Anda di halaman 1dari 10

Matbematics Anxiety

RUMUSAN TERHADAP BUKU


FACTORS ASSOCIATED WITH
MATHEMATICS ANXIETY
MARZITA PUTEH (Ph. D)

Oleh:
Azrinawati 1inep 1iheng
UPSI





Matbematics Anxiety







Apakah kebimbangan Matematik?
Kebimbangan sendiri mempunyai tiga kriteria iaitu ia adalah sesuatu yang tidak
menyenangkan, memberi kesan secara psikologikal seperti tekanan terhadap otot, berpeluh-
peluh, jantung berdebar-debar serta kesukaran untuk bernaIas, dan ianya berlaku tanpa
disedari oleh orang yang mengalaminya.
Kebimbangan Matematik pula membawa maksud perasaan tertekan dan bimbang yang
mengganggu dalam memanipulasikan nombor serta menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan matematik dalam kehidupan sebenar dan juga dalam akedemik. Kebanyakan masanya,
kebimbangan terhadap matematik boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan kehilangan
keyakinan diri (Tobias, 1978). Kebimbangan juga membawa kepada perasaan takut serta
Iobia terhadap matematik.
Kebimbangan terhadap matematik lebih berkaitan dengan emosi seseorang itu
terhadap Matematik berbanding kebolehan intelektualnya. Kebimbangan terhadap matematik
juga menyebabkan kebanyakkan pelajar menjadi 'blank` atau tidak boleh berIikir apabila
berhadapan dengan soalan-soalan berkaitan dengan matematik walaupun hanya soalan yang
mudah melibatkan pengiraan. Mereka akan menunjukkan simptom-simptom seperti berpeluh
pada tapak tangan, perut memulas, kalut, tertekan, malu dan sebagainya.

Mengapakah kebimbangan Matematik in berlaku?
eIinisi yang diberikan terhadap Matematik berubah mengikut perubahan masa
misalnya dari sudut konteks pendidikan di Malaysia, Matematik adalah salah satu
matapelajaran yang memberi impak dalam mempengaruhi kehidupan sosial seseorang pelajar
itu. Matematik juga dilihat sebagai kayu pengukur kepada kebijaksanaan intelek seseorang. i
Matbematics Anxiety



Malaysia, seseorang pelajar harus lulus dalam Matapelajaran Matematik bagi membolehkan
mereka menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi serta meluaskan skop pemilihan
kursus yang boleh dipilih seterusnya menjamin pekerjaan yang memberi bayaran yang
lumayan. Maka dengan itu, hal ini juga memberi kesan terhadap matlamat pengajaran
Matematik di dalam kelas.
Oleh itu, pelajar di Malaysia terlalu ditekankan dengan pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan yang memaksa mereka lulus dalam matematik. Secara tidak
langsung juga, ibu bapa juga mengharapkan anak-anak mereka untuk lulus dan cemerlang di
dalam matapelajaran ini. Hal ini memberikan tekanan yang besar terhadap pelajar untuk
melakukan yang terbaik dalam Matematik dan secara tidak langsung menimbulkan
kebimbangan terhadap Matematik.

Siapakah yang mengalami kebimbangan Matematik?
Menurut Tan (1990), kebanyakan pelajar menganggap Matematik sebagai satu
matapelajaran yang sukar dan tidak menyenangkan. Menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan Matematik bagi pelajar adalah sesuatu yang mustahil dan menakutkan, namun oleh
kerana sedar akan kepentingan Matematik untuk masa depan mereka, akhirnya ini
menimbulkan kebimbangan dan kekecewaan dalam diri mereka apabila mereka tidak dapat
menguasai bidang ini. Oleh itu, kebanyakan pelajar samada pelajar sekolah rendah, menengah
ataupun peringkat universiti, turut mengalami kebimbangan terhadap Matematik.
Berdasarkan kajian Betz (1978) di dalam buku Marzita Puteh bertajuk actor
associated with Mathematics Anxiety (2002), kebimbangan terhadap Matematik dialami juga
oleh pelajar-pelajar kolej, termasuk mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak di
dalam kelas Matematik. Namun begitu, golongan guru sendiri juga mempunyai masalah ini di
mana kebanyakan guru sekolah rendah mengalami kebimbangan ini kerana tidak mempunyai
asas yang kukuh di dalam matematik.
Menurut Ruesek dan Rupley (1980), pendidikan tinggi menghadapi masalah dalam
membantu pelajar yang menghadapi ketakutan terhadap Matematik, mengelak atau gagal
untuk mempelajari aritmetik dan algebra yang paling minimum untuk berjaya di dalam
Matbematics Anxiety



kebanyakan bidang. Menurut ockcroft ommittee (1982), didapati bahawa kebimbangan
terhadap Matematik kebiasaannya dihadapi oleh pelajar sekolah menengah.


Bilakah kebimbangan Matematik ini berlaku?
Bagi kebanyakan orang, takut atau bimbang terhadap Matematik bermula begitu awal
sehingga mereka sendiri tidak sedar bahawa kebimbangan ini telah pun wujud dalam
personaliti mereka. Menurut Marzita Puteh (2002), perasaan tidak suka terhadap
matapelajaran matematik merupakan Iaktor yang membawa kepada kebimbangan ini. Oleh
itu, kebimbangan ini muncul apabila pelajar itu mula tidak menyukai Matematik dimana
perasaan tidak suka terhadap Matematik bermula apabila pelajar berpindah dari sekolah
rendah ke sekolah menengah. Bagi kebanyakan pelajar, mereka merasakan matematik
menjadi semakin sukar, melibatkan banyak nombor dan menyebabkan mereka merasa pening
apabila berhadapan dengan soalan-soalan Matematik dan menyatakan bahawa ini amat
berbeza dengan Matematik yang dipelajari sewaktu di sekolah rendah. Pelajar mengalami
kesukaran untuk menyesuaikan diri.
Pelajar juga mula tidak menyukai Matematik dan seterusnya membawa kepada
kebimbangan setiap kali berhadapan dengan Matematik apabila menduduki peperiksaan
penting seperti UPSR, PMR, dan SPM. Peperiksaan utama ini memberi impak yang besar dan
selalunya menjadi titik mula yang membawa kepada persaan negatiI terhadap matapelajaran
Matematik. Namun begitu, bukan hanya peperiksaan utama sahaja bahkan ujian bulanan juga
boleh memberi kesan yang juga membawa kepada kebimbangan mereka terhadap Matematik.
Kebanyakan pelajar mula mengalami kebimbangan apabila sentiasa gagal dalam
matapelajaran Matematik. Pelajar mempunyai kepercayaan yang salah mengenai penyelesaian
masalah yang berkaitan dengan Matematik. Miskonsepsi ini merupakan halangan untuk
pelajar berjaya menyelesaikan masalah Matematik. i dalam sistem pendidikan Malaysia
yang begitu mementingkan peperiksaan, kebarangkalian yang tinggi untuk suatu langkah
kerja untuk menyelesaikan masalah Matematik telah dibentangkan dalam satu urutan
stereotaip dalam kebanyakkan kelas Matematik.
Matbematics Anxiety



i dalam kelas, pelajar diajar untuk menghaIal langkah untuk menjawab soalan-saolan
Matematik. Pelajar yang diajar dengan cara begini percaya bahawa kesilapan menunjukkan
kebolehan yang rendah (Kloosterman, 1991). isebabkan oleh kepercayaan ini, kesilapan
amatlah dielakkan dan ini menyebabkan perasaan tidak berdaya apabila menyelesaikan
masalah berkaitan dengan Matematik. Apabila mengalami kegagalan yang berterusan
meningkatkan perassaan tidak berdaya dan seterusnya mengelak merupakan langkah yang
biasanya diambil oleh pelajar.

Siapa atau apakah yang menyebabkan kebimbangan Matematik?
Kebimbangan Matematik berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri. Sikap
melibatkan persepsi, imej kendiri, dan tingkah laku terhadap matematik. Sikap kecenderungan
untuk melihat, merasa, atau bertindak ke atas sesuatu objek atau orang-orang tertentu dalam
sesuatu cara (International ictionary oI Education, 1979). Antara punya yang menghasilkan
sikap yang negative terhadap Matematik ini ialah personaliti guru dan kaedah pengajaran
guru, tekanan peperiksaan, pengaruh rakan sebaya, harapan ibu bapa serta kerelevenan
penggunaan Matematik dalam kehidupan harian.
Antara bukti yang menunjukkan sikap ini ialah persepsi pelajar terhadap Matematik.
Kebanyakan pelajar mempunyai persepsi seperti 'Matematik hanya melibatkan pengiraan,
berkaitan dengan nombor, simbol dan ini hanya menyebabkan subjek ini menjadi bosan atau
mengelirukan. Pelajar juga menyatakan bahawa Matematik adalah menyelesaikan masalah
dan ia amat sukar. Menyelesaikan masalah dilihat sebagai sesuatu yang sukar dan dianggap
sebagai beban. Mereka menunjukkan perasaan kecewa serta tidak berdaya apabila tidak
berjaya menyelesaikan sesuatu masalah Matematik dan ianya adalah suatu perasaan yang
tidak disukai. Bagi sesetengah orang juga, Matematik adalah sesuatu yang abstrak dan tidak
berkaitan dengan kehidupan seharian. Mereka juga menyatakan bahawa Matematik adalah
sesuatu yang diluar pemahaman mereka serta tidak dapat mengaitkannya dengan kehidupan.
Matematik adalah peraturan dan menghaIal Iormula serta setiap masalah mempunyai
satu jalan kerja yang tepat untuk menyelesaikannya, Matematik mengukur tahap IQ dan
kreativiti seseorang serta bertindak sebagai pengukur kebolehan seseorang maka ianya
merupakan subjek yang penting untuk menentukan status dan masa hadapan seseorang, dan
Matbematics Anxiety



ada yang menyatakan Matematik memerlukan latihan serta Iokus yang lebih maka ia adalah
sesuatu yang memerlukan seseorang untuk bekerja dengan keras.
Menurut Marzita Puteh (1998), terdapat lima aspek dari segi imej kendiri yang
membuktikan sikap negatiI pelajar terhadap Matematik iaitu tidak suka dicabar, mempunyai
keyakinan diri yang rendah, lambat untuk memahami sesuatu konsep Matematik, mudah
mengalah serta mudah menyalahkan diri sendiri apabila gagal untuk menunjukkan
persembahan yang baik dalam Matematik.
Faktor pertama yang menimbulkan sikap ini ialah pengalaman belajar Matematik yang
mana sangat berkait rapat dengan personaliti guru yang mengajar Matematik dan gaya
pengajarannya. Kebanyakan pelajar (Puteh, 2002) menyatakan bahawa mereka perhubungan
antara guru dan pelajar mempengaruhi sikap pelajar terhadap subjek itu. Antara personaliti
guru yang boleh mempengaruhi sikap negatiI pelajar terhadap Matematik ialah guru sentiasa
menyalahkan pelajar apabila pelajar tidak memahami tajuk yang diajar, guru menghina
pelajar apabila pelajar bertanyakan soalan, guru terlalu garang dan tegas, guru menggunakan
ugutan untuk memastikan pelajar cemerlang dalam subjek tersebut, serta guru tidak
menunjukkan minat terhadap pelajarnya. Gaya pengajaran guru yang terlalu tradisional seperti
menghaIal, membuat latihan yang banyak, chalk and talk, mengira nombor dengan jari, juga
menjadi Iaktor yang mempengaruhi sikap pelajar.
Faktor seterusnya ialah tekanan untuk menduduki peperiksaan. i Malaysia,
Matematik dilihat sebagai salah satu subjek penting di dalam dua peperiksaan utama iaitu
PMR dan SPM. Pelajar menyatakan bahawa keputusan yang baik di dalam subjek Matematik
meningkatkan keyakinan diri mereka dan memotivasikan mereka dalam meneruskan usaha
untuk mendalami subjek ini. Tetapi kegagalan berterusan juga memberikan perasaan negatiI
dan perasaan tidak suka terhadap subjek ini mulai muncul. Mereka mula mengekspersikan
kekecewaan terhadap persembahan mereka di dalam peperiksaan. Satu kajian oleh Betz
(1978) menunjukkan perkaitan antara tahap kebimbangan dengan skor yang diperolehi di
dalam peperiksaan.
Faktor lain yang turut menjadi punca munculnya kebimbangan ini ialah keluarga dan
pengaruh rakan sebaya terhadap Matematik. Menurut Kobler (1991), penglibatan ibu bapa
dan keluarga di dalam pendidikan anak-anak amat penting dan harga diri serta keyakinan
matematik berkaitan secara langsung dengan persepsi ibu bapa juga harapan mereka. Ibu bapa
Matbematics Anxiety



mempengaruhi sikap anak-anak melalui tiga cara (PoIIenberger & Norton, 1959) iaitu melalui
galakan ibu bapa, sikap ibu bapa dan harapan ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak.
Misalnya, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi terhadap pencapaian anak-anak, tetapi tanpa
bantuan atau galakan boleh menyebabkan kebimbangan anak-anak terhadap subjek tersebut.
Aiken (1970) menyatakan bahawa sikap pelajar terhadap Matematik juga dipengaruhi
oleh rakan sebaya. Misalnya, seorang pelajar yang mempunyai rakan yang menyukai
Matematik, secara tidak langsung akan menimbulkan minatnya terhadap Matematik. Namun
sekiranya pelajar diletakkan di dalam kelas yang kebanyakkan pelajarnya berada pada tahap
sederhana di dalam Matematik akan merasakan tiadanya persaingan menyebabkan kurangnya
pendedahan terhadap Matematik.

Bagaimanakan cara untuk mengurangkan kebimbangan Matematik?
Lazarus (1974) mencadangkan bahawa pendidik dewasa haruslah tahu sepenuhnya
mengenai kebimbangan terhadap Matematik di kalangan pelajar. Pendidik juga harus dapat
mengenalpasti sikap pelajar dan tahu bagaimana caranya untuk mengatasi masalah ini dan
menjadikan kebimbangan ini sebagai suatu motivasi yang membina untuk pelajar terus
menguasai Matematik.
Perkara paling penting dalam usaha untuk menangani masalah ini adalah membantu
pelajar untuk mengatasi ketakutan dan mengurangkan sikap negatiI terhadap Matematik
dengan mengadakan program-program yang bersesuaian seperti yang dilakukan di beberapa
universiti di &nited State of America iaitu mengadakan klinik Matematik, serta program Math
Without ear untuk mengurangkan mathphobia di kalangan pelajar (Resek & Rupley, 1980).
Selain itu, pelajar perlu disedarkan bahawa wujudnya kebimbangan Matematik di dalam diri
mereka sendiri agar mereka mampu untuk mencari jalan untuk mengatasinya.
Gaya pengajaran guru merupakan Iaktor utama yang menimbulkan sikap negatiI
pelajar terhadap Matematik. Oleh itu, gaya pengajaran guru yang bersesuaian amat penting
dalam membantu mengurangkan kebimbangan terhadap matapelajaran ini. Marzita Puteh
(2002) mendapati bahawa simptom-simptom kebimbangan berkurangan ketika mereka
menjalankan aktiviti Matematik yang tidak hanya menekankan kearah Hands-on. Oleh itu,
Matbematics Anxiety


8


guru harus menerapkan kaedah pembelajaran yang membawa keriangan, kegembiraan dan
keseronokan ketika mengajar matapelajaran Matematik. Guru juga harus menerapkan elemen
kreativiti dan menjalankan aktiviti yang tidak hanya melibatkan nombor dan pengiraan agar
pelajar berasa tenang dan relax ketika aktiviti itu diadakan.
Personaliti guru ternyata memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan
kebimbangan ini. Ini kerana menurut pelajar, sikap dan personaliti guru boleh menimbulkan
persepsi positiI juga negatiI terhadap subjek tersebut. personaliti guru yang suka menyalahkan
pelajar apabila tidak memahami apa yang diajar harus dielakkan. Guru juga harus
mengelakkan sikap tidak menunjukkan minat terhadap pelajar kerana sikap ini boleh
menimbulkan kekecewaan dan perasaan kurang senang di kalangan pelajar. Sikap positiI guru
seperti sabar, lembut, memberi perhatian dan mendengar masalah pelajar yang berkaitan
dengan Matematik dilihat mampu membantu pelajar dalam mengurangkan kebimbangan
mereka terhadap matapelajaran ini.
Keluarga juga memainkan peranan penting dalam usaha ini. Menurut pelajar, galakkan
dan dorongan daripada ibu bapa ternyata membantu mereka untuk cemerlang di dalam
Matematik. Ibu bapa juga menjadi pendorong yang menyebabkan pelajar menyukai
Matematik kerana sikap ini boleh dipupuk sejak pelajar kecil lagi dan ibu bapa merupakan
guru pertama yang mengajar pelajar di rumah. Sikap ibu bapa yang mengambil tahu dan peka
terhadap pendidikan anak-anak didapati membentuk sikap positiI di dalam diri anak-anak.
Ibu bapa juga harus sentiasa peka akan harapan yang mereka berikan terhadap anak-
anak misalnya adakah harapan itu terlalu tinggi untuk mdicapai oleh anak-anak atau
mampukah anak-anak mereka mencapai tahap yang diigini oleh ibu bapa? Oleh itu, harapan
atau target ibu bapa haruslah bersesuaian dengan tahap anak-anak agar ianya tidak
menimbulkan kebimbangan yang tinggi di kalangan anak-anak mereka untuk mencapai
harapan ibu bapa mereka.

Bagaimanakah cara untuk menghapuskan kebimbangan Matematik?
Bagi menghapuskan terus kebimbangan ini, kita haruslah melihat kepada akar
dimanakah kebimbangan ini mula muncul dan punca paling utama mengapa kebimbangan ini
Matbematics Anxiety


9


berlaku. Perasaan Iobia terhadap matematik atau kebimbangan Matematik ini berlaku kerana
pelajar mempunyai suatu tanggapan bahawa Matematik adalah subjek yang harus dan wajib
untuk lulus dengan cemerlang memandangkan subjek ini penentu kepada masa depan mereka.
Oleh itu, sistem pendidikan itu sendiri haruslah dikaji semula dan tidak hanya mementingkan
kelulusan sesuatu subjek untuk ke peringkat yang lebih tinggi.
Setiap pelajar mempunyai pelbagai kebolehan dan tidak semua pelajar mempunyai
kebolehan Matematik. Oleh itu, sistem kemasukan pelajar ke peringkat lebih tinggi haruslah
dirombak dan disesuaikan mengikut pelbagai kebolehan. Silibus Matematik juga harus diteliti
dan dikaji semula agar bersesuaian dengan tempoh masa pembelajaran di sekolah rendah dan
menengah. Kaedah pengajaran yang bersesuaian seperti inkuiri digunapakai di dalam
pengaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta tidak hanya menekankan kepada
memperoleh gred yang baik dalam peperiksaan. Matematik juga harus diajar dengan
melibatkan dan mengaitkan dengan kehidupan sebenar agar pelajar mempunyai persepsi yang
lebih positiI terhadap pembelajaran Matematik.











Matbematics Anxiety






Puteh, M. (2002). Factors Associated with Mathematics Anxiety. Tanjong Malim. Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai