Anda di halaman 1dari 2

Lampiran

DATA TEMU BUAL DENGAN GURU BESAR

Penulis:

Assalamualaikum, cikgu. Bolehkah saya tahu sejauhmana tahap literasi komputer di kalangan semua guru ? : Maafkan saya, sebenarnya saya pun masih kurang menguasai bidang komputer ini. Namun demikian guru-guru saya ada menerima pendedahan dari masa ke semasa.

Guru Besar

Penulis Di manakah para guru mendapat latihan khusus mengenai komputer ini ? Guru Besar : Selain dari guru-guru ITEM yang telah mahir menggunakan komputer ,ramai diantaranya yang belajar sesama sendiri dan di rumah Namun demikian sekarang secara berperingkat ,setiap orang guru akan dipanggil untuk mengikuti kursus jangka pendek selama 2 minggu dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran Selangor melalui PSPN.

Penulis Guru Besar

: Bilakah program kursus tersebut dijalankan ? : Secara berterusan bermula tahun lepas di PKG Simpang Lima.

Penulis: Apakah pandangan cikgu, kursus ini dapat membantu semua guru untuk celik komputer Guru Besar : Sekurang kurangnya mereka boleh menaip surat rasmi untuk urusan sekolah.

Penulis Guru Besar

: Adakah komputer untuk kegunaan guru di sekolah ini mencukupi? : Setiap bilik utama seperti PIBG, Makmal Sains, Bilik Rehat Guru, Bilik Kaunseling selain pejabat telah disediakan komputer untuk kegunaan guru.Ini tidak termasuk komputer riba dari guru ITEM. Walaupun begitu terdapat masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Penulis Guru Besar

: Apakah yang cikgu maksudkan dengan masalah yang dihadapi oleh sekolah mengenai komputer? : Sudah tentu dari segi penyenggaraan. Dan kalau boleh bilangan komputer hendaklah ditambah dari masa kesemasa

Penulis Guru Besar

: Bagaimanakah pihak sekolah menangani masalah tersebut? : Pihak sekolah ada menerima pelatih dari Kolej Kominiti Sabak Bernam setiap tahun dan mereka inilah yang membantu menyenggarakan komputer disamping pengawasan dari guru Penyelaras. Manakala untuk mendapakan bekalan komputer yang baru pihak sekolah berusaha memohon sumbangan dari pihak NGO.

Penulis Guru Besar

: Pernahkah pihak sekolah mengadakan kursus dalaman untuk meningkatkan pengetahuan komputer kepada semua guru? : Ada, jarang-jarang ; Iaitu tahun lepas dan tiga tahun yang lepas

Penulis Guru Besar

: Terima kasih saya ucapkan kepada cikgu kerana sudi ditemubual. : Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai