Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Hari Raya Aidil Adha merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selepas Hari Raya
AidilIitri yang disambut pada setiap 1 Syawal iaitu setelah sebulan umat Islam berpuasa.
Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh bulan Zulhijjah setiap tahun diikuti dengan
ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13
Zulhijjah.
Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan
terakhir pada takwim Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah
Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke
bumi sebelum berjumpa di padang AraIah, di luar bandar Mekah. WukuI di AraIah
merupakan satu daripada rukun haji yang harus dijalani oleh setiap para haji dalam
menunaikan ibadah haji. Dan disunatkan kepada seluruh umat Islam untuk berpuasa pada
9 Zulhijjah mengikut kalender hijri. Walaubagaimanapun terdapat perbezaan hari antara
Malaysia dan Arab Saudi dalam menentukan hari sunat wukuI antara Malaysia dan Arab
Saudi. Dan ini yang akan kami Iokuskan dalam perbincangan ini.
Tujuan kajian ini tidak lain adalah merungkai masalah penentuan puasa sunat
wukuI antara negara Malaysia dan Arab Saudi dan diharap pebincangan ini dapat
memberikan sedikit sebanyak maklumat dan inIomasi berguna kepada masyarakat
Malaysia pada umumnya mengenai Masalah Penentuan Hari Raya Aidil Adha antara
Malaysia dengan negara Arab Saudi`.

LATAR BELAKANG KA1IAN


Islam merupakan agama yang syumul dalam semua aspek kehidupan manusia. Agama
Islam memberi pertunjuk dan jalan yang harus diikuti oleh para pengikutnya. Setiap satu
ketetapan sama ada dalam ibadah, muamalat atau syariat mempunyai syarat dan rukun
yang tersendiri bagi memudahkan manusia menjalankan urusan duniawi dan ukhruwi.
Begitu juga dalam konteks ibadah turut mempunyai syarat dan rukun yang harus dipatuhi
dan perlaksanaannya. Antara rukun haji yang perlu dipatuhi ialah miqat` Miqat ialah
sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji. Miqat terbahagi kepada dua iaitu
miqat makan (tempat) dan miqat zaman (masa). Miqat masa ini berkait rapat dengan
perlaksanaan ibadat yang wajib dilakukan pada bulan Zulhijjah.
Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang penuh barakah yang dikurniakan oleh
Allah kepada hambanya untuk melakukan ibadah iaitu ibadah haji, ibadah korban, puasa
sunat wukuI dan juga sambutan hari Raya Aidil Adha yang disambut oleh seluruh umat
Islam di serata pelusuk dunia. Walaubagaimanapun, penentuan puasa sunat wukuI ini
berbeza hari mengikut negara masing-masing. Perbezaan hari ini disebabkan jarak di
longitud kawasan dunia dan juga disebabkan terbit terbenam matahari dan bulan berbeza
mengikut kawasan. Malaysia juga tidak terkecuali dalam menghadapi situasi ini.
Terdapat perbezaan hari sunat wukuI antara Malaysia dan juga Arab Saudi.
Situasi ini menarik minat penulis untuk merungkai dan menjelaskan kepada orang
awam apakah sebab perbezaan hari dalam penentuan puasa sunat wukuI antara Malaysia
dan Arab Saudi, disamping itu juga, perlu bagi penulis menjelaskan juga kaedah yang
diguna pakai oleh Malaysia dalam penetapan awal bulan dan juga kaedah penetapan awal

bulan di negara Arab Saudi. Berdasarkan isu perbezaan ini, penulis juga ingin mengkaji
apakah implikasi yang timbul daripada perbezaan hari diantara negara Malaysia dan juga
Arab Saudi berdasarkan kes yang telah dilaporkan di dada-dada akhbar. Melalui kajian
ini, perbezaan antara hari Raya Aidil Adha antara Malaysia dan Arab Saudi akan di
analisis oleh pengkaji.
Kaedah Penetapan Awal Bulan di Malaysia
Secara dasarnya terdapat 4 kaedah dalam penentuan anak bulan dalam Kalendar Hijri
iaitu apabila telah kelihatan anak bulan, mendapat laporan kenampakan anak bulan atau
menjadikan bulan sebelunnya 30 hari serta berpandukan hasil pengiraan astronomi. Dan
penetapan awal bulan hijri adalah berdasarkan justiIikasi Iiqh yang terdapat dalam Al-
Quran dan Hadis.
Antara kaedah yang diguna pakai di Malaysia ialah kaedah Rukyah dan Hisab dengan
menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan
kebolehnampakan anak bulan (Hilal). Penggunaan kaedah ini merupakan hasil daripada
resolusi yang diperolehi melalui persidangan hilal negara-negara Islam di Istanbul pada
tahun 1978. Antara resolusi yang diperolehi adalah seperti berikut:
a) Hukum asal ialah melihat anak bulan, sama ada dengan mata atau menggunakan
instrumen moden.
b) Menggunakan pengiraan astronomi bagi menentukan awal bulan dengan syarat anak
bulan berada diatas uIuk dan boleh kelihatan selepas waktu matahari terbenam.
c) Bagi menentukan kemungkinan kenampakan anak bulan, dua syarat utama hendaklah
dipenuhi iaitu :

i. Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari terbenam tidak kurang


daripada 8 darjah.
ii. Ketinggian anak bulan pada ketika matahari terbenam tidak kurang daripada 5
darjah.

Dan sistem yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia sekarang ialah Rukyah dan Hisab
berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah iaitu ketika matahari terbenam :
a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2
Dan
b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3
c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.
Menurut Abdullah dalam Baharrudin Zainal (2004), Resolusi Istanbul pada tahun
1978 telah menjadi asas pembaikan takwim hijri yang menggunakan jangkaan
kenampakan anak bulan atau Imkanur Rukyah. Apa yang perlu disimpulkan disini,
Malaysia merupakan salah satu negara yang menggunakan kaedah rukyah dan hisab
dalam penetapan awal bulan hijri berbanding dengan negara-negara lain di dunia yang
menggunakan kaedah-kaedah yang berbeza-beza.


Kaedah Penetapan Anak Bulan Zulhijjah di Arab Saudi


Kaedah penetapan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di Arab Saudi berbeza
dengan penetapan anak bulan di Malaysia. Perbezaan itu berlaku disebabkan kedudukan
jarak dan goegraIi yang berlainan mengikut logitud piawai.
Sepertimana yang kita ketahui Kerajaan Arab Saudi menggunakan kaedah rukyah
semata-mata dalam penetapan awal bulan hijri, terbuka kepada semua rakyatnya.
Sekiranya mereka melihat anak bulan berserta saksi, boleh terus melaporkan kenampakan
anak bulan tersebut kepada pihak berkuasa. Jika di Malaysia, kerajaan sudah mempunyai
perundangan dan sistem yang tersendiri, iaitu melalui kaedah rukyah dan hisab
berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah dengan mengambil kira matlak negara MABIMS.
Antara syarat kenampakan anak bulan yang diguna pakai oleh kerajaan Arab
Saudi ialah berdasarkan 8:3809 atau matahari mestilah terbenam terlebih dahulu dibawah
uIuk daripada bulan. Dan bulan terbenam kemudian daripada matahari. Sekiranya anak
bulan kelihatan, maka keesokannya akan menjadi awal bulan dalam takwim hijri di Arab
Saudi. Sistem yang diguna pakai di Arab Saudi mempunyai sedikit perbezaan dengan
Malaysia yang mensyaratkan kenampakan anak bulan berdasarkan kriteria imkanur
Rukyah iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada
2dan Jarak lengkok matahari tidak kurang 3 atau ketika matahari terbenam umur bulan
tidak kurang daripada 8 jam.
Menurut Baharrrudin Zainal (2004) perbezaan waktu piawai antara sesebuah
negara dengan Waktu Universal ditunjukkan oleh nilai logitud piawai Negara berkenaan.
Contohnya Malaysia mempunyai longitud piawai pada 120 Timur, maka waktu Piawai

Malaysia adalah 8 jam cepat daripada waktu Greenwich (UT). Manakala beza waktu
piawai antara Malaysia dan Arab Saudi adalah sebanyak 5 jam. Ini yang menyebabkan
terdapat perbezaan antara Malaysia dan Arab Saudi di longitud kawasan. Oleh itu, ketika
hilal di lihat di Arab Saudi kedudukan hilal tersebut berada pada darjah kedudukan 1.25S
darjah lebih tinggi di matlak Malaysia.
ISU PERBEZAAN HARI PUASA SUNAT WUKUF ANTARA MALAYSIA
DAN ARAB SAUDI
Terdapat perselisihan pendapat dikalangan para ulamak dalam mentaIsirkan hadis nabi
mengenai puasa sunat wukuI atau AraIah dalam hadis Abu Qatadah al-Anshari:
- ' ' - -' ~' - ~' - - .' - = - - = . - ~
perkataan shaum (puasa) dalam hadis ini 'shaumu yaumi araIah dapat dipahami
bahawa shaum AraIah itu waktunya harus bersesuaian dengan waktu wukuI di AraIah.
Karena Idul Adha didahului oleh puasa sunat hari AraIah, maka Idul Adha pun ditetapkan
berdasarkan wukuI di AraIah itu. Manakala ada ulamak mentaIsirkan - = merupakan
idhafah baya3iah :ama3 (keterangan waktu), bukan idhafah maka3iyyah (tempat).
Menurut Imam ar-Raghib, al-Baghawi, dan al-Kirmani kalimah AraIah` dalam hadis
diatas merupakan nama bagi hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah.
= =' ~ ~ _ ~' ' - ~
Nama hari ke-9 dari bulan Dzulhijjah.
Dengan demikian, AraIah (hari ke-9) itu sebagai m:6addamah w::d, iaitu syarat
sah puasa sunat yang terikat oleh mi6a9 :ama3i (ketentuan waktu). Puasa sunat AraIah

bukan kerana kerana perbuatan (wukuI dalam ibadah haji) dan wukuI itu bukan
muqaddamah wujud dalam puasa sunat AraIah. Puasa sunat wukuI/AraIah tidak harus
bersamaan dengan pelaksanaan wukuI di AraIah.
Ini juga adalah berdasarkan pendapat Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah dalam
kitabnya Al Ikhtiarot Al Fiqiyah beliau mengatakan matlak (tempat muncul hilal) itu
berbeza-beza dengan kesepakatan orang-orang yang mengetahui hal ini, maka apabila
matlak sama satu kawasan maka wajib baginya berpuasa dengan rukyah negara tadi tetapi
jika berbeza, maka dia tidak boleh menggunakan rukyah negara tersebut. Dengan ini,
kawasan yang berkongsi longitud piawai boleh menggunakan waktu yang sama untuk
berpuasa sunat wukuI/AraIah. Selain perbezaan logitud piawai antara Malaysia dan Arab
Saudi, kaedah yang digunakan untuk menentukan awal bulan juga berbeza antara dua
negara ini.
Disini dapat dismpulkan bahawa penentuan Hari Raya Aidil Adha penting bukan
sahaja kerana sambutan hari raya dan ibadah korban sahaja, tetapi juga bagi puasa sunat
yang disunatkan berpuasa sehari sebelum hari raya Aidil Adha iaitu pada 9 Zulhijjah
berdasarkan dalil-dalil di atas.
RUMUSAN
Secara kesimpulan yang boleh kami rumuskan dari tugasan ini , terdapat perbezaan hari
bagi puasa sunat wukuI antara Malaysia dengan Arab Saudi disebabkan Iaktor-Iaktor
tertentu. Antaranya ialah Iaktor geograIi iaitu perbezaan jarak di longitud piawai dan
terdapat juga, perbezaan kaedah dan sistem yang diguna pakai dalam penetapan awal

bulan antara Malaysia dengan Arab Saudi. Kaedah yang diguna pakai di Malaysia
berdasarkan kriteria Imkanur Rukyah adalah bertujuan untuk di selaraskan dengan
keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura
(MABIMS) bagi menjaga keharmonian dan keseejahteraan Negara. Selain itu juga rakyat
Malaysia tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuI di AraIah oleh kerajaan Arab Saudi
dan hukum ibadah puasa sunat yang dilakukan tidak terjejas disebabkan perbezaan hari.
Segala persoalan-persoalan yang timbul dari isu ini telah kami kupaskan dengan
lebih mendalam. Pada masa yang sama, segala dilema dan kesangsian umat Islam di
Malaysia telah terjawab, dan sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengikut kaedah
yang telah ditetapkan oleh negara Malaysia bagi mengelak kekeliruan yang timbul, dan
semoga perjelasan yang cuba kami kupaskan di sini dapat memberi input dan inIormasi
yang berguna kepada umat Islam khususnya.

Anda mungkin juga menyukai