Anda di halaman 1dari 11

Our Journey Dunia Pesona

this is our story.. our life and our journey .. but this is not our official website :-p

Home About Contact Official Website Login

Dapurku Berasap Lagi | Projek 09,12,13 dan 14


Actually entry ni dah agak basi. Memandangkan saya amat liat untuk update blog so kali ni saya update kesemuanya terus. Lets begin with al-kisah oven. As i said in previous entry, saya memang tak pernah buat kek sendiri atau apa-apa menu yang menggunakan oven dengan sendiri. Saya pula memang suka betul layan channel AFC (Asian Food Channel) kat Astro. Semua terdiri daripada chef-chef tersohor dari serata Asia dengan menu masakan yang walaweh ! And Im inspired by that channel untuk start buat masakan yang menggunakan oven ni. Projek 09 | Puding Roti Lembap Start with Puding Roti. Tengok mat saleh dalam AFC tu buat simple gila and looks yummeh. Then, esok lusa terus google resipi. Saya jenis yang suka cari resipi yang mudah untuk saya mencari bahan-bahan and mudah untuk dibuat adunannya. Zass ! got it ! Print out and simpan. Tapi eh ! hello kat rumah mana ada oven okeh ! (Tepuk dahi). On weekend balik kampung, sembang-sembang dengan MIL tanya harga oven, then MIL terus cakap Nur nak guna oven Nur ambil ja oven mak tu. Mak bukan guna pun. Tak payah susah-susah nak beli. Dalam hati, yeay ! Mak ! I love u ! Dengan semangat yang tinggi menggunung, zasss bawa balik oven that belongs to MIL. Esok tu balik kerja terus pergi beli barang-barang untuk buat puding roti. Petang tu jugak saya start mencuba nasib buat ikut resipi dengan harapan percubaan pertama saya menjadi dan sedap. Iman macam biasalah, pass kat encik suami tolong jadi babysitter kejap while saya sibuk bertungkus lumus dengan eksperimen pertama saya. Eceh ! Semangat okeh ! Itupun Iman bukan boleh duduk senang kalau Ibu kat dapur. Mulalah tunjuk perasaan goyang-goyang gate besi pembahagi pintu antara dapur and ruang makan tu sambil menangis paksa kunon dengan harapan Ibu akan simpati lah tu. Ayah dukung pun taknak dah. Kastam lah kan ? Kalut nak tengok apa Ibu buat. Ibu tengok resipi pun dah sampai nampak muka Iman tengah buat muka kesian dalam resipi tu. So, sebelah tangan kiri dukung Iman, sebelah tangan kanan buat adunan sesambil suap kismis kat Iman. Iman terus diam tak bunyi sepatah apa pun bila tengok Ibu dukung Iman sambil buat kerja. Pandai umpan Ibu budak bijak ni. Ayah yang kesian tengok Ibu, umpanlah Iman dengan bahan-bahan yang ada kat situ sambil bagi Iman pegang and last kali dengan ayah sekali kena berdiri terpacak dukung Iman kat situ tengok Ibu buat kerja sampai habis. Disebabkan saya tak reti how nak setup oven, so si hero encik suami lah menjadi buku panduan saya. Hahah ! Malu weh ! Terus masukkan dalam oven dengan harapan ianya menjadi.

Masa buat kali kedua untuk MIL, siap kena puji sedap lagi berdas-das dengan MIL. Hihi. Bahan bahan : 500 ml susu sejat/segar 8 keping roti (di potong 6) *4 sb gula halus *4 sb butter * 2 biji telur * 1 st esen vanilla * 2 sb tepung jagung 2 sb kismis Cara cara : 1. Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.

2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan ke dalam loyang. 3. Taburkan kismis 4. Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit Projek 12 Moist Banana Cake Teringin gila nak buat kek tapi takut tak menjadi so decided to start from the bottom lah which is buat kek yang paling simple and biasa-biasa dulu. Kebetulan pula dalam peti ais ada pisang emas yang mak kasi and dah dekat 2 minggu dok terperap dalam tu. Pling ! tetiba datang idea nak buat kek pisang. Well, hello Mr Google, i need a banana cake recipe please ! Balik kerja, beli barang, sampai rumah, pap ! terus buat adunan. This time Ayah bawa Iman keluar naik motor sesiap sebelum Ibu start buat adunan. Takut nanti Iman nampak, umpan lah apa pun Iman tetap nak tolong Ibu kat dapur juga. Adunan done ! Masuk dalam oven, tunggu masak, mandi manda siap wangi-wangi, keting ! Kek dah masak. wahhh cantik ja surface kek ni menjadi. (dalam hati bangga gila sambil panggil encik suami suruh tengok :p) disebabkan saya ni jenis suka menokok tambah and suka bereksperimen, so saya buat kek pisang tu ada chocolate topping. Well, not bad !

