan asid pekat, siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba dan percikan asid. Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang atau ditabur pasir bersih ke atas tumpahan tersebut dan dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan sabun dan air. Selepas itu, kawasan tumpahan hendaklah dilap sehingga kering. Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dg kain dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai. Tumpahan yg banyak dibersihkan dengan menggunakan mop sehingga kering. Mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih. Pastikan tingkap dan pintu makmal dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahannya sedikit, tutup 47

Bahan berminyak seperti minyak kelapa dan gris

Pelarut mudah meruap

Merkuri

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

merkuri dengan serbuk sulfur atau zink dan bersihkan. Penyedut vakum atau alat pengutip merkuri boleh digunakan untuk mengutip tumpahan merkuri.

PENGENDAALIAN BAHAN RADIOAKTIF


Terdapat bahan radioaktif dalam makmal yang digunakan untuk proses pengajaranpembelajaran. Bahan ini boleh mengeluarkan sinaran yang mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan berbahaya. Bahaya yang mungkin timbul daripada penggunaan bahan ini dan langkah-langkah pengendalian adalah seperti dalam Jadual 5. Jadual 5: Langkah Pengendalian Bahan Radioaktif BAHAN KIMIA Radiun, Stronium, Amerikium, Kobalt, Thorium. KESAN-KESAN BERBAHAYA LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Sinaran yang dikeluarkan bahan ini Kot makmal, sarung tangan, gogal boleh mendatangkan mudarat kepa- dan penyepit hendaklah digunakan da manusia. semasa mengendalikan bahan ini. Sumber radioaktif janganlah sekaliDos yang rendah boleh menyebab- kali didekatkan dengan tubuh. kan kasnser atau mutasi. Bahan radioaktif dalam bentuk palet Dos yang tinggi membunuh sel, me- hendaklah disimpan semula dalam rosakkan organ dan menyebabkan kotaknya yang telah dilindungi oleh kematian. plumbum. Tempat penyimpanan radioaktif hendaklah dalam stor atau almari yang berasingan. Jabatan Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan tersebut. Jika bahan radioaktif itu tidak diperlukan lagi, maklumkan kepada Institut Teknologi Nukliar Malaysia (MINT) untuk tindakan pelupusan. Jika bahan itu kecurian atau kehilangan, beri tahu dengan segera kepada pihak polis, Jabatan Kimia dan Jabatan Pendidikan Negeri.

48

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PELUPUSAN SISA BAHAN KIMIA Biasanya bahan kimia dilupus dengan membuangkan terus ke dalam sinki dan longkang. Cara ini amat berbahaya terutamanya jika bahan yang dibuang itu adalah bahan beracun. Carta alir dalam Rajah 15 boleh digunakan sebagai panduan dalam proses pelupusan sisa bahan kimia.
Rajah 15: Carta Alir Pelupusan Bahan Kimia

PELUPUSAN SISA BAHAN KIMIA BAHAN KIMIA CECAIR SISA BAHAN KIMIA ORGANIK BERHALOGEN BUANG DALAM PERIGI KIMIA SISA BAHAN KIMIA TAK ORGANIK BERASID CAIRKAN SEHINGGA 104 Moldm3 NEUTRALKAN TAK BERASID CAIRKAN DENGAN AIR BAHAN KIMIA PEPEJAL SISA BAHAN KIMIA REAKTIF DEAKTIFKAN TANAM SISA BAHAN KIMIA TAK REAKTIF LARUT DALAM AIR BUANG DALAM SINKI

TAK BERHALOGEN BAKAR

BUANG KE DALAM SINKI

CATATAN: Pelupusan bahan kimia toksid hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Kimia, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar untuk mendapatkan khidmat nasihat.

PENGENDALIAN ALAT ELEKTRIK Penggunaan alat elektrik boleh mengakibatkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau alat elektrik berkenaan tidak disenggara dengan sempurna. Langkah-langkah berikut perlu diambil semaasa mengendalikan peralatan elektrik: Pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah. Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik.

49

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan. Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan baik serta menggunakan wayar yang bertebat. Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa. Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti dengan segera. Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang betul/ Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan baik. Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin. Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh juru teknik yang bertauliah. Sebarang peraturan keselamtan penggunasaan elektrik hendaklah dipatuhi.

