Anda di halaman 1dari 1

Membentuk dan Membuat Binaan Model Model dapat diertikan sebagai pengembaran sesuatu sehingga kita menjadi lebih

je las memahaminya. Sebagai contoh, gambaran tiga dimensi (3D) bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk kes eluruhan objek tersebut. Proses membentuk dan membuat model merupakan satu bidang yang mengutamakan pengu asaan kemahiran serta penyesuaian bentuk model tersebut. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pereka. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap bentuk model yang akan dipersembahkan. Penampilan model yang kontemporari akan menjadi lebih menarik apabila pereka dap at menampilkan bentuk-bentuk model yang bersesuaian dengan keadaan semasa.