Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN MEWUJUDKAN PUSAT KEGIATAN EKONOMI BELIA WAWASAN PEKAN PAGOH

1. PENGENALAN Kertas ini dikemukakan sebagai cadangan konsep ringkas ke arah mewujudkan satu pusat kegiatan ekonomi belia di Pekan Pagoh . Pusat kegiatan ekonomi ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha dan persediaan untuk memberi peluang dan ruang kepada para belia untuk bergerak aktif dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. 2. MATLAMAT Sebagai usaha untuk mewujudkan golongan usahawan dan peniaga dikalangan para belia setempat serta membantu belia atau golongan individu muda yang berminat untuk berniaga dan menjadi usahawan.

3. KONSEP PUSAT KEGIATAN


1. Pusat ini memberi tumpuan dan peluang kepada para belia yang sudah

berkecimpung dalam perniagaan dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.
2. Mengadakan hubungan dengan agensi yang berkaitan seperti kolej komuniti, Giat

Mara dan sebagainya untuk membantu memberi bantuan dari segi kemahiran, modal dan pengurusan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang hendak diceburi. Sasaran Pusat Kegiatan : 1. Menyediakan premis perniagaan yang sesuai kepada para belia yang berminat untuk berniaga. 2. Sebagai tempat tumpuan ekonomi setempat 3. Sebagai tempat untuk para belia mendapatkan ilmu serta maklumat berkaitan perniagaan. 4. Sebagai pusat belia berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

5. PELAKSANAAN

1. Membina 8 buah premis /bengkel Steel (24x30 setiap satu)

a) Bengkel Kereta b) Bengkel Motor c) Bengkel Besi d) Bengkel cat & baik pulih kereta e) IKS
2. Membina 3 buah gerai makanan steel 3. Membina bangunan pentadbiran yang mempunyai pejabat,

4. Kawasan landskap yang menarik perhatian orang ramai. 5. Kawasan pengumpulan hasil pertanian (buah-buahan sahaja)

Sasaran keluasan adala seluas 5 ekar Anggaran kos tidak lebih RM 500,000.00 sahaja.

PENUTUP Kertas ini merupakan cadangan ringkas konsep bagi mewujudkan pusat kegiatan ekonomi Belia Wawasan Pekan Pagoh. Bagi pelaksanaan selanjutnya satu kertas melibatkan kertas cadangan yang lebih terperinci akan disediakan sekiranya diperlukan kelak.

KERTAS CADANGAN

PERMOHONAN PUSAT KEGIATAN EKONOMI BELIA BELIA WAWASAN PEKAN PAGOH