Anda di halaman 1dari 4

Nama: Siti Munirah Abdullah

No. K.P.: 660402135922


No. Matrik: 200811071

REFLEKSI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurniaNya saya
akhirnya berjaya menjalankan amali PJM 3112. PJM3112, Pengurusan Pendidikan
Jasmani dan Sukan merupakan satu subjek elektif bagi para guru PGSR yang
mengambil minor subjek Pendidikan jasmani. Subjek ini menekankan kepada aspek
pengurusan Pendidikan Jasmani dan juga sukan. Untuk itu salah satu aspek penilaan
yang terkandung dalam subjek ini ialah aspek pengurusan. Kami dari opsyen
Prasekolah telah berbincang dan merancang beberapa aktiviti permainan untuk
dianjurkan. Setelah melalui beberapa prosedur dan penyediaan kertas kerja, akhirnya
kumpulan yang menyediakan kertas kerja pertandingan permainan tradisional telah
terpilih. Satu mesyuarat lantikan jawatankuasa telah diadakan dan saya telah menawar
kan kepakaran saya untuk mengetuai jawatankuasa peralatan. Tarikh yang telah dipilih
untuk aktiviti ini adalah pada 29 November 2011 dan kumpulan sasarannya ialah
pelajar PGSR Prasekolah Semester 6.
Sebagai Ketua Jawatankuasa peralatan, saya perlu menguruskan perihal
pinjaman peralatan bermula dengan bertanya dengan ahli jawatankuasa yang lain
tentang peralatan yang di perlukan pada hari pertandingan, urusan surat permohanan
pinjaman sehingga menyediakan peralatan tersebut di tapak pertandingan. Untuk
penyediaan peralatan saya tidak banyak mengalami masalah kerana kami tidak
memerlukan peralatan yang banyak.
Saya amat bersyukur kerana saya dibantu oleh ramai kawan-kawan yang sudi
menyumbang tenaga untuk mengangkat peralatan dari stor PG ke gelanggang tenis
dimana pertandingan dijalankan. Apa yang penting, saya dapat gunakan pengalaman
berharga seperti ini untuk mengelola sesebuah pertandingan apabila saya kembali
bertugas ke sekolah nanti. Mungkin beberapa perkara seperti nampak mudah tetapi
memberi ilmu yang cukup banyak buat saya.
Sepanjang penganjuran permainan kecil ini, saya dapati terdapat beberapa
kekuatan yang menjadi faktor kejayaan penganjurannya. Persiapan rapi dan teratur dari
awal mambantu kami membuat persediaan yang cukup untuk penganjurannya.
Pembahagiaan tugas yang sempurna melicinkan perjalanan pengelolaan pertandingan
permainan tradisional ini. Selaku Pengerusi Pertandingan permainan tradisional,
Sarena Ak Ujei telah mengagihkan tugas yang sama rata kepada setiap Ahli
Jawatankuasa dan semangat tolong menolong yang ditunjukkan oleh setiap Ahli juga
mambantu melicinkan lagi perjalanan pengurusan pertandingan ini.
Dalam apa jua penganjuran terdapat kelemahan yang dapat dikenalpasti. Dalam
penganjuran pertandingan permainan tradisional, kami telah memilih dua jenis
permainan iaitu Galah panjang dan Tiang Tiga. Saya dapati terdapat juga beberapa
kelemahan sepanjang pertandingan berlangsung. Dalam permainan Galah Pangjang
antara kelemahan yang saya dapati ialah kekeliruan dalam memberikan mata.
Kelemahan ini tidak begitu ketara tetapi masih terdapat juga beberapa kali kekeliruan
timbul apabila membuat lontaran dan kawasan selipar tidak ditanda. Kawasan
permainan terhad dan menbataskan pergerakan peserta. Melalui pemerhatian saya,
juri perlu tegas dalam menetapkan mata jaringan dan tidak boleh terpengaruh dengan
desakan luar sama ada daripada pemain mahupun penyokong. ni penting kerana
pungutan mata terbanyak akan membolehkan pasukan tersebut menang.
Sepanjang proses untuk mengadakan permainan tradisional ini bermula dari
perancangan kertas kerja, mesyuarat lantikan jawatankuasa dan penganjurannya,
banyak pengalaman baru yang kami perolehi. Ada antara kami yang baru pertama kali
merasai bagaimana untuk membuat kertas kerja dan untuk mendapatkan kelulusan dari
pihak pentadbiran. Ada juga yang pertama kali menyertai mesyuarat lantikan
jawatankuasa malah pertama kali menjadi penganjur untuk sesuatu acara. Semua ini
adalah pengalaman baru bagi kami. Segala perancangan dan mesyuarat diadakan
serentak kerana kami kesuntukkan masa. Memang banyak yang perlu diambil kira
apabila menjadi penganjur. Dari sekecil perkara seperti penyediaan kawasan
pertandingan, kawalan keselamatan, aspek pemarkahan dan pengurusan peserta dan
lain-lain lagi semuanya dalam tanggungjawab penganjur. Berdasarkan pengalaman
menganjurkan permaianan tradisional ini banyak kelemahan yang telah dapat kami
perbaiki. Perjalanan pertandingan permainan tradisional ini lebih lancar dan lebih
teratur. Sesungguhnya, ilmu yang kami timba ini amat berguna untuk digunakan pada
masa hadapan.
Kami berasa amat berpuas hati kerana segala penat lelah kami membuahkan
hasil yang kami kehendaki. Objektif penganjuran tercapai dan banyak kami perolehi
pengetahuan baru. Kami seronok dalam menjayakan penganjuran permainan
permainan ini kerana selain menambah pengalaman baru kami juga dapat
mengeratkan lagi perhubungan dengan rakan-rakan kami. Jutaan terima kasih kepada
kami ucapan kepada Encik Abang smail bin Abang bin Abang Julhi dan Encik Ahmad
Rodzli bin Hashim, pensyarah mata pelajaran kerana tunjuk ajar beliau kami berjaya
melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Syabas dan tahniah kepada semua yang
terlibat.

Anda mungkin juga menyukai