PENGENDALIAN BAHAN EKSPERIMEN YANG BERBAHAYA


Kemalangan boleh berlaku dalam pengendalian peralatan dan bahan sains semasa menjalankan eksperimen, sekiranya pelajar cuai dan tidak mengambil langkah berjagajaga. Terdapat eksperimen yang dijalankan dalam makmal yang mungkin nendatangkan bahaya. Langkah-langkah tertentu perlu diambil dalam pengendaliannya, sebagaimana yang ditunjuk dalam Jadual 6. Eksperimen yang berbahaya haruslah dijalankan secara demonstrasi guru. demonstrasi, langkah-langkah berikut mesti dipatuhi: Jarak di antara pelajar dengan bahan demonstrasi mestilah sesuai. Pastikan kumpulan pelajar yang kecil semasa demonstrasi dijalankan. Pastikan alat-alat keselamatan digunakan. Tempat di mana demonstrasi dijalankan hendaklah sesuai, sama ada di luar atau di dalam makmal. Guru mestilah sentiasa berada di dalam makmal sewaktu pelajar berada di dalam makmal. Semasa

KEBAKARAN

50

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Terdapat beberapa eksperimen yang boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dilakukan dengan cermat. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga sumber kebakaran iaitu punca oksigen, sumber pencucuhan dan bahan api, sebagaimana yang ditunjukkan dala Rajah 16. Jadual 6: Pengendalian Bahan Eksperimen Yang Berbahaya EKSPERIMEN Penyalaan Hidrogen CARA PENGENDALIAN Eksperimen yang melibatkan gas hidrogen adalah berbahaya. Nyalaan terbuka mesti dielakkan. Campuran hidrogen dan oksigen akan meletup apabila dinyalakan. Pemanasan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teoksida seperti fosforus dan sulfur boleh mengakibatkan letupan. Pastikan campuran klorat tidak mengandungi fosforus dan sulfur. Sebarang eksperimen pemanasan melibatkan ammonium nitrat hendaklah dielakkan kerana bahan ini mungkin meletup apabila dipanaskan, walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Pemanasan Klorat

Pemanasan Ammonium Nitrat

Tindak balas Eksperimen yang melibatkan logam reaktif seperti natrium dan kalium yang melibat- hendaklah menggunakan kuantiti yang kecil sahaja. Penyepit kan logam hendaklah digunakan untuk mengambil atau memindahkan bahan ini. reaktif Eksperimen menggunakan asid pekat Dalam eksperimen yang menggunakan asid pekat, elakkan daripada menuangkan air ke dalam asid pekat. Sekiranya asid pekat perlu dicairkan, tuangkan asi pekat perlahan-lahan ke dalam air. Jangan sesekali mencampurkan asid pekat kepada klorat. Gunakan penitis apabila memindahkan asid pekat semasa eksperimen.

Eksperimen Eksperimen elektrolsis Plumbum II bromida menghasilkan gas bromin. yang melibat- Wap bromin berbahaya kepada mata, paru-paru dan kulit. Eksperimen kan bromin yang melibatkan cecair atau wap bromin perlu dijalankan dalam kebuk wasap. Dalam eksperimen redoks, air klorin lebih selamat digunakan berbanding dengan cecair bromin.

Kebakaran belaku dalam dalam makmal disebabkan oleh kecuaian, bahan kimia, letupan dan elektrik. Kebakaran boleh dibahagikan kepada 4 kelas, sebagaimana dalam Jadual 7.

51

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rajah 16: Sumber Kebakaran

Jadual 7: Jenis Kebakaran dan Pemadam Api Yang Sesuai

Jenis Kebakaran Kelas A

Punca Kebakaran

Pemadam Api Yang Sesuai

Kebakaran yang biasaanya berpunca Pemadam api jenis karbon diokdaripada kayu, kertas, kain, getah, sida, busa dan serbuk kering; plastik, dan seumpamanya. selimut api, pasir dan air. Kebakaran yang disebabkan oleh cecair Pemadam api jenis karbon diokyang mudah terbakar seperti metil spirit. sida, busa dan serbuk kering. Kebakaran elektrik. Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering.

Kelas B

Kelas C

Kelas D

Kebakaran logam; melibatkan sebarang Pemadam api jenis karbon dioklogam yang mudah terbakar seperti sida, busa dan serbuk kering. magnesium dan logam alkali.

52

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

LETUPAN
Kebakaran boleh berpunca daripada letupan; atau sebaliknya. daripada: Kebocoran gas. Cecair dan pepejal mudah terbakar. Tindak balas eksotermik yang tidak terkawal. Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat. Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam keadaan serbuk halus boleh meletup seperti magnesium, zink, aluminium. Letupan berpunca

PENCEGAHAN KEBAKARAN Setiap makmal mesti dipengkapkan dengan perkara berikut: Alat pemadam api jenis karbon dioksida, jenis busa, dan jenis serbuk kering. Selimut api. Baldi berisi pasir.

Alat pemadam api disediakan dalam makmal berdekatan dengan pintu. Alat pemadam api hendaklah dihantar sekurang-kurangnya setahun sekali untuk diperiksa oleh syarikat swasta yang berdaftar dengan Jabatan Bomba. Selimut api hendaklah disediakan di makmal di tempat yang senang dicapai. Selimut api digunakan apabila berlaku kebakaran setempat seperti kebakaran pada pakaian atau kebakaran pelarut dalam sinki. Guru dan staf sokongan hendaklah membiasakan diri dengan penggunaan alat pemadam api. Jabatan Bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.

LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN MAKMAL Peraturan kecemasan kebakaran mestilah dijelaskan pada semua pelajar apabila mereka mula memasuki kelas amali pada setiap tahun. Setiap guru sains hendaklah diberi penerangan dan diberi satu salinan arahan. Arahan ini juga hendaklah ditampal di papan kenyataan di dalam bilik makmal supaya pelajar boleh membiasakan diri dengan peraturan tesebut.

53

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Satu pelan laluan kecemaasn yang menunjukkan arah keluar semasa kebakaran berlaku mestilah ditampalkan di tempat yang sersuai. Rekodkan latihan kecemasan kebakaran. Jadual 8 menunjukkan contoh Rekod Latihan Kecemasan Kebakaran.

TINDAKAN JIKA BERLAKU KEBAKARAN


Jika berlaku kebakaran, pastikan penggera atau loceng kecemasan kebakaran dibunyikan dengan segera. Semua orang yang berada di dalam makmal dikehendaki keluar dengan cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik ditutup. Pintu makmal hendaklah ditutup selepas semua orang telah keluar. Jadual 8: Rekod Latihan Kecemasan Kebakaran Bil Tarikh Masa Makmal / Kelas Nama Guru Bil. Pelajar 45 Catatan

1.

24.3.0 9.35 pagi 8

Makmal 2, Kelas 4 Jujur

En. Ali bin Abu

2 pelajar hadir:

tidak

1. Suhaili Ahmad 2. Goh Bee Min

Sekira berlakunya kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari. Gunakan selimut api atau gebar tebal untuk memadamkan api. Jika tiada selimut api, gulingkan mangsa di atas lantai. Jangan siram dengan air atau menggunakan pemadam api ke atas mangsa. Bengkokkan mangsa supaya api tidak merebak ke mata dan sistem pernafasan.

MAKMAL YANG BESTARI


Pendidikan sains yang dilaksanakan di negara ini merupakan wadah kepada pembangunan negara. Ia selaras dengan perkembangan teknologi terkini yang telah menjadikan pendidikan sains semakin mencabar. Perkembangan ini seharusnya dimenfaatkan secara optimum untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains negara dalam usaha untuk melahirkan pelajar bertaraf dunia yang dapat menangani cabaran abad akan datang. Justeru, keperluan tenaga kerja yang kreatif dan inovatif mampu menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi untuk bersaing di peringkat antarabangsa dapat dipenuhi. 54

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Makmal merupakan tunggak kepada pendidikan sains. Oleh yang demikian, makmal sekolah di negara kita harus dfipertingkatkan kualitinya berkonsepkan makmal yang bestari, bagi menggerakkan budaya pembelajran berfikrah, selaras dengan perkembangan pesat dalam dunia sains dan teknologi. Makmal bestari bukan sahaja digunakan sebagai tempat untuk menjalankan eksperimen tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat sumber yang dapat memberi maklumat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir pelajar. Menyedari hakikat ini warga pendidik sains perlu bersedia dan sanggup melakukan perubahan kepada makmal yang sedia ada kepada makmal bestari.

CIRI MAKMAL YANG BESTARI


Pengwujudan makmal yang bestari akan memantapkan lagi perlaksanaan pengajaranpembelajaran sains di sekolah. Makmal yang bestari sepatutnya mempunyai ciri berikut: Luwes Teknologi sebagai penggerak Mesra pengguna Mengutamakan keselamatan.