Bahan bahan : 1 cawan butter 2 cawan gula halus

4 biji telur Secubit garam halus 4 sb susu sejat 6 biji pisang (dilecek) 3 cawan tepung naik sendiri Kacang wallnut (untuk ditabur) Cara cara : 1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur (berselang seli) dan pukul sehingga sebati. 3. Masukkan vanilla, susu, garam dan gaul sehingga sebati. 4. Masukkan pisang dan gaul sehingga sebati. 5. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. 6. Panaskan oven pada suhu 180 C dan bakar selama 45 minit. Chocolate Topping (tak perlu buat topping pun tak apa sekiranya mahu rasa pisang sahaja dan tidak mahu dicampur dengan rasa chocolate) 1/2 coklat masakan 50 ml susu segar coklat 2 sb butter (Perlu masak cokolat masakan dan butter secara water bath) Projek 13 | Chocolate Cheesecake Untuk entry projek 13 ni actually khas untuk our 3rd wedding anniversary. So, taknak cerita panjang lah sebab pernah cerita pada entry sebelum ini. Kalau rajin nak membaca sila klik saya, 3rd Wedding Anniversary. And the result shown as below.

Cuma my mistake is, saya buat topping tu tebal sangat. Sepapan coklat saya habiskan. Hahahah ! So saya suggestkan lepas ni, kalau nak buat kek ni lagi, saya taknak buat topping dah lah. Lebih terasa cheesenya. Bahan bahan : Chocolate Layer 1 1/2 cawan gula halus 125 g butter 2 biji telur 1/2 cawan serbuk koko dan 1/2 cawan air panas (untuk dilarutkan) 1 cawan susu coklat 1 1/2 cawan tepung naik sendiri 1 st esen vanilla Cheese Layer 1 paket cheese Philadephia (kalau nak rasa lebih cheese boleh tambah lagi 1 paket)

100 g gula halus 1/2 cawan tepung gandum 2 biji telur 50 ml air Cara-cara : 1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur (berselang seli) dan pukul sehingga sebati. 3. Masukkan campuran serbuk koko yang telah siap digaul dengan air panas tadi. 4. Masukkan susu coklat, diselang seli dengan tepung naik sendiri dan esen vanilla. Gaul rata sehingga sebati. 5. Panaskan suhu oven pada suhu 170 C selama 15 minit. 6. Bakar adunan chocolate layer selama 20 30 minit. Sementara menunggu chocolate layer masak, boleh mula buat bancuhan adunan untuk cheese layer : 1. Pukul cream cheese dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan telur berselang seli dan pukul sehingga sebati. 3. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga sebati. 4. Masukkan air. 5. Masukkan adunan cheese ke atas adunan chocolate layer yang telah siap dimasak. 6. Bakar selama 40-45 minit. (Terdapat 2 kaedah membakar iaitu secara water bath atau balut loyang kek menggunakan aluminium foil) 7. Biarkan kek sejuk sendiri dalam oven. ***Kalau buat malam, esok pagi simpan dalam peti sejuk. Chocolate Topping (tak perlu buat topping jika mahu rasa lebih nikmat cheese layer) : 1/2 coklat masakan 50 ml susu segar coklat 2 sb butter

