Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Kerajaan kesultanan melayu Melaka telah ditubuhkan sekitar tahun 1400 oleh
parameswara.
1
Kejayaan besar Melaka dan tempatnya yang terhormat dalam sejarah Melayu
bukanlah disebabkan oleh kemakmuran dan kemasyhurannya sebagai sebuah pusat perdagangan.
Malah, bersandarkan kepada kegemilangan pada masa lalunya, Melaka telah mengasaskan satu
corak pemerintahan dan cara hidup yang diikuti oleh kerajaan-kerajaan melayu yang datang
kemudian menjadi asas kepada kebudayaan serta bentuk pemerintahan tradisional melayu.
Maksud disebalik pandangan Shellabear ialah raja dan semua menteri itu saling memerlukan
antara satu sama lain dalam sesebuah kerajaan. Menurut pendapat seorang sarjana tentang
hubungan yang saling memerlukan dapat dilihat dalam penulisan Hikayat Hang Tuah. Di
peringkat operisional, teks ini memancarkan hubungan raja Melaka dengan Hang Tuah yang
menjadi lambang hubungan antara pihak yang bewibawa, pemegang dan pengamanah kuasa
dengan pihak yang memerima, menyokong dan mengakui wibawa dan amanah itu. Oleh itu, para
pembesar menjadi tonggak yang memelihara institusi kerajaan. Kerjasama antara raja dan
pembesar yang merupakan jentera pemerintahan untuk menyokong sistem kerajaan dan dapat
dilihat sebagai aspek budaya politik yang amat asas. Dalam IalsaIah politik tradisional Melaka,
kerjasama yang rapi dan hubungan Iungsional politik sosial antara raja dan pembesar adalah
penting untuk menjayakan sistem kerajaan dalam sesebuah kerajaan.

Raja merupakan orang yang mengetuai kepimpinan dalam negeri dan mempunyai kuasa
dan keistimewaannya yang tersendiri. Daulat ini memberikan raja itu kemudahan, meletakkan

1
Wan Abdul 8ahman laLlff (1996) 5ejotob letkembooqoo 1omoJoo uoolo kuala Lumpur uewan 8ahasa dan
usLaka hlm 490
raja itu lebih tinggi dan menyebabkan raja tidak boleh ditegur dan dicela. Tanggapan daulat ini
bermakna kesetiaan yang mutlak daripada rakyatnya. Derhaka pula ialah sesiap yang
mengingkari perintah raja mereka akan dijatuhi hukuman bunuh sampai mati.
Pembesar pula, dalam kesultanan melayu Melaka terdapat pembesar empat lipatan yang
berpanan dibahagian pusat, pembesar daerah atau wilayah dan pembesar kampong. Mereka
semua ini mempunyai tugas masing-masing dan merupakan tangan kanan kepada raja.

















PERKAITAN ANTARA RAJA DAN PEMBESAR

POLITIK
Pada abad ke-15, masyarakat Melaka telah mempunyai kehidupan yang tersusun dan
berperaturan. Ini menyebabkan wujudnya bidang pentadbiran dan politik yang bersistem di
Melaka. Buktinya, gambaran dalam sejarah melayu, Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu
yang teguh dan stabil dibawah satu susunan politik tradisional. Maksudnya, Semua unit politik
bagi keseluruhan semenanjung Tanah Melayu adalah bermula sejak berkuasanya zaman Melaka.
Melaka dapat menyumbangkan warisan politik yang dicapai oleh nenek moyang dari srivijaya
lagi sehingga abad ke-11 di Tanah Melayu.
2
Dalam sistem pentadbiran, raja sebagai pemerintah
negeri, ketua pentadbiran. Raja juga berkuasa mutlak dalam bidang pentadbiran. Walau
bagaimanapun, raja dan pembesar perlu sama-sama brganding bahu untuk mentadbir kerajaan.
Dalam kesultanan melayu Melaka, para pembesar pusat yang membantu raja dalam aspek
pentadbiran.
Dalam aspek pentadbiran, pembesar merupakan seorang penasihat utama sultan dan
terpenting sultan. Para pembesar juga menjadi ahli dalam Jemaah Penasihat Sultan. Dalam
sejarah Melaka, dua rang yang pernah menjadi orang berwibawa iaitu bendahara Tun Perak dan
Bendahara Seri Maharaja Tun Mutakhir. Tun Perak seorang yang mahir dalam bidang
pentadbiran dan diplomat kerajaan Melaka. Sebagai contoh, Bendahara menasihati Sultan dalam
soal pentadbiran Negara. Segala tindak tanduk dan keputusan yang akan dikeluarkann oleh raja
adalah hasil permuaIakatan antara sultan dan bendahara atau pembesar yang lain. Ini bagi
memastikan kejelasan dan untuk mengukuhkan lagi setiap keputusan yang dibuat. Bendahara

