Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 Tahun Bilangan murid Tarikh Masa Tema Tajuk Objektif Pembelajaran

: 5 Gemilang : 35 orang : 16 November 2011 : 30 minit : Kekeluargaan : Keluarga Bahagia : Pada akhir pengajaran murid dapat: i) ii) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat dengan betul. Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus utama

: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 (i) membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus sampingan

: 8.1 Membina dan menulis perkataan dan maksud frasa dan ayat. Aras 1 (i) menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

BBM

: Petikan surat kiriman tidak rasmi. lembaran kerja.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: Mendengar, membaca, dan menulis. : i)Sintaksis-ayat tunggal dan ayat majmuk.

Kosa kata

: Beransur-ansur, pulih, seronok, salasilah, sulung, bongsu, berhijrah, anak tunggal.

Pengisian Kurikulum

:a)Ilmu-Kekeluargaan, Moral. b)Nilai murni- hormat-menghormati, bahagia, kasih-sayang. c)Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): -Kemahiran Berfikir: Menjana, mengelas. -Kemahiran Pelbagai: Kontekstual, visual.

Pengetahuan sedia ada

: Ada. i)Berlaku pada diri sendiri. ii) Membina ayat iii)Mempunyai keluarga sendiri.

Rancangan pengajaran harian: Langkah Set Induksi (5 minit) Isi pelajaran Mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menjalankan aktiviti untuk menguji minda. 1. Guru meminta murid membuat cabutan nombor bertuah. 2. Murid membuka petak misteri berdasarkan nombor cabutan tadi. 3. Murid bertuah yang dapat meneka perkataan yang tersembunyi di sebalik petak misteri akan diberikan ganjaran. 4. Guru bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan tajuk pelajaran pada hari ini. i) bilangan ahli keluarga ii) aktiviti yang dilakukan bersama keluarga pada masa lapang? Catatan Nilai murni: Kasih-sayang, hormatmenghormati.

iii) ahli keluarga yang belajar di universiti dalam dan luar negara 5. Guru mengaitkan tajuk pelajaran pada hari ini. Langkah 1: (10 minit)
Membaca

petikan surat kiriman tidak rasmi Menekankan pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat.

Meneliti format surat kiriman tidak rasmi. Berbincang tentang kata panggilan yang sesuai dalam bahasa surat. Beberapa orang murid diminta membaca surat kiriman tidak rasmi dengan intonasi yang betul. Guru meminta murid menyatakan isi yang terdapat dalam petikan.

BBM: Petikan surat kiriman tidak rasmi Nilai murni: Bertolak-ansur, sayang akan keluarga.

Langkah 2: (10 minit)

Menulis ayat:

Ayat tunggal dan ayat majmuk.

Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan. Guru meminta murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan kata panggilan dalam petikan. Guru meminta murid membacakan ayat majmuk yang telah dibina. Murid menulis empat ayat majmuk pada lembaran yang diedarkan. Guru meminta murid mencari kata seerti bagi perkataan yang bergaris dan menulisnya pada lembaran yang diberi.

BBM: Lembaran ayat majmuk dan lembaran kata seerti. Sistem bahasa: Ayat tunggal dan ayat majmuk

Penutup (5 minit)

Merumus isi

pelajaran dan nilai murni.

Guru menyoal murid a)Apakah yang telah kamu pelajari hari ini? b)Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini? c)Apakah cara yang boleh dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa? Guru membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Nilai murni: Kasih-sayang, hormatmenghormati, mengenang jasa ibu bapa.