Anda di halaman 1dari 26

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
kearah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia,yang bertanggungjawab dan
berkebolehan ,yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan kearah
pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi ,kebebasan dan
prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka ,memperolehi pengahtahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman,dan menyediakan mereka untuk untuk menghadapi cabaran masa depan.
Dengan menyedari berapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh penuhnya,maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ketaraf tatasusila
yang setinggi tingginya.


1. Tanggungjawab Terhadap PeIajar
ebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hall-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira factor-faktor
jasmani,mental,emosi ,politik ekonomi ,social,keturunan dan agama.
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengahtahuinya.
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata-mata
pelajaran yang diajar dibilik darjah tanpa sebarang bayaran.
Menunjukkan suatu cara pakaian ,pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,penyelidikan
,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,persidangan ,mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setingginya.

.Tanggungjawab Terhadap Ibubapa
Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak anak mereka
Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga
Menganggap semua maklumat yang diberikan ibubapa mengenai keadaan rumah
tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit atau tidak akan membocorkanya
kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengahtahuinya.
Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dengan
menggunakan maklumumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti atau bijaksana.
Mengelakan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjelaskan kepercayaan kepada pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

.Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
Mengelakan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakan kepentingan
pelajar,masyarakat atau Negara,ataupun yang bertentangan dengan rukun Negara.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia ,bertanggungjawab
dan berguna ,menghormati orang-orang yang lebua dan menghormati adanya
perbezaan kebudayaan ,keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.
Menggalakan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibubapa,insintusi
pendidikan dengan masyarakat
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral , kebudayaan dan
kecendiakawan masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari hari dengan baik.

.Tanggunjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Keguruan
Mengelakan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru dihadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai
seorang guru
Berusaha dengan sepenuh penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
social
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutama mereka yang baru dalam
profesion perguruan
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan pendidikan.
( Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ialah orang yang menyebarkan
ilmu pengahtahuan disebuah insintusi pendidikan peringkat rendah,menengah dan
tinggi,termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan
pendidikan.)

##&#&

Bahawasanya kami guru Negara Malaysia dengan ini berikrar


HMendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan
kaeyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami
HKami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara kami
HKami sentiasa menjunjung perlembagaan Negara kami dan mengamalkan
prinsip-prinsip Rukunnegara pada setiap masa.












&&#&
Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri Negara kita,

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukun Negara kita,
Panduan hidup kami semua,

Di bidang pembangunan ,
Kami tetap bersama,
Membantu membina,
Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,
Kami tak persiakan ,
Apa yang kami janji,
Tunai,tetap kami tunaikan.



TERAS PENDIDIKAN CEMERLANG

HBerazam meninggikan mutu perkhidmatan
HBekerja dengan penuh tanggungjawab
HBerusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
HBerkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
HBekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
HBerpegang teguh kepada ajaran agama

MATLAMAT PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memperkambangkan potensi individu
secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek aspek intelek,rohani,emosi dan jasmani bagi
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF
Bagi mencapai matlamat tersebut,pendidikan diperingkat rendah bertujuan untuk
membolehkan murid:
HMenguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan
dan bahasa rasmi Negara,
HMenguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur,membaca dan menulis dalam
bahasa pengantar sekolah,
HMenguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam
menyelesaikan masalah harian,
HMenguasai kemahiran belajar,
HMenguasai kemahiran berfikir,
HBertutur,membaca ,menulis dan memahami bahasa nggeris selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua,
HMemperolehi ilmu pengahtahuan dan berusaha menambahnya,
HMembina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri,
HMempunyai pengahtahuan ,kefahaman ,minat serta kepekaan terhadap manusia dan
alam sekitar,
HMenguasai kemahiran saintifik dan teknikal,
HMemahami,meminati,menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,kesenian dan
rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional,
HMenjaga kesihatan dan kecergasan diri
HMenguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti,
HMenguasai kemahiran membaca ,menghafal dan memahami pengertian ayat-ayat
tertentu dalam Al-Quran bagi murid islam,
HMeyakini asas-asas keimanan ,mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak
mulia,
HMembina semangat patriotism,
HMengembangkan bakat dan kreativiti,
HMengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikannya
asas bagi amalan hidup.

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH
1. Arahan Am
. Selaku pegawai kerajaan ,guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalaam Perintah Am Kerajaan.
.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca memahami dan
boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan akan kandungan Perintah Am
dan arahan perkhidmatan lain.
.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian
semata-mata.
.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Negara .
.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.
.7 Bertanggung jawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
.KEDATANGAN
2. Jadual waktu belajar mestilah dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah minit sebelum waktu
belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa dan sewaktu balik
sekolah.
2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan
kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mestilah memberitahu pihak
sekolah secepat mungkin.
2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam keadaan kecemasan

.KELUAR WAKTU MENGAJAR
3. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar
kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari
Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat
kebenaran daripada Guru Besar.
3.2 Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk
pelajar.

.CUTI
4. Cuti Rehat/ Cuti Penggal
4.. Mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP)46SJ / A (3)
bertarikh 24 Disember 3, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru
Besar tidak melebihi /3 daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan
tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
4.2 Cuti Sakit
4.2. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 4
hari dalam setahun.
4.2.3 Cuti sakit yang melebihi hari setahun sama ada berterusan atau
putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.
4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3. Mengikut Perintah Am Bab C cuti tanpa gaji boleh dipohon atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak.
4.3.2 Cuti tanpa gaji daripada kaki tangan bukan guru hanya boleh diberi
selepas habis semua cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 3 tahun bagi tiap-tiap genap setahun
perkhidmatan tetapiTidak melebihi 8 hari.
4.3.4 Cuti tanpa gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh di ambil sekali
dalam masa 4 tahun.
4.3.5 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 4 hari setahun adalah
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan
hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri minggu sebelum
tarikh mula bercuti.
4. CUTI REHAT KHAS ( CRK )
4.4. Cuti rehat khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.
.5 CUTI KELUAR NEGERI
4.5. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mestilah mendapat
kelulusan dari Jabatan. Sila isikan permohonan yang ada di pejabat
selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
5. PAKAIAN
5. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan
dan masyarakat Timur.
5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi
guru perempuan.
5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang
rambut yang sesuai.
5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian
yang sesuai.
5.4. Guru perempuan seluat trek panjang yang sesuai, kemeja T,
kemeja sukan, baju terk, kasut sukan atau getah tanpa tumit.
5.4.2 Guru elaki seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang
yaag sesuai. Kemeje T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut
sukan atau getah tanpa tumit.
6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
6. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesinal yang
baikdan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata
mereka. Juga diharapkan agar dapat mewujudkan semangat kekitaan.
6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /
fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf
sokongan sekolah yang lain.
6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial,
sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah.


7. BILIK GURU
7. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggung jawab
semua guru. ni termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.
Masa ini hendaklah dianggap sebagai 'non teaching period' dan
bukannya 'free period'. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa
tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan
pembelajaran dan pengajaran.
7.3 Guru tidak digalakkkan membenarkan pelajar berada di bilik guru tanpa
sebab yang sesuai.
7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana
pihak.
. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
8. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan,
mereka bolehlah berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
8.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah
berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan atau Guru Besar.
9. TUGAS
. Guru akan diberi tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan
pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan
dedikasi, cekap dan bertanggung jawab.
.2 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya
menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain,
guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak
boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Guru
Besar. Jika tugas itu dilaksanakan oleh pihak lain atas persetujuan
sesama sendiri, ia mesti sampai ke pengetahuan Guru Besar.
10. BUKU REKOD MENGAJAR
. Setiap guru akan diberi sebuah buku rekod mengajar dan bertanggung
jawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah
diserahkan ke pejabat pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan
ditandatangani oleh Guru Besar.
.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebit hendaklah diserahkan kepada
pihak sekolah.
.3 Buku rekod mengajar hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada
hari terakhir persekolahan.
11. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
. Setiap guru darjah akan diberikan sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggung jawab memasukkan maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya
yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan
ditandakan pada setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama.
Sekiranya guru darjah tidak hadir guru yang masuk pada waktu pertama
hendaklah menandakannya.
.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.
.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli
dalam satu minggu, ibi bapa pelajar hendaklah dihubungi secara bertulis.
.5 Analisis mestilah dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh
Guru Besar.
.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik buku kedatangan pelajar.
1. JADUAL WAKTU
2. Guru darjah hendaklah menyediakan satu jadual waktu yang besar untuk
dipamerkan di dalam kelas sendiri.
2.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu mengajar yang telah
ditetapkan tanpa kebenaran.
1. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
3. Semua guru dikehendaki memberi kerja sama sepenuhnya dalam
menjaga harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda
sekolah sama ada sengaja atau tidak sengaja hendaklah di bawa ke
pengetahuan pihak sekolah.
1. KEBERSIHAN
4. Setiap guru bertanggung jawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual
bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru darjah. Alatan yang
digunakan ntuk membersihkan bilik darjah hendaklah disimpan dengan
rapi dan selamat.
4.2 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggung jawab semua guru, staf
sokongan dan pelajar.

15. SURAT MENYURAT
5. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui pengetua untuk
disampaikan kepada pihak berkenaan.
16. SURAT YANG DITERIMA
6. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru
untuk diambil tindakan. Guru tersebut hendalah mengambil tindakan
dengan segera terhadap surat-surat tersebut.
6.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan
kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan sendiri selepas diambil
tindakan.
6.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar
mengedarkannya kepada guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah
6.3. Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada
dalam simpanannya.
6.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
6.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.
17. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN
7. Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau
Pejabat Pendidikan Daerah atas urusan peribadi.
1. PELAWAT
8. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar terlebih
dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau
penjual-penjual dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
19. MEMBELI BARANG
. Guru yang hendak membeli barang mestilah memohon kebenarang
dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.
.2 Borang itu mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/ Guru
Kanan/ sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
.3 Semua pesanan mestilah dibuat melalui borang pesanan tempatan.
.4 Segala invois mestilah ditandatangani guru yang menerima dan
direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
0. KEGIATAN KOKURIKULUM
2. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat/ juru latih/ pembimbing
kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan
teratur.
2.2 Guru mestilah berada bersama-sama dengan murid semasa sesuatu
aktiviti dijalankan.
2.3 Sekiranya sesuatu perkara yang berlaku kepada murid dan ketika itu
guru tiada bersama murid guru akan dipertanggung jawabkan sekiranya
tiada mempunyai alasan yang munasabah.
2.4 Pastikan ada guru yang akan membantu meyeberangkan murid melintas
jalan sewaktu balik dari kegiatan kokurikulum.
1. PERHIMPUNAN SEKOLAH
2. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-
masa dan hari-hari yang ditetapkan.
. MESYUARAT GURU
22. Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru /
taklimat /'contact time'. Kedatangan semua guru ke mesyurat tersebut
adalah diwajibkan.
22.2 Guru diwajibkan juga menghadiri mesyurat yang dipanggil oleh Guru
Kanan / Ketua Panitia.

. BUKU STOK / INVENTORI
23. Ketua Panitia bertanggung jawab menguruskan buku stok/ inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskinikan.
. TANDA NAMA
24. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah.
5. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
25. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PBG sekolah.
25.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesuyarat.
6. ARAHAN DAN PERKELILING
26. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar
hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani
selepas membacanya.
26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
menyimpan di dalam fail khas.
26.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian Pendidikan / Jabatan
Pendidikan Negeri / PPD, guru hendaklah mengembalikan
dengan segera ke pejabat sekolah setelah diambil tindakan.
7. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
27. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada guru yang bertanggung
jawab.
27.3 Bertanggung jawab menggunakan alat-alat dengan baik dan
memulangkan kembali dengan segera serta dalam keadaan baik.
27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
. TELEFON
28. Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja kecuali
kecemasan. Guru hendaklah menggunakan telefon awam atas
urusan peribadi
9. KUNCI
2. Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
2.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu
atau almari peralatan, dia mestilah mendapat kebenaran daripada
Guru Besar terlebih dahulu.
2.3 Guru tersebut bertanggung jawab terhadap keselamatan bilik atau
peralatan yang mempunyai kunci sepenuhnya.
0. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
3. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara
rasmi sekolah.
3.2 Guru mestilah mendapat atau memberi sebab atau alasan yang
munasabah sekirang tidak dapat menghadirinya.
1. KELAS TAMBAHAN TAHUN 6
3. Semua guru yang dipertanggung jawab untuk mengajar di kelas
tambahan tersebut mestilah hadir dan mengajar kelas tersebut.
3.2 Sewaktu balik guru hendaklah menyeberangkan murid melintas
jalan di hadapan sekolah.
3.3 Guru hendaklah mencatitkan setiap aktiviti yang dijalankan dalam
buku khas dan setelah itu buku tersebut hendaklah dihantar ke
pejabat sekolah.
3.4 Sekiranya guru ingin menggantikan kelas tambahan pada hari
tersebut dengan guru lain atau menundanya, guru tersebut
haruslah memberitahu kepada Guru Besar terlebih dahulu dan
seboleh-bolehnya sehari lebih awal.

















PERATURAN SEKOLAH BAGI GURU-GURU
KEHADIRAN
Guru mestilah hadir di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum sekolah bermula kecuali jika
ada sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.
Guru hendaklah berada di sekolah sehingga pukul 1.15 tengah hari kecuali pada hari contact time` dan hari Jumaat
Guru hendaklah menandatangani buku kedatangan guru yang disediakan di pejabat sebaik sahaja tiba di sekolah
dan ketika tamat waktu persekolahan iaitu waktu balik.
Guru mestilah sentiasa berada di sekolah sepanjang masa
Guru hendaklah berada di dalam kelas yang ditugaskan mengajar atau menggantikan guru sakit/bercuti sepenuh
masa. Kelas hanya boleh ditinggalkan jika ada hal-hal lain yang lebih penting dengan persetujuan Guru Besar.
Sesiapa yang hendak keluar dari kawasan sekolah mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Guru
Besar dan mestilah dicatatkan di dalam buku keluar kawasan sekolah.
Guru yang tidak dapat hadir bertugas dikehendaki menghubungi sekolah. Surat akuan doktor atau kebenaran bercuti
mestilah sampai kepada Guru Besar untuk tujuan tersebut.
Guru mestilah hadir pada waktu kokurikulum/ kegiatan luar pada hari dan masa yang ditetapkan.
Guru/ pekerja yang datang lewat perlulah memaklumkan kepada Guru Besar sebab kelewatan.

PAKAIAN GURU
Guru mestilah berpakaian kemas sesuai sebagai seorang pendidik. Elakkan daripada memakai baju T` kecuali pada
masa yang tertentu sahaja.
Untuk guru lelaki, kemeja tidak dilepaskan keluar , pakaian tidak groovy` dan tidak berambut panjang.
Guru perempuan tidak digalakkan memakai pakaian yang menjolok mata. Perhiasan muka yang melampau juga
tidak digalakkan.
Untuk lebih memahami peraturan sila lihat buku rekod persediaan mengajar (surat pekeliling ikhtisas Bil 6/1985.

PERGAULAN
Guru hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati sesama guru dengan tidak mengira agama atau pun
keturunan.
Jauhkan sikap tuduh-menuduh, kata-mengata atau merendah-rendahkan sesama guru.
Guru hendaklah bertolak ansur anatara rakan rakan berhubung denagn tugas.
Sikap nasihat-menasihati natara satu sama lain hendaklah diamalkan.
Jangan bocorkan rahsia atau perkara sulit atau sensitiI guru lain.
Elakkan bergurau sesama guru di tempat yang mudah dilihat oleh murid atau pelawat yang mana ia boleh
menjatuhkan maruah guru.

PANITIA MATA PELA1ARAN

Setiap mata pelajaran hendaklah ada Panitia mata pelajarannya. Guru Besar merupakan pengerusi kepada Panitia
mata pelajaran. Guru Kanan mata pelajaran adalah dilantik sebagai ketua panitia.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Semua mesyuarat hendaklah direkodkan(diminitkan) dan diedarkan untuk pengetahuan ahli-ahli berkenaan . Satu
salinan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sepenggal bagi membincangkan
perkara yang berhubung dengan kemajuan pelajaran seperti Sukatan Pelajaran, rancangan mengajar, mengkaji
kelemahan pencapaian murid,cara-cara mengatasi masalah P&P serta menjalankan kegiatan-kegiatan yang
dirancang.



Antara tugas panitia ialah:
Menyusun, meyemak dan meminda rancangan pelajaran bagi semua darjah bila-bila masa diIikirkan perlu.
Mengkaji, memilih dan mengesyorkan siri-siri buku teks dan bacaan yang sesuai untuk dipertimbangkan oleh pihak
sekolah apabila dikehendaki dan mencadangkan buku-buku perpustakaan.
Mengkaji kelemahan-kelemahan murid-murid dalam mata pelajaran serta mencari jalan untuk mengatasinya.
Membincangkan peralatan-peralatan yang sesuai untuk menyediakan alat-alat bantuan mengajar sekiranya
diperlukan.
Menganalisa keputusan-keputusan ujian dan peperiksaan dan mengambil tindakan wajar untuk membaiki keadaan
jika perlu.
Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan panitia yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.

BUKU REKOD MENGA1AR
Sila lengkapkan semua butiran/ maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan sempurna seperti
butir-butir di bawah:
Butir-butir diri guru
Sukatan pelajaran
Rancangan pengajaran tahunan, penggal, mingguan dan harian.
Jadual waktu kelas dan persendirian
Senarai buku teks
Markah ujian dan peperiksaan sekolah
Soalan-soalan ujian dan peperiksaan sekolah
Senarai buku panduan, tambahan, dan buku kerja
Senarai alat bantu mengajar
Buku Rekod Mengajar dikehendaki disediakan oleh guru pada akhir minggu itu untuk untuk minggu yang
berikutnya (jumaat) dan dapatkan pengesahan semakan daripada Gur u Besar.
Buku Rekod Mengajar hendaklah di bawa bersama ke kelas semasa mengajar.
Sekiranya mengambil cuti sakit yang lama atau lain-lain, kirimkan Buku Rekod Mengajar ke sekolah untuk
kegunaan guru ganti.
Buku Rekod Mengajar adalah hak sekolah. Di akhir persekolahan akhir tahun atau sebelum seseorang guru itu
berkursus/bertukar sekolah, buku ini hendaklah diserahkan kembali kepada Guru Besar.

RANCANGAN MENGA1AR
Rancangan pelajaran merupakan pecahan sukatan pelajaran hendaklah disusun mengikut penggal dan tajuk dari
yang senang kepada susah.
Rancangan pelajaran hendaklah disediakan mengikut tajuk-tajuk seperti di bawah:
Isi pelajaran
ObjektiI
Aktiviti
Alat bantu mengajar
Nilai-nilai murni yang diterapkan

RANCANGAN MINGGUAN
Rancangan kerja mingguan ini merupakan petikan dari rancangan kerja tahunan yang ditulis dengan lebih terperinci.
Rancangan minguan ini hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
Nama kelas
Mata pelajaran
Tajuk/kemahiran
Nilai murni


RANCANGAN HARIAN
Rancanagn kerja harian hendaklah ditulis tiap-tiap hari sebelum mangajar kelas yang berkenaan dan bukan sekali
untuk seminggu.
Rancangan harian ini merupakan petikandari rancangan mingguan yang lebih terperinci lagi dengan mengandungi
maklumat-maklumat berikut:
Kelas
Mata pelajaran
Isi/tajuk
ObjektiI
Alat bantu mengajar
Nilai murni