2
Muhammad ?usoff lbrahlm (1982) leosejotoboo Meloyo kojloo 1eotooq 5ejotob Meloyo Nosoototo kuala
Lumpur uewan 8ahasa dan usLaka hlm 170
juga memiliki wibawa pentadbiran dalam organisasi kerajaan secara amalan dan pelaksanaannya.
Para pembesar menasihati dan membantu raja sekiranya raja mempunyai masalah dalam
pentadbiran. Para pembesar juga membantu raja untuk mentadbir di luar wilayah yang dipanggil
kawasan pegangan yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang
para pembesar. Sebagai contoh, Bendahara Melaka telah memegang kawasan Muar dan Bintan.
Di tanah jajahan atau daerah, pembesar yang bergelar Mandulika memainkan peranan penting
dalam pentadbiran. Di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa pula mentadbir
peringkat kampung. Pembesar ini akan memastikan penduduk dibawah jajahannya sentiasa taat
setia terhadap Sultan dan kerajaan. Mereka membekalkan tenaga ketenteraan untuk
mempertahankan negara dan untuk ekspedisi memperluaskan empayar jika perlu. Mereka ini
ibarat 'jambatan menghubungkan rakyat jelata dengan pemerintah.
Perkaitan pembesar dengan raja juga ialah pembesar sebagai duta atau diplomat sultan.
Dengan kata lain, menyambut ketibaan pelawat yang datang dari luar negeri.
3
Pembesar juga
menjadi pemangku raja dalam pemerintahan sekiranya raja berada diluar kerajaan dan ketika raja
sakit atau keluar untuk urusan tertentu. Buktinya, bendahara yang menjadi pemangku raja ketika
ketiadaan raja dalam negeri dan dibantu oleh Seri Nara Diraja.
4
Bendahara menjadi pemangku
sultan kerana bendahara mempunyai taraI sosial yang tinggi dan mempunyai kewibawaan serta
raja memberi kepercayaan kepada pembesar walaupun terdapat tokoh politik yang bertaraI
kerabat.



3
8arbara WaLson Andaya dan Leonard ? Andaya (1982) 5ejotob Moloyslo kuala Lumpur uewan 8ahasa dan
usLaka hlm 32
4
Muhd ?usof lbrahlm
Selain itu, dalam bidang ketenteraan. Walaupun dikatakan bahawa raja itu sebagai ketua
tentera tetapi pembesar turut memeainkan peranan dalam ketenteraan. Dalam bidang ketenteraan,
bendahara yang mengepalai tentera dalam masa peperangan yang meliputi tentera laut dan
tentera darat. Sebagai contoh, dalam sejarah melayu Bendahara Tun Perak mematahkan serangan
laut Siam, pimpinan Awi Dicu di Batu Pahat. Penghulu benhari juga perlu mempunyai siIat
hulubalang dan mengetahui selok-belok tentang peperangan. penghulu bendahari juga boleh
dititahkan untuk mengetuai angkatan perang Melaka menyerang negeri asing seperti Kampar.
Bagi laksamana, tugas rasminya ialah dalam ketenteraan untuk membantu raja memerangi
musuh. Pembesar wilayah perlu menyediakan tenaga ketenteraan kepada kerajaan untuk
memerangi musuh.
Dalam bidang politk juga,kaitan antara raja dan pembesar dapat dilihat melalui sistem
undang-undang atau hukuman. Memang tidak dinaIikan bahawa raja itu bertindak dan berkuasa
dalam semua hal tetapi, hal yang melibatkan undang-undang ini juga memerlukan campur tangan
para pembesar. Raja sebagi ketua undang-undang dan pembesar merupakan orang yang
membantu raja dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan undang-undang dan hukuman ini.
Temenggung sebagai ketua pangaman negeri yang bertanggungjawab terhadap perjalanan
undang-undang Melaka. Sebagai contoh, temenggung sebagai ketua majistert, bidang kuasa
undang-undang temenggung saling mlengkapi dengan tugas menyelidik,memeriksa, mendakwa
kes undang-undang dan menangkap orang yang bersalah. Pesalah yang ditangkap akan didera,
didenda dan dipenjara. Temenggung juga memastikan undang-undang dijalankan dengan
sempurna. Sebagai ketua hakim, bendahara yang menjalankan pendakwaan dalam kes-kes
pembicaraan awam dan jenayah di peringkat negeri.
5
dalam pentadbiran awam pula, wibawa dan
bidang kuasa bendahara ditentukan oleh Iasal I undang-undang Melaka.

