Anda di halaman 1dari 7

S.0 PENCAD!

LAN NORAL OLEH SE]ARAHWAN ATAU NASYARAKAT


Qasim Ahmad menyatakan bahawa pengadilan moral itu seharusnya dilakukan oleh
golongan sejarawan dan bukannya masyarakat. Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa
golongan sejarahwan adalah golongan lebih terlatih manakala golongan masyarakat adalah
tidak terlatih. Nelalui kenyataan beliau ini kita dapat melihat beberapa persoalan yang akan
timbul iaitu siapakah sejarawan dan mengapa tugas pengadilan moral itu dikatakan lebih
baik dilakukan sejarahwan terlatih. Seterusnya kita perlulah memahami siapakah golongan
masyarakat yang dimaksudkan dan mengapa mereka dikatakan kurang terlatih. Selanjutnya
mengapakah ada pendapat yang menolak pengadilan moral oleh masyarakat. Bagi
merungkai kepada persoalan tersebut, penelitian semula pendapat sejarahwan tentang hal
ini haruslah dikaji dengan lebih teliti. Nenurut Ab. Rahman Haji !smail sejarah itu terdiri
daripada sekumpulan faktafakta yang telah diteliti dan dipastikan. Faktafakta itu
dikumpulkan oleh ahli sejarah dari dokumendokumen, suratsuratan dan sebagainya.
1

Nanakala, Nenurut Nuhd Yusof !brahim suatu perkara yang harus diperkirakannya sebelum
dia memberikan tafsirannya ialah sumber yang berkaitan.
2
Oleh itu penerangan mengenai
sumber sejarah yang menjadi rujukan oleh masyarakat dan sejarahwan akan kami
tumpukan.

PENCAD!LAN NORAL OLEH SE]ARAHWAN
Sebelum melihat lebih lanjut tentang pengadilan moral oleh sejarahwan kita perlulah
mengetahui siapakah sebenarnya yang dikatakan sebagai sejarahwan. Panduan yang boleh
kita ambil untuk mengenali siapakah sejarahwan ialah dengan meneliti bidang kajian yang
dilakukan. Dalam hal ini, seorang sejarahwan intelek mendefinisikan sejarahwan sebagai
seorang yang mengkaji sisasisa masa lalu
3
. Begitulah secara umumnya, bahawa bidang
yang diteroka sejarahwan itu hanyalah cebisan masa lalu. Nustahil baginya mengkaji dalam
keseluruhan bidang dan masa lalu. Nenurut pendapat Hans Neyerhoff sejarahwan dapat
dikenali melalui bidang kajian yang dilakukannya. Beliau mengatakan sejarahwan akan cuba
mengkaji bidang yang dikaji dengan penuh tekun, kritis serta berhatihati supaya hasilnya

1
LP Carr 1er[emahan Ab 8ahman Pa[l lsmall Apokob 5ejotob? u8 kuala Lumpur 1998hlmn 4
2
Muhd ?usuf lbrahlm 2000 llmu Se[arah lalsafah engerLlan dan kaedah u8 kuala Lumpur hlm 207
3
SkoLhelm 8A 1969 1he PlsLorlan and Lhe CllmaLe of Cplnlon
bertepatan dengan prinsip atas pengkajiannya iaitu cuba menggambarkan yang benar
4
.
Sejauh mana hasilnya itu akan melambangkan prinsip tersebut berkait rapat prinsipprinsip
yang lain. Herman Ausubell seorang sejarahwan dari amerika syarikat, menggambarkan
golongan yang boleh dipanggil sejarahwan ialah orang kenamaan, PresidenPresiden
Amerika syarikat, Pegawai tinggi kerajaan, keturunan negarawan amerika yang terkenal,
paderi, novelis, wartawan, presiden universiti, sejarahwan luar kampus dan profesor
sejarah.
S
Nenurut Nuhd. Yusuf !brahim, beliau menyatakan bahawa golongan sejarawan
adalah mereka yang menyumbang kepada penulisan serta penerbitan karya - karya sejarah
dalam bentuk buku, monograf atau makalah-makalah berdasarkan hasil penyelidikannya.
Karya-karya yang ditulis merupakan penulisan yang bernas dan dapat
dipertanggungjawabkan kesejarahannya serta membolehkan pengkaji lain dan masyarakat
untuk menilai kedudukannya. Beliau turut berpendapat bahawa sesiapa yang melakukan
penyelidikan dan menulis sejarah, walau dalam bidang apa sekalipun, maka lazimnya
mereka boleh dianggap sebagai sejarawan dan siapa yang sebaliknya sudah tentulah tidak
boleh dianggap sebagai sejarawan.
6

Setelah melihat tentang siapakah sejarahwan dapat kita lihat beberapa perbezaan
definisi sejarahwan mengikut sejarahwan barat dan malaysia. Qasim Ahmad ada
mengatakan secara umum bahawa sejarahwan seperti juga para pengkaji bidang ilmu yang
lain, cenderung untuk menakrifkan disiplin mereka dan aspekaspek di dalamnya dengan
jelas dan khusus. Oleh sebab itu, para individu yang terlibat sering mempunyai pendirian
dan pandangan yang berlainan, maka wajarlah perselesihan yang timbul antara mereka.
7

