Anda di halaman 1dari 7

SARINA BINTI ABU BAKAR

2005305788

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DIPLOMA TEKNOLOGI PERCETAKAN

PRT 369 SUPERVISORY MANAGEMENT

ASSIGNMENT III : KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN

PREPARED BY :
SARINA BT ABU BAKAR 2005305788

SUBMITTED TO : PROF. HAMIDIN ABDULLAH SUBMISSION DATE : 17 NOV 2009

PRT 369

SUPERVISORY MANAGEMENT

SARINA BINTI ABU BAKAR

2005305788

KEPIMPINAN DALAM PENYELIAAN PENGURUSAN KEPIMPINAN Maksud kepimpinan dalam pengurusan adalah proses yang berusaha meningkatkan keberkesanan peribadi pemimpin bagi tujuan membawa kejayaan kepada organisasi. Ia merupakan proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi orang bawahan atau kakitangan organisasi untuk melaksanakan tugas. Kepimpinan melibatkan pengagihan kuasa yang tidak sama rata di antara pemimpin dan ahli kumpulan. Seseorang pemimpin mempunyai kuasa yang lebih berbanding ahli kumpulan.

JENIS KEPIMPINAN Kepimpinan terbahagi kepada 3 jenis iaitu; Kepimpinan Sifat Ia adalah satu usaha untuk menentukan sifat bagi kesan kepimpinan yang efektif. Ia juga meneroka apa itu kepimpinan dalam konteks penyeliaan pengurusan. Kepimpinan Perilaku Kepimpinan melalui apa yang dilakukan oleh pemimpin. Ia juga adalah usaha menentukan gaya pemimpin yang digunakan untuk memastikan subordinat mengikut arahan. Kepimpinan Luar Jangka Kepimpinan yang timbul kerana faktor situasi yang timbul. Satu usaha untuk menjelaskan kepimpinan yang berkesan mengikut situasi kerja semasa.

PRT 369

SUPERVISORY MANAGEMENT

SARINA BINTI ABU BAKAR

2005305788

Setiap pendekatan kepimpinan yang diambil mempunyai implikasi tertentu. Ia perlu sesuai dengan pemimpin, pekerja dan situasi semasa. Pendekatan Sifat Usaha sistematik yang mula- mula dilakukan oleh ahli psikologi dan para penyelidik. Berdasarkan kepercayaan bahawa pemimpi adalah dilahirkan, bukan di didik. Pemimpin mempunyai sifat tegas, agresif, berani dan bijak. Kesannya adalah; jika seseorang pemimpin boleh dikenalpasti, oganisasi dan Negara akan mempunyai cara yang lebih canggih dan sistematik dalam memilih pemimpin. Hanya individu yang bersifat pemimpin, layak menjadi pegawai, pengurus dan ahli politik, Pendekatan Perilaku Merupakan usaha mengasingkan sikap yang menjadikan seseorang pemimpin itu efektif. Ia juga adalah usaha menentukan bagaimana pemimpin yang berkesan memimpin, mendelegasi tugas, berhubung dan mendorong pekerja serta melaksanakan tugas yang di amanahkan. Sesuatu jenis kepimpinan yang berkesan di dalam sesuatu situasi tak semestinya berkesan dalam situasi lain. Pendekatan Luar Jangka Pemimpin perlu memahami dan meramalkan keberkesanan kepimpinan dalam situasi berbeza.

a) Pendekatan Matlamat iaitu laluan tehadap kepimpinan. Ia diperkenalkan oleh


Martin G. Evans dan Robert J. Hourse, berdasarkan model jangkaan yang menyatakan dorongan seseorang individu bergantung pada jangkauannya terhadap ganjaran dan tarikan ganjaran tersebut. Tumpuannya adalah kepada pemimpin sebagai punca ganjaran. b) Teori Situasi Terhadap Kepimpinan (Paul Hersey dan Kenneth Blanchard). Gaya kepimpinan yang paling efektif berbeza mengikut kematangan subordinat. Kematangan merujuk kepada keinginan terhadap pencapaian, kesediaan

PRT 369

SUPERVISORY MANAGEMENT

SARINA BINTI ABU BAKAR

2005305788

menerima tanggungjawab dan kebolehan serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas. Ia melalui empat (4) fasa iaitu;

1) Fasa Pertama:
Subordinat mula bekerja dengan organisasi. Pada peringkat ini, orientasi tugas yang tinggi diperlukan. Subordinat perlu diarah dalam tugas- tugas mereka dan membiasakan diri dengan tatacara organisasi. Hubungan antara pekerja dengan pengurus adalah secara formal kerana pekerja belum dianggap sebagai rakan sejawat. 2) Fasa Kedua: Pengurusan berorientasikan tugas masih diperlukan kerana subordinat belum bersedia menerima tanggunjawab. Kepercayaan dan sokongan kepada pekerja boleh bertambah apabila pengurus lebih mengenali subordinat dan berhasrat memberikan mereka supaya berusaha lebih gigih. Hubungan pekerja dengan pengurus bertambah baik dan pengurus boleh mula menggunakan konsep perilaku yang menumpukan kepada pertimbangan pekerja. 3) Fasa Ketiga: Tahap kebolehan dan dorongan pencapaian para subordinat bertambah dan mereka secara aktif mula mendapatkan tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus tidak lagi bersifat menguasai dan pengurus terus bertindak menyokong dan bertimbang rasa untuk kukuhkan azam subordinat untuk memikul tanggungjawab. 4) Fasa Keempat: Pekerja menjadi lebih yakin, berkeupayaan dan berpengalaman. Pengurus akan mengurangkan sokongan dan galakan.subordinat bebas bertindak sendiri dan tidak memerlukan suatu hubungan mengikut arahan pengurus mereka.

PRT 369

SUPERVISORY MANAGEMENT

SARINA BINTI ABU BAKAR

2005305788

Grid Pengurusan (Robert Blake & Jane Mouton): Mengenalpasti beberapa perilaku pengurusan berasaskan kepada pelbagai gaya berorientasikan kebolehan pekerja berinteraksi antara satu sama lain. Gaya Kepimpinan terbahagi kepada lima (5) jenis pengurusan iaitu : 1) Pengurusan Daif: Pengurus memberi sedikit perhatian kepada pekerja dan sedikit perhatian terhadap tugas dan pengeluaran. Ia juga disebut sebagai pengurusan jenis laissez- faire kerana pemimpin melepaskan tugas kepimpinannya. 2) Pengurusan Selesa: Memberi lebih perhatian terhadappekerja tetapi sedikit perhatian kepada pengeluaran. 3) Pengurusan Tugas (Kuku Besi): Pengurus memberi banyak perhatian terhadap pengeluaran dan kecekapan tetapi hanya sedikit perhatian kepada pekerja. 4) Pengurusan Jalan Tengah: Memberi perhatian secara pertengahan terhadap pengeluaran dan juga kepuasan pekerja. 5) Pengurusan Demokrasi Pengurus memberi perhatian terhadap hasil pengeluaran pekerja disamping menggalakkan semangat kerja dan mementingkan kepuasan bekerja. Perhatian penuh terhadap kepentingan pekerja, kepuasan pekerja terhadap hasil pengeluaran.

PRT 369

SUPERVISORY MANAGEMENT

SARINA BINTI ABU BAKAR

2005305788

Teori Kontingensi Fielder (Fred E. Fiedler): Ia menumpukan kepada keberkesan kepimpinan dari sudut situasi. Teori dimana prestasi kerja kumpulan bergantung kepadakesessuaian diantara gaya kepimpinan dan situasi yang menggalakkannya. Gaya kepimpinan merujuk kepada cara pemimpin dalam kerja. Situasi yang menggalakkan adalah darjah dimana situasi yang membolehkan seseorang menggunakan pengaruh terhadap kumpulan pekerja. Terdapat tiga (3) faktor yang menentukan keadaan yang menggalakkan;

i) -

Hubungan Pemimpin dan Anggota: Merupakan faktor yang paling penting bagi menentukan gaya kepimpinan. Pemimpin yang mempunyai hubungan yang baik dengan para pekerja, disukai, dihormati dan dipercayai lebih mempunyai kuasa dan pengaruh.

ii)

Struktur Tugas: Pengurusan tugas- tugas yang terancang,terprogram, berulangmemberikan lebih pengaruh kepada pemimpin berbanding dengan tugas yang tidak berstruktur dan kurang jelas.

iii)

Kuasa Kedudukan: Kuasa kedudukan yang banyak- mempermudahkan lagi tugas seseorang ketua mempengaruhi subordinat sementara kuasa kedudukan yang sedikit menjadikan tugas seseorang ketua menjadi lebih sukar.

Kuasa kedudukan ini merujuk kepada sejauh mana ketua mempunyai kuasa untuk memberi ganjaran dan hukuman kepada pekerja. Juga dikenali sebagai kuasa sah, hasil dari jawatan yang disandang.

PRT 369

SUPERVISORY MANAGEMENT

SARINA BINTI ABU BAKAR

2005305788

Pengurusan Penyeliaan Pengurusan Penyeliaan adalah tindakan mengurus pekerja dalam sesuatu perniagaan. Tujuan seseorang yang terlibat dalam pengurusan penyeliaan perlu memenuhi keperluan syarikat. Tindakan seperti; mengadakan mesyuarat, meneliti prestasi, mengemaskini jadual, menaikkan gaji atau bonus dan mengambil atau memecat pekerja boleh jadi sebahagian dari tugas dalam bidang pengurusan penyeliaan. Bergantung kepada infrastruktur syarikat, mereka yang terlibat dalam pengurusan penyeliaan ini, boleh mempunyai banyak kuasa atau sebaliknya. Lain- lain individu yang terlibat di dalam pengurusan penyeliaan boleh mempunyai banyak kuasa atau sebaliknya. Matlamat utama mereka untuk memastikan produksi namun, mereka sering kekurangan kebolehan untuk memberi insentif berdasarkan produksi yang meningkat.

PRT 369

SUPERVISORY MANAGEMENT

Anda mungkin juga menyukai