EKONOMI
Keunngulan emapayar Melaka memang tidak dapat dinaIikan lagi. Melaka sebuah negeri
yang kaya dengan kegiatan ekonomi yang mampu memberI cahaya kepada kerajaannya. Ini
dapat dibuktikan dengan pendapat Tome Prices, beliau menyatakan bahawa negeri Melaka
sangat mahsyur dan berIaedah sehinnga tidak ade tandingannya. Di dunia ini. Menurutnya lagi,
Melaka adalah sebuah tempat yang memasarkan barang dagangan yang lebih sesuai daripada
dunia lain di duina ini. Dalam aspek ekonomi, raja dan pembesar mempunyai perkaitan melalui
aktiviti perdagangan. Keduudukan Melaka yang strategik menyebabkan mereka dapat
menjalankan aktiviti perdaganagan. Melaka menjadi entrepot antarabangsa kerana kemampuan
menjamin keselamatan pedagang di perairan Melaka. Oleh itu pembesar yang membantu raja
untuk menjaga keselamatan para pedagang ini. Pembesar juga memainkan peranan penting
dalam pengutipan cukai seperti cukai tanah, cukai pintu dan lain-lain. Sebagai contoh,
Syahbandar mengutip cukai dari pedagang-pedagang dan pembesar daerah atau penggawa
memungut cukai di kawasan pemakanannya. Pembesar pusat pula mengutip cukai dari kawasan
pegangannya. Daripada hasil tersebut, sebahagiannya akan diserahkan kepada raja yang
memerintah. Pembesar juga seorang yang kaya kerana hasil bayaran cukai. Penghulu bendahari
pula berhak memungut uIti daripada negeri-negeri dibawah kekeuasan Melaka.

3
kesulLanan melayu Melaka hlm 170
Pembesar-pembesar bertanggungjawab memastikan urusan perdagangan berjalan dengan
licin. Sebagai contoh, Temenggung bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan yang
betul dan mengawasi saudagar-saudagar daripada kepulauan Melayu. Laksamana pula menjaga
pencerobohan orang asing ke kawasan perairan kerajaannya. Syahbandar pula bertanggungjawab
menjaga pelabuhan, hal ehwal pedagang asing serta mengaturkan tempat perniagaan dan
menyediakan gudang untuk menyimpan barang laksamana juga bertindak sebagai ketua
angkatan laut Melaka
6
. dalam hukum kanun Melaka, laksamana dikatakan sebagai raja di laut.
Ini menunjukkan bahawa bidang kuasanya sebagai ketua aramadai laut Melaka bersama-sama
dengan seri nara diraja. Sebagai ketua angkatan laut, laksamana perlu memayar dan meronda
perairan Melaka supaya bebas dari serangan pihak musuh. Tugas laksamana adalah berat kerana
aktiviti di peraiaran selat Melaka merupakan nadi kepada perkembanagan kepada kerajaan
melayu Melaka.
SOSIAL
Dalam aspek soaial, raja mempertanggungjawabkan pembesar untuk menjalankan
hubungan diplomatik dengan Negara luar dan raja melantik pembesar-pembesr tertentu untuk
menjalankan tugsa ini dengan sempurna. Sebagai contoh, Bendahara Melaka memainkan perana
penting dalam hal ini. Laksamana sinonim dengan tugas utamanya iaitu sebagai ketua
ketenteraan dan menjalankan tugas lain seperti pengawal protokol dan kedutaan. Laksamana
sebagai ketua diplomatapi bukan sahaja di darat tetapi juga di laut. Sebagai contoh, keadaan ini
jelas apabila seorang raja itu menghantar laksamana sebagai wakil dalam satu-satu hubungan
diplomatic dengan wilayah lai oelh raja Melaka sekurang-kurangnya dua kali untuk ke Perak dan
Siak. Dengan adanya hubungan diplomatik ini bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah antara

6
lbld hlmn 286287
kedua-duanya tetapi juga membawa keuntungan kepada sesebuah kerjaan itu sama ada dalam
aspek politik, ekonomi mahupun sosial.
Pembesar juga perlu menjaga keselamatan raja. ini akan mengukuhkan dan
memperkuatkan lagi hubungan antara raja dan pembesar. Pembesar perlu menjaga keselamatan
raja seperti temenggung akan duduk di kepala gajah dengan memegang pedang kerajaan ketika
raja berangkat dengan gajah. Begitu juga laksamana perlu mengawal keselamatan raja dengan
memegang usungan disebekah kiri ketika raja berusung. Ini memastikan keselamatan raja
terjamin. Pembesar juga menjaga keselamatan negeri daripada serangan musuh. Sebagai
contoh, temenggung dianggap sebagai ketua polis yang bertanggungjawab untuk menjaga
perjalanan undang-undang dan keamanan. Sekurang-kurangnya dengan adanya satu pasukan
polis, akan adanya satu pentadbiran yang berdasarkan kepada keadilan dan tanggapann mengenai
aturan undang-undang serta kesealmatan masyarakat akan terselamat.
7

