Anda di halaman 1dari 2

Kepalsuan Riwayat Huru Hara Bulan Ramadan

Dipetik daripada www.darulkautsar.net


Nu'aim bin Hammad berkata Abu Umar daripada Ibn Lahiah katanya Abdul Wahhab bin Husayn menceritakan kepada saya daripada Muhammad bin Thabit al-Bunani daripada ayahnya daripada al-Harith al-Hamdani daripada Ibn Masud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu... Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubanglubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: Mahasuci AlQuddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa. Penilaian

Hadis ini diriwayatkan oleh Nuaym bin Hammad dalam kitabnya al-Fitan, hal. 228 dan disebutkan oleh Ali al-Muttaqi dalam kitabnya Kanz al-Ummal. Lima orang berturut-turut dalam sanad ini tidak mengikut kaedah penerimaan riwayat hadis. Pertama, pengarang kitan al-Fitan sendiri. Al-Nasa`i mengatakan beliau tidak thiqah. Al-Zahabi menyatakan tidak harus berhujah dengannya, dan beliau menulis kitab al-Fitan dan membawanya di dalamnya pelbagai keajaiban dan kepelikan dan hadis-hadis yang munkar. (Siyar Aalam al-Nubala`, jil. 10, hal. 609) Kedua, guru kepada Nuaym, Abu Umar. Berdasarkan kepada sanad lain, namanya ialah Hammad bin Waqid al-Saffar. Al-Bukhari menghukumkannya sebagai munkar hadis. Ketiga, Abdullah bin Lahiah, seorang yang terkenal dengan kedaifannya setelah mana kitabkitabnya telah terbakar. Keempat Abdul Wahhab bin Husayn. Seorang yang tidak dikenali melainkan dengan sanad yang daif ini sahaja. Kelima, Muhammad bin Thabit al-Bunani, seorang yang daif. Keenam, al-Harith bin Abdullah al-Awar al-Hamdani. al-Shabi menyatakan bahawa beliau salah seorang pendusta. (Kitab al-Duafa` al-Kabir, jil. 1, hal. 226) Kesimpulannya, hadis ini tidak sahih sanad ini amat lemah dan hampir kepada mawdu kerana berturut diriwayat oleh para perawi yang daif lagi munkar hadis,

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4183