Anda di halaman 1dari 5

CikguRose (D20102047096)

TAHUKAH ANDA? Kaitan Buruj Dengan Kiblat

i. Buruj Orion / Buruj Al-Babadour. Pada buruj ini terdapat tiga bintang yang berderet iaitu Mintaka, An-Nilam dan An-Nitak. arah qiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet tersebut ke arah barat. Buruj Orion akan berada di langit Malaysia ketika waktu subuh pada Julai dan kemudian akan kelihatan pada bulan Disember. Pada bulan Mac Buruj Orion akan berada ditengah-tengah langit pada waktu Maghrib. Lihat rajah 2. Rajah 2: Bentuk Buruj Orion dan Penentuan Arah Qiblat. ii. Menggunakan kedudukan Bintang Al-Qutbi / Kutub (Polaris). Bintang-bintang akan kelihatan secara ketara mengelilingi paksi kutub yang ditunjukkan oleh bintang qutbi. Oleh itu bintang qutbi menunjukkan arah utara benar dari mana-mana tempat di muka bumi ini. Bintang qutbi terletak dalam buruj al-judah ( bajak / Ursa Minoris ) dan buruj ini berada dilangit Malaysia waktu tengah malam pada bulan Julai hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang qutbi boleh dikenali berdasarkan bentuk buruj bintang ini. Lihat rajah 3. Rajah 3: Buruj Al-Judah ( Bajak / Ursa Minoris ). Arah qiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68' ( bagi Malaysia ) ke kiri dari kedudukan bintang qutbi seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4. Rajah 4: Kedudukan arah qiblat daripada bintang qutbi.

CikguRose (D20102047096)

Rajah 2: Bentuk Buruj Orion dan Penentuan Arah Qiblat.

CikguRose (D20102047096)

Rajah 3: Buruj Al-Judah ( Bajak / Ursa Minoris ).

CikguRose (D20102047096)

Rajah 4: Kedudukan arah qiblat daripada bintang qutbi.

CikguRose (D20102047096)

Anda mungkin juga menyukai