Anda di halaman 1dari 8

Definisi

Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar
dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi
Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i. a meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang
rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan;
ii. Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
iii. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar TeknoIogi Hijau Negara
Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan
pembangunan ekonomi;
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada
ekonomi negara;
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya
saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan
meluas Teknologi Hijau.
Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama yang berikut:

i) Sektor Tenaga
Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga,
termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan
Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam
program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan: Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan
pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa
pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan

iv) Sektor Pengangkutan

Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api
dan pengangkutan jalan awam.

Matlamat
i. MatIamat Jangka Pendek (Rancangan MaIaysia ke-10)
Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan
dan penerapan Teknologi Hijau;
Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di
pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct nvestments, FDs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic
Direct nvestments, DDs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
nstitusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan,
pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang
sesuai.
ii. MatIamat Jangka Sederhana (Rancangan MaIaysia ke-11)
Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;
Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan
menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;
Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi
penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
Peningkatan perniagaan SME dan SM tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan
Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii. MatIamat Jangka Panjang (Rancangan MaIaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)
Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping
mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan
industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknoIogi boIeh diIuaskan kepada tiga bahagian:
risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau teknologi nano lain)
risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Teras Strategik
i) Teras Strategik 1
Mengukuhkan kerangka institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal
untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:
O Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak
berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
O Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri;
O Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan
program Teknologi Hijau yang efektif;
O Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi
Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
O Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab
masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan TeknoIogi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi
memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. ndustri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan
global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. ni boleh dicapai melalui:
O Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah
kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif
dan matlamatnya;
O Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai
termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;
O Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu
perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDs) serta penglibatan dan pembangunan industri
tempatan;
O Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada
rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
O Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3

Memperkukuh Pembangunan
ModaI Insan daIam TeknoIogi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi
Hijau. ni boleh dicapai melalui;
Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang
berkaitan dengan Teknologi Hijau;
O Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat jazah
Sarjana Muda dan pasca ijazah;
O Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa
terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;
O Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi
Hijau; dan
O Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi
Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan novasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, novasi dan Pengkomersialan (RDC) amat penting dalam penghasilan teknologi
baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya.
Penyelidikan, Pembangunan dan novasi (RD) akan ditingkatkan melalui:
O Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDC;
O Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
O Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RD dan pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan
yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;
O Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
O Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat
kecemerlangan antarabangsa dalam RD Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5

Promosi dan Kesedaran Awam

Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi kejayaan
pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran
masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:
O Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang
komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;
O Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk
mempromosikan Teknologi Hijau;
O Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui
pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
O Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
O Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti yang berhubung dengan
kerajaan
ima Iangkah strategik jayakan Dasar TeknoIogi Hijau Negara

BANG: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar Teknologi
Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di kalangan
Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi
Pembangunan Teknologi Hijau.
Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan
program pendidikan.
"Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi
pengkomersialan.
"Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap
Teknologi Hijau," katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian
1. Apakah maksud 'teknoIogi hijau'?
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani
impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding
dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti
tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa
teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu
dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi
Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana
pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi
masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-
kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.
2. Mengapakah teknoIogi hijau diberi penekanan daIam pentadbiran negara?
Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap
"teknologi hijau adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan
ekonomi. a juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh dunia pada masa kini yang memberi
prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia
perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to
live in.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat dengan
menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan
kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau,
kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. ndustri yang menggunakan
atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk
masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah kita hasilkan.
Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau
renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi
baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami, menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak
4 peratus pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).
Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta, para
profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.

3. Apakah kepentingan apIikasi teknoIogi dan amaIan hijau daIam kehidupan kita sebagai orang awam?
Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam
dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang
menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca
dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita
hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan
Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna dan sebagainya juga merupakan
kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian,
mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini.
Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha boleh
dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu
langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna merupakan salah
satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita
buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia seperti racun
serangga dan sebagainya.
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga,
penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-
perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-amalan hijau
bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita
bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka masa
panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita pada hari ini akan menentukan masa
depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk menyeru kepada semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti
mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan
sebagainya.

4. BoIeh Y.Bhg Dato' berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke arah menjadikan
MaIaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknoIogi hijau?
Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah aspek inovasi, iaitu
usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated
atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan. Adalah penting
supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih
tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa
membazir sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh
dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport.

Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau
amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-
perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa
keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita
menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra
alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan penggunaan
lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan
cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan
kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah
dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. bubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada
anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.
Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan dan
pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada
masa hadapan.

5. Adakah sebarang gaIakan disediakan oIeh Kerajaan untuk menggaIakkan teknoIogi hijau?
Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif
fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu
atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy
Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (nvestment Tax Allowance) dan Status
Perintis (Pioneer Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk
tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam
penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. nsentif-insentif ini telah ditambah baik di
bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:

i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport
termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high
efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang
diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST seperti bahan
penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara.
. BoIeh Y.Bhg Dato' terangkan Iangkah-Iangkah yang diambiI atau contoh-contoh program yang
dijaIankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai Kecekapan Tenaga dan Tenaga
Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui
penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency (CETREE)
oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan profesional, sekolah, institusi
pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah
Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan
Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya.
Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan
Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di
peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.
Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara tahunan
bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan
Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program
Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan
Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk
menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.
Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan stake-
holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan
lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua pihak
mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. ni bagi memastikan program-program lain yang
akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air







Bab 1 : Pendahuluan
Muat Turun : 1.21 MB

Bab 2 : Sistem Pendidikan Kebangsaan Perletakkan Asas
Muat Turun : 775.62 KB

Bab 3 : Pendidikan Kebangsaan: Melangkah Ke Hadapan
Muat Turun : 1.14 MB

Bab 4 : Membina Negara Bangsa
Muat Turun : 1.33 MB

Bab 5 : Membangunkan Modal Insan
Muat Turun : 1.15 MB

Bab 6 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Muat Turun : 1.47 MB

Bab 7 : Merapatkan 1urang Pendidikan
Muat Turun : 1.10 MB

Bab 8 : Memartabatkan Profesion Keguruan
Muat Turun : 1.37 MB

Bab 9 : Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Muat Turun : 1.50 MB

Bab 10 : Faktor Kritikal Kejayaan
Muat Turun : 1.22 MB

Anda mungkin juga menyukai