LUWES Makmal yang ada sekarang dan yang akan dibina perlu bersifat luwes (fleksibel). Makmal yang luwes mempunyai ciri yang dapat memenuhi kehendak pendidikan sains pada masa akan datang. Keluwesan yang diwujudkan dalam pembinaan makmal perlu merangkumi reka bentuk makmal, kelengkapam makmal, pengurusan masa, penggunaan makmal dan fungsi makmal. Reka Bentuk Makmal Antara apek yang perlu diberi perhatian dalam membina makmal yang luwes ialah reka bentuk dalaman makmal tersebut. Makmal ini seharusnya mempunyai dinding yang membolehkan beberapa makmal dicantum menjadi satu. Keluwesan ini membolehkan saiznya diubah suai mengikut keperluan penggunaannya. Ia juga seharusnya mampu menyediakan ruang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berbeza bagi pelajar mengikut aras kemahiran yang berbeza. Bilik makmal dan bilik persediaan seharusnya disusun dalam bentuk kelompok iaitu kesemua bilik tersebut berdekatan antara satu sama lain, bertujuan memudahkan pengurusan dan guna sama. Makmal yang luwes juga mempunyai ciri yang membolehkannya dikategorikan semula, misalnya bukan lagi mengikut kelaziman mata pelajaran tetapi mengikut jenis eksperimen atau bentuk aktiviti contohnya makmal basah dan makmal kering. 55

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kelengkapan Makmal Makmal perlu dilengkapi dengan perabot yang bersifa modular iaitu boleh dipasang dan dirombak denga mudah apabila dikehendaki. Perabot seharusnya bersifat mudah alih, boleh diubah suai dan boleh disusun atur bagi membolehkan kedudukan pelajar disesuaikan mengikut keperluan eksperimen dan aktiviti, saperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16. Rajah 16: Contoh Pelan Cadangan Susunan Meja Makmal

Bentuk heksagon untuk eksperimen berkumpulan . Stool diletakkan di keliling meja.

Susunan sebaris (7 meja)

Susunan sebaris (3 meja)

Untuk individu (semasa perbincangan)

Selain daripada meja berbentuk segi tiga, bentuk-bentuk lain juga boleh digunakan dan disusun mengikut keperluan. Meja dan kerusi makmal boleh diubah ketinggiannya mengikut keselesaan pelajar dan kesesuaian aktiviti yang dijalankan. Peralatan dan kelengkapan makmal seperti sumber gas, sumber elektrik dan sunki seharusnya bersifat mudah alih, mudah dicapai serta mesra pengguna, pintar serta berbentuk modular bagi membolehkan ianya digunakan hanya apabila diperlukan. Kelengkapan makmal yang mesra pengguna perlu disediakan agar sesuai dengan aktiviti yang akan dijalankan seperti: Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan gas senang dicapai. Alat multi media yang tersedia.

56

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bahan bantuan mengajar dan bahan rujukan senang dicapai dan diakses. Sistem audio yang sesuai. Papan tulis elektronik. Komputer yang dilengkapkan dengan internet dan mel elektronik. Kit eksperimen yang canggih dan mencukupi. Telefon kecemasan di bilik persediaan. Alat visualizer seperti LCD dan video. Taman Sumber Sains. Kenmudahan pembelajaran untuk pengguna yang kurang upaya. Perabot jenis mudah alih dan boleh dilaras. Peralatan sains mudah dilihat di tempat simpanan.

Penggunaan Makmal Secara Optimum Jadual waktu penggunaan makmal seharusnya luwes. Ini akan memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja-kerja amali dan penyelidikan secara pembelajaran kadar kendiri dan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri. Pemanfaatan masa dapat dilakukan dengan cara menjalankan aktiviti seperti projek atau kajian yang telah dirancang secara serentak mengikut kadar keupayaan pelajar. Penggunaan makmal boleh dilanjutkan selepas waktu persekolahan dengan penyeliaan oleh guru atau staf sokongan. Makmal juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran sains di kalangan orang awam dengan cara menganjurkan hari terbuka. Pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan pelawat boleh dirancang supaya pendedahan yang diberi dapat meningkatkan kesedaran dan minat terhadap mata pelajaran sains. Fungsi Makmal Fungsi makmal yang luwes merangkumi peranannya sebagai sumber ilmu. Selain digunakan sebagai tempat menjalankan aktiviti pengajaran-pembelajaran, makmal juga boleh berperanan sebagai pusat sumber, bilik pameran dan bengkel. Di samping itu, makmal boleh juga digunakan oleh guru mata pelajaran lain untuk mengajar topik-topik tertentu yang ada kaitan dengan sains. Ini akan menjadikan makmal sebagai pusat pembelajaran pelbagai guna, di samping menjadi pusat maklumat sains yang terkini. TEKNOLOGI SEBAGAI PENGGERAK

