Anda di halaman 1dari 5

14.

0 LAPORAN PEMASARAN

14.1 STRATEGI MEMASARKAN AYAM

Pendekatan dalam memasarkan ayam kepada pengguna dengan menggunakan
beberapa strategi dalam meningkatkan hasil jualan ayam dapat dibahagikan kepada empat
strategi iaitu harga ayam, tempat menjual, promosi atau pendekatan yang dibuat dan produk
(ayam) yang dihasilkan untuk dijual itu.

14.1.1 ARGA

O arga yang dijual sangat berpatutan dan mampu bersaing dengan pesaing-pesaing
yang menjual ayam yang sama terutamanya dari penjual-penjual ayam di pasar. Oleh
itu dengan meletakkan harga RM 6.00 sekilo dapatlah menyaingi jualan dari pesaing.
O $elain itu juga menjual ayam pada harga diskaun pada pembelian secara pukal yang
akan mendapat pulangan harga diskaun.


14.1.2 TEMPAT

O Menjual ayam tidaklah tertumpu pada satu tempat jualan sahaja, di mana penjualan
dilakukan di merata-rata tempat termasuklah penjualan di klinik, gerai-gerai makan,
mahupun orang perseorangan seperti pensyarah dan pelajar.
O %empat-tempat jualan yang strategik seperti di atas mendapat permintaan tinggi dan
hasil yang lumayan.





14.1.3 PROMOSI

O agi penjualan ayam, pemasaran tidak menggunakan sebarang promosi yang
melibatkan -74.:70, kain rentang, mahupun iklan-iklan yang melibatkan kos. Ini
kerana penjimatan kos dalam mempromosikan amat penting agar mendapatkan
untung bersih yang tinggi.
O Oleh itu pihak pemasaran menjalankan perniagaan atau jualan secara langsung dan
terus ke individu perseorangan dengan memberi penjelasan tentang kelebihan dan
kebaikan ayam yang diternak.


14.1.4 PRODUK (AYAM)

O Menarik pelanggan dengan menyatakan kelebihan produk (ayam) itu sendiri
memberikan kesan yang mendalam bagi memasarkan atau menjual ayam ini kepada
orang ramai.

O Oleh itu pendekatan yang dilakukan adalah dengan menyatakan bahawa ayam yang
diternak terpelihara dari suntikan dos pembesaran ayam yang berbahaya, rasa ayam
itu sendiri yang segar dan enak, boleh mempelbagaikan masakan, kualiti ayam yang
tinggi dan sebagainya.






14.2 REKOD PEN1UALAN AYAM

Tarikh Perkara 1umlah
RM
2010
Ogos 31 24.16 kg X RM 6.00 145.00
31 4.00 kg x RM 6.00 24.00
$ept 1 26.34 kg X RM 6.00 158.00



1umlah 327.00










15.0 REFLEKSI

Penternakan ayam

Proses penternakan ayam memerlukan kesabaran dan komitmen yang berterusan
kerana ianya merupakan jenis haiwan hidup yang melibatkan pengurusan reban, penjagaan
makanan dan minuman, pengawalan dan rawatan penyakit dan perlu dipasarkan dengan
segera apabila cukup tempoh pembesaran bagi mengelakkan kerugian kos. Oleh itu ia
memerlukan penjagaan yang teliti. Ayam memerlukan sistem pengudaraan yang baik di
samping Iaktor kebersihan. Ayam yang diternak di dalam reban yang kurang baik sistem
pengudaraannya akan mudah mengalami kepenatan, di mana ia akan mencungap-cungap
kerana kekurangan udara yang jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan kematian.
Makanan yang berselerak kerana diisi terlalu banyak akan mengundang kehadiran lalat dan
bakteria. Reban yang kotor juga akan menyebabkan ayam mudah dijangkiti penyakit di
samping tumbesarannya akan terbantut.

Jangka tempoh mendidik di antara 1 hari 1 minggu merupakan tempoh yang kritikal
bagi anak ayam. Ini kerana anak-anak ayam mudah mengalami 'stress akibat proses sanitasi
yang akan menyebabkan ayam kelihatan murung, tidak aktiI dan kurang makan. Oleh itu
reban perlu ditutup dengan guni bagi tempoh 2 minggu pertama dan di buka pada waktu
siang atau panas pada minggu ke-3 kerana bulu-bulu pelepah telah mula tumbuh. Ayam
kelihatan mencungap-cungap apabila guni lewat dinaikkan. Guni-guni yang dipasang
perlulah diikat dengan sempurna. Ini kerana jika tidak diikat sempurna, guni akan melambai-
lambai apabila ditiup angin dan menyebabkan anak-anak ayam terkejut.di samping untuk
mengelakkan ayam kesejukan. Lampu hendaklah dinyalakan pada waktu malam untuk
membekalkan haba secukupnya. agi meransang anak ayam untuk makan, bekas makanan
berwarna merah boleh digunakan supaya dapat menarik minat ayam, terutama anak-anaknya.
Penglihatan anak-anak ayam agak kabur. ilangan anak ayam serta keadaan Iizikal reban
ayam juga dapat menentukan kesihatan ayam. Ayam yang sakit dapat dikenali daripada
warna paruh dan kaki yang pucat dan bagi mengelakkan tumbesaran yang terbantut atau
mengalami kematian akibat serangan ayam lain, ayam tersebut perlu diasingkan dalm proses
yang dipanggil takai`.


Pengalaman menternak ayam

Apabila melihat ayam membesar mengikut jadual yang ditetapkan, tiada sebarang
serangan penyakit atau kematian dan ketika proses pemasaran dijalankan adalah merupakan
pengalaman yang sungguh menyeronokkan dan dapat meningkatkan motivasi bagi menceburi
bidang penternakan ayam secara komersil. Kita akan dapat belajar bagaimana menyediakan
persekitaran yang bersih, penyediaan reban yang bersesuaian dengan bilangan ayam yang
diternak, pengurusan dan penjagaan makanan dan minuman melalui jadual pemakanan yang
terancang di samping reban perlu dibersihkan setiap hari memerlukan kesabaran lebih-lebih
lagi jika bertugas berseorangan. Jadual harian juga agak terikat sekiranya pada hari itu adalah
giliran bertugas memberi ayam makan. $udah tentu keadaan ini agak kelam-kabut sekiranya
ada kelas. Kadang kala miss` juga pembersihan reban.

$elain itu kerja sama ahli kumpulan penting bagi memastikan keadaan reban sentiasa
bersih, makanan dan minuman mencukupi, ayam yang cedera atau sakit dirawat, proses
penimbangan bagi melihat tumbesaran ayam mengikut jadual. Ini kerana sekiranya seseorang
ahli tersebut tidak dapat bertugas, bercuti misalnya, maka ahli lain mestilah bersedia untuk
menggantikan tempat rakannya tadi supaya pertumbuhan ayam tidak terbantut.

Namun penat lelah seolah-olah berbayar apabila melihat ayam yang selama ini dijaga
seperti menatang minyak penuh` membesar dan bersedia untuk dituai. %idak sangka selama
ini ayam yang dibela dari kecil telah mencapai berat 2.6 kg per ekor selepas tempoh 6
minggu .

Memproses ayam satu lagi pengalaman yang baru. Ini kerana selalunya ayam yang dibeli
telah siap diproses, tetapi kini semuanya terpaksa dilakukan sendiri. Daripada proses
mengeluar dan menimbang ayam yang berada di atas 2.1kg, menyembelih menurut syariat
Islam, merendam dalam air panas, proses membersihkan bulu dengan mesin dan tangan,
membelah dan mengemas bahagian dalam perut ayam sehinggalah dicincang dan dipasarkan
merupakan hari dimana kerjasama kumpulan dan kepuasan dalam mementernak ayam dapat
dirasai oleh semua ahli kumpulan. Insyallah, pengalaman ini akan dimanIaat sekiranya diberi
kesempatan untuk diimplementasi di sekolah kelak.

Anda mungkin juga menyukai