Raja juga melantik pembesar untuk mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan
surau, masjid, balai raya, jambatan dan sebagainya. Semasa pembinaan bangunan ini dilakukan,
pembesar ini akan mengarahkan anak buahnya melakukannya dan menetapkan seseorang yang
bertanggungjawab mengetuai pembinaan sesuatu bahagian bangunan tersebut. Pembesar perlu
mendapatkan persetujuan raja sebelum mengambil atau membuat sesuatu keputusan. Pembesar
perlu menyediakan tenaga buruh untuk raja dan membina kapal untuk raja. tugas ini
dilaksanakan oleh pembesar daerh atau wilayah.
Dalam upacar adat istiadat, pembesar juga seperti penghlu bendaahri perlu mengarahkan
anak buahnya untuk membentang tikar, menghias balairung, menyediakan makanan dan

7
8uku foLosLaL
minuman sebelum upacara diadakan. Raja melantik pembesar untuk melakukan tugas ini kerana
pembesar merupakan orang kuat selepas raja dan ini merupakan majlis yang besar dan bermakna
untuk raja. perkaitan antara pembesar dengan raja terbukti apabila acara menghadapr raja dan
bersirih nobat akan terbatal sekiranya bendahara tidak mengikuti acara ini. Bagi bendahara, perlu
menguruskan istiadat pertabalan raja-raja baru. Temengung pula perlu mengatur susunan tempt
untuk orang yang hadir ketika acara diadakan seperti kedudukan raja, para pembesar dan rakyat.
Selain itu, pembesar juga bertanggungjawab mengawasi adat dan tradisi supaya dapat
diteruskan dari saru generasi ke generasi yang lain. Seseorang yang didapati melanggar adat akan
dijatuhkan hukuman. Tujuannya adalah supaya adat dan tradisi dapat dijalankan tanpa gangguan
dan sebagainya.









KESIMPULAN
Secara tuntasnya, raja yang mempunyai kuasa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Hai ini demikian kerana raja merupakan jentera penggerak kepada kerajaan. Pembesar hanya
membantu raja untuk menyelesaikan masalah dan boleh dikatakan orang penting kepada raja
kerana tanpa pembesar raja tidak boleh membuat sesuatu keputusan itu dengan betul. Kejayaan
Melaka bukan sahaja berdasarkan kepada kewibawaan dan kebijaksanaan seseorang raja itu
tetapi juga melibatkan kerjasama antara raja, pembesar dan rakyat. Kita dapat lihat bahawa
sistem pentadbiran Melaka dulu dan sekarang adalah berbeza. Kini, dengan hadirnya raja yang
berdaulat, didukung pula oleh kuasa daulatnya dan ditambah pula dengan kehadiran para
pembesar untuk bersam-sama menyokong kedaulatan raja yang memerintah. Jadi, tebuktilah
pendapat shellbear yang mengatakan bahawa raja itu umpama api dan pembesar itu umpama
kayu. Jadi, dengan adanya kayu, maka api itu dapat membantu api itu untuk menyala.
Bagi memperoleh sebuah kerajaan yang berjaya, sentosa ini semua bergantung kepada
sikap saling sokong-menyokong di antara kedua-dua belah pihak iaitu antara raja dan pembesar.
Keseluruhan konsep kerjasama yang erat antara raja yang berkerajaan dengan rakyat yang
diperintah adalah seperti sokong-menyokong antara sebatang pokok dengan akarnya dan saling
memerlukan antara raja yang memerintah dengan para pembesar yang diibaratkan sebagai
kerjasama antara api dengan kayu untuk menjayakan pemerintahan. Perkara ini yang membentuk
IalsaIah dan teori asas dalam sistem berpolitik, berkerajaan dan pemerintahan empayar Melaka
sepenuhnya.

BIBLIOGRAFI
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. (1982). Sefarah Malaysia : Kuala Lumpur :
Macmillian Publication ( M ) Sdn. Bhd.
Muhammad YusoI Hashim. (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhammad YusoI Ibrahim. (1982). Pensefarahan Melayu . Kafian Tentang Tradisi Sefarah
Melayu Nusantara. Kuala Lumur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Rahman LatiII. (1966). Sefarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.