Anda di halaman 1dari 7

3026

(Forum 2)

Salam sejahtera, pada pendapat saya dasar ini patut dikembalikan semula ke sekolah.Dalam abab ke-21 ini, Bahasa Inggeris merupakan satu bahasa antarabangsa yang banyak digunakan semasa berkomunikasi antara satu sama lain di seluruh dunia.PPSMI ini akan dimansuhkan adalah disebabkan oleh kritikan daripada parti politik, ibu bapa, pakar bahasa dan sasterawan di Malaysia. Mereka berpendapat bahawa murid murid tidak dapat menyesuaikan diri semasa PPSMI ini dijalankan. Muridmurid berasa susah untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh cikgu dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah bahasa lingua franca dunia. Bahasa Kebangsaan dan ibunda tidak dapat dipertikaikan kepentingannya untuk mengekalkan identiti negara bangsa dan kaum Pelaksanaan dasar ini berupaya menyediakan pelajar untuk lebih berdaya saing. Ilmu Sains dan Matematik amat penting untuk merealisasikan impian Perdana Menteri ke arah negara yang berpendapatan tinggi. Bahan kajian dan rujukan untuk bidang Sains dan Matematik boleh diperolehi dalam Bahasa Inggeris dengan luas.. Demi masa hadapan murid dan negara pelbagai usaha dan inisiatif perlu diambil agar murid memahami kepentingan Bahasa Inggeris.

(Forum 3)

Pendapat cikgu itu memang benar. Kurikulum standard digubal agar dapat membangunkan modal insan bertaraf dunia. Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh , seimbang dan bersepadu. Oleh itu, KSSR yang digubal untuk menggantikan KBSR adalah bertepatan dengan masanya, Jika sebelum ini perkembangan murid-murid hanya diukur berdasarkan pencapaian di dalam peperiksaan sahaja, secara tidak langsung ia memberi tekanan kepada guru-guru yang pasti ingin memastikan prestasi murid-murid sentiasa meningkat.Tetapi dengan KSSR ia meliputi keseluruhan iaitu JERI.

Pendapat cikgu itu memang benar. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, adalah penting untuk mereka menyebarkan ilmu pengetahuan agar masyarakat yang berilmu untuk menjadi barisan hadapan kepada untuk menjadi negara maju pada masa akan datang dapat dicapai. Perkara ini memerlukan komitmen yang tinggi bagi seorang guru untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Saya amat bersetuju dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan pembaharuan semua buku teks bagi murid-murid tahun 1 . Jika kita amati betul-betul isi kandungan buku teks tahun 1 , ia

mengandungi unsur-unsur budaya setiap kaum di Malaysia . Sebagai contohnya . dalam buku teks Pendidikan Moral , dalam menerapkan nilai berterima kasih di kalangan murid , terdapatnya perkataan terima kasih dalam pelbagai bahasa : terima kasih (melayu) , xie xie (cina) , nandri (india) . Ini akan mengeratkan hubungan murid-murid tanpa mengira kaum dan menggalakkan toleransi di antara mereka .

(Forum 4)

Guru memainkan peranan yang kedua penting selepas ibu bapa murid-murid. Guru sebagai arkitek bangsa, selain membekalkan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh murid-murid, mereka perlu diasuh dengan didikan yang dapat membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan tidak mudah patah semangat serta tidak mementingkan diri sendiri.Peranan guru sebagai arkitek bangsa adalah sangat penting untuk melahirkan seseorang insan yang sempurna dari segi intelek,rohani,jasmani dan sebagainya dalam mencorak taraf ekonomi, politik, keamanan dan kemajuan negara. Guru perlu sentiasa menyedari bahawa teori dan ilmu

pengetahuan hanya akan berfaedah kepada muridnya apabila ia diseimbangkan dengan amalan.Guru merupakan pendidik utama selain ibu bapa dalam membentuk perkembangan minda modal insan sesebuah negara. Ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru kepada anak-anak murid akan membentuk cara berfikir masyarakat pelajar yang merupakan aset utama sesebuah negara. Sesebuah negara yang cemerlang memerlukan modal insan yang bermutu, justeru peranan guru sebagai arkitek membentuk pemikiran pelajar yang

cemerlang akan dapat menjamin kemajuan dan boleh diibaratkan sebagai arkitek bangsa.

kecemerlangan

negara. Selain itu, peranan guru sebagai pembentuk minda generasi

Memang benar penyataan cikgu Lee tentang arkitek bangsa. Setiap orang yang mendapat peluang pendidikan mesti dapat tunjuk ajar dari guru. Setiap pembinaan bangunan perlu arkitek mereka bentuk bangunan dan mengira bahan binaannya. Begitu juga peranan guru di mana perlu membina tapak asas murid sejak kecil untuk menguasai pengetahuan yang dapat membantu mereka pada masa depan. Guru mengajar, membimbing, memimpin supaya murid dapat mengembangkan potensinya. Bakat murid akan dicungkil dan diberi latihan sewajarnya agar dia lebih berketrampilan dalam bidang tersebut. Tingkah laku guru juga menyerlahkan kewibawaan profesion perguruan. Tingkah laku guru akan ditiru oleh muridnya, begitu besar pengaruh guru dalam kehidupan murid. Ia akan mempengaruhi kehidupan masa depan murid juga. Ia akan membantu murid mencapai kejayaan dan membina masyarakat yang bermoral.

Secara umumnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa hampir separuh masa murid dalam sehari adalah dihabiskan bersama guru. Guru berperanan sebagai pendidik dan penyampai ilmu untuk persediaan murid menghadapi masa hadapan. Ilmu yang disampaikan oleh guru merangkumi pelbagai aspek , bukan sekadar ilmu pengetahuan tentang akademik, malah tentang ilmu keagamaan, kemasyarakatan, sahsiah dan hampir semua yang perlu diketahui oleh murid sebagai persediaan untuk memasuki alam dewasa. Ilmu yang dipelajari juga diterima secara langsung atau tidak langsung, di dalam atau di luar kelas. Hal ini sama seperti seorang arkitek yang membina lakaran bangunan. Semua aspek dikaji terutamanya dari segi struktur, bahan yang digunakan dan sebagainya demi memastikan bangunan yang akan didirikan kukuh dan selamat. Peranan ini sama seperti seorang guru yang berusaha menyampaikan ilmu dan mendidik anak murid agar dapat melahirkan murid yang

bersedia dari aspek fizikal, rohani, emosi dan jasmaninya. Di sekolah murid bukan sahaja belajar tentang bidang kurikulum sahaja malah ko- kurikulum yang meliputi persatuan, unit beruniform , permainan atau kemahiran bersukan. Ilmu yang dipelajari ini membantu memberikan pengalaman kepada murid untuk menjadi insan yang berguna apabila dewasa. Guru juga berusaha mencungkil potensi murid dan mengasah bakatnya bagi melahirkan insan yang bakal menjadi teraju negara. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa guru adalah arkitek bangsa yang mencorakkan kehidupan murid sehingga berjaya dalam kehidupan mereka.

(Forum 5) Peraturan perkhidmatan keguruan adalah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku guru agar bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong guru-guru berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan merupakan satu rujukan atau panduan kepada para guru untuk meningkatkan imej diri sebagai seorang pendidik yang berprofesional Guru yang patuh kepada peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan akan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang kerana dapat menunjukkan sikap bekerja yang baik dan berkualiti.

Peraturan-peraturan

perkhidmatan

keguruan

dapat

menjamin

perkhidmatan yang cemerlang.Dengan adanya peraturan perkhidmatan seseorang guru itu akan menjalankan tugas mengikut peraturan yang telah termaktub di dalam etika perguruan seperti kehadiran ke sekolah pada

waktu yang tepat, membuat rancangan pengajaran harian, mencatat kehadiran murid, menjalankan pengajaran mengikut jadual yang ditetapkan,berpakaian kemas dan sopan, menjaga tingkah laku dan menjaga nama baik sekolah serta profesion perguruan.Seterusnya dapat membentuk guru yang sentiasa mengutamakan kepentingan murid dan awam berbanding kepentingan diri sendiri. Maka terbentuklah perkhidmatan yang cemerlang.

Salam

sejahtera.Peraturan-peraturan

perkhidmatan

keguruan

memang dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Seseorang guru sepatutnya memahami tanggungjawab terhadap peranan dan tingkahlakunya sebagai kakitangan kerajaan untuk meningkatkan profesionalnya. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan amat penting bagi seseorang guru kerana setiap guru perlu memiliki tingkahlaku yang baik sebagaimana dikehendaki oleh anggota masyarakatnya seperti bersikap positif, berdisplin, bertanggungjawab dan sebagainya. Contohnya, guru menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar kerana guru adalah role model bagi setiap murid. Guru juga perlu memberi maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan bijaksana berdasarkan peraturan-peraturan perkhidmatan.

Selain itu,guru perlu mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka. Yang paling penting ialah guru patut memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai-nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Dengain ini,guru mestilah sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan berdasarkan peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan untuk menjamin perkhidmatan yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai