Anda di halaman 1dari 95

KESAN TINGGAL DI ASRAMA SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU

PAHAT DALAM MEMPENGARUHI DISIPLIN PELAJAR: SATU


TINJAUAN

MOHD FAIRUL AZHAR BIN MOHD NOOR

Laporan Projek Sarjana Muda ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

OKTOBER, 2008
ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri


kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : MOHD FAIRUL AZHAR MOHD NOOR

Tarikh : 14 OKTOBER 2008


iii

DEDIKASI

Teristimewa buat keluarga tersayang khasnya ayahanda dan bonda serta kakak dan
adik. Terima kasih di atas doa dan restu kalian yang mengiringi perjuangan dan
kejayaanku.
iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T.di atas kehendak-Nya dapat


saya sempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan
dengan jayanya.

Penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia, Puan Mimi
Mohaffyza Binti Mohamad di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan
nasihat yang tidak terhingga sepanjang proses pelaksanaan projek ini. Tidak lupa
juga kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Fakulti
Pendidikan Teknikal (FPTek) dan guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat yang terlibat dalam penyelidikan yang dijalankan.

Salam sayang dan ucapan terima kasih ditujukan buat keluarga tersayang di
atas doa dan dorongan yang telah dicurahkan serta kepada rakan-rakan seperjuangan
di atas segala bantuan ikhlas sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
penyempurnaan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian, Terima Kasih

Mohd Fairul Azhar bin Mohd Noor


Oktober 2008
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti disiplin pelajar yang tinggal di
asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Objektif bagi kajian ini ialah
mengetahui sama ada tinggal di asrama membentuk disiplin pelajar atau
menyumbang kepada masalah disiplin serta mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi disiplin dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Sampel kajian
seramai 108 orang pelajar telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan dalam
kalangan populasi kajian iaitu pelajar tingkatan empat yang tinggal di asrama
Sekolah Menengah Batu Pahat. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah tinjauan
kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan hasil dapatan
kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic Package for Social Science
(SPSS) versi 10 untuk mendapatkan statistik deskriptif seperti kekerapan dalam
peratusan dan skor min. Keputusan yang diperolehi mendapati bahawa disiplin
pelajar yang tinggal di asrama adalah sederhana walaupun masalah disiplin di
kalangan pelajar rendah. Faktor yang paling kuat mempengaruhi disiplin pelajar
yang tinggal di asrama ialah rakan sebaya dan paling kurang mempengaruhi ialah ibu
bapa. Dapatlah disimpulkan daripada kajian ini bahawa tinggal di asrama berjaya
membentuk displin di kalangan pelajar dan mengelakkan pelajar daripada terlibat
dengan masalah disiplin.
vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to recognize the discipline among the students
that stayed at hostel in Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. The objectives of this
research are to know whether staying at hostel contribute to discipline formation or
delinquent among the students and identifying the factors that influenced discipline
and delinquent among them. The samples of this research are involving 108 of form
4 students that stays at hostel in Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat to answer the
constructed questionnaire. The design of this research is survey case study. Hence,
questionnaire was used as the instrument of this research. The collected data was
analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) version 10 in order to get
descriptive statistic such as percentage frequency and mean score. The outcomes
show that the discipline of the students that stayed at hostel was at moderate level
although the delinquencies among the students were low. The most significant factor
that influenced the discipline of students that stayed at hostel is peer and the least
factor is parents. In conclusion, staying at hostel contribute to discipline formation
among the students which avoiding them to involve into delinquency.
vii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
HALAMAN ABSTRAK v
HALAMAN ABSTRACT vi
HALAMAN SENARAI KANDUNGAN vii
HALAMAN SENARAI JADUAL xi
HALAMAN SENARAI RAJAH xiv
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
viii

1.6 Kepentingan Kajian 8


1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Kesan 10
1.9.2 Asrama 10
1.9.3 Disiplin 11
1.9.4 Pelajar 11
1.10 Kerangka Konsep 12

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 13
2.2 Jenis-jenis Disiplin 15
2.2.1 Tingkah Laku 16
2.2.2 Pengurusan Masa 18
2.2.3 Kepimpinan 18
2.2.4 Pemakaian 20
2.3 Disiplin di Asrama 22
2.4 Faktor-faktor Mempengaruhi Disiplin Pelajar 23
2.4.1 Kemudahan Sekolah 23
2.4.2 Guru 24
2.4.3 Pelaksanaan Peraturan 25
2.4.4 Rakan Sebaya 26
2.4.5 Ibu Bapa 28
2.5 Kajian Lepas 29
ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31
3.2 Prosedur Kajian 32
3.3 Reka Bentuk Kajian 33
3.4 Tempat Kajian 33
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.6 Instrumen Kajian 34
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 37
3.8 Kaedah Pengumpulan Data 38
3.9 Kaedah Analisis Data 39
3.10 Andaian Kajian 41

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42
4.2 Dapatan Kajian 43
4.3 Analisis Latar Belakang Responden 43
4.4 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 44
4.4.1 Disiplin Pelajar di Asrama 44
4.4.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama 49
4.5 Keputusan dan Analisis Data Bahagian C 51
4.5.1 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin 51
4.5.2 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar
di Asrama 54
4.6 Kesimpulan 58
x

BAB V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 60
5.2.1 Disiplin Pelajar di Asrama 60
5.2.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama 64
5.2.3 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin 66
5.2.4 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar
di Asrama 69
5.3 Kesimpulan 72
5.4 Cadangan 72
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Penutup 75

BIBLIOGRAFI 76

LAMPIRAN
xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Tingkah Laku Bermasalah 17


3.1 Set Skala Likert bagi Bahagian B 36
3.2 Set Skala Likert bagi Bahagian C 36
3.3 Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach 38
3.4 Kaedah Analisis Data 40
4.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan
Jantina dan Jawatan di Asrama 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Tingkah laku 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pengurusan Masa 46
4.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Kepimpinan 47
4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Disiplin Pelajar dalam Item Pemakaian 48
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Masalah Disiplin Pelajar 49
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item
Kemudahan Sekolah 51
xii

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min


Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item
Guru 52
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item
Pelaksanaan Peraturan 52
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item
Rakan Sebaya 53
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Pelajar Berdisiplin dalam Item
Ibu Bapa 53
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam
Item Kemudahan Sekolah 55
4.13 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam
Item Guru 55
4.14 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam
Item Pelaksanaan Peraturan 56
4.15 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam
Item Rakan Sebaya 56
4.16 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min
Bagi Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar dalam
Item Ibu Bapa 57
xiii

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

5.1 Skor Min Bagi Disiplin Pelajar di Asrama 63


5.2 Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Disiplin Pelajar 66
5.3 Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Pelajar Melakukan Masalah Disiplin 69
xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep Kajian 12


3.1 Kerangka Operasi Kajian 32
xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Carta Gun bagi PSM


B Borang Soal Selidik
C Pengesahan Borang Soal Selidik
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
E Analisis Kajian Rintis
F Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Pertama
G Analisis Statistik Deskriptif Skor MinBagi Persoalan Kedua
H Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Ketiga
I Analisis Statistik Deskriptif Skor Min Bagi Persoalan Keempat
BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Pendidikan merupakan suatu keperluan yang tidak boleh diabaikan. Jika dilihat
pada zaman dahulu, tidak ramai yang berpendidikan tinggi malah ramai yang langsung
tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Ini disebabkan pelbagai faktor seperti dari
segi ekonomi, sosial dan juga budaya (Tajul Ariffin Nordin et. al, 2007). Wawasan ibu
bapa pada zaman itu tidaklah seperti wawasan ibu bapa yang ada pada zaman sekarang
kerana pada masa itu ibu bapa tidaklah begitu mengambil berat dengan cita-cita anak
mereka dan hanya berharap mereka dapat mengisi jawatan budak pejabat atau kerani
sahaja.

Sebagai langkah untuk memastikan pembangunan negara berlaku dengan


seimbang, Rancangan Malaysia Kesembilan telah dilancarkan pada 31 Mac 2006.
Rancangan ini merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk sebuah
negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosialnya, memiliki warga yang
2

bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan


berpandangan jauh. Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional
dan dua daripada lima teras tersebut iaitu teras kedua dan teras ketiga yang menyatakan
peranan pendidikan secara langsung (Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010).

Pendidikan amat penting dalam menerapkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang
terpuji sebagai kekuatan dalam menghadapi alaf baru yang serba mencabar ini. Ini
bertepatan dengan seruan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad
(2003) supaya rakyat melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan
termasuk yang berasaskan teknologi tinggi agar dapat memupuk semangat kebangsaan
yang unggul dalam jiwa rakyat Malaysia. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi
perubahan dunia, negara pasti tidak mampu bersaing dengan negara-negara maju.

Pembangunan pendidikan di Malaysia bukan sahaja tertumpu kepada


pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pembangunan akhlak dan nilai yang
sesuai dengan masyarakat serta golongan pelajar yang bermaruah tinggi dan berdisiplin.
Melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 April 2006, kerajaan telah bersetuju supaya
program dan aktiviti menangani gejala disiplin murid di sekolah dilaksanakan dengan
peruntukan sebanyak RM6,114,000 dan usaha menangani gejala disiplin murid di
sekolah bekerjasama dan mendapat bantuan daripada semua kementerian dan agensi
kerajaan bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah
(Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Bagi memastikan pendidikan yang diterima oleh masyarakat Malaysia adalah


menyeluruh dan tidak terdapat jurang pendidikan di antara rakyat terutamanya risiko
keciciran dalam kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman, asrama harian disediakan
untuk menempatkan para pelajar. Sehingga kini, terdapat 1,397 buah asrama harian
3

yang menempatkan lebih 250,000 pelajar (Teks Perutusan Tahun Baru Y.B. Dato’
Hishamuddin Tun Hussein, 2008).

1.2 Latar Belakang Masalah.

Sesungguhnya pewujudan sekolah-sekolah berasrama mempunyai rasionalnya


tersendiri. Ia adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dengan itu pihak yang ketinggalan dari
segi ekonomi dan sosial, khususnya orang-orang Melayu diberikan bantuan melalui
pendidikan (Amir Hasan Dawi, 2002). Mereka inilah yang diharapkan untuk menjadi
guna tenaga penting dalam negara Malaysia moden.

Kebaikan tinggal di asrama ialah mendorong pelajar untuk mematuhi masa.


Kebanyakan pengurusan asrama telah menetapkan aktiviti seharian pelajar. Ia meliputi
waktu pelajar makan, bermain, belajar, berehat dan mengulang kaji pelajaran. Menurut
Abdullah Sani Yahaya (2005), pihak sekolah dapat mengawal masalah disiplin pelajar
dengan menentukan semua pelajar sentiasa menggunakan masa mereka dengan kerja-
kerja berfaedah. Oleh itu, pelajar terpaksa melakukan kesemua aktiviti ini dalam masa
yang ditetapkan kerana bimbang didenda atau dikenakan hukuman.

Pelajar juga harus menguruskan keperluan mereka sendiri tanpa bantuan ibu-
bapa ataupun pembantu rumah semasa tinggal di asrama. Mereka bebas menentukan
kehendak dan pilihan mereka berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan. Kebebasan
yang sepatutnya diberikan kepada pelajar ialah kebebasan menyoal, menyatakan
pendapat dan kritikan membina, memilih sendiri daripada beberapa pilihan yang boleh
4

diterima dan sesuai dengan kepentingan serta keupayaan mereka (Mizan Adiliah Ahmad
Ibrahim, 2001). Ini secara tidak langsung membentuk sifat berdikari di dalam diri
pelajar.

Pelajar yang tinggal di asrama akan menghabiskan banyak masa dengan pelajar
lain yang juga tinggal di asrama tersebut. Mereka berpeluang melihat atau berkongsi
masalah dengan rakan sebaya yang sudah semestinya berbeza tingkah laku dan
pendapat. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2002), pencapaian dan kemajuan
(improvement) dalam kemahiran adalah penting untuk perubahan tingkah laku apabila
remaja didedahkan kepada peluang-peluang untuk tunjuk prestasi, melihat bagaimana
orang lain berjaya menunjukkan prestasi yang baik atau diberi pengalaman-pengalaman
arahan kendiri. Ini disokong lagi dengan kenyataan Dr. Mohamad Ismail Ali, pakar usus
dan pembedahan di Hospital Pakar Johor bahawa pengalamannya bercampur dengan
murid-murid pandai ketika di Asrama Semai Bakti membawa kepada kejayaannya
sekarang (Berita Harian, 26 Februari 2008).