(Perlu masak cokolat masakan dan butter secara water bath) *** Untuk loyang kek, lebih mudah menggunakan springform pan (sila rajinkan diri anda untuk bertanya pada Mr. Google) sebab kek mudah untuk dikeluarkan. Jika tiada, guna loyang kek biasa pun tak apa tapi kena sapukan butter dan tabur tepung pada permukaan loyang tersebut untuk mengelakkan kek daripada melekat. Projek 15 | Asam Pedas Melaka Misi menjayakan projek ini is gara-gara saya dah masuk tahap kempunan gila nak makan asam pedas melaka. Kat penang takda. Takkan nak pergi Melaka, kan ? Tetiba teringat Abang Mohd Rasfan. Dia kan orang Melaka, so tunggu lagi ? Zass ! Capai BB terus BBM. Sembang punya sembang then dia kasi BBM pin wife dia, Kak Ratna. Done menuntut ilmu dari KakRatna, pap ! terus salin resipi yang Kak Ratna kasi. Dah dapat resipi, ikan merah pulak takda kat market depan rumah ni. Haish ! Tangguh punya tangguh, then dah dapat ikan merah kat market Taman Ilmu. Terus sambar. Saya ambil bahagian tengah badan sampai ke ekor ikan je, RM 22.40 ! erk ! mak aiii mahalnya. Mahal tak mahal tak kira dah, sebab dah tahap kempunan sangat. Encik suami terus bertanya, nak buat apa dengan ikan besar tu. Asam pedas Melaka ! sambil sengeh. Encik suami sengeh. Tahu la tu, encik suami pun satu kepala dengan saya. Penggemar asam pedas melaka dan dah tahap kempunan juga mcam saya. Bila nak buat ? Esok malam, lah abang, Nur masak untuk kita makan sahur nanti ye Encik suami sengeh lagi sambil angkat tinggi tangan beliau, tunjuk isyarat best. Petang 11 Ramadhan, lepas tanya encik suami nak beli makan apa untuk berbuka puasa nanti, then dapat BBM Abang dok tunggu nak makan asam pedas melaka ja Hahaha saya gelak besar seorang diri sambil terasa bahang panas di wajah and terus merah padam takut tak menjadi asam pedas melaka saya. Kebetulan pula Iman tidur awal malam tu, so lepas berbuka and solat Maghrib, terus tukar uniform.

Bahan bahan : 5 biji bawang besar 5 biji bawang putih 25-30 tangkai cili kering Kacang bendi (mengikut selera masing-masing nak menggunakan berapa banyak) 1 batang bunga kantan / daun kesum 1 batang serai (di tumbuk) 1 buah keras Jintan Ketumbar Lengkuas (sebesar ibu jari) Belacan (terpulang nak guna or not, tapi saya tak guna)

Ikan merah Cara cara : 1. Kisar bawang besar, bawang putih dan lengkuas. 2. Kisar cili kering. 3. Tumbuk buah pala dan ketumbar. 4. Panaskan minyak. 5. Masukkan jintan, bawang yang dikisar, buah pala, ketumbar beserta serai yang telah ditumbuk tadi dan masak sehingga bawang menjadi kekuningan. 6. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak. (Petua mak saya masak sehingga hilang bau cili baru cili masak betul dan tak sakit perut) 7. Masukkan garam dan air perahan asam jawa. 8. Masukkan air, ikan merah, kacang bendi dan bunga kantan. 9. Masak sehingga mendidih.

Sahur keesokan paginya, encik suami makan dengan berseleranya. 2 pinggan nasi beliau tambah. Masa tambahan nasi yang kedua kali, Banyak ni ja ka nasi Nur ? Dalam periuk ada lagi

tak Nur ? Takda dah abang, habis Laaa yaka .. Tak cukup ka, abang? Tiap sahur memang Nur masak banyak ni pun nasi and selalu dalam periuk tu ada sikit lagi nasi tapi harini tetiba licin lah sambil sengeh. Well, isteri mana yang tak happy kan bila melihat suami makan bertambah-tambah dengan berseleranya hasil masakan tangan sendiri. Dan saya tersenyum puas. Many special thanks to Abang Rasfan dan Kak Ratna for Asam Pedas Melaka recipe Sekali cuba resipi untuk buat any masakan, that make me feel wanna cook more and more and more ! Im having so much fun menyediakan pelbagai masakan untuk encik suami dan Iman. Tetambah lagi if orang yang makan tu tambah lagi dan lagi. So . whats our next recipe ? Regards, Nur www.duniapesona.com
Posted in Asam Pedas Melaka, Chocolate Cheesecake, Dessert, Moist Banana Cake, Puding Roti Lembap, Recent Activities,Sharing, Uncategorized, cake, iman, masakan | No Comments

Comments are closed. Share on Facebook

Search Posts

Search

Chat ShoutMix chat widget Official Link

Dunia Pesona

Promote your Page too www.flickr.com What is this? Follow this blog

Partner

Generator

Makluman Semua gambar yang terkandung di dalam website ini adalah milik sepenuhnya Dunia Pesona sebarang penyalinan atau pameran gambar tersebut adalah dilarang sama sekali . Sebarang pertanyaan dan urusan sila hubungi pihak Dunia Pesona Comment

Our Journey Dunia Pesona Blog Archive Dapurku Berasap Lagi | Projek 10,12,13 dan 15on 3rd Wedding Anniversary

wazari on Iman 1st Birthday Family Celebration ramzani on Happy 1st Birthday . Iman :-) NAZRI AHMAD on Is it real ? izam on For Sale (ITEM SOLD)

designed by: Website Templates for Top WP Themes

Anda mungkin juga menyukai