PERATURAN DAN LARANGAN SEMASA PROSES P&P
Seboleh-bolehnya elakkan daripada pengajaran yang bercorak rencana. Pengajarang yang baik adalah bercorak
penerangan secara meluas. Elakkan juga daripada menyuruh murid membaca buku teks secar bergilir-gilir.
Pengajaran yang digalakkan ialah yang berpusat murid tau bahan.
Guru digalakkan menggunakan lebih daripada satu kaedah agar pengajaran menjadi lebih menarik dan
berkesan.Banyakkan penggunaan alat bantu mengajar, janagn terhad kepada kapur` atau bercakap` sahaja.
Guru diminta masuk kelas tepat pada waktunya
Semasa mengajar guru tidak digalakkan duduk kecuali atas sebab-sebab tertentu.
Semasa sesuatu aktivi di bengkel/padang guru hendaklah berada bersama-sama dengan murid.
Guru juga tidak dibenarkan menulis buku rekod semasa di dalam kelas atau semasa waktu mengajar.
Guru tidak seharusnya memeriksa buku rampaian/kertas ujian, mengisi markah ke dalam buku rekod atau buku
kemajuan murid di dalam bilik darjah semasa waktu mengajar.
Guru tidak boleh membaca akhbar/majalah di bilik darjah semasa mengajar.
Guru yang bertugas dalam sebuah kelas hendaklah berada di kelas itu sehingga guru yang akan mengambil alih mata
pelajaran datang.
Guru diminta memberi latihan sebanyak yang mampu. Semua latihan hendaklah disemak/periksa oleh guru dengan
teliti.

MASA PERHIMPUNAN
Masa perhimpunan, guru hendaklah berdiri di hadapan murid-murid.
Guru bertugas dikehendaki memberi nasihat/teguran/galakan dan lain-lain yang diIikirkan sesuai.

GURU DAR1AH KELAS
Menyediakan jadual waktu kelas dan salinan kepada Guru Besar. Jadual waktu kelas juga perlu dipamerkan
dihadapan kelas.
Menyempurnakan jadual kedatangan murid dan menghantarnya ke pejabat pada waktu kedua.Buku ini juga mesti
digunakan pada waktu kecemasan seperti kebakaran.
Memungut semua yuran murid, mengeluarkan resit dan menyerahkan wang yang dipungut dengan segera kepada
Guru Besar dengan segera.
Menolong guru SPBT menyelesaikan urusa yang berhubung dengan kelas masing-masing.
Mengawasi kebersihan dan kesempurnaan bilik darjah.
Menyempurnakan kerja-kerja yang berkaitan dengan ujian/peperiksaan.
Mengawasi disiplin murid-murid.
Menggunakan perpustakaan bilik darjah.
Bekerjasama dengan guru lain dalam segala aspek yang berkaitan dengan kelas.
Memasukkan nama murid ke dalam buku pendaItaran.
Mengemaskini kad sulit 001 R(77), buku kesihatan.
Menyiapkan sijil berhenti sekolah. (guru tahun 6)
Menjaga kebajikan murid.
Melaporkan kepada Guru Besar / G.K. HEM tentang perkara yang tidak dapat di atasi.
Memastikan ibi bapa/ penjaga murid daripada Guru Besar terlebih dahulu sebelum berjumpa/mengambil anak-anak
mereka dari kelas.
Menghubungi ibu bapa atau penjaga sekiranya terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut
tanpa sebab.
Guru adalah dilarang menyepak, merotan, memukul, mencubit,atau menghukum murid-murid berdiri di atas
kerusi/meja atau mendenda ketuk ketampi.

GURU BERTUGAS MINGGUAN
Guru bertugas mestilah ada di sekolah lebih awal dan merupakan guru terakhir meninggalkan kawasan sekolah.
Beliau dikehendaki memeriksa kawasan sekolah dan melihat supaya persekitaran adalah memuaskan sepanjang hari
dan sebelum pulang.
Mengurus murid-murid yang perlu keluar dari kawasan sekolah dengan sebab-sebab tertentu.
Menguruskan murid-murid yang mendapat kemalangan di waktu persekolahan.
Mengendalikan perhimpunan pada waktu perhimpunan.
Mencatatkan laporan harian di dalam buku tugasan guru bertugas dan menyerahkan kepada Guru Besar /G.K.
Pentadbiran.

GURU DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH
Menjadi penasihat kepada badan pengawas.
Bertanggung jawab memilih dan mengesyorkan nama murid untuk perlantikan pengawas kepada Guru Besar.
Mengadakan taklimat disiplin dari masa ke semasa serta nasihat ke arah peningkatan sahsiah dan daya kepimpinan
pengawas.
Merancang dan menyusun aktiviti badan pengawas sepanjang tahun.
Memanggil dan menasihati murid yang melakukan atau melanggar peraturan sekolah. Mereka perlu diberi hukuman
mengikut surat penurunan kuasa oleh Guru Besar.
Menyemak buku laporan pengawas, mengambil tindakan dan mengemukan syor kepada Guru Besar tentang
peraturan sekolah dan sebagainya.
Mengkaji perkembangan disiplin sekolah dan berusaha meningkatkan tahap disiplin murid dan melaksanakan tugas-
tugas lain yang diberi oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

BUKU KEDATANGAN MURID
Buku kedatangan murid hendaklah diisi dengan lengkapnya oleh guru darjah.
Nama murid hendaklah diisi dengan lengkap mengikut abjad dan huruI cerai.
Kedatangan murid hendaklah ditanda setiap hari mengikut panduan yang terdapat di dalamnya. Elakkan daripada
menyuruh murid mengisi jadual kedatangan.
Matikan jadual kedatangan murid tiap-tiap akhir bulan.
Jadual kedatangan hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan guru tidak dibenarkan membawa balik buku
kedatangan murid.
Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab hendaklah diberikan surat peringatan kepada ibu
bapa/penjaga .

BUKU DAFTAR/KEMASUKAN MURID
Nama murid hendaklah ditulis mengikut susunan abjad.
Butir-butir mengenai murid-murid hendaklah diselesaikan pada 31 Januari bagi guru tahun 1. Bagi guru darjah yang
lain mengikut masa murid-murid baru ditukarkan ke sekolah ini.
Jangan menggunakan pemadam apabila sesuatu kesilapan dibuat, gariskan dan anda tangan disebelahnya.

BUKU LAPORAN/PROFIL
Semua murid mesti ada buku pelaporan.
Markah penilaian penggal mesti dicatatkan dalam buku laporan.

KAD REKOD DIRI (KAD 001)
Semua murid mesti ada kad 001.
Guru mesti isi semua butiran yang diperlukan.
Markah penggal mestilah dicatatkan dengan lengkap.

KEBERSIHAN DIRI
Murid-murid lelaki dilarang meyimpan rambut panjang.
Murid-murid perenpuan dinasihatkan supaya jangan menyimpan rambut lebih daripada paras bahu. Mereka yang
berambut panjang hendaklah menjaga rambutnya dengan kemas sama ada ditocang atau diikat dengan riben.
Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan cutex`.
Pakaian seragam digunakan mestilah sentiasa bersih.

BILIK-BILIK DAR1AH
Setiap murid bertanggung jawab supaya kerusi dan meja yang dikhaskan untuknyatidak diconteng atau dirosakkan.
Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis dan menulis di papan hitam dengan tidak di suruh guru.
Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan bilik darjah. Guru darjah mestilah menyediakan senarai giliran bertugas
untuk mempastikan kebersihan bilik darjah dijaga setiap masa.
Kosongkan bakul sampah sebelum balik.

KELAKUAN AM
Semua murid hendaklah memberi hormat kepada guru-guru baik di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Jika hendak keluar dari bilik darjah, murid-murid hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Murid-murid mestilah mematuhi semua perintah pengawas dan ketua darjah dan memberi kerjasama sepenuhnya
kepada mereka.
Sebelum masuk kelas murid-murid mestilah mengetuk pintu terlebih dahulu. Bila di suruh masuk barulah masuk
Jika keluar dari kelas mestilah dalam keadaan berbaris.

PERATURAN KAWAD KECEMASAN KEBAKARAN
Loceng isyarat akan dibunyikan panjang (loceng gila).
Apabila murid-murid mendengar loceng panjang, mereka hendaklah berhenti membuat kerja dan terus berbaris di
sisi meja. Guru akan memberi arahan supaya segera keluar dalam satu barisan menuju padang sekolah mengikut
jalan yang telah ditetapkan.
Murid-murid hendaklah bergerak cepat dan teratur, tidak berlari dan dalam keadaan senyap. Bercakap dan ketawa
tidak dibenarkan semasa pergerakan ini.
Guruguru hendaklah memastikan semua murid sudah keluar sebelum mengekori pergerakan murid dan membawa
buku kedatangan jika ada.
Murid-murid yang berada di tandas atau di tempat lain hendaklah segera ke padang berkumpul mengikut kelas
masing-masing.
Semua guru. Kakitangan pejabat, pekerja sekolah dan sesiapa sahaja yang berada di kawasan sekolah hendaklah
berada di tempat berkumpul.
Kerani sekolah hendaklah meneleIon bombadan membawa buku kedatangan ke tempat berkumpul.
Guru-guru yang sedang berehat di bilik guru atau di kantin hendaklah pergi ke tempat berkumpul dengan segera.
Di samping bergerak ke tempat berkumpul, semua guru hendaklah mengawasi pergerakan murid supaya pergerakan
mereka teratur, senyap dan cepat.
Untuk mengetahui jalan-jalan yang patut dilalui semasa pergerakan kawad kecemasan kebakaran ke tempat
berkumpul paparkan pelan laluan di dalam kelas dan papan pameran sekolah.



1ERAS PEADIDIKAA KE ARAH WAWASAA 22
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan pendidikan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.


A1LAA1 / SEKOLAH
Untuk melahir dan membentuk insan yang baik, seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan
intelek selaras dengan kehendak FalsaIah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
ISI S.1.K.(1) COPEAC
Melahirkan insan cemerlang
Melalui pendidikan asas
Ke arah memenuhi Aspirasi
Agama, Bangsa dan Negara.
PIACA SEKOLAH
Kami warga S.J.K.(T) Gopeng dengan penuh tekad berfanfi akan menumpukan seluruh tenaga
serta usaha kami untuk
Memastikan FalsaIah Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan dihayati dan dilaksanakan
dengan sempurna.
Bersikap terbuka terhadap pandangan dan teguran semua pihak bagi kepentingan pendidikan.
Mengadakan perjumpaan berkala dengan ibu bapa untuk menyelaesaikan pelbagai masalah
persekolahan murid.
Tidak menyalahgunakan kuasa, wang dan masa dalam perkhidmatan.
Mengamalkan sikap dedikasi dan penglibatan menyeluruh terhadap tugas dan tanggung jawab
proIesion`.
Mengwujudkan iklim persekolahan yang bahagia melalui sekolah dan perkhidmatan penyayang
bagi membantuk masyarakat prihatin dan penyayang.
Menentukan tiada murid buta huruI di sekolah ini.








TINGKAHLAKU NEGATIF SEORANG GURU SEWAKTU DI BILIK DAR1AH / KAWASAN SEKOLAH.
Selalu berdendam terhadap murid.
Meniggalkan kelas .
Sengaja lambat masuk kelas.
Menghukum murid dengan emosi.
Mengajar sambil duduk sahaja.
Memeriksa buku rampaian/latihan kerja murid/lembaran kerja/buku kerja dan kertas ujian sehingga terbiar mata
pelajaran yang sepatutnya diajar.
Bersembang dengan guru lain di koridir, di dalam kelas atau tempat-tempat yang boleh mengganggu pelajaran dan
aktiviti murid.
Membiarkan murid-murid berkeliaran tanpa kawalan.
Membiarkan murid-murid membuat kotor pada bangku, kerusi, meja, dinding atau papan hitam.
Membuat ringkasan mengajar atau alatan mengajar di dalam kelas pada waktu mengajar.
Mengilai, suka bercakap terlalu kuat atau melolong.
Makan atau minim sambil berjalan.
Bergurau secara berlebihan dengan murid.
Berkelahi dan bertengkar sesama guru di hadapan murid.
Berniaga sesama guru.
Berpakaian yang tidak sesuai dengan keadaan.
Meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau (Guru Kanan semasa ketiadaan Guru Besar).
Meminta murid-murid membeli makanan di kantin dan membawanya kepada guru semasa waktu belajar.
Mendiamkan diri semasa melihat murid murid membuat kesalahan seperti :-
membuat bising
membuang sampah merata-rata
berpakaian tidak sempurna
menggunakan bahasa yang kotor
mengambil barang orang lain tanpa kebenaran
lain-lain yang diIikirkan sesuai bagi melatih disiplin murid-murid.
L8!AWA1An uAn LnCA!A8An

Anda mungkin juga menyukai