Asrama sekolah juga menyediakan kemudahan asas seperti tempat beribadat atau
lebih tepat lagi masjid atau surau. Institusi ini berperanan mendidik pelajar melalui
pelbagai aktiviti keagamaan seperti tazkirah, usrah, kiamulail dan sebagainya. Menurut
petikan akhbar Utusan Malaysia (2000) dalam Abdullah Sani Yahaya (2005), Persatuan
Mahasiswa Akademik Pengajian Agama Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)
beranggapan punca sebenar berlakunya gejala sosial di kalangan remaja hari ini
terutamanya remaja Muslim adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan
kepada mereka. Walau bagaimanapun dalam keghairahan ibu-bapa menghantar anak
mereka ke sekolah berasrama, mereka tidak menyedari bahawa tinggal di asrama juga
boleh menyumbang kepada disiplin yang negatif.
5

Masalah yang paling ketara ialah kes buli ataupun bergaduh. Ini adalah
disebabkan percampuran pelajar yang berbeza dari segi personaliti, pencapaian
akademik dan sosioekonomi di dalam satu asrama. Mereka tidak dapat menyesuaikan
diri dan berkomunikasi dengan sempurna kerana perbezaan latar belakang. Abdul
Rahman Abdul Aziz (2000) menyatakan komunikasi yang tidak berkesan boleh
menimbulkan jurang antara manusia. Jurang ini telah menyebabkan timbulnya kesepian,
masalah keluarga, kerja yang tidak memuaskan dan rasa tidak puas hati, tekanan
psikologi, kesihatan fizikal, malah kematian jika kita tidak dapat berkomunikasi dengan
baik. Ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan perasaan dendam
terhadap pelajar lain.

Kegiatan merokok adalah merupakan salah satu aktiviti yang tidak sihat yang
sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah pada hari ini. Walaupun masalah ini juga
berlaku kepada pelajar yang tinggal bersama dengan ibu-bapa, tinggal di asrama juga
memungkinkan pelajar menghisap rokok atas alasan jauh dari pengawasan ibu-bapa dan
pengaruh rakan sebaya. Hairunnaja Najmuddin (2003) menyatakan tiada kawalan ibu
bapa membuatkan remaja merasa bebas dan merasa mereka yang mengendalikan diri
mereka sendiri. Remaja suka mencuba yang baru dan adventurous tanpa
mempertimbangkan dengan sewajarnya baik buruknya aktiviti itu.

Pelaksanaan disiplin yang terlalu ketat membawa kesan buruk kepada pelajar
dari segi pembelajarannya. Ini disokong oleh Amir Hasan Dawi (2002) yang
menyatakan peraturan sekolah mestilah tidak terlalu ketat atau yang boleh menyebabkan
individu memberontak. Peraturan-peraturan sekolah yang dibenci mungkin
menyebabkan murid-murid tidak dapat membentuk disiplin diri sebagaimana yang
dikehendaki oleh masyarakat moden. Ini mengakibatkan mereka menjadi malas untuk
belajar dan menimbulkan masalah disiplin untuk menunjukkan sikap penentangan
mereka. Pelajar terbabit biasanya akan curi-curi keluar daripada asrama untuk keluar
berhibur seperti ke kelab malam ataupun pusat snuker.
6

1.3 Penyataan Masalah.

Tinggal di asrama mendidik pelajar menguruskan masa mereka dengan betul dan
menanamkan sikap berdikari dalam diri mereka. Kemudahan yang disediakan di asrama
seperti surau membantu mereka mendalami ilmu agama dan menghindarkan daripada
sifat-sifat yang tidak elok. Mereka juga bergaul dengan pelajar-pelajar yang terpilih dari
segi akademik dan secara tidak langsung mendorong mereka untuk berusaha mencapai
keputusan yang cemerlang. Namun begitu tinggal di asrama menyebabkan pengawasan
ibu bapa terbatas dan pelajar lebih senang dipengaruhi oleh persekitaran di asrama.
Pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajar lain akan mencetuskan
pergaduhan akibat perasaan tidak puas hati. Mereka juga terdedah dengan masalah
merokok sekiranya bergaul dengan rakan yang merokok. Pelaksanaan peraturan yang
terlalu ketat menyebabkan pelajar tertekan dan memberontak.

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau kesan
tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar sama ada lebih berdisiplin
ataupun tidak. Disiplin pelajar akan dilihat dari segi tingkah laku, pengurusan masa,
kepimpinan, dan pemakaian.

1.4 Objektif Kajian.

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan tinggal di asrama
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dalam mempengaruhi disiplin pelajar. Secara
khususnya kajian ini bertujuan:
7

(i) Mengkaji sama ada tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih
berdisiplin.

(ii) Mengkaji sama ada tinggal di asrama menyumbang kepada masalah


disiplin.

(iii) Mengkaji faktor-faktor yang membentuk pelajar menjadi lebih


berdisiplin.

(iv) Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin.

1.5 Persoalan Kajian.

Berdasarkan dari objektif kajian di atas, beberapa persoalan dapat ditentukan


seperti:

(i) Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

(ii) Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

(iii) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih


berdisiplin?

(iv) Apakah faktor-faktor tinggal di asrama menyumbang kepada masalah


disiplin?
8

1.6 Kepentingan Kajian.

Memandangkan disiplin di sekolah adalah suatu peraturan yang telah ditetapkan


bagi mewujudkan suasana yang teratur dan tenteram dan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran selesa di sekolah, hasil kajian ini diharapkan akan dapat :

(i) Memberikan maklumat kepada pengetua, penolong kanan hem, guru


disiplin dan para guru akan punca-punca berlakunya masalah disiplin di
asrama dan seterusnya merangka, merancang dan melaksanakan tindakan
untuk memperbaiki dan membentuk disiplin pelajar.

(ii) Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan peraturan asrama dan


mematuhinya sebagai salah satu cara untuk membina sahsiah diri.
Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa peraturan yang ditetapkan
bukanlah bertujuan mengongkong sebaliknya mendidik pelajar itu
sendiri.

(iii) Memberi pengetahuan kepada ibu-bapa tentang kesan-kesan yang


mungkin berlaku sekiranya pelajar tinggal di asrama agar mereka
membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih sekolah
berasrama. Tidak semua sekolah berasrama mampu membentuk pelajar
yang mempunyai disiplin cemerlang.

(iv) Menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada pengkaji lain yang
berminat untuk mengkaji secara lebih terperinci dan mendalam berkaitan
dengan kesan tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar di
sekolah teknik dan membuat perbandingan dengan sekolah-sekolah lain
di negara ini.
9

1.7 Skop Kajian.

Kajian ini melibatkan pelajar yang menghuni asrama Sekolah Menengah Teknik
Batu Pahat. Aspek yang dikaji hanyalah ditumpukan kepada disiplin pelajar asrama dan
faktor yang mempengaruhinya.

1.8 Batasan Kajian.

Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan empat yang tinggal di asrama.
Kajian yang dijalankan juga tidak menunjukkan tahap disiplin sebenar pelajar yang
tinggal di asrama kerana hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Oleh itu ianya tidak
boleh digunakan untuk menerangkan bahawa keadaan yang sama di sekolah berasrama
lain di Malaysia.

1.9 Definisi Istilah.

Terdapat beberapa istilah yang boleh diperjelaskan bagi menerangkan dengan


tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-perkara yang dibincangkan oleh
penyelidik di dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam
kajian ini:
10

1.9.1 Kesan.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), kesan adalah sesuatu sama ada
kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu kejadian. Dalam konteks kajian
ini kesan merujuk kepada disiplin pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat.

1.9.2 Asrama.

Kamus Dewan (2005), asrama didefinisikan sebagai bangunan tempat tinggal


kumpulan tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat dan lain-lain.

Asrama adalah suatu tempat penginapan yang ditujukan untuk anggota suatu
kelompok, umumnya murid-murid sekolah. Asrama biasanya merupakan sebuah
bangunan dengan bilik-bilik yang dapat ditempati oleh beberapa penghuni di setiap
biliknya. Para penghuninya menginap di asrama untuk jangka waktu yang lebih lama
daripada di hotel atau rumah tumpangan. Alasan untuk memilih menghuni sebuah
asrama biasanya adalah tempat tinggal asal penghuni yang terlalu jauh, ataupun biaya
yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan penginapan yang lain, misalnya rumah
sewa (Wikipedia, Indonesia).
11

1.9.3 Disiplin.

Abdullah Sani Yahaya (2005) menyatakan disiplin dapat didefinisikan sebagai


suatu latihan pemikiran dan kelakuan yang patut ada pada setiap individu. Disiplin
adalah peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan insan mulia. Disiplin juga
adalah salah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat.

Dalam kajian ini, disiplin merujuk kepada tingkah laku, pengurusan masa,
kepimpinan, dan pemakaian pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik
Batu Pahat.

1.9.4 Pelajar.

Pelajar ialah mereka yang sedang menuntut ilmu di institusi, sekolah atau pusat
pengajian tinggi (Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan
ialah pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.
12

1.10 Kerangka Konsep.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian.


BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan.

Disiplin menurut Kamus Dewan (2005) ialah latihan pemikiran dan kelakuan
supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan
untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang
ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang
ditetapkan.

Selain itu, terdapat juga hujah ilmiah tentang definasi disiplin. Omardin Ashaari
(1999) mendefinasikan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati
dan mematuhi undang-undang samada disiplin itu dikenakan di luar atau dengan
kerelaan diri sendiri. Syarifah Md. Nor (2000) menjelaskan bahawa disiplin bukan
sahaja membawa erti mempunyai, menghargai dan menghayati perlakuan yang
diharapkan oleh masyarakat tetapi juga sanggup menempatkan perlakuan-perlakuan
14

dalam konteks yang lebih luas iaitu ketaatan dan kesetiaan kepada sekolah, daerah,
negeri dan negara.

Disiplin juga diperihalkan sebagai satu pengkodan yang tersurat dan tersirat yang
difahami serta diterima pakai oleh sesuatu masyarakat untuk tujuan saling memahami
secara konsisten tingkah laku yang dikatakan akan mensejahterakan keadaan ahli-ahli
masyarakat tersebut atau sebaliknya, mengancam dan merosakkan kesejahteraan
(Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).

Dari segi operasi pula, disiplin atau tatatertib seperti yang ditakrifkan di dalam
Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. 8/1968, bertajuk Tatatertib di Sekolah-
Sekolah di dalam Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) merujuk kepada
tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan
undang-undang sekolah dipatuhi. Dengan demikian, skop disiplin yang luas
merangkumi konsep kepatuhan kepada peraturan, latihan minda dan perlakuan yang
dengan kerelaan, kawalan dalaman untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
serta suatu pengkodan yang bertujuan melahirkan konsistensi kefahaman terhadap
tingkah laku.
15

2.2 Jenis-jenis Disiplin.

Definasi dan pengertian disiplin sahaja tidak bermakna apabila tidak dapat
diaplikasikan di sekolah. Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid
Sekolah (1982:7) di dalam buku Pengurusan Disiplin Murid (Ang Jit Eng, 2007)
menyenaraikan aspek-aspek berikut untuk dipertimbangkan dalam senarai peraturan
sekolah:

(i) Menepati masa.


(ii) Majalah sekolah.
(iii) Pakaian seragam.
(iv) Potongan rambut.
(v) Rombongan lawatan.
(vi) Kehadiran ke sekolah ataupun kelas.
(vii) Kebersihan (diri dan persekitaran).
(viii) Budi pekerti, tingkah laku atau kelakuan.
(ix) Kegiatan-kegiatan di luar bilik darjah.
(x) Menjaga harta benda sekolah ataupun orang lain.
(xi) Keselamatan melintas jalan, makmal, kebakaran dan kecemasan.

Untuk memudahkan kajian, pengkaji telah mengklasifikasikan disiplin kepada


beberapa pecahan. Kajian ini akan meninjau disiplin pelajar sekolah berasrama dari segi
tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian
16

2.2.1 Tingkah Laku.

Tingkah laku adalah sebahagian daripada elemen sikap bagi seseorang


individu. Menurut Azizi Yahaya (2005), tingkah laku merupakan penampilan dan hasil
terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi, perasaan dan pemikiran. Tingkah
laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Tingkah laku positif adalah berlawanan dengan tingkah laku devian dan
delinkuen. Delinkuen didefinisikan sebagai tingkah laku yang ganjil dan tidak
bermoral serta tidak dapat diterima. Devian pula adalah kelakuan yang melanggar
jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah
dalam sesuatu sistem sosial (Azizi Yahaya, 2005).

Menurut Mok Soon Sang (2003) pula tingkah laku bermasalah merupakan
tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behaviour dalam bahasa inggeris, dan
terkeluar dari nilai dan norma masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan
dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepi, dirasai, dilakukan dan dialami
oleh kebanyakan orang dalam masyarakat.
17

Jadual 2.1: Tingkah Laku Bermasalah (Mok Soon Sang, 2003).

Tingkah laku bermasalah Tingkah laku Ciri-ciri


Negatif Bergantung Kebimbangan, pergantungan
berlebihan, pengunduran diri dan
pengasingan diri.
Disruptif Hiperaktif, kelakuan nakal, bising,
bergerak sesuka hati, ketawa kuat
dan agresif secara lisan/fizikal.
Distruktif Permusuhan nyata, vandalisme,
kumpulan liar, klik dan geng.
Positif Ingin tahu Sentiasa mengemukakan soalan,
mencuba sesuatu yang membawa
kerosakan dan membahayakan diri
dan orang lain.
Cepat belajar Cepat menguasai maklumat,
kemahiran dan ilmu pengetahuan
serta ganggu murid lain semasa
belajar.
Pintar cerdas Mencuba sesuatu yang merbahaya,
ganggu pelajaran dalam bilik darjah,
sombong serta pandang rendah pada
murid lain, cabar kewibawaan guru
dan lakukan sesuatu diluar jangkaan.
Proaktif Terlalu yakin dengan diri, tidak
mendengar nasihat guru, bertindak
tanpa arahan guru, melanggar adat,
moral dan nilai serta menghina dan
merendahkan orang lain.
18

2.2.2 Pengurusan Masa.

Pengertian masa dari segi bahasa ialah waktu, zaman, saat dan detik. Dari segi
istilah masa bermakna tika-tika waktu atau zaman yang dilalui oleh individu yang
menjalankan kehidupan. Dikaitkan dengan pengurusan masa, ia memberi makna suatu
ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan
mengatur masa sehariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Aktiviti dan cara hidup banyak mempengaruhi pencapaian semasa, tidak


terkecuali pengaruh pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Sikap dan disiplin
pelajar itu sendiri dalam pengurusan masa adalah penting dalam mengatur perjalanan
aktiviti harian agar tidak mengenepikan perkara penting tanpa disedari (A. Ahmad et. al,
2006).

2.2.3 Kepimpinan.

Kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu hingga


menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang
dipersetujui (Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).

Menurut Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005) lagi, sifat
kepimpinan boleh timbul dalam situasi di mana seseorang yang mempunyai sesuatu
kepakaran, pengetahuan, kemahiran atau pengalaman diterkehadapan untuk memberi
panduan kepada ahli-ahli lain yang kurang arif sehinggalah kumpulan tersebut kembali
ke tahap keyakinan dan stabiliti.
19

Berdasarkan rencana Pemimpin Kecil di Portal MySchoolNet (2008), asas-asas


kepimpinan di sekolah ialah:

(i) Mempunyai bakat semula jadi kemudian dikembangkan.


(ii) Keikhlasan dan kejujuran berkhidmat.
(iii) Bijaksana dan panjang akal.
(iv) Berkeyakinan diri.
(v) Berdisiplin, boleh diteladani dan menjadi “role model”.
(vi) Aktif dalam gerak kerja sekolah.
(vii) Kemas, menepati masa, pandai bergaul, tidak berlagak, tidak sombong
dan disegani.
(viii) Kesetiaan terhadap organisasi yang dipegang.
(ix) Pencapaian akademik yang baik.
(x) Ketrampilan dan penglibatan aktif dalam kurikulum dan kokurikulum.
(xi) Mempunyai minat yang mendalam menjalankan tugas yang
diamanahkan.
(xii) Sentiasa bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan.
(xiii) Bijak membuat keputusan dan mampu menangani masalah.

Kepimpinan di sekolah biasanya diterapkan melalui kewujudan lembaga disiplin


dengan melantik pelajar menjadi pengawas, ketua kelas dan pemimpin dalam persatuan
atau kelab kokurikulum. Rohanida Ab. Manaf dan Mohd. Sofian Omar Fauzee (2002)
dalam kajian Ahmad bin Esa et. al (2004) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum
dapat memberikan latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di
kalangan pelajar.
20

2.2.4 Pemakaian.

Pemakaian merujuk kepada cara seseorang mengenakan pakaian mengikut


citarasanya atau berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh satu organisasi. Menurut
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2008), sikap positif terserlah melalui
penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif
melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya.

Berikut adalah panduan pemakaian pelajar sekolah di Malaysia yang


dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
3/1983 yang bertajuk Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah dalam buku Pengurusan
Disiplin Murid Ang Jit Eng (2007).

(i) Pakaian murid-murid lelaki.

(a) Seluar bagi murid-murid lelaki sekolah menengah (tingkatan


peralihan hingga ke tingkatan enam) ialah seluar pendek atau seluar
panjang sekiranya dikhendaki oleh mereka atau ibu-bapa/penjaga
mereka. Warna bagi seluar pendek atau panjang ini adalah hijau
kehitam-hitaman (dark olive).

(b) Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang
kepalanya tidak besar atau berhias.

(c) Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek atau panjang.
Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di
pergelangan tangan hendaklah dikancingkan atau dilipat ke atas
sedikit dari paras siku.
21

(ii) Pakaian murid-murid perempuan.

(a) Pinafore Tunic.


Pinafore Tunic adalah berwarna turquoise dan labuhnya hendaklah
sampai ke paras lutut. Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.

(b) Murid-murid perempuan tingkatan enam.


Pakaian bagi murid-murid perempuan tingkatan enam adalah skirt
berwarna turquoise dan blouse berlengan berwarna putih. Labuh
skirt hendaklah sampai ke paras lutut.

(c) Baju kurung dan kain sarung.


Murid-murid perempuan sekolah menengah juga dibenarkan
memakai tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk
tiga segi dua sama dan tudung/mini telekung berwarna putih,
berukuran sesuai dengan murid-murid yang memakainya.

(iii) Pakaian ketika bersenam dan bersukan (sekolah rendah dan menengah).
Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani,
murid-murid perempuan terutamanya di sekolah-sekolah menengah
adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai
dan baju berlengan jika dikhendaki oleh mereka atau ibu bapa/penjaga
mereka. Dalam hal ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri
warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju berlengan.

(iv) Pakaian murid-murid islam pada hari jumaat (sekolah rendah dan
menengah).
Murid-murid lelaki islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai
pakaian kebangsaan pada hari jumaat. Murid-murid perempuan islam
adalah digalakkan tanpa paksaan memakai baju kurung dan berkain
sarung serta memakai tudung/mini telekung.
22

(v) Kasut.
Kasut bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah kasut
kanvas berwarna putih. Sekiranya memakai stoking, stoking hendaklah
berwarna putih.

2.3 Disiplin Di Asrama.

Asrama didirikan untuk memberi kemudahan tempat tinggal yang berdekatan


dengan sekolah kepada murid-murid yang datang jauh, terutama mereka yang miskin.
Kemudahan asrama juga memberi pendedahan dan latihan kepimpinan dan
kemasyarakatan kepada pelajar. Selain itu, asrama didirikan bertujuan untuk membina
dan memupuk akhlak dan nilai yang sesuai dengan kehendak masyarakat serta dapat
menghasilkan golongan pelajar yang bermaruah tinggi dan berdisiplin.

Oleh itu, disiplin dalam konteks asrama Sekolah Menengah Harian (SMH) dan
aplikasinya dalam sistem pendidikan adalah mencakupi pelaksanaan dan usaha untuk
mengorientasikan penghuni asrama kepada norma-norma tertentu samada komponen
disiplin, arahan, peraturan dan hukuman. Dalam melaksanakan peraturan disiplin di
asrama, dua pendekatan telah digunakan iaitu pertama mengadakan peraturan-peraturan
atau norma dan kedua, menentukan cara-cara peraturan dan norma dipatuhi (Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
2004).
23

Mereka yang berada di sekolah-sekolah berasrama penuh dalam jangka waktu


tertentu telah diasingkan daripada masyarakat luar, malahan mereka telah diasingkan
daripada ibu bapa. Mereka dengan ketat tertakluk kepada budaya formal kehidupan
asrama. Misalnya waktu-waktu untuk bangun pagi, sembahyang, sarapan, kelas, makan
tengahari, riadah, sukan, makan malam, belajar malam, masa persediaan dan tidur yang
telah dijadualkan setiap hari (Amir Hasan Dawi, 2002).

2.4 Faktor-faktor Mempengaruhi Disiplin Pelajar.

2.4.1 Kemudahan Sekolah.

Terdapat pendapat yang mengatakan ciri-ciri persekitaran fizikal sekolah akan


mempengaruhi suasana dan pengajaran serta pembelajaran. Oleh itu sekolah-sekolah
harus mempunyai kemudahan fizikal terbaik, misalnya mempunyai bangunan, makmal,
pusat sumber, dewan, komputer dan bilik yang lengkap (Amir Hasan Dawi, 2002). Ini
penting untuk keselesaan dan mengelakkan tekanan jiwa di antara pelajar yang tinggal di
asrama.

Prasana sekolah yang gersang dengan aktiviti dan ransangan yang benar-benar
menimbulkan minat pelajar juga adalah satu faktor sekolah yang menyebabkan
keresahan di kalangan pelajar (Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail, 2005).
Kemungkinan guru dan pemimpin kurang pengetahuan, pendedahan dan kemahiran
mewujudkan keceriaan yang meransang minda, minat dan semangat. Oleh yang
demikian, kebanyakan program dan aktiviti sekolah dijalankan secara rutin dan
minimalis, dan mengakibatkan kehilangan minat pelajar.
24

Dalam kajian Mad Ithnin bin Salleh et. al (2007), Colemant pada 1966
menyatakan bahawa keupayaan sekolah dari segi input memberikan kesan yang amat
kecil kepada pencapaian untuk pelajar-pelajar dari golongan kelas bawahan. Tetapi
kajian yang dibuat oleh Martin Carnoy, Is Compensatory Education Possible dalam
tahun 1976 menyatakan bahawa kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah yang
digunakan dengan betul boleh meningkatkan prestasi mereka yang terdiri daripada
golongan kelas bawahan.

2.4.2 Guru.

Kebanyakan sekolah berasrama melaksanakan peraturan yang ketat dalam


pengambilan guru terutamanya warden asrama. Ini kerana warden asrama memainkan
peranan yang besar dalam mengawal dan membentuk disiplin pelajar melalui
pemantauan pelaksanaan disiplin. Ini dapat dilihat melalui peranan ketua warden dan
warden asrama yang dikemukakan oleh Ang Jit Eng (2007) dalam mengurus disiplin
pelajar.

(i) Merancang, menyelaras dan melaksanakan program disiplin yang


diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.
(ii) Mewujudkan iklim kekeluargaan di asrama.
(iii) Bertanggungjawab kepada murid di asrama.
(iv) Memupuk nilai murni di kalangan penghuni asrama.
(v) Sentiasa peka pada perlakuan murid di asrama.
(vi) Sentiasa bersedia menerima aduan murid dan membuat siasatan.
(vii) Melaporkan hasil siasatan kepada Ketua Warden atau GPK HEM.
(viii) Menjalankan pemantauan berterusan.
(ix) Menyediakan sudut pameran berkaitan gejala buli.
25

Guru-guru di sekolah asrama juga lebih prihatin dan serius dalam menangani
masalah disiplin sekolah. Semua guru tidak tertumpu kepada guru disiplin sekolah
sahaja malah turut berusaha menyumbangkan masa dan tenaga dalam usaha
meningkatkan tahap disiplin pelajar sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005).

Berdasarkan penteorian Sosiologi dan Pendidikan (Amir Hassan Dawi, 2002),


faktor pertama yang menyebabkan disiplin pelajar merupakan kegagalan guru
berperanan sebagai contoh tauladan dalam bilik darjah. Seseorang guru seharusnya
mempunyai perwatakan dan nilai-nilai murni supaya pelajar boleh mewarisi ciri-ciri
yang baik tersebut. Guru disiplin contohnya, tidak patut sama sekali merokok di
kawasan sekolah.

2.4.3 Pelaksanaan Peraturan.

Cara pendidikan moral diterapkan oleh sekolah ialah melalui disiplin. Peraturan-
peraturan sekolah yang berbeza dengan peraturan di rumah akan mengikat semua murid
untuk mematuhinya. Oleh itu murid-murid akan sedar bahawa ada prinsip peraturan-
peraturan yang wajib mereka ikuti. Proses mematuhi peraturan akan mendorong murid-
murid mempunyai disiplin diri (Amir Hasan Dawi, 2002).

Tambah Amir Hasan Dawi, secara mikro pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada
peraturan-peraturan formal atau disiplin yang ditentukan oleh pihak sekolah. Di dalam
bilik darjah, guru-guru akan menentukan murid-muridnya patuh kepada arahan-arahan.
Mereka yang berkelakuan baik selalu mendapat pujian sementara yang tidak mengikuti
norma yang dikhendaki akan ditegur. Malah terdapat murid-murid yang dikenakan
tindakan formal seperti dirotan, digantung sekolah ataupun dibuang sekolah. Terdapat
murid-murid yang menerima secara positif dan tidak kurang pula yang menentangnya.
26

Namun adalah menjadi tanggungjawab murid untuk patuh kepada kuasa kawalan sosial
yang dikenakan terhadap mereka.

Menghukum pelajar memerlukan pendekatan secara psikologi. Sekiranya pelajar


yang nakal dirotan, secara psikologi pelajar tersebut memprotes dan melakukan tindakan
yang lebih agresif. Begitu juga dengan hukuman pelajar dibuang sekolah, pihak sekolah
disarankan tidak terburu-buru mengambil keputusan ini (Dewan Masyarakat, September
2007). Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Murad Mohd Noor, dalam konteks
sekarang hukuman merotan pelajar tidak mewujudkan keakraban antara guru dan pelajar
mahupun ibu bapa pelajar.

Secara umumnya, kaedah yang paling sering digunakan untuk mendisiplinkan


pelajar adalah dengan pemberian hukuman. Hal yang sama dilakukan juga oleh
sebagian besar ibu bapa ataupun guru dalam mendidik anak-anak atau murid-murid.
Kerugiannya adalah disiplin yang tercipta merupakan disiplin jangka pendek, ertinya
anak hanya menurutinya sebagai tuntutan sesaat, sehingga seringkali tidak tercipta
disiplin diri pada mereka. Hal tersebut disebabkan kerana dengan hukuman anak lebih
banyak mengingat hal-hal negatif yang tidak boleh dilakukan, daripada hal-hal positif
yang seharusnya dilakukan (Zainun Mu'tadin, 2002).

2.4.4 Rakan Sebaya.

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang


memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej. Ia
adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak boleh diperolehi
daripada keluarga dan juga sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005). Rakan sebaya
memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawaian kumpulan itu dari segi
27

aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem
dan lain-lain.

Bagi remaja yang tinggal di asrama, ibu bapa tidak mempunyai peluang untuk
memantau pergaulan mereka. Sebaik sahaja remaja melangkah keluar daripada rumah,
ibu bapa tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-rakan
mereka itu (Hairunnaja Najmuddin, 2003). Segalanya terserah kepada remaja itu
samada mendengar dan patuh kepada pesanan ibu bapa mereka atau mengabaikan semua
itu.

Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya,


rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung
pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri
(Abdullah Sani Yahaya, 2005). Ini jelas menunjukkan pemilihan rakan memainkan
peranan dalam membentuk diri remaja.

Percampuran pelajar yang berlainan latar belakang dan berbeza budaya akan
menyebabkan berlakunya interaksi sosial di antara mereka. Menurut pendapat Jas Laile
Suzana Jaafar (2002), interaksi dengan rakan sebaya memberi peluang kepada individu
untuk menerima pendapat yang berbeza dari diri dan boleh meningkatkan pemahaman
moral.

Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan kecil pelajar yang mempunyai


pencapaian akademik yang rendah dan pergaulan rakan sebaya yang terbatas.
Sebilangan pelajar yang lemah dalam bidang akademik mengalihkan perhatian mereka
kepada kumpulan rakan sebaya yang tertentu untuk berkongsi masalah. Menurut
Abdullah Sani Yahaya (2005), daripada kajian Futrell dan Hohhman (1996) serta
28

Aminuddin (1998), aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan oleh pelajar berpunca


daripada tekanan rakan sebaya serta perasaan sesorang individu pelajar yang ingin
diterima oleh rakan sebaya dan ingin dirinya dihormati. Ia juga dilakukan untuk
mendapat sokongan moral bagi membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti
yang tersendiri.

2.4.5 Ibu Bapa.

Ibu bapa adalah golongan yang paling rapat dengan pelajar. Tingkah laku ibu
bapa menjadi contoh terbaik bagi anak-anak mereka. Abdullah Sani Yahaya (2005),
menyatakan bahawa tugas mendidik hendaklah bermula pada peringkat kanak-kanak
lagi. Sebelum wujudnya institusi sebuah keluarga, rumah adalah tempat di mana
pendidikan asas berlaku dan guru-gurunya terdiri daripada ibu bapa, datuk, kakak, abang
ataupun ahli-ahli keluarga yang lain.

Faktor baka dan asal usul seseorang itu juga menjadi penentu dalam melahirkan
individu yang cemerlang dari segi intelek, emosi dan rohani. Pelajar yang lahir daripada
golongan ini mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak mudah terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat walaupun tinggal berjauhan dengan keluarga.

Ada pelajar yang tinggal di asrama tanpa kerelaan mereka sendiri dan dipaksa
oleh ibu bapa. Ini menyebabkan mereka memberontak dan kurang berkomunikasi
dengan kedua dua ibu bapa mereka. Mereka merasakan tidak diperlukan lagi oleh
keluarga mereka. Kajian menunjukkan kurangnya perhubungan antara ibu bapa dengan
anak remaja menyebabkan remaja bertingkah laku devian. Anak-anak yang tidak rapat
dengan ibu bapa merasa dirinya tidak diperlukan oleh orang lain dan dengan itu lebih
29

gemar meminggirkan diri mencari jalan lain bagi meluahkan perasaan dan mendapatkan
lebih perhatian (Hairunnaja Najmuddin, 2003).

Pemilihan institusi pendidikan oleh ibu bapa juga mempengaruhi disiplin pelajar.
Mereka terpaksa menentang keinginan mereka sendiri dalam menentukan minat mereka
sendiri seperti terpaksa tinggal di sekolah asrama yang tidak menawarkan subjek yang
diminati. Menurut Mohamed Hatta Shaharom (2003), ramai ibu bapa yang menentukan
kerjaya anak-anak mereka. Ini terjadi apabila kerjaya yang mereka minati tidak dapat
dicapai oleh mereka sendiri, maka anak-anaklah yang menjadi mangsa bagi menunaikan
impian itu. Ini bukan sahaja boleh mematahkan semangat remaja tetapi juga
menyebabkan tekanan jiwa.

2.5 Kajian Lepas.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan


Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) menunjukkan secara
keseluruhan jenis salah laku disiplin yang dominan dilakukan oleh penghuni asrama
sekolah menengah harian ialah salah laku tidak mementingkan masa. Salah laku ini
dikategorikan pada tahap serius dan memerlukan tindakan. Secara keseluruhan
penghuni lelaki lebih kerap melakukan salah laku disiplin bagi semua jenis salah laku
berbanding dengan penghuni perempuan kerana terdapat perbezaan yang signifikan ke
atas semua kategori salah laku oleh penghuni asrama mengikut jantina.
30

Keseluruhannya dapatan kajian ini menujukkan kurangnya kerjasama antara


warden (53%), warden tidak tegas (38%) dan penghuni asrama tidak memahami
peraturan asrama (18%) merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pihak
pengurusan asrama dalam menguatkuasakan peraturan disiplin. Selain itu, masalah
dalam melantik warden yang komited, berdedikasi dan bertanggungjawab menyukarkan
pihak pengurusan asrama dalam menguatkuasakan peraturan. Ketiadaan kriteria yang
spesifik semasa melantik warden, beban tugas warden dan ketiadaan insentif yang
menarik menyebabkan tiada guru ingin menjadi warden secara sukarela.
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan.

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang dijalankan dalam penyelidikan.


Ia akan menentukan ketetapan data yang diperoleh. Maklumat dari kajian yang
dijalankan amat membantu dalam membuat keputusan.

Penganalisisan dan persembahan data adalah merupakan perkara yang perlu


diberi perhatian yang utama bagi mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Oleh itu
dalam bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang meliputi reka bentuk kajian,
tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah
pengumpulan data dan kaedah analisis data.
32

3.2 Prosedur Kajian.

Kerangka operasi kajian menerangkan dengan ringkas langkah-langkah gerak


kerja atau proses kajian dijalankan. Kerangka ini bertindak sebagai garis panduan bagi
penyelidik supaya tidak terpesong daripada perancangan kerja semasa menjalankan
kajian.

Rajah 3.1: Kerangka Operasi Kajian.


33

3.3 Reka Bentuk Kajian.

Dalam konteks kajian ini, kaedah kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan
menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kajian
berbentuk tinjauan adalah sesuai digunakan di dalam penyelidikan yang bermatlamat
untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kajian tinjauan juga
biasanya digunakan untuk membuat ramalan tentang sesuatu isu masyarakat semasa
yang timbul (Chua Yan Piaw, 2006). Di dalam kajian ini, isu yang dikaji ialah disiplin
pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dan faktor-faktor
yang mempengaruhinya. Segala pengukuran terhadap objektif kajian adalah dibuat
berdasarkan maklum balas responden terhadap pernyataan yang terkandung di dalam
soal selidik yang diedarkan.

3.4 Tempat Kajian.

Penyelidik hanya menjalankan kajian ini di Sekolah Menengah Teknik Batu


Pahat, Johor. Tujuan penyelidik memilih sekolah ini kerana lokasi sekolah ini terletak
berhampiran dengan tempat pengajian penyelidik dan untuk memudahkan pelaksanaan
penyelidikan.
34

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian.

Populasi bagi kajian ini ialah 150 orang pelajar tingkatan 4 yang tinggal di
asrama Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat (Sumber: Pejabat Am Sekolah Menengah
Teknik Batu Pahat, 2008).

Sampel ialah sejumlah individu yang diambil bagi mewakili populasi. Sampel
dipilih secara rawak menggunakan pensampelan mudah iaitu menggunakan kaedah
mudah memilih sampel dari populasi dari senarai yang banyak. Setiap orang
mempunyai peluang untuk dipilih (Mohd Najib Ghafar, 1999). Saiz sampel pula adalah
sebanyak 108 orang yang ditentukan berdasarkan pengiraan Krejie dan Morgan (1970)
di dalam buku Kaedah Penyelidikan Chua Yan Piaw (2006) yang menyenaraikan saiz
sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian dalam penentuan sampel. Pelajar
tingkatan 4 dipilih kerana mereka baru tinggal di asrama dan masih lagi dalam proses
menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.

3.6 Instrumen Kajian.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik digunakan untuk
mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan bebas-jawab (terbuka), senarai
semak atau sekil kadar (Mohd Najib Ghafar, 1999). Soalan yang digunakan ialah soalan
sekil kadar yang menggunakan Skala Likert di mana responden memilih jawapan
daripada satu kontiniuum (ekstrem ke ekstrem).
35

Kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia adalah satu kaedah yang paling
popular di kalangan penyelidik, mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan juga data
senang diproses untuk dianalisis. Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan
soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan
oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik.

Soal selidik ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A,
bahagian B dan bahagian C. Bahagian A akan meninjau tentang latar belakang dan
maklumat peribadi serta kehidupan responden. Bahagian B pula mengandungi dua
bahagian iaitu disiplin pelajar di asrama dan masalah disiplin pelajar di kalangan pelajar
asrama. Disiplin pelajar yang tinggal di asrama dikaji berdasarkan kategori:

(i) Tingkah laku.


(ii) Pengurusan masa.
(iii) Kepimpinan.
(iv) Pemakaian.

Bahagian C pula adalah merupakan soal selidik yang mengandungi item faktor-
faktor yang telah dikenal pasti dalam mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin atau
melakukan masalah disiplin. Item-item tersebut dikelaskan kepada:

(i) Faktor kemudahan sekolah..


(ii) Faktor guru.
(iii) Faktor pelaksanaan peraturan.
(iv) Faktor rakan sebaya.
(v) Faktor ibu bapa.
36

Untuk bahagian B dan C, Skala Likert digunakan untuk menentukan hasil


cerapan. Skala Likert telah mencadangkan penggunaan satu set senarai kenyataan
positif dan negatif individu terhadap sesuatu kenyataan. Menurut Chua Yan Piaw
(2006), Skala Likert mudah diurus dan dipakai, item-itemnya mudah dijawab oleh
responden dan data yang dipungut lebih tinggi kebolehpercayaan berbanding dengan
skala-skala lain seperti Thurstone dan Guttman.

Jadual 3.1: Set Skala Likert Bagi Bahagian B.

MAKLUM Tidak Sangat Jarang Kerap Sangat


BALAS pernah Jarang kerap

SKOR 1 2 3 4 5

Jadual 3.2: Set Skala Likert Bagi Bahagian C.

MAKLUM Sangat Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat


BALAS Tidak Setuju Setuju
SKOR 1 2 3 4 5
37

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dilakukan dengan melibatkan empat orang pensyarah dari Fakulti


Pendidikan Teknikal yang berpengalaman untuk menyemak soal selidik kajian ini. Ini
adalah untuk menyemak soalan yang telah dibina sesuai atau tidak untuk digunakan
dalam menjalankan kajian.

Selepas itu, soal selidik ini diedarkan kepada 10 orang pelajar asrama tingkatan 4
aliran teknik yang dipilih secara rawak sebagai kajian rintis. Mereka dikehendaki
menjawab soal selidik ini dan penyelidik akan menganalisis data-data kajian rintis untuk
melihat nilai pekali kebolehpercayaan (Alpha Cronbach). Jika nilai alpha bagi setiap
pemboleh ubah tinggi, maka soal selidik ini boleh ditadbirkan kepada responden
sebenar. Selain itu juga, kajian rintis ini dilakukan untuk melihat sama ada soalan-
soalan ini sesuai dan dapat difahami oleh pelajar-pelajar tersebut. Sekiranya tiada
masalah, instrumen ini akan diaplikasikan kepada kajian yang akan penyelidik lakukan.

Kebolehpercayaan ini telah diuji dengan Alpha Cronbach. Pengkaji perlu


mendapatkan nilai yang tinggi, iaitu 0.7 hingga 1.0. Perubahan ke atas item-item dalam
borang soal selidik telah dibuat sehingga nilai kesahan dan kebolehpercayaan diperoleh.
Jadual di bawah menunjukkan interpretasi skor Alpha Cronbach bagi menentukan tahap
kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian rintis.
38

Jadual 3.3: Jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach

Skor Alpha Tahap Kebolehpercayaan


Cronbach
1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang
tinggi
0.8 Baik
0.7 Boleh diterima

(Adaptasi daripada Mohd Najib Ghafar, 1999)

Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan nilai
pekali alpha adalah 0.8154. Ini bermakna item-item yang terdapat dalam borang soal
selidik ini boleh terus digunakan.

3.8 Kaedah Pengumpulan Data.

Sesuatu kajian yang dibuat perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran


menjalankan penyelidikan di sesuatu tempat yang tertentu. Pihak UTHM telah
mengeluarkan surat kebenaran bagi menjalankan penyelidikan kepada pelajar. Bagi
menjalankan penyelidikan di sekolah, penyelidik juga telah memohon kebenaran dari
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia agar tidak mendapat halangan dari mana-mana pihak semasa penyelidikan
dijalankan.
39

Soalan soal selidik akan dihantar sendiri oleh penyelidik ke sekolah yang telah
dipilih bagi memastikan tidak berlaku sebarang keciciran atau kelewatan semasa proses
penghantaran. Proses untuk menjawab soal selidik pula akan mengambil masa selama
dua jam di mana responden akan dikumpulkan pada suatu tempat. Pelajar-pelajar yang
telah dipilih akan diberikan penerangan tentang setiap persoalan yang dikemukakan. Ini
bagi memastikan jawapan yang akan diperoleh adalah tepat dan benar.

Setelah semua responden menjawab semua soalan soal selidik, penyelidik akan
mengumpulkan semula semua set soalan soal selidik bagi membolehkan penyelidik
membuat analisis.

3.9 Kaedah Analisis Data.

Setelah soal selidik dikumpulkan daripada responden, peringkat pertama


penyelidik adalah menyemak dan memeriksa secara manual semua jawapan borang soal
selidik. Analisis bagi setiap item pada setiap aras kognitif pula, data akan diproses
dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
10. Penyelidik akan menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis data.
Penggunaan kaedah ini iaitu statistik deskriptif adalah bagi memudahkan untuk difahami
dengan tujuan membuat rumusan dan mudah untuk disampaikan.

Penganalisisan secara berkomputer digunakan kerana pemprosesan data dapat


dilakukan dengan cepat dan berkesan. Kesilapan pengiraan terutamanya di dalam
pemprosesan yang berulang-ulang dapat dielakkan sekiranya komputer digunakan.
Perisian SPSS yang dibina khususnya untuk penyelidikan sains sosial dapat menampung
40

penganalisisan data yang banyak dan berulang-ulang dengan cekap dan cepat.
Pendekatan SPSS dapat memenuhi hampir semua teknik pemprosesan dan
penganalisisan data selain dari objektif sesuatu penyelidikan yang dijalankan.

Jadual 3.4 : Kaedah Analisis Data

Persoalan kajian Analisis data


i) Adakah tinggal di asrama Kuantitatif
membentuk pelajar menjadi Statistik deskriptif dengan mencari skor
lebih berdisiplin? min dan peratusan kekerapan

ii) Adakah tinggal di asrama Kuantitatif


menyumbang kepada masalah Statistik deskriptif dengan mencari skor
disiplin? min dan peratus kekerapan
iii) Apakah faktor-faktor tinggal di Kuantitatif
asrama membentuk pelajar Statistik deskriptif dengan mencari skor
menjadi lebih berdisiplin? min dan peratus kekerapan
iv) Apakah faktor-faktor tinggal di Kuantitatif
asrama menyumbang kepada Statistik deskriptif dengan mencari skor
masalah disiplin? min dan peratus kekerapan
41

3.10 Andaian Kajian.

Dalam menjalankan kajian, penyelidik telah membuat andaian bahawa:

(i) Responden faham semua persoalan termasuk istilah-istilah yang


dikemukakan dalam borang soal selidik
.
(ii) Responden telah memberikan maklum balas dengan jujur dan ikhlas
semasa menjawab borang soal selidik.

(iii) Sampel yang dipilih dapat mewakili populasi yang ada.


BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan.

Dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada dapatan yang telah
diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Sebanyak 108 set soal selidik
telah diedarkan kepada pelajar tingkatan 4 yang tinggal di asrama. Penganalisisan data
dilakukan terhadap setiap item soalan yang terdapat dalam set soal selidik dengan
bantuan komputer menggunakan perisian SPSS (Stastistical Package for Social Science
version 10.0). Analisis data yang dilakukan dibuat secara kuantitatif iaitu analisis
deskriptif statistik bagi mendapat maklum balas.

Penganalisisan data dibahagikan kepada lima bahagian iaitu latar belakang


responden, disiplin pelajar, masalah disiplin di kalangan pelajar, faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin dan faktor-faktor yang mempengaruhi
pelajar melakukan masalah disiplin.
43

4.2 Dapatan Kajian.

Di dalam kajian ini, terdapat empat persoalan kajian yang harus diselesaikan oleh
pengkaji. Keempat-empat jawapan persoalan kajian ini akan dihuraikan berdasarkan
hasil dapatan yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan.

4.3 Analisis Latar Belakang Responden.

Bahagian ini menerangkan latar belakang responden melibatkan item-item soalan


yang meliputi aspek jantina dan jawatan di asrama.

Jadual 4.1: Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina dan Jawatan
di Asrama.

Aspek Kekerapan Peratus


Lelaki 50 46.3
Jantina Perempuan 58 53.7
Ada 37 34.3
Jawatan di Tiada 71 65.7
Asrama
44

Seramai 108 responden telah diambil untuk menjalani kajian ini. 50 orang ( 46.3
% ) daripada jumlah responden merupakan pelajar lelaki manakala yang selebihnya
merupakan pelajar perempuan ( 53.7 % ). Daripada jadual di atas menunjukkan
responden yang mempunyai jawatan di asrama ialah seramai 37 orang ( 34.3 % ) dan 71
orang ( 65.7 % ) lagi tidak menjawat jawatan.

4.4 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B.

4.4.1 Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu:

“Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti disiplin pelajar yang
tinggal di asrama. Item-item persoalan kajian dianalisis mengikut empat kategori utama
iaitu tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian.
45

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin
Pelajar dalam Item Tingkah laku.

Bil Item Tingkah laku TP SJ J K SK Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
1 Saya membasuh pakaian sendiri semasa 1.9 4.6 6.5 33.3 53.7 4.32
tinggal di asrama. Tinggi
2 Saya mengemas katil selepas bangun 0.9 8.3 15.7 30.6 44.4 4.09
dari tidur. Tinggi
3 Saya memberi senyuman atau 3.7 5.6 32.4 32.4 25.9 3.71
mengucapkan selamat kepada rakan Tinggi
atau pelajar asrama yang lain setiap kali
berselisih bahu /berselisih jalan.
4 Saya mematuhi peraturan asrama yang 0.9 6.5 28.7 42.6 21.3 3.77
telah ditetapkan. Tinggi
5 Saya menggunakan kemudahan di 1.9 8.3 21.3 46.3 22.2 3.79
asrama dengan berhemah. Tinggi
Min Keseluruhan 3.94
Tinggi

Jadual 4.2 di atas menunjukkan tentang analisis dalam bentuk peratusan dan
skor min bagi tingkah laku pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat
skor min bagi tingkah laku pelajar ialah antara 3.71 hingga 4.32 dan skor min untuk
keseluruhannya adalah pada tahap tinggi iaitu 3.94. Item 1 merupakan item yang
mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 4.32. Manakala item 3 merupakan item
yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 3.71 tetapi masih berada pada tahap
tinggi. Kesimpulannya menunjukkan bahawa tingkah laku pelajar yang tinggal di
asrama berada pada tahap tinggi.
46

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin
Pelajar dalam Item Pengurusan Masa.

Bil Item Pengurusan Masa TP SJ J K SK Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
6 Setiap hari, saya bangun awal pagi 2.8 6.5 29.6 37.0 24.1 3.73
pada waktu yang telah ditetapkan. Tinggi
7 Saya mampu sampai ke sekolah dalam 0.9 9.3 20.4 38.0 31.5 3.90
masa yang ditetapkan Tinggi
8 Saya membina jadual belajar sendiri 13.9 20.4 23.1 25.9 16.7 3.11
bersesuaian dengan jadual rutin harian Sederhana
asrama.
9 Saya mematuhi jadual waktu yang 19.4 15.7 29.6 19.4 15.7 2.96
telah saya bina. Sederhana

10 Saya mematuhi jadual harian yang 4.6 9.3 28.7 35.2 22.2 3.61
ditetapkan oleh pihak sekolah. Sederhana
Min Keseluruhan 3.46
Sederhana

Jadual 4.3 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi
pengurusan masa pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min
bagi pengurusan masa di kalangan pelajar ialah antara 2.96 hingga 3.90 dan skor min
keseluruhannya adalah pada tahap sederhana iaitu 3.46. Item 7 merupakan item yang
mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 3.90 dan manakala item 9 merupakan item
yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.96 ( tahap sederhana).
Kesimpulannya, pengurusan masa di kalangan pelajar yang tinggal di asrama
menunjukkan pada tahap sederhana.
47

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin
Pelajar dalam Item Kepimpinan.

Bil Item Kepimpinan TP SJ J K SK Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
11 Saya menawar diri untuk menjawat 28.7 11.1 32.4 15.7 12.0 2.71
jawatan di asrama. Sederhana
12 Saya menyertai segala aktiviti yang 2.8 8.3 25.0 38.9 25.0 3.75
dianjurkan oleh pihak asrama. Tinggi
13 Saya boleh mempengaruhi rakan-rakan 6.5 17.6 36.1 32.4 7.4 3.17
asrama untuk mematuhi peraturan. Sederhana
14 Saya sering dijadikan rujukan oleh 9.3 11.1 33.3 38.0 8.3 3.25
rakan asrama untuk menyelesaikan Sederhana
masalah.
15 Saya berminat untuk menguruskan 13.0 11.1 35.2 25.9 14.8 3.19
program yang dianjurkan oleh pihak Sederhana
asrama.
Min Keseluruhan 3.21
Sederhana

Jadual 4.4 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi
kepimpinan pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi
kepimpinan pelajar asrama ialah antara 2.71 hingga 3.75 dan skor min keseluruhannya
adalah pada tahap sederhana iaitu 3.21. Item 12 merupakan item yang mempunyai skor
min yang paling tinggi iaitu 3.75 dan satu-satunya item yang berada pada tahap tinggi.
Item 11 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 2.71 dan
berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, sifat kepimpinan di kalangan pelajar
yang tinggal di asrama berada pada tahap sederhana.
48

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Disiplin
Pelajar dalam Item Pemakaian.

Bil Item Pemakaian TP SJ J K SK Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
16 Saya memakai pakaian yang ditetapkan 4.6 6.5 14.8 47.2 26.9 3.85
oleh pihak asrama. Tinggi
17 Saya berpakaian mengikut kesesuaian 3.7 4.6 17.6 47.2 26.9 3.89
aktiviti. Tinggi
18 Pakaian saya sentiasa berseterika. 5.6 9.3 25.0 39.8 20.4 3.60
Sederhana
19 Saya sentiasa memastikan pakaian saya 2.8 7.4 9.3 47.2 33.3 4.01
bersih. Tinggi
Min Keseluruhan 3.84
Tinggi

Jadual 4.5 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi cara
pemakaian pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min bagi
kepimpinan pelajar asrama ialah antara 3.60 hingga 4.01 dan skor min keseluruhannya
adalah pada tahap tinggi iaitu 3.84. Item 19 merupakan item yang mempunyai skor min
yang paling tinggi iaitu 4.01. Item 18 merupakan item yang mempunyai skor min yang
paling rendah iaitu 2.71 dan satu-satunya item yang berada pada tahap sederhana.
Kesimpulannya, pemakaian pelajar yang tinggal di asrama berada pada tahap tinggi.
49

4.4.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu:

“Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah disiplin yang
dilakukan oleh pelajar semasa tinggal di asrama. Sebanyak 10 item telah dibina yang
menjurus kepada persoalan masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar asrama.

Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Masalah
Disiplin Pelajar.

Bil Item Masalah Disiplin TP SJ J K SK Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
1 Saya menyimpan dan menghisap rokok 83.3 2.8 7.4 5.6 0.9 1.38
di kawasan asrama. Rendah
2 Saya selalu keluar dari kawasan sekolah 75.0 10.2 12.0 2.8 0.0 1.43
tanpa kebenaran guru. Rendah
3 Saya berkelakuan biadab terhadap guru. 82.4 13.9 3.7 0.0 0.0 1.21
Rendah
4 Saya berbual dan bergurau dengan rakan 25.0 19.4 25.0 27.8 2.8 2.64
semasa kelas persediaan (Tidak Sederhana
mengulang kaji pelajaran).
5 Saya menjadikan asrama sebagai tempat 77.8 13.9 4.6 3.7 0.0 1.34
untuk tidak menghadiri kelas. Rendah
6 Saya sering mengajak rakan asrama 59.3 25.0 10.2 5.6 0.0 1.62
untuk melakukan kesalahan disiplin Rendah
50

7 Saya berkelakuan kasar terhadap pelajar 78.7 14.8 5.6 0.9 0.0 1.29
lain (Bergaduh atau membuli). Rendah
8 Saya mengambil dan menggunakan 61.1 21.3 10.2 6.5 0.9 1.65
barang kepunyaan pelajar asrama yang Rendah
lain tanpa kebenaran.
9 Saya memakai pakaian yang dilarang di 67.6 17.6 11.1 2.8 0.9 1.52
asrama seperti seluar ‘jeans’. Rendah
Min Keseluruhan 1.56
Rendah

Jadual 4.6 menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min bagi
masalah disiplin pelajar yang tinggal di asrama. Dapatan menunjukkan julat skor min
bagi masalah disiplin pelajar asrama ialah antara 1.21 hingga 2.64 dan skor min
keseluruhannya adalah pada tahap rendah iaitu 1.56. Item 4 merupakan item yang
mempunyai skor min yang paling tinggi iaitu 2.64 dan satu-satunya item yang berada
pada tahap sederhana. Item 3 merupakan item yang mempunyai skor min yang paling
rendah iaitu 1.21. Kesimpulannya, masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar asrama
berada pada tahap rendah.
51

4.5 Keputusan dan Analisis Data Bahagian C.

4.5.1 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu:

“Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
membentuk pelajar asrama untuk lebih berdisiplin. Item-item persoalan kajian dianalisis
mengikut lima kategori utama iaitu kemudahan sekolah, guru, pelaksanaan peraturan,
rakan sebaya dan ibu bapa.

Jadual 4.7: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Pelajar Berdisiplin dalam Item Kemudahan Sekolah.

Bil Item Kemudahan Sekolah STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
1 Kemudahan asrama mencukupi dan 6.5 10.2 13.9 51.9 17.6 3.64
memberi keselesaan kepada saya untuk Sederhana
tinggal di asrama.
2 Aktiviti dan program asrama yang 1.9 10.2 22.2 51.9 13.9 3.66
dijalankan membantu meningkatkan Sederhana
sahsiah saya.
Min Keseluruhan 3.65
Sederhana
52

Jadual 4.8: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Pelajar Berdisiplin dalam Item Guru.

Bil Item Guru STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
3 Warden sentiasa memastikan saya dan 2.8 1.9 13.9 51.9 29.6 4.04
pelajar lain mematuhi peraturan asrama. Tinggi
4 Saya terpengaruh dengan sikap dan 7.4 15.7 33.3 31.5 12.0 3.25
keterampilan warden asrama yang Sederhana
berdisiplin.
Min Keseluruhan 3.65
Sederhana

Jadual 4.9: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Pelajar Berdisiplin dalam Item Pelaksanaan Peraturan.

Bil Item Pelaksanaan Peraturan STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
5 Persekitaran di asrama yang 1.9 6.5 22.2 53.7 15.7 3.75
mengutamakan peraturan mempengaruhi Tinggi
perwatakan saya.
6 Saya takut untuk melanggar peraturan 5.6 9.3 19.4 43.5 22.2 3.68
sekolah kerana hukuman yang akan Tinggi
dikenakan adalah berat.
Min Keseluruhan 3.72
Tinggi
53

Jadual 4.10: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Pelajar Berdisiplin dalam Item Rakan Sebaya.

Bil Item Rakan Sebaya STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
7 Saya mendapat dorongan apabila 3.7 4.6 17.6 44.4 29.6 3.92
melihat rakan-rakan lain belajar. Tinggi
8 Rakan di asrama membantu saya 3.7 11.1 22.2 46.3 16.7 3.61
membuat keputusan dalam Sederhana
menyelesaikan masalah.
Min Keseluruhan 3.77
Tinggi

Jadual 4.11: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Pelajar Berdisiplin dalam Item Ibu Bapa.

Bil Item Ibu Bapa STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
9 Ibu bapa sering datang melawat saya di 8.3 12.0 18.5 38.0 23.1 3.56
asrama untuk mengetahui Sederhana
perkembangan saya.
10 Saya berkelakuan baik kerana ibu bapa 11.1 15.7 23.1 32.4 17.6 3.30
saya menjalinkan hubungan yang baik Sederhana
dengan guru-guru di sekolah.
Min Keseluruhan 3.43
Sederhana
54

Jadual-jadual di atas menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min
bagi faktor-faktor yang membentuk pelajar asrama untuk lebih berdisiplin mengikut
lima kategori utama. Dapatan menunjukkan item rakan sebaya dan pelaksanaan
peraturan merupakan item yang mempunyai skor min yang tinggi iaitu 3.77 dan 3.72.
Item ibu bapa merupakan item yang mempunyai skor min yang paling rendah iaitu 3.43
dan berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, rakan sebaya dan pelaksanaan
peraturan adalah faktor utama yang mempengaruhi pelajar asrama untuk lebih
berdisiplin. Ibu bapa adalah faktor yang paling kurang mempengaruhi disiplin pelajar
asrama.

4.5.2 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Bahagian ini bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu:

“Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin?”

Analisis pada bahagian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong pelajar asrama untuk melakukan masalah disiplin. Item-item persoalan
kajian dianalisis mengikut lima kategori utama sama seperti 4.5.1.
55

Jadual 4.12: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Kemudahan Sekolah.

Bil Item Kemudahan Sekolah STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
1 Aktiviti dan program yang dijalankan di 9.3 25.0 20.4 30.6 14.8 3.17
asrama membosankan. Sederhana
2 Kemudahan di asrama tidak mencukupi. 10.2 27.8 25.0 26.9 10.2 2.99
Sederhana
Min Keseluruhan 3.08
Sederhana

Jadual 4.13: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Guru.

Bil Item Guru STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
3 Warden tidak menunjukkan contoh yang 20.4 20.4 18.5 31.5 9.3 2.89
baik. (Contohnya merokok di hadapan Sederhana
pelajar).
4 Warden bersikap pilih kasih dalam 11.1 17.6 20.4 28.7 22.2 3.33
menilai pelajar. Sederhana
Min Keseluruhan 3.11
Sederhana
56

Jadual 4.14: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Pelaksanaan Peraturan.

Bil Item Pelaksanaan Peraturan STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
5 Hukuman yang dikenakan keterlaluan. 13.0 19.4 23.1 36.1 8.3 3.07
Sederhana
6 Peraturan asrama terlalu ketat dan 12.0 29.6 18.5 26.9 13.0 2.99
membebankan. Sederhana
Min Keseluruhan 3.03
Sederhana

Jadual 4.15: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Rakan Sebaya.

Bil Item Rakan Sebaya STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
7 Rakan-rakan asrama yang lain turut 8.3 10.2 27.8 39.8 13.9 3.41
melakukan kesalahan disiplin. Sederhana
8 Rakan-rakan asrama memujuk saya 11.1 25.9 28.7 26.9 7.4 2.94
untuk melanggar peraturan. Sederhana
Min Keseluruhan 3.18
Sederhana
57

Jadual 4.16: Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min Bagi Faktor-faktor
Masalah Disiplin Pelajar dalam Item Ibu Bapa.

Bil Item Ibu Bapa STS TS TP S SS Min


(%) (%) (%) (%) (%) (Interpretasi)
9 Aktiviti saya dengan rakan-rakan di 12.0 25.9 23.1 30.6 8.3 2.97
asrama tidak diketahui oleh ibu bapa. Sederhana
10 Ibu bapa memaksa saya untuk tinggal di 32.4 18.5 19.4 21.3 8.3 2.55
asrama. Sederhana
Min Keseluruhan 2.76
Sederhana

Jadual-jadual di atas menunjukkan analisis dalam bentuk peratusan dan skor min
bagi faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama untuk melakukan masalah disiplin
mengikut lima kategori utama. Dapatan menunjukkan kesemua item berada pada tahap
sederhana. Item rakan sebaya merupakan item yang mempunyai skor min yang paling
tinggi iaitu 3.18 manakala item ibu bapa mempunyai skor min yang paling rendah iaitu
2.76. Kesimpulannya, rakan sebaya adalah faktor utama yang mempengaruhi pelajar
asrama untuk melakukan masalah disiplin manakala ibu bapa adalah faktor yang paling
kurang mempengaruhi.
58

4.6 Kesimpulan.

Dalam bab ini pengkaji telah menganalisis dan membentangkan dapatan kajian
berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh responden. Penganalisisan data ini
dibuat adalah tertumpu kepada persoalan-persoalan kajian untuk mengenal pasti persepsi
pelajar terhadap peranan asrama dalam membentuk disiplin pelajar. Melalui analisis
yang telah dijalankan serta dapatan kajian yang telah diperoleh, di sini dapat
disimpulkan bahawa disiplin pelajar asrama adalah tinggi pada kategori tingkah laku
( skor min 3.94 ) dan pemakaian ( skor min 3.84 ) serta sederhana pada kategori
pengurusan masa ( skor min 3.46 ) dan kepimpinan ( skor min 3.21 ). Walaupun begitu,
masalah disiplin di kalangan pelajar asrama adalah rendah dengan skor min 1.56. Rakan
sebaya adalah faktor utama dalam mempengaruhi pelajar untuk lebih berdisiplin atau
melakukan masalah disiplin manakala faktor ibu bapa paling kurang mempengaruhi
pelajar. Daripada hasil dapatan kajian ini jelas bahawa keempat-empat persoalan kajian
telah dapat dijawab.
BAB V

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan hasil kajian berdasarkan analisis
data yang telah dilakukan dalam Bab IV. Skop perbincangan adalah berdasarkan kepada
persoalan kajian yang telah dibina. Dalam bab ini juga akan juga mengemukakan
implikasi kajian dan beberapa cadangan yang difikirkan perlu dan akhirnya bertujuan
mempertingkatkan lagi kajian-kajian yang akan datang.
60

5.2 Perbincangan.

Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada hasil dapatan kajian yang diperoleh
dan akan dirumuskan untuk menjurus kepada gambaran sebenar terhadap persoalan
kajian di samping untuk mencapai objektif kajian. Perkara-perkara yang terdapat dalam
objektif kajian adalah:

(i) Mengkaji sama ada tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih
berdisiplin.

(ii) Mengkaji sama ada tinggal di asrama menyumbang kepada masalah


disiplin.

(iii) Mengkaji faktor-faktor yang membentuk pelajar menjadi lebih


berdisiplin.

(iv) Mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin.

5.2.1 Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 1: Adakah tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin?

Disiplin pelajar yang tinggal di asrama diukur melalui hasil dapatan daripada
pengedaran soal selidik kepada responden kajian. Disiplin pelajar ini dilihat melalui
empat kategori utama iaitu tingkah laku, pengurusan masa, kepimpinan dan pemakaian.
Setiap kategori mempunyai 5 item kecuali kategori pemakaian dengan 4 item sahaja.
61

Pelajar yang tinggal di asrama dilihat mempunyai tingkah laku yang berdisiplin.
Mereka kerap membasuh pakaian sendiri dan mengemas katil selepas bangun dari tidur.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian Salmiah Husain (2000) iaitu pelajar asrama
lebih berdisiplin dan tidak bebas seperti tinggal di rumah. Mereka dikatakan lebih
berdikari kerana terpaksa menguruskan diri sendiri dengan baik dan menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan dengan adanya persaingan yang sihat di
antara mereka.

Pelajar juga kerap memberi senyuman dan menegur rakan asrama yang lain
ketika berselisih jalan walaupun kekerapannya adalah paling kurang di dalam kategori
tingkah laku. Ini disebabkan wujudnya jurang di antara pelajar tingkatan 4 dan
tingkatan 5 di kebanyakan sekolah asrama. Pelajar yang lebih muda harus menghormati
pelajar yang lebih tua dengan memberi salam setiap kali berjumpa. Menurut pendapat
Jas Laile Suzana Jaafar (2002), interaksi dengan rakan sebaya memberi peluang kepada
individu untuk menerima pendapat yang berbeza dari diri dan boleh meningkatkan
pemahaman moral.

Berdasarkan kategori pemakaian, pelajar asrama dilihat mempunyai disiplin yang


tinggi kecuali dalam memastikan pakaian mereka berseterika iaitu pada tahap sederhana.
Memakai pakaian yang tidak berseterika tidak menjadi kesalahan bagi semua sekolah di
Malaysia menyebabkan segelintir pelajar kurang menitikberatkan tentang soal ini.
Namun begitu, pelajar sentiasa memastikan pakaian mereka bersih walaupun tidak
termasuk di dalam peraturan asrama. Pelajar mungkin malu dilabelkan sebagai pengotor
dan disisihkan oleh rakan-rakan asrama yang lain. Zurina (1998) menyatakan remaja
akan cepat bertindak balas untuk menjaga kewibawaan mereka agar diterima dalam
sesuatu kumpulan rakan sebaya yang dapat memenuhi cita rasa mereka. Pelajar juga
kerap mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan oleh asrama dan memakai
pakaian mengikut kesesuaian aktiviti. Hal ini berlaku kerana pihak asrama telah
62

menetapkan cara pemakaian yang harus dipatuhi oleh pelajar dan hukuman akan
dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhinya.

Bagi kategori pengurusan masa dan kepimpinan, kedua-duanya mencatatkan


keputusan yang sederhana. Hanya segelintir pelajar mengambil inisiatif untuk membina
jadual belajar sendiri dan tidak semua daripada pelajar terbabit mematuhinya. Ini
mungkin disebabkan aktiviti yang terlalu banyak dan jadual waktu asrama yang terlalu
ketat. Faktor ini juga mendorong mereka untuk kurang mematuhi jadual harian yang
telah ditetapkan oleh pihak asrama. Melalui kajian yang dilakukan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
(2004) menunjukkan secara keseluruhan jenis salah laku disiplin yang dominan
dilakukan oleh penghuni asrama sekolah menengah harian ialah salah laku tidak
mementingkan masa.

Pelajar juga jarang menawarkan diri untuk menjawat jawatan asrama dan
menguruskan program yang dijalankan oleh pihak asrama. Pembelajaran di sekolah
asrama yang lebih menekankan pencapaian akademik menyebabkan pelajar takut
sekiranya penglibatan yang aktif di dalam kepimpinan boleh mengganggu proses
pembelajaran mereka sekali gus menyebabkan mereka gagal di dalam pelajaran. Ini
disokong oleh pendapat Abdullah Sani Yahaya (2005) yang menyatakan pencapaian
akademik sudah menjadi perkara penting dan sering menjadi perhatian para ibu bapa,
guru dan masyarakat umumnya.
63

Jadual 5.1: Skor Min Bagi Disiplin Pelajar di Asrama.

Bil. Butiran Item Min Keseluruhan


( Interpretasi )
1. Tingkah laku 3.94
Tinggi
2. Pengurusan Masa 3.46
Sederhana
3. Kepimpinan 3.21
Sederhana
4. Pemakaian 3.84
Tinggi
Min Keseluruhan 3.61
Sederhana

Menurut jadual 5.1, daripada senarai empat kategori disiplin yang telah dikenal
pasti, hasil atau keputusan kajian mencatatkan skor min sebanyak 3.61. Melalui data
yang diperoleh dan dianalisis dapat disimpulkan bahawa disiplin pelajar yang tinggal di
asrama adalah sederhana.
64

5.2.2 Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 2: Adakah tinggal di asrama menyumbang kepada masalah disiplin?

Masalah disiplin di kalangan pelajar yang tinggal di asrama dilihat melalui 9 item
yang menjurus kepada perlakuan negatif pelajar. Untuk memastikan pelajar menjawab
dengan jujur, soalan yang dibina tidak terlalu menjurus kepada masalah disiplin pelajar.

Hasil daripada analisis yang dibuat mendapati pelajar yang tinggal di asrama
mempunyai masalah disiplin yang rendah. Hampir kesemua masalah disiplin yang
dikaji mencatatkan skor min yang rendah kecuali masalah tidak mengulang kaji
pelajaran semasa kelas persediaan yang berada pada tahap sederhana. Salah satu sebab
mengapa hal ini berlaku ialah pelajar takut untuk melakukan masalah disiplin kerana
bimbang dikenakan hukuman oleh pihak asrama. Amir Hasan Dawi (2002),
berpendapat secara mikro pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan
formal atau disiplin yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Seperti mana yang diketahui pemilihan pelajar untuk memasuki asrama adalah
menggunakan sistem meritokrasi. Ia mementingkan keputusan pelajaran sebagai syarat
ataupun tiket untuk belajar di sekolah asrama. Menurut Aimee Howley dan Craig
Howley (2006), kawasan yang kecil membolehkan semua kakitangan mengetahui
perkembangan pelajar dan berada di sisi mereka dalam meningkatkan pencapaian
akademik dan disiplin. Ini juga mungkin menyumbang kepada kurangnya masalah
disiplin di kalangan pelajar.
65

Pelajar di asrama juga diterapkan dengan nilai-nilai murni melalui kepatuhan


terhadap agama. Pelajar asrama biasanya diwajibkan untuk pergi ke surau yang
disediakan. Didikan agama yang mencukupi kepada remaja berjaya melahirkan individu
yang patuh kepada peraturan di mana mereka sudah terbiasa hidup di dalam peraturan
yang ditetapkan oleh Allah S.W.T (Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan
Rahimawati Abd. Rahman, 2007)

Bagi masalah tidak mengulang kaji pelajaran semasa kelas persediaan pula
adalah disebabkan pelajar belum dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu belajar
yang ditetapkan oleh pihak asrama. Pelajar perlu mengambil sedikit masa untuk
menyesuaikan diri memandangkan mereka baru berada di tingkatan empat. Mohd Amin
H. A Shariff (1998), menyatakan pada peringkat awal remaja tinggal di asrama, ada
yang menyatakan mereka benci mendengar loceng yang mengarahkan mereka membuat
itu dan ini, malah lebih menyusahkan lagi mereka perlu beratur dan menunggu giliran
untuk mandi dan makan pada setiap waktu. Tetapi lama-kelamaan apabila mereka dapat
menyesuaikan diri, semua ini tidak timbul lagi dan gembira tinggal dalam keadaan dan
suasana begini selama bertahun-tahun hingga tamat sekolah.

Kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisis daripada bahagian ini ialah
tinggal di asrama kurang menyumbang kepada masalah disiplin. Ini bertepatan dengan
pendapat Mohd Amin H. A Shariff (1998) yang menyatakan bahawa pelajar asrama
lebih berdisiplin berbanding pelajar yang tidak tinggal di asrama. Walaupun begitu
masih terdapat segelintir pelajar yang melakukan masalah disiplin tetapi bilangannya
adalah sedikit.
66

5.2.3 Faktor-faktor Pelajar Asrama Berdisiplin.

Persoalan 2: Apakah faktor-faktor tinggal di asrama membentuk pelajar menjadi lebih


berdisiplin?

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama lebih berdisiplin dikaji melalui


10 item yang dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu faktor kemudahan sekolah, guru,
pelaksanaan peraturan, rakan sebaya dan ibu bapa. Setiap bahagian mempunyai 2 item.
Berikut adalah ringkasan skor min bagi setiap bahagian.

Jadual 5.2: Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi Disiplin Pelajar

Bil. Butiran Item Min Keseluruhan


( Interpretasi )
1. Kemudahan sekolah 3.65
Sederhana
2. Guru 3.65
Sederhana

3. Pelaksanaan peraturan 3.72


Tinggi
4. Rakan sebaya 3.77
Tinggi
5. Ibu Bapa 3.43
Sederhana
67

Berdasarkan jadual 5.2, faktor yang paling utama mempengaruhi pelajar untuk
berdisiplin ialah rakan sebaya dan pelaksanaan peraturan. Pelajar di asrama secara
amnya berkongsi hidup siang dan malam, jadi mereka lebih senang dipengaruhi oleh
rakan-rakan. Menurut pendapat Jersild (1968) dalam Azlina Jopri (1999), apabila
pelajar sudah mula bergaul dan menjalinkan perhubungan dengan rakan-rakan, lama-
kelamaan kerinduan atau kekosongan yang dirasai akan diambil alih oleh sesama
mereka.

Pelbagai perkara positif dapat dipelajari menerusi rakan sebaya. Contohnya,


rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran di sekolah, secara tidak langsung
pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri
(Abdullah Sani Yahaya, 2005). Ini jelas menunjukkan faktor rakan sebaya memainkan
peranan dalam membentuk diri remaja.

Hasil dapatan yang tinggi pada faktor rakan sebaya menyangkal pendapat
kebanyakan masyarakat pada masa kini yang beranggapan rakan sebaya banyak
mempengaruhi remaja ke arah keburukan seperti yang dinyatakan oleh Aminuddin
(1998) dalam Abdullah Sani Yahaya (2005) iaitu aktiviti-aktiviti negatif yang dilakukan
oleh pelajar berpunca daripada tekanan rakan sebaya serta perasaan seseorang individu
pelajar yang ingin dirinya dihormati. Ia juga dilakukan untuk mendapat sokongan moral
bagi membolehkan diri mereka berasa mempunyai identiti yang tersendiri.

Pelajar yang tinggal di asrama juga terikat dengan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh pihak asrama. Peraturan yang dikuatkuasakan di asrama adalah ideal
dan bersesuaian dengan situasi pelajar. Berdasarkan kajian lepas oleh Salmiah Husain
(2000), peraturan yang dirangka dengan baik dapat mengelakkan pelajar merasa tertekan
dan memberontak. Ini menyebabkan pelajar gembira tinggal dalam suasana yang
berdisiplin.
68

Pengaruh pelaksanaan peraturan terhadap disiplin pelajar juga disokong oleh


Amir Hasan Dawi (2002) yang menyatakan cara pendidikan moral diterapkan oleh
sekolah ialah melalui disiplin. Peraturan-peraturan sekolah yang berbeza dengan
peraturan di rumah akan mengikat semua murid untuk mematuhinya. Oleh itu murid-
murid akan sedar bahawa ada prinsip peraturan-peraturan yang wajib mereka ikuti.
Proses mematuhi peraturan akan mendorong murid-murid mempunyai disiplin diri.

Faktor kemudahan sekolah dan guru pula menunjukkan dapatan yang sederhana.
Ini mungkin disebabkan oleh responden belum pernah merasai pengalaman tinggal di
asrama sebelum ini. Oleh itu mereka kurang merasa selesa kerana kemudahan yang
disediakan tidak seperti yang pernah mereka alami di rumah. Randall dan Littlewood
(1968) dalam Alinah Saring, Che Fauziah Adam dan Habsah Hussain (1999) pula dalam
kajian mereka mengenai asrama menyentuh beberapa masalah di asrama seperti terdapat
pelajar yang tidak suka dengan sesetengah peraturan asrama yang didakwa menghalang
kebebasan mereka. Ada juga pelajar yang merasa tidak tenteram tinggal di asrama
kerana kebisingan oleh pelajar-pelajar lain. Dapatan skor min yang sederhana pada guru
pula adalah disebabkan pelajar tidak pasti sama ada mereka terpengaruh dengan sikap
dan keterampilan berdisiplin yang ditunjukkan oleh warden asrama. Ini bertepatan
dengan suasana asrama itu sendiri yang lebih menggalakkan perhubungan rapat di antara
rakan asrama berbanding warden.

Peranan ibu bapa dilihat paling kurang mempengaruhi pelajar untuk lebih
berdisiplin. Ini mungkin disebabkan oleh faktor pelajar tinggal berjauhan dengan ibu
bapa. Faktor ini menyebabkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh,
mendidik dan membimbing pelajar terbabit. Ini adalah selari dengan penerangan
Hairunnaja Najmuddin (2003) iaitu sebaik sahaja remaja melangkah keluar daripada
rumah, ibu bapa tidak berupaya lagi hendak mengawal dan menentukan siapakah rakan-
rakan mereka itu.
69

5.2.4 Faktor-faktor Masalah Disiplin Pelajar di Asrama.

Persoalan 2: Apakah faktor-faktor tinggal di asrama menyumbang kepada masalah


disiplin?

Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar asrama melakukan masalah disiplin


dikaji melalui 10 item yang dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu faktor kemudahan
sekolah, guru, pelaksanaan peraturan, rakan sebaya dan ibu bapa. Setiap bahagian
mempunyai 2 item. Berikut adalah ringkasan skor min bagi setiap bahagian.

Jadual 5.3: Skor Min Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar Melakukan


Masalah Disiplin.

Bil. Butiran Item Min Keseluruhan


( Interpretasi )
1. Kemudahan sekolah 3.08
Sederhana
2. Guru 3.11
Sederhana

3. Pelaksanaan peraturan 3.03


Sederhana
4. Rakan sebaya 3.18
Sederhana
5. Ibu Bapa 2.76
Sederhana
70

Berdasarkan jadual 5.3, dapat dirumuskan bahawa semua faktor yang telah
dianalisis berada pada tahap sederhana dalam mempengaruhi pelajar untuk melakukan
masalah disiplin. Ini bertepatan dengan tahap masalah disiplin pelajar asrama yang
menunjukkan dapatan yang rendah. Bagi bahagian ini, faktor rakan sebaya sekali lagi
telah menunjukkan skor min yang paling tinggi dalam mempengaruhi pelajar untuk
melakukan masalah disiplin.

Di dalam kumpulan rakan sebaya, biasanya seseorang individu akan melakukan


sesuatu kerana rakan-rakan yang lain melakukannya. Pengaruh yang sederhana oleh
rakan sebaya dalam melakukan masalah disiplin disebabkan oleh disiplin yang tinggi di
kalangan pelajar. Hasil kajian Jersild ( 1978 ) dalam Azlina Jopri (1999), mendapati
bahawa penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan penghargaan ke
atas diri pelajar tersebut. Oleh itu jika individu pelajar bercampur dengan kumpulan
yang berdisiplin, kemungkinan untuk pelajar itu turut berdisiplin adalah tinggi.

Faktor guru juga didapati kurang mempengaruhi masalah disiplin. Faktor ini
disebabkan oleh kebanyakan sekolah asrama melaksanakan peraturan yang ketat dalam
pengambilan guru. Guru-guru di sekolah asrama juga lebih prihatin dan serius dalam
menangani masalah disiplin sekolah. Semua guru tidak tertumpu pada guru disiplin
sekolah sahaja malah turut menyumbangkan masa dan tenaga dalam usaha
meningkatkan tahap disiplin pelajar sekolah (Abdullah Sani Yahaya, 2005)

Pelajar juga beranggapan kemudahan sekolah tidak begitu mempengaruhi


disiplin. Andaian yang dibuat adalah pelajar kebanyakannya berasal dari keluarga yang
sederhana dan tidak mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri walaupun
kemudahan yang disediakan tidak mencukupi. Pendapat Mohd Amin H. A Shariff
(1998) ialah remaja yang datang daripada keluarga yang berada biasanya akan
mempunyai sedikit masalah dari segi penyesuaian kerana di rumah mereka mempunyai
71

bilik sendiri dan semua keperluan diuruskan oleh pembantu rumah. Mereka tidak
gembira berkongsi atau tidur di dalam bilik bersama-sama dengan 10 orang lain.
Barang-barang kesukaan seperti alat muzik dan benda peribadi pula tidak digalakkan
dibawa bersama. Masa untuk bersendirian seperti di rumah juga tidak ada kerana
mereka tidak kerana mereka akan sentiasa dikelilingi oleh rakan-rakan sebilik.
Sebaliknya para pelajar dari keluarga kurang berada tidak merasakan kesusahan seperti
ini.

Faktor pelaksanaan peraturan juga dikenal pasti kurang menyumbangkan


masalah disiplin. Hal ini mungkin disebabkan peraturan yang dilaksanakan sesuai dan
tidak membebankan pelajar. Pelaksanaan disiplin yang terlalu ketat akan membawa
kesan buruk kepada pelajar dari segi pembelajarannya. Ini disokong oleh Amir Hasan
Dawi (2002) yang menyatakan peraturan sekolah mestilah tidak terlalu ketat atau yang
boleh menyebabkan individu memberontak.

Penyelidik juga mendapati faktor ibu bapa adalah paling kurang mempengaruhi
pelajar untuk terlibat dalam masalah disiplin. Faktor ini disebabkan oleh asuhan dan
didikan ibu bapa pelajar tersebut yang menekankan aspek disiplin diri sejak dari kecil
lagi. Pendapat Abdullah Sani Yahaya (2005) sesuai dengan dapatan kajian ini iaitu
faktor baka atau asal usul seseorang itu juga menjadi penentu dalam melahirkan individu
yang cemerlang daripada segi intelek, emosi dan rohani. Pelajar yang lahir daripada
golongan ini mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak mudah terpengaruh
dengan gejala yang tidak sihat ini.
72

5.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, semua persoalan kajian telah dijawab dan dibincangkan


seperti yang dikemukakan dalam semua objektif kajian. Fokus utama kajian ini
dijalankan adalah berkisarkan tentang peranan asrama dalam mempengaruhi disiplin
pelajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Dapatan kajian yang diperoleh
menunjukkan bahawa disiplin pelajar yang tinggal di asrama adalah sederhana (skor min
3.61). Masalah disiplin di kalangan pelajar pula mencatatkan tahap yang rendah dengan
skor min 1.56. Faktor rakan sebaya telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang
mempengaruhi pelajar untuk menjadi lebih berdisiplin atau terlibat dengan masalah
disiplin.

5.4 Cadangan.

Berdasarkan daripada dapatan kajian dan rumusan yang telah dibuat, beberapa
cadangan daripada penyelidik ingin diajukan untuk dipertimbangkan dalam usaha untuk
mengatasi atau memperbaiki apa-apa kelemahan yang timbul daripada isu-isu yang
menjadi subjek kajian ini.

5.4.1 Dicadangkan supaya satu jawatankuasa dibentuk yang terdiri daripada pihak
sekolah dan beberapa pelajar yang dipilih, yang ditugaskan khusus untuk
mendengar segala masalah atau aduan pelajar-pelajar berkenaan segala aspek-
aspek berkaitan asrama termasuk kemudahan asas, peraturan dan jadual harian,
makanan serta masalah peribadi penghuni-penghuninya. Jawatankuasa ini
seharusnya mudah didekati oleh pelajar-pelajar (student friendly) supaya mereka
tidak merasa takut atau ragu-ragu untuk melaporkan sebarang masalah.
73

5.4.2 Dicadangkan supaya satu bentuk laporan berkala (bulanan, mingguan atau
sebagainya) disediakan oleh penghuni asrama yang mengumpulkan setiap
rungutan dan aduan yang diterima melalui borang yang diedarkan atau
sebagainya. Laporan ini akan dikaji oleh satu jawatankuasa seperti yang
dicadangkan di atas dan seterusnya dibawa ke peringkat pentadbiran sekolah
untuk tindakan. Dengan cara ini setiap aspek penempatan di asrama akan
senantiasa dipantau, diperbaiki dan dipertingkatkan secara konsisten.

5.4.3 Dicadangkan supaya satu penyelidikan yang menyeluruh dan lengkap dijalankan
ke atas setiap sekolah ‘separa asrama’ di seluruh negara bagi mengkaji
kelemahan dan kekurangan yang ada. Kajian ini sebaliknya dilakukan oleh satu
kumpulan profesional, yang seterusnya akan merangka dan mencadangkan satu
bentuk garis panduan piawai yang komprehensif dan bersepadu yang harus
diguna pakai oleh setiap sekolah berasrama jenis ini.

5.4.4 Dicadangkan juga supaya pihak pengurusan asrama sekolah ini melakukan
lawatan teknikal ke sekolah-sekolah menengah berasrama penuh yang terdapat di
negeri Johor khususnya untuk meninjau setiap aspek pengurusan asrama sekolah
terbabit. Lawatan ini penting terutamanya untuk meneliti dan memilih perkara-
perkara yang sesuai dilaksanakan di asrama sekolah ini terutamanya daripada
segi program harian yang diatur, aktiviti riadah ko-kurikulum dan juga piawai
pemakaian pelajar di asrama.
74

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan.

Penyelidik mengutarakan beberapa cadangan kajian lanjutan untuk dijadikan


panduan dan tindakan pengkaji lain yang berminat untuk membuat kajian lanjutan
berhubung dengan skop dan persoalan kajian yang sama :

5.5.1 Kajian yang melibatkan responden yang lebih besar yang melibatkan beberapa
buah sekolah menengah teknik. Kerana bilangan responden yang ramai akan
meningkatkan ketepatan dan kesahan kajian yang dibuat nanti.

5.5.2 Kajian dijalankan dengan melibatkan kaedah temu bual, pemerhatian dan soal
selidik. Kaedah-kaedah ini akan dapat menghasilkan keputusan kajian yang
lebih baik dan bermutu dari hanya menjalankan kajian dengan satu kaedah
sahaja.

5.5.3 Oleh kerana pengaruh rakan sebaya memberi kesan yang besar ke atas kes-kes
melanggar disiplin, maka adalah dicadangkan supaya dibuat satu kajian khusus
tentang pengaruh rakan sebaya terhadap disiplin pelajar di sekolah asrama.
75

5.6 Penutup.

Setelah melalui rumusan, perbincangan, cadangan dan kesimpulan dari kajian ini
dibuat secara keseluruhannya didapati bagi tinggal di asrama berjaya membentuk pelajar
untuk berdisiplin walaupun disiplin pelajar sederhana pada sesetengah kategori disiplin.
Namun begitu kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik boleh diperkemas lagi
khususnya kepada yang berminat untuk menyambung kajian ini. Diharap apabila kajian
ini diteruskan oleh penyelidik baru, dapat diketahui dengan lebih mendalam lagi tentang
kesan tinggal di asrama dalam mempengaruhi disiplin pelajar.
BIBLIOGRAFI

A. Ahmad, S. M. Idrus, N.N. N. A. Malik, N.A. Murad, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa


(2006). “Pengaruh gaya hidup pelajar kejuruteraan di kolej kediaman UTM
terhadap pencapaian akademik”. In: National Student Development Conference
(NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia.

Abdul Rahman Abdul Aziz (2000). “Kemahiran Sosial Asas”. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors.

Abdullah Sani Yahaya (2005). “Mengurus Disiplin Pelajar”. Pahang Darul Makmur :
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad bin Esa, Prof. Jailani bin Mohd Yunus dan Noraini binti Kaprawi (2004).
“Penerapan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum di Politeknik”.
Dicapai pada 29 Januari 2008 dari
http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/ahmadKUITTH
O.pdf.

Alinah Saring, Che Fauziah Adam dan Habsah Hussain (1999). “Perbandingan
Pencapaian Akademik Bagi Pelajar Yang Tinggal di Dalam dan di Luar Kampus
ITTHO: Tinjauan Terhadap Jarak Tempat Tinggal”. Kajian Kes Ijazah Sarjana
Pendidikan ITTHO. Jabatan Pendidikan dan Kemanusiaan. ITTHO: Batu Pahat.
77

Amir Hasan Dawi (2002). “Penteorian Sosiologi dan Pendidikan”. Perak : Quantum
Books.

Ang Jit Eng (2007). “Pengurusan Disiplin Murid”. Selangor Darul Ehsan : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azlina binti Jopri (1999). “Pengalaman Sosial Pelajar Ketika Berada di Sekolah
Berasrama Penuh: Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor”.
Projek Sarjana Muda, UTM. Tidak Diterbitkan.

Azizi Yahaya (2005). “Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan”. Pahang : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran


Malaysia (2004). “Kajian Disiplin Penghuni Asrama Sekolah Menengah
Harian”. Dicapai pada 7 Februari 2008 dari
http://apps.emoe.gov.my/bppdp/Kajian BPDPP/2004/2004 (1) Kajian disiplin
penghuni asrama.pdf.

Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan”. Kuala Lumpur : McGraw-Hill


(Malaysia) Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). “Kamus Dewan”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Hairunnaja Najmuddin (2003). “Memahami dan Membimbing Remaja Nakal”. Pahang


Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Howley, A., & Howley, C. B. (2006). “Small Schools and the Pressure To Consolidate”.
Education Policy Analysis Archives, 14(10). Dicapai pada 20 Februari 2008 dari
http://epaa.asu.edu/epaa/v14n10/.
78

Jamaliah Abdul Hamid dan Norashimah Ismail (2005). “Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan : Teori, Polisi dan Pelaksanaan”. Selangor Darul Ehsan : Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Jas Laile Suzana Jaafar (2002). “Psikologi Remaja”. Selangor Darul Ehsan : Prentice
Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). “Kad Laporan Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan 2006-2010”. Dicapai pada 12 Februari 2008 dari
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=penyelidikan&unit=utama&bhs=my
&info=4&mod=baca.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). “Teks Perutusan Tahun Baru Y.B. Dato’
Hishamuddin Tun Hussein 2008”. Dicapai pada 12 Februari 2008 dari
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=teks_ucapan&unit=utama&bhs=my
&info=228&mod=baca.

Mad Ithnin bin Salleh, Nek Kamal Yeop Yunus, Omar Abdull Kareem, Mohamad
Khairudin Lim Abdullah (2007). “Faktor Yang Mempengaruhi Ibu Bapa Dalam
Pemilihan Sekolah Anak Mereka di Negeri Perak : Kajian Rintis”. iMEC 2007
Proceedings, 22-24 June 2007, Bayview Beach Resort, Penang, Malaysia.

Minarni Mat Saad. “Asrama Semai Bakti Ubah Nasib Saya : Dr. Mohamad Hargai
Peluang Melanjutkan Pelajaran Yang Diberikan”. Berita Harian, 26 Februari
2008.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). “Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid”.


Selangor Darul Ehsan : Cerdik Publications Sdn. Bhd.
79

Mohamed Hatta Shaharom (2003). “Psikologi dan Kaunseling Remaja : Panduan


Remaja Membimbing Diri Sendiri”. Kuala Lumpur : PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Amin H. A Shariff (1998). “Perkembangan Remaja, Pandangan, Pemahaman dan


Interprestasi”. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd Majid Konting (1990). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur :


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Johor Darul Takzim : Penerbit.
Universiti Teknologi Malaysia

Mok Soon Sang (2003). “Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3”. Selangor Darul Ehsan : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

N.A (2008). “Pemimpin Kecil”. Dicapai pada 16 Mac 2008 dari


http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/pimpinkecil/pkecil1.htm.

N.A. “Mengapa Cepat Menghukum?”. Dewan Masyarakat, September 2007.

Omardin Ashaari (1999). “Pengurusan Sekolah”. Kuala Lumpur: Utusan Publications


Sdn. Bhd.

Salmiah Husain (2003). “Persepsi Pelajar Terhadap Aspek-aspek Penempatan di Asrama


dan Hubungan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar: Satu Tinjauan ke Atas
Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas”. Kajian Kes Ijazah Sarjana Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Fakulti Pendidikan Teknikal. KUiTTHO: Batu Pahat.

Sharifah Md. Nor (2000). “Keberkesanan Sekolah: Satu Perspektif Sosiologi”.


Universiti Putera Malaysia: Serdang.
80

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad dan Rahimawati Abd. Rahman (2007). “Membina
Pelajar Cemerlang : Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Johor Darul
Takzim : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2008). “Ubah Penampilan Diri : 10 Petua
Membina Sikap Positif”. Dicapai pada 18 Mac 2008 dari
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/laman_map/motivasi/motivasi9.htm.

Zainun Mu'tadin (2002). “Disiplin”. Dicapai pada 1 Mac 2008 dari http://www.e-
psikologi.com/remaja/290702.htm.

Anda mungkin juga menyukai