Anda di halaman 1dari 7

:9820

Posted on October 10th, 2008 by pkppdlms


Disediakan oleh Pn. Ainol Azmi bt. Lazim ( Penolong Kanan Pendidikan Khas ) dan Cik Siti Maisarah Bt. Zainal ( AJK
Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama)
MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)
DEFINISI
Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya
sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak
berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran.
Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme MaIaysia (NASOM)
menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:
Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya
dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara
mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara
langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. ndividu autisme
mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan
kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam
seni muzik, rote memory' dan lain-lain.
FAKTOR-FAKTOR AUTISME
ari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami
autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu,
autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang
berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan
Phenylketonuria (PKU).
Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme.
iantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu,
encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak
cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada
masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak,
anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat
atau lebih (Gargiulo, 2003).
Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian
cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi
kepada individu autisme.
Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga
persekitaran. alam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,
ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor
persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada
makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik.
Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang
kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak
dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak
bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana
akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap
kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin
iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan
fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi
kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A.
Mohamed, 2005).
CIRI-CIRI AUTISME
Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-
kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:
i. Komunikasi
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
Jarang menggunakan bahasa.
Sukar diajak bercakap.
Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
ii. Interaksi SosiaI
nteraksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan
ekstrem:
Suka bersendirian.
Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada
memandang orang lain.
Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.
iii. angguan Deria
iantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:
Sensitif pada sentuhan.
Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.
Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.
iv. PoIa Bermain
Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:
Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.
Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun
melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang
dipegangnya.
Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana
sahaja.
v. Tingkah Laku
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-
nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
apat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang
reaksi.
vi. Emosi
mosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. iantaranya
ialah:
Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa
terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada
melakukan sesuatu yang diingininya.
Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.
Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.
Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME
Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini
dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan
perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan
untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat
masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6
bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan
perhatian kanak-kanak autistik.
Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan
untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang
atau menghapus tingkah laku sesuai. iantara teknik yang digunakan adalah seperti
pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya.
Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk
membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan
perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah
pendidikan terancang.
Kanakkanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu
dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan
kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme
itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif.
Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas.
Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang
terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan
ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang
diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya
dalam aspek pengurusan tingkah laku. alam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang
sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar
untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di
sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya
tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.
Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya
diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan
nklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-
sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini
akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan
memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah
sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.
Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan
Khas ntegrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut
Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru
akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak
begitu terikat dengan sukatan pelajaran.
RUJUKAN
Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak stimewa.
Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kemementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas :
Kuala Lumpur.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan
Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah
dan Menengah.
Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran : Open Universit

Anda mungkin juga menyukai