Perkara ini sememangnya turut terjadi dalam penakrifan maksud sejarah. Namun, jika
diteliti pendapat kesemua tokoh sejarah maka, dapatlah kita bandingkan dan simpulkan
bahawa seorang sejarahwan adalah orang yang mengkaji sejarah masa lalu dan
menghasilkan karya berdasarkan hasil kajiannya. Hal ini sebenarnya menunjukan bahawa
sejarahwan adalah individu yang arif tentang sejarah dan memahami sejarah masa lalu
melalui kajian demi kajian yang dilakukan untuk mengetahui dan untuk pembuktian
berlakunya sesuatu peristiwa dan sebab musababnya.
Sejarahwan secara umumnya kita fahami adalah individu yang mengkaji dan
menyelidik tentang sejarah. Dalam sesuatu penyelidikan sejarah, sumber merupakan
perkara yang paling penting. Nenurut Nuhd Yusof !brahim sumber ialah sesuatu yang

4
Pans Meyerhoff 1he hllosophy hlm 83
3
Perman Ausubell 1963 PlsLorlan and 1helr CrafLs
6
Muhd ?usuf lbrahlm 2000 llmu Se[arah lalsafah engerLlan dan kaedah u8 kuala Lumpur hlm 121
7
Caslm Ahmad karya Se[arah pendekaLan dan persoalan 1991
menjadi punca kepada lahiran pemikaran, ianya tidak abstrak dan boleh dirujuk kembali,
digunakan dalam penyelidikan dalam manamana bidang keilmuan.
8
Dengan kewujudan
sumber maka dapatlah sesuatu kajian itu dilakukan. Walaubagaimanapun, sumber ini
diketegorikan kepada dua iaitu sumber pertama dan sumber kedua. Pengkajian sejarah oleh
sejarahwan selalunya menggunakan sumber pertama dan sumber kedua. Penggunaan
sumber pertama perlu kerana ia merupakan sumber yang utama dalam pembuktian
kesahihan sesuatu fakta sejarah. Hal ini kerana sumber utama keadannya masih lagi asli
dan belum ditafsir. !a tidaklah merupakan hasil kajian terhadap sumber lain.
3
Nelalui
rujukan kepada sumber pertama maka sudah tentu fakta yang diperolehi sejarahwan adalah
lebih sahih kerana belum ditafsir atau diolah oleh orang lain. Kesahihan sesuatu sumber
dalam pengkajian sejarah ini amatlah penting untuk memastikan tiada pemesongan fakta
dan unsur tokok tambah dalam kajian sejarahwan. Di samping menggunakan sumber
pertama, pengkajian sejarah juga biasanya menggunakan sumber kedua, Nenurut Nuhd
Yusof !brahim sumber yang kedua ini biasa digunakan oleh penyelidik yang lain, sama ada
sebagai rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan bagi mengukuhkan lagi
pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang dikaji.
10
Dengan penggunan
keseluruhan sumber yang ada sudah tentu fakta yang dihasilkan lebih baik dan tepat serta
tidak akan dipersoalkan. Seterusnya, sumber yang tepat akan menyokong pengadilan moral
yang lebih baik dan tidak menyalahkan atau memuji sebelah pihak kerana fakta dan sumber
yang salah. Nalah sumber yang tepat oleh sejarahwan juga mampu menunjukkan bukti -
bukti yang kukuh serta mampu memberikan hujah yang bernas dalam menegakkan sesuatu
pengadilan yang dilakukan. Perkara ini sesuai dengan pendapat abdul Rahman Haji Abdullah
bahawa kalaupun berat sebelah, maka ia merupakan rumusan atau kesimpulan yang
berasaskan data dan fakta yang kukuh dan sahih.
11

Seterusnya, kaedah sejarah. ]acques Barzun dan Hendry F. Craff mengatakan
kaedah sejarah itu adalah sebahagian daripada teknikteknik kajian sejarah.
12
Pertamanya,
dalam pengkajian sejarah didapati teknik mengkaji dan menganilisis itu berbeza antara
seorang sejarahwan dengan sejarahwan yang lain. Hal ini kerana sejarahwan akan mengkaji
menggunakan ilmu bantu arkeologi, antropologi, geografi dan kronologi, falsafah, bahasa,

8
Muhd ?usuf lbrahlm 1971 engerLlan Se[arah erbahasan Mengenal Leorl uan kaedah Plm66
9
Muhd ?usuf lbrahlm 1971 engerLlan Se[arah erbahasan Mengenal Leorl uan kaedah Plm66
10
Muhd ?usuf lbrahlm 1971 engerLlan Se[arah erbahasan Mengenal Leorl uan kaedah hlm161
11
Abdul 8ahman Pa[l Abdullah enghanLar llmu se[arah Plm 84
12
8arzun ! dan Craff Pl 1970 1he Modern 8eseacher Ldlsl Semakan new ?ork ParcourL 8race World
lnc hlm19
kesusteraan, kuantifilasi dan komputer.
13
Nuhd Yusof !brahim dalam bukunya mengatakan
Nodel dalam pengkajian mungkin berbentuk !ceologi ataupun berdasarkan model kaedah
penyelidikan di dalam bidangbidang keilmuan yang lain, seperti sosoilogi, antropologi,
kesusteraan, dan politik.
14
Hal ini menunjukan sejarahwan tidak hanya merujuk kepada satu
kaedah kajian sahaja. Abdul rahman dalam bukunya ada menyebut bahawa dalam mengkaji
sejarah kritikan sumber akan dilakukan untuk memastikan sumber itu tulen atau palsu.
1S
Hal
ini adalah sebenarnya satu usaha mendapatkan maklumat dan fakta yang lengkap serta
benarbenar sahih oleh sejarahwan. Dengan pelbagai kaedah kajian yang dilakukan
sejarahwan maka pemilihan fakta yang tepat dalam kajian dapat dilakukan dan fakta yang
tidak tepat akan dapat disingkirkan dan ini secara tidak langsung akan mengurangkan
kesalahan fakta dalam penghasilan karya sejarah. Seterusnya, mendorong pengadilan moral
yang dilakukan sejarahwan selaras dengan fakta sejarah yang benar. Hal ini seterusnya
merupakan satu sebab mengapa pengadilan moral yang dilakukan sejarahwan lebih
diterima.
Dalam penulisan sejarah kita dapat lihat bagaimana terdapat pandangan sejarahwan
yang menyokong pengadilan moral dilakukan sejarahwan dan tidak kurang juga yang
membantah. Hal ini dengan jelas dapat kita lihat dalam konsep objektiviti dan subjektiviti
sehingga mewujudkan dua aliran sejarahwan dalam karya sejarah iaitu konservatif dan
progresif. Abdul Rahman dalam bukunya ada mengatakan tentang penentangan Herbert
Butterfeild terhadap pengadilan moral. Bagi Herbert Butterfeild, peranan ahli sejarah
hanyalah mengisahkan sesuatu peristiwa itu secara jelas sebagaimana adanya, dan
terpulanglah kepada pembaca untuk mengadili baik buruknya. Tetapi di sini Abdul Rahman
Haji Abdullah menekankan konsep ilmu yang bersepadu menuntut sikap fungsional dan
bukannya neutral bagi seorang ilmuan atau cendekiawan. Nenurut beliau bagi cendikiawan
muslim, terdapat tugas asasi sebagai pendakwah(da'i) untuk melaksanakan kewajiban.
Nenyeru kepada kebaikan dan melarang keburukan(amar ma'ruf nahi mungkar).
16
Abdul
Rahman juga menegaskan dalam bukunya bahawa golongan yang menolak pengadilan
moral dilakukan sejarahwan adalah bersifat teoritikal. Nungkin mereka tidak mengatakan
pengadilan moral secara terangterangan tetapi mengadili sesuatu secara tersembunyi iaitu
melalui pemilihan tema dan persoalan, pemilihan faktafakta, penggunaan gaya bahasa dan
sebagainya. Di sini kita dapat lihat bahawa sejarahwan bukan sahaja mengkaji sejarah

13
Abdul 8ahman Pa[l Abdullah 1994 enghanLar llmu Se[arah
14
Muhd ?usuf lbrahlm 1971 engerLlan Se[arah erbahasan Mengenal Leorl uan kaedah Plm 94
13
Abdul 8ahman Pa[l Abdullah enghanLar llmu se[arah Plm 77
16
Abdul 8ahman Pa[l Abdullah enghanLar llmu se[arah Plm 119
tetapi perlu menunaikan tanggungjawab sosialnya. Naka dengan itu wajarlah sejarahwan
melakukan pengadilan moral dalam karya sejarah mereka.

PENCAD!LAN NORAL OLEH NASYARAKAT
Dalam usaha mengkaji pengadilan moral oleh masyarakat yang tidak terlatih ini satu
penelitian akan dibuat tentang siapakah yang dimaksudkan masyarakat tidak terlatih dan
mengapakah Qasim Ahmad berpendapat bahawa pengadilan moral perlu dilakukan
sejarahwan terlatih dan bukannya golongan masyarakat yang tidak terlatih. Nasyarakat
tidak terlatih ini sememangnya ditujukan kepada golongan masyarakat yang bukan terdiri
daripada mereka yang mengkaji sejarah secara khusus. Colongan yang dimaksudkan
mungkin adalah golongan orang kebanyakan yang mungkin mengikuti perkembangan
semasa sejarah atau mempelajari sejarah berdasarkan pembelajaran biasa dengan
menggunakan sumber sekunder ataupun hasil kajian sejarahwan yang telah dibukukan oleh
para sejarahwan.
Daripada penerangan tersebut kita dapat melihat bahawa masyarakat hanya
menggunakan sumber sekunder atau sumber kedua jