Anda di halaman 1dari 6

BAH.

3 26/2/03 6:54 PM Page 17

BAHAGIAN

EKOSISTEM HUTAN PERGUNUNGAN

utan Pergunungan dari segi ekologi boleh dihuraikan sebagai kawasan alam semulajadi yang berada pada ketinggian yang melebihi 800 m dari paras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan yang meliputi banjaran-banjaran dan puncak-puncak gunung. Disebabkan factor ini, hutan pergunungan juga dikenali sebagai hutan tanah tinggi yang sering terdedah kepada tindakan alam seperti tiupan angin yang kencang dan keadaan tanah yang lebih curam berbanding dengan hutan kawasan tanah pamah. Keunikan hutan pergunungan boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu mengikut paras ketinggiannya. Hutan bawah pergunungan (Lower Montane) yang berada pada ketinggian 800 m hingga 1500 m dan hutan atas pergunungan (upper Montane) pada ketinggian 1500 m ke atas. Hutan pergunungan lebih dingin dan nyaman berbanding dengan kawasan tanah rendah. Penurunan suhu sebanyak 5C dengan setiap peningkatan 1000 m ketinggian. Purata suhu di pergunungan adalah diantara 15C hingga 20C. Oleh kerana pengaruh cuaca yang mendadak dan menimbulkan suatu keadaan micro-climate sendiri, vegetasi dan jenis haiwan yang wujud adalah terhad tetapi unik berbanding dengan ekosistem yang lain.

Flora
Perubahan vegetasi boleh diperhatikan dengan kenaikan paras ketinggian gunung. Secara utamanya terdapat 3 jenis perbezaan yang utama iaitu:a) Pergurangan ketinggian pokok-pokok mengikut ketinggian gunung dan lebih perlahan di dalam proses pembentukan biomass. Oleh yang demikian kelimpahan dan kepadatan hutan adalah kurang. b) Saiz daun tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan pergunungan mengecil mengikut ketinggian.

17

BAH.3 26/2/03 6:54 PM Page 18

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Ekosistem Pergunungan

c) Bilangan tumbuhan epifit, fungi dan gymnosperms seperti lumut, paku pakis, lichen, orchid dan bunga Rafflesia bertambah di kawasan pergunungan. HABITAT GUNUNG
Bentuk hutan Zon Flora Pentina

Pengunungan atas

Pengunungan rendah

Tanah rendah

* species endemik di Borneo

Rajah 1: Zon veqetasi pergunungan Borneo

Fauna
Bilangan haiwan yang wujud di kawasan pergunungan adalah terhad disebabkan pengaruh cuaca yang sejuk, kurangnya kawasan perlindungan dan sumber makanan. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, kebanyakan haiwan-haiwan di kawasan pergunungan telah menjalani adaptasi seperti bulu yang tebal, shaggy coats dan sebagainya. Bilangan spesis bagi rama-rama adalah lebih banyak di kawasan pergunungan berbanding dengan kawasan tanah pamah. Di sebaliknya, bilangan spesis kupu-kupu berkurangan di hutan pergunungan. Haiwan Endemic adalah lebih banyak dijumpai di kawasan pergunungan berbanding dengan hutan lain. Sebanyak 50% spesis endemic boleh dijumpai di kawasan pergunungan. 13 spesis arboreal dan mamalia kecil yang tidak terbang, 17 spesis kelawar, 11 spesis peluncur (gliders) dan 33 spesis mamalia atas tanah seperti tupai, tikus, rusa, tupai terbang dan flying lemur boleh dijumpai. Hutan Pergunungan adalah penting sebagai kawasan tadahan air yang penting dan punca kebanyakan sungai yang menjadi sumber bekalan air. Hutan ini membantu mengawal hakisan tanah, penyerapan serta pemendapan di sungai. Hutan pergunungan juga membantu mengekalkan malapetaka seperti tanah runtuh, banjir kilat dan kemarau daripada berlaku. Di Sabah, terdapat 4 jenis hutan pergunungan yang utama dimana ketinggiannya melebihi 2000 m. Ini termasuklah Gunung Kinabalu (4,101 m), Trus Madi (2,597 m), Tambuyukon (2,576 m) dan Gunung Lumaku (2,423 m) di banjaran Crocker.

18

BAH.3 26/2/03 6:54 PM Page 19

Bahagian 3

Ekosistem Hutan Pergunungan

tikus

tupai gunung

Cencurut

tupai tanah Musang

tikus tengiling Cencurut tupai terbang

tupai

Kelawar tikus bulan orang utan Beruag matahari Kucing dahan tupai tanah Kubung Kijang

Rajah 2: Penzonan secara ketinggian kumpulan mamalia di gunung Kinabalu

Rajah 3: Penbalakan hutan nengikut ketinggian di pergunungan di Borneo. (After Watt-Smith in Whitmore 1984)

19

BAH.3 26/2/03 6:54 PM Page 20

Rajah 4: Kawasan tanah tinggi di Sabah

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

River Sabah Coastline

Kota Kinabalu

G. Kinabalu 13,455

Ekosistem Pergunungan

Sandakan

Cr oc ke rR an ge

20
G. Trus Madi 8,690 G. Tawai 4,400

Trus Madi Range


G. Kuli 5,468

G. Lumaku 6,450

Witti Range

Maligan Range

Brassey Range
G. Luis 4,678 G. Magdalene 4,300

Tawau
50 0 50 100 150 200 250 Kilometers

BAH.3 26/2/03 6:54 PM Page 21

Bahagian 3

Ekosistem Hutan Pergunungan

ANCAMAN-ANCAMAN YANG DIHADAPI HUTAN PERGUNUNGAN


Aktiviti-aktiviti manusia yang mendatangkan mudarat kepada hutan kawasan pergunungan termasuklah:a) Pembalakan b) Pembakaran c) Tanah Runtuh d) Hakisan Tanah e) Pencemaran Sungai f) Pengeluaran sumber alam sekitar secara haram (pemburuan dan penerokaan) g) Pembukaan tanah untuk pertanian dan penempatan h) Pencemaran Alam (Racun Serangga dan tumbuhan) i) Perubahan iklim Secara semulajadi hutan pergunungan dipengaruhi oleh bencana alam seperti gempa bumi yang mana bukan perbuatan manusia. Akan tetapi kedudukan Malaysia diluar kawasan dimana wujudnya kejadian gempa bumi. Kerosakan hutan pergunungan akitbat aktiviti manusia seperti kegiatan pembalakan boleh mengakibatkan hakisan tanah dan degradasi alam sekitar yang serius, contohnya tanah runtuh, peningkatan pengaliran air terus di permukaan bumi (increase water runoff) dan peningkatan kadar kelajuan pemendapan sungai. Malangnya kerosakan hutan bukan sahaja berlaku di tebing-tebing bukit, malah hutan yang menjadi kawasan tadahan air di mana terdapat tumbuh-tumbuhan dan spesis haiwan hutan pergunungan. Habitat hutan pergunungan amat mudah terancam kerana kadar pemulihan semula hutan memakan masa yang lama. Umpamanya kawasan yang mengalami kemarau dan seterusnya. Kebakaran hutan memakan masa yang lama untuk ditumbuh balik oleh tumbuh-tumbuhan asal.

21

BAH.3 26/2/03 6:54 PM Page 22

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

Ekosistem Pergunungan

Proses penguraian (decomposition) di kawasan tanah tinggi lambat akibat kekurangan organismaorganisma seperti anai-anai jika dibandingkan dengan hutan pamah. Pokok-pokok yang mati dan sampah-sarap yang ditinggalkan oleh manusia memakan masa yang panjang untuk reput dan diuraikan. Bahan-bahan plastik tidak boleh diuraikan langsung.

22

Anda mungkin juga menyukai