57

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Makmal sepatutnya dibekalkan dengan peralatan teknologi yang terkini dan mencukupi. Penggunaan teknologi moden membantu guru melaksanakan pengajaran-pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan. Guru seharusnya berperanan sebagai pembimbing semasa pelajar memanfaatkan teknologi ini. Komputer merupakan salah satu daripada teknologi yang diperlukan. Satu sistem komputer yang dirangkaikan sesuai digunakan dalam makmal. Ia selaras dengan usaha untuk menerapkan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan negara. Penggunaan teknologi komputer melalui satu sistem komputer yang dirangkaikan dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam aspek pengurusan makmal, pengajaranpembelajaran serta penyelidikan dan pembangunan. Pengurusan Makmal Penggunaan komputer membolehkan guru mengurus makmal dengan lebih berkesan melalui perisian yang dibangunkan khas untuk tujuan ini. Penggunaan perisian ini menjimatkan masa dan tenaga guru. Contoh perisian yang boleh dimanfaatkan oleh guru ialah perisian untuk mengendalikan data dan maklumat tentang peralatan dan bahan sains, pemerolehan peralatan sains serta maklumat tentang pengajaran-pembelajaran sains di sekolah. Pengajaran-pembelajaran Sistem komputer boleh dikembangkan, meliputi pengajaran-pembelajaran sains secara langsung. Perisian dan perlatan yang membantu pelajar mengumpul dan memproses data seperti peralatan antara muka membantu pelajar menjalankan eksperimen dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu, perisian yang berbentuk Pembelajaran Berbantu Komputer (CAI), Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) dsb. boleh menyumbang dalam menjayakan aktiviti pengajaran-pembelajaran sains. Pelbagai maklumat tentang sains yang terdapat di pasaran dalam bentuk CD-ROM boleh digunakan guru dan pelajar. Kreativiti guru dan pelajar dapat menambahkan lagi keberkesanan penggunaan sistem maklumat dalam tugasan mereka. Bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi, alat teknologi yang membantu dalam persembahan seperti TV, projector, LCD dan sistem audio dan video adalah peralatan yang perlu dibekalkan dalam makmal. Di samping itu, komputer yang dirangkaikan dengan sistem seperti Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Rangkaian Kawasan Luas (WAN), Internet, Intranet serta mel elektronik akan memberi peluang kepada pelajar berkongsi maklumat dengan pelajar lain dan institusi lain di dalam atau di luar negara. Penyelidikan dan Pembangunan Penggunaan computer menjadi lebih lengkap jika pelajar menyumbang, membangun perisian dan menulis sendiri maklumat hasil daripada penyelidikan dan kajian yang

58

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

dijalankan sebagai pengkalan data. Perisian dan maklumat ini kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam sistem LAN, WAN ataupun internet untuk disebarkan penggunaanya bagi faedah para pelajar lain di sesebuah negara. Perkongsian ini berupaya menerapkan budaya penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi maklumat di kalangan pelajar. MESRA PENGGUNA Makmal yang berkonsepkan mesra pengguna seharusnya mempunyai suasana yang kondusif dan ceria terhadap pengajaran-pembelajaran sains. Mesra pengguna untuk makmal perlu mengambil kira reka bentuk makmal, kelengkapan makmal, keceriaan dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, pengguna sentiasa berasa seronok dan terpanggil ke makmal untuk tujuan pembelajaran dan mendapatkan maklumat. Keceriaan Makmal sepatutnya dibangunkan dalam keadaan ceria dengan mengambil yang sesuai dan menarik. Hiasan dan bahan yang dipamerkan mestilah menarik. Sistem pencahayaan yang mencukupi dan boleh diubahsuai mengikut keperluan. Semua bilik adalah berhawa dingin serta mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Perkhidmatan Piagam pelanggan perlu diadakan untuk memantapkan perkhidmatan yang disediakan oleh makmal. Guru dan staf sokongan perlu berlatih agar dapat memenuhi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Layanan yang mesra dan bersopan santun membuatkan pelajar tertarik untuk menggunakan makmal. Bilangan staf sokongan perlu mencukupi, di samping mempunyai sifat bertanggungjawab, berketrampilan dan beriltizam terhadap tugas mereka Dengan ini tekanan kerja dapat dikurangkan dan mereka dapat melayan pengguna dengan suasana gembira. MENGUTAMAKAN KESELAMATAN Kelamatan perlu diberi perhatian dan penekanan dalam pengurusan makmal. Untuk memastikan keselamatan pengguna serta keberkesanan pengguna makmal sentiasa terjamin, perlaksanaan pogram keselamatan makmal yang bestari perlu mengambil kira keperluan keselamatan minimum, pengurusan keselamatan makmal dan latihan dalaman pengurusan keselamatan makmal. Aspek yang dinyatakan ini harus menjadi satu piawai bagi makmal, selaras dengan corak pengajaran-pembelajaran sains yang berteraskan konsep bestari. Keperluan Keselamatan Yang Minimum Kit pertolongan cemas mesti lengkap dan tidak melepasi tarikh habis tempoh. Plan tindakan kebakaran. 59

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Latihan kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun. Alat pemadam api. Pakaian makmal yang merangkumi kot makmal dan pemakaian gogal. Kot makmal diperbuat daripada bahan kalis kimia dan kalis api. Gogal pula diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar, tidak mudah pecah dan tidak berkecai. Ruang kerja pelajar yang diperlukan adalah 5.6 m3 per pelajar. membolehkan pelajar bekerja dengan selesa dan selamat. Nisbah guru kepada pelajar dalam makmal ialah 1:24. Pengawasan dan bimbingan guru yang optimum. Ruang ini

Ini membolehkan

Terdapat sekurang-kurangnya dua pintu keluar / masuk dengan daun pintunya membuka ke luar. Reka bentuk ini memudahkan pelajar keluar apabila berlaku kecemasan. Pintu makmal perlu cukup luas untuk membolehkan pelajar yang berkerusi roda masuk dan keluar makmal. Terdapat sistem peredaran udara yang baik. Setiap makmal hendaklah dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 6 kipas ekzos. Bilik persediaan dan bilik stor juga perlu dilengkapi dengan kipas tesebut. Terdapat sistem penggera asap, penggera haba dan sistem pemercik. Terdapat pencuci mata dan pancuran automatik. Pencuci mata hendaklah mampu mengeluarkan air yang deras selama 15 minit. Pancuran automatik pula mampu mengeluarkan air sebanyak 135 270 liter seminit. Terdapat kit kawalan tumpahan bahan kimia. Kit ini mampu mengawal sebarang tumpahan bahan kimia yang berbahaya.

Pengurusan Keselamatan Makmal Makmal yang bestari mempunyai peralatan dan kemudahan yang berteknologi tinggi. Antaranya peralatan audio dan video terkini serta sistem komputer termasuk peranti perisian serta rangkaian komputer seperti LAN dan WAN. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan alat bantu mengajar yang berkos tinggi seperti projektor, LCD dan peralatan antara muka. Tanpa pengurusan keselamatan yang sempurna segala kemudahan dan infrastruktur yang terdapat dalam makmal terdedah kepada salah gunaan, kerosakan dan kecurian. Justeru, makmal bestari perlu ada satu pelan perancangan keseluruhan yang sistematik. Pelan makmal yang disediakan mestilah mempertimbangkan strategi perlaksanaan keselamatan seperti penggunaan pengenalan diri (ID) pengguna, peraturan kata laluan, audit pemantauan, strategi keselamatan fizikal serta pematuhan terhadap peraturan yang telah dibuat.

60

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Peranan dan tanggungjawab setiap individu yang menggunakan makmal bestari meliputi penggunaan serta pentadbiran makmal semasa aktiviti pengajaran-pembelajaran, pengurusan keselamatan dan pentadbiran di makmal. Dari semasa ke semasa aktiviti memantau dan mengaudit penggunaan sumber yang terdapat dalam makmal perlu diadakan. Tindakan ini perlu diambil bagi mengesan dan mengelakkan berlaku kerosakan serta kecurian dan untuk memastikan kemudahan serta infrastruktur makmal bestari tidak disalahgunakan. Terdapat satu Senarai Semak Keselamatan yang mengandungi aspek yang berikut: Amalan kerja dalam makmal Penyimpanan bahan kimia. Pengendalian dan pelupusan bahan buangan yang terancang. Penyelenggaraan. Pengongsian kecemasan. Pelabelan dan pemaparan proses keselamatan.

Latihan Dalaman Pengurusan Keselamatan Makmal Terdapat latihan dalaman yang disediakan untuk guru dan staf sokongan. Latihan ini dijalankan secara berkala untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan keselamatan. Selain itu, pihak sekolah juga hendaklah memastikan dokumen, risalah, manual dan pekeliling terkini tentang pengurusan keselamatan diletakkan pada tempat yang mudah dilihat dan digunakan. Dokumen-dokumen ini hendaklah ditinggalkan di sekolah apabila guru atau staf sokongan berpindah. Implikasi Makmal Yang Bestari Tren makmal yang bestari bercirikan keluwesan, teknologi sebagai penggerak, mesra pengguna dan mengutamakan keselamatan memberi implikasi kepada perkara berikut: Sumber kewangan daripada segi peningkatan taraf makmal yang sedia ada dan rekabentuk makmal. Peningkatan profesionalisme. Peningkatan kesedaran masyarakat.

Sumber Kewangan Peruntukan kewangan adalah penting untuk mengwujudkan makmal bestari. Peruntukan kewangan untuk membeli peralatan dan bahan sains diperolehi dari Peruntukan Pelancaran dan Peruntukan Per Kapita (PCG) dan pembekalan melalui kontrak pusat oleh

61

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kementerian Pendidikan adalah wajar ditambah mengikut kesesuaian harga peralatan dan bahan semasa. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan untuk mempertingkatkan taraf dan melengkapkan makmal yang sedia ada. Walau bagaimanapun, guru sains harus mempunyai inisiatif untuk mempertingkat dan melengkapkan makmal, berpandukan tren makmal bestari. Pihak sekolah boleh berusaha untuk menjalankan aktiviti yang sesuai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk tujuan tersebut. Dalam usaha mempertingkatkan kualiti makmal, spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan hendaklah dirujuk dan dipatuhi. Rekabentuk makmal akan berubah selari dengan ciriciri makmal bestari. Oleh itu makmal akan datang tidak semestinya disusun dalam susunan linear tetapi disusun mengikut keperluan proses pengajaran-pembelajaran. Peningkatan Profesionalisme Pendedahan dan latihan kepada guru dan staf sokongan yang berterusan sangat perlu demi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyelenggaraan makmal bestari. Latihan guru di maktab perguruan dan universiti perlu memasukkan aspek pengurusan makmal bestari. Makmal bestari dilengkapi dengan pelbagai peralatan elektronik yang perlu diurus dan diselenggara oleh mereka yang pakar dan mahir dalam bidang ini. Mereka bertanggungjawab membantu Guru Kanan Sains dalam pemerolehan, pelupusan, pengawalan dan membaik pulih sistem, perisian, perkakasan dan sistem rangkaian maklumat; di samping membantu guru menyedia dan mengendalikan peralatan untuk sidang video, sembang siber, dsb. Tugas lain mereka ialah memberi pendedahan dan latihan kepada staf sokongan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan sistem peralatan elektronik. Untuk memastikan keselamatan adalah pada tahap yang memuaskan perlu ada pakar yang sentiasa menyemak dan memeriksa penyelenggaraan keseluruhan makmal. Dengan wujudnya perjawatan baru atau menaik taraf perjawatan yang sedia ada, makmal bestari akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Perjawatan yang diwujudkan untuk mengurus makmal perlu juga diambil kira mengikut kesesuaian tugas. Peningkatan Kesedaran Masyarakat Dengan adanya makmal bestari, kesedaran masyarakat terhadap sains dan teknologi dapat dipertingkat malalui aktiviti seperti mengadakan hari terbuka makmal. Dengan ini adalah diharapkan budaya sains dan teknologi dapat dipupuk dalam masyarakat.

62

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

LAMPIRAN 1: Contoh Borang Laporan Pemeriksaan Bilik Makmal


LAPORAN PEMERIKSAAN BILIK MAKMAL

MAKMAL NAMA GURU GURU YANG BERTANGGUNGJAWAB NAMA STAF STAF SOK0NGAN MAKMAL SAINS TARIKH Tandakan dalam ruang berkenaan bagi peralatan dan bahan sains seperti berikut:

: Bagi keadaan asempurna atau baik


X : Bagi keadaan tidak sempurna atau baik Perabot Makmal Item Almari Bangku murid Meja murid Mrja guru Papan kenyataan Catatan

63

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Papan tulis Rak buku Almari mikroskop

Keadaan Fizikal Makmal Item Cermin tingkap Dinding Lantai Langsir hitam Pintu Siling Kebuk wasap Lain-lain Alatan Bilik Makmal Akuarium Alat penyuling air Bakul sampah OHP Penyapu bulu ayam Pemaadam papan tulis Peti sejuk Projektor slaid Catatan

64

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Skrin projektor Troli pengangkut barang Lain-lain

Bekalan air dan saliran Item Longkang makmal Paip air Sinki air Lain-lain Bekalan elektrik Kipas Kotak fius Kipas penyedut udara Lampu Pendawaian Penghawa dingin Palam dan soket Suis Lain-lain Catatan

65

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bekalan Gas Item Labo gas Paip gas Pemetik api Penunu bunsen Selinder gas Lain-lain Keselamatan Almari simpanan bahan beracun Baldi pasir Kit pertolongan cemas Label JAGALAH KESELAMATAN ANDA Notis penting Pemadam api Pelan latihan kecemasan kebakaran Peraturan makmal dipamirkan Rekod kemalangan Catatan

66

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Selimut api Simbol bahaya Lain-lain

Bioik Persediaan Item Almari Almari buku rak Bekas sisa Buku rekod bahan pecah Hiasan Kekemasan almari Kipas Lampu Meja Papan kenyataan Penglabelan radas dan bahan kimia Rekod peminjaman atau pemindahan peralatan Rekod stok makmal Sinki Susunan bekalan bahan kimia Susunan simpanan radas Paip dan sinki Catatan

67

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Lain-lain Tandatangan: :. Guru Kanan Sains Nama: ..

