Anda di halaman 1dari 8

6 TUNJANG KSSR

Mulai tahun 2011, semua murid tahun satu di sekolah rendah seantero Malaysia akan didedahkan dengan pembelajaran via kurikulum baharu dalam transformasi kurikulum sekolah rendah. Antara ciri KSSR termasuklah:-

A. Reka bentuk kurikulum KSSR berasaskan enam tunjang, iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, sikap dan nilai 3. Kemanusiaan 4. Perkembangan fizikal dan estetika 5. Sains dan teknologi 6. Keterampilan diri B. Bahan kurikulum: - Dokumen Standard Kurikulum C. Reka bentuk kurikulum: - Modular D. Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2, dan 3) - Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5, dan 6) - Mata pelajaran Teras dan Elektif E. Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit F. Fokus: - 4M (Membaca, menulis, mengira, dan menaakul) Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21 yang kian rumit sekali gus menuntut murid bukan sahaja bijak dan cerdik tetapi pandai dalam semua aspek kehidupan. KSSR mampu melahirkan murid yang matang dan berupaya untuk bersaing dengan murid di negara maju lain dalam ranah pendidikan global kini.

Perlukah Tanda Koma sebelum dan?

(Bahagian 1)

BOLEHKAH tanda koma (,) diletakkan sebelum kata hubung dan dalam sesuatu ayat? Demikianlah pertanyaan yang sering dikemukakan oleh para pelajar kepada guru Bahasa Melayu mereka. Ada orang yang meragui kegramatisan ayat sekiranya tanda koma diletakkan sebelum kata hubung dan kerana, lazimnya dalam penulisan, tanda koma tidak diletakkan sebelum kata hubung dan, dalam erti kata bahawa tanda koma tidak perlu dibubuhkan di hadapan kata hubung dan. Bentuk begini (kata hubung dan tidak didahului oleh tanda koma) sudah menjadi amalan biasa dalam penulisan, sejak sekian lama. Oleh itu begitu banyak orang beranggapan bahawa apabila tanda koma dibubuhkan sebelum dan, maka bentuk begini menyalahi tatabahasa. Dengan kata lain, ayat yang terbentuk itu salah tatabahasanya. 1. Orang itu kaya tetapi kedekut. 2. Aiman mandi sambil bernyanyi. 3. Naidu serta Beego pergi ke sekolah. 4. Langit mendung lalu hujan pun turun. 5. Esok atau lusa, Kavita akan ke rumah Halena.

Dan dikatakan sebagai kata hubung kerana fungsinya menghubungkan dua atau lebih
daripada dua ayat setara sifatnya menjadi satu ayat. Ayat itu dinamai ayat majmuk gabungan. Contoh: 1. Ibu dan kakak mengemas rumah. (ayat pertama: Ibu mengemas rumah. ayat kedua: Kakak mengemas rumah.)

1. Datuk Ai Ling berkebun sayur dan berternak itik. (ayat pertama: Datuk Ai Ling berkebun sayur. ayat kedua: Datuk Ai Ling berternak itik.) Fungsi koma adalah untuk menggantikan kata hubung yang ditiadakan dalam ayat. Perhatikan ayat contoh yang ini: 1. Ibu membeli selendang warna biru dan merah jambu dan hijau dankuning. Dalam ayat 8 di atas, jelas sekali penggunaan dan yang berulang itu menjemukan, serta merosakkan kepersisan bahasa . Oleh itu, semua kata dandigugurkan kecuali yang terakhir, dan tempat kata hubung dan yang digugurkan itu digantikan dengan tanda koma. Maka lahirlah ayat yang begini: 8. (a) Ibu membeli selendang warna biru, merah jambu, hijau, dan kuning. Dalam ayat 8(a) terdapat tiga tanda koma, iatu selepas perkataan biru, merahjambu, dan hijau. Koma selepas perkataan hijau itu menerbitkan bentuk tulisan yang menggunakan tanda koma sebelum kata hubung dan. Apakah perlu digunakan koma yang terakhir itu? Tidakkah boleh digunakan dua koma sahaja, iaitu selepas perkataan biru dan merah jambu seperti ayat 8(b) yang di bawah ini. 8. (b) Ibu membeli selendang warna biru, merah jambu, hijau dan kuning. Jikalau tiada tanda koma selepas perkataan hijau, maka maksud ayat itu boleh bererti bahawa hanya tiga helai selendang yang dibeli oleh ibu, iaitu selendang yang berwarna biru, selendang merah jambu dan selendang hijau dankuning. Hijau dan kuning mungkin juga merujuk dua warna selendang, iaitu selendang berwarna hijau dan selendang berwarna kuning. Jikalau demikian halnya, maka ibu telah membeli empat helai selendang, masing-masing berwarnabiru, merah jambu, hijau, dan kuning. Tetapi mungkin juga ibu telah membeli tiga helai selendang, iaitu selendang berwarna biru, selendang berwarna merah jambu, dan selendang berwarna hijau kuning. Oleh itu, perbezaan ini hanya dapat dijelaskan sekiranya tanda koma digunakan. Sekiranya ada koma sesudah perkataan hijau, maka jelaslah hijau dankuning terpisah, dengan itu merujuk dua warna selendang yang berlainan, iaitu warna hijau dan warna kuning. Demikian betapa perlunya tanda baca koma dibubuhkan sebelum kata hubung dan bagi tujuan menunjukkan maksud ayat yang hendak dinyatakan. Oleh itu, tidak ada salahnya tanda baca tersebut diletakkan di hadapan kata hubung dan dalam ayat jika maksudnya untuk menjelaskan kekaburan maksud sesuatu ayat.

Posted by tunz at 8:29 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: bahasa Tuesday, July 26, 2011 Perbezaan Ialah Dan Adalah Assalamualaikum semua

kali ni mama tunz nak kongsi sedikit ilmu. Pagi tadi di sekolah cikgu Baharuddin bg tau yg dia masih kabur tentang penggunaan istilah ialah dan adalah. Mari kita sama-sama baca dan fahami perbezaan penggunaan kata pemeri ini...

faham betul2 ye cikgu baha...

*Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri ialah 1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt Abdullah *Kata pemeri adalah digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi namaseperti berikut: 2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010-05-18 3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu. *Namun demikian kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini: 4. Keputusan penyertaan adalah bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah) *Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama. Contohnya: 5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

Posted by tunz at 11:19 PM 0 comments

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: bahasa HURUF DIFTONG

2.1.3 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

Bunyi
/ai/

Huruf
ai

di depan
aising

di tengah
ghairah trailer

di belakang
pandai

/au/

au

aurat auditorium

saudara

harimau

/oi/

oi

oidium

boikot

amboi

Posted by tunz at 11:32 AM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: bahasa HURUF KONSONAN

2.1.2 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah:

Bunyi
/b/

Huruf
b

di depan
bahasa

di tengah
sebut

di belakang
adab

/c/

cakap

kaca

Mac

/d/

dua

ada

abad

/f/

fakir

tafsir

maaf

/g/

guna

tiga

beg

//

gh

ghaib

maghrib

mubaligh

/h/

hari

saham

tuah

/j/

jalan

manja

kolej

/k/

kami

paksa

katak

/x/

kh

khusus

akhir

tarikh

/l/

lekas

alas

kesal

/m/

maka

kami

diam

/n/

nama

anak

daun

//

ng

ngilu

angin

pening

//

ny

nyata

hanya

/p/

pasang

apa

siap

/q/

Quran

wuquf

buraq

/r/

raih

bara

putar

/s/

sampai

asli

lemas

//

sy

syarat

isytihar

Quraisy

/t/

tali

mata

rapat

/v/

vitamin

universiti

/w/

wanita

hawa

/y/

yang

payung

/z/

(i) (ii) x

zaman xenon

lazat -

lafaz -

Posted by tunz at 11:30 AM 0 comments