LAMPIRAN 2: Contoh Borang Penyelenggaraan Keselamatan Makmal


SENARAI SEMAK PENYENGGARAAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS Tarikh Pemeriksaan: ... Makmal: Diperiksa oleh: .... Penyelia: .

Perkara Amalan Kerja Makmal 1. Larangan merokok, makan dan minum dalam makmal dipatuhi. 2. Makanan dan menuman tidak disimpan dalam makmal, peti sejuk atau bekas yang digunakan untuk tujuan amali. 3. Mempipet larutan dengan menggunakan pengisi pipet. 4. Bahan kimia berbahaya digunakan dalam kebuk wasap atau tempat yang ditetapkan. 5. Permukaan tempat kerja dibasmi kuman selepas menjalankan kerja amali dan selepas berlaku tumpahan. 6. Jarum picagari sentiasa ditutup. 7. Pakaian kerselamatan dan alat perlindungan sentiasa digunakan. 8. Gogal digunakan apabila perlu. Penyimpanan Bahan Kimia 1. Bahan kimia yang tidak serasi disimpan secara berasingan. 2. Cecair meruap dijauhkan daripada punca haba, matahari dan sumber nyalaan. 3. Bahan mengkakis dan mudah terbakar disimpan pada kedudukan di bawah aras mata. 68

Ya / Tidak *

Komen

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

4. Bahan yang berbahaya disimpan stau diguna dalam kuantiti yang terhad. 5. Bahan kimia yang tidak digunakan, tidak diperlukan dan tarikh habis tempoh, tidak disimpan dalam makmal. 6. Bekas pengangkut botol digunakan untuk memindahkan botol.

Perkara Pengendalian dan Pelupusan Bahan Buangan 1. Bahan kimia berlebihan dilupuskan mengikut peraturan. 2. Bahan buangan berbahaya tidak tidak dilupuskan dalam sistem kumbahan. 3. Bahan buangan tidak dikumpulkan melebihi jangka masa yang ditetapkan. 4. Bahan buangan pepejal dan cecair diasaingkan. 5. Bahan buangan biologi dilupuskan dalam bekas yang dilabelkan dengan simbol bahaya yang sesuai. 6. Picagari dan peralatan yang tajam dilupuskan dalam bekas kalis tusukan. 7. Tiada bahan kimia dituangkan ke dalam sinki / longkang. 8. Bahan buangan tidak dibenarkan tearkumpul atas lantai, penjuru bilik, bawah rak atau di bawah meja. 9. Bekas bagi bahan buangan berbahaya dilabelkan mengikut simbol bahaya yang sesuai dan ditulis tarikhnya. Penyelenggaraan 1. 2. 3. 4. 5. Makmal dan bilik penyimpanan tidak beselerak. Lorong dan jalan keluar tidak terhalang. Permukaan tempat keja sentiasa besih. Tidak terdapat tumpahan. Semua wayar dan penyambung elektrik dalam keadaan baik. 6. Alat pertukangan dalam keadaan baik dan befungsi. 7. Alat radas dalam keadaan baik dan befungsi. 69

Ya / Tidak *

Komen

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

8. Tiada radas atau alatan disimpan di atas kabinet. 9. Objek besar disimpan di rak bawah. 10. Alatan kaca tidak retak, sumbing atasu begerigi. 11. Sistem peredaran udara berfungsi.

Perkara Pengungsian Kecemasan 1. Tanda jalan keluar dipaparkan dengan jelas dan terang. 2. Semua pintu rintangan api boleh tertutup dengan sendiri dan sentiasa tertutup. 3. Semua penggera berfungsi. 4. Nombor telefon kecemasan ditulis berdekatan dengan telefon. 5. Pelan pengungsian kecemasan dipaparkan dengan jelas disetiap makmal dan tempat kerja. Pelabelan dan Pemaparan Poster Keselamatan 1. Tanda amaran dan label (misalnya karsinogen) tertulis di mana yang diperlukan. 2. Notis penting untuk pelajar dipaparkan. 3. Tanda JAGALAH KESELAMATAN ANDA dipaparkan. 4. Dokumen tentang kesihatan dan maklumat keselamatan disediakan.

Ya / Tidak *

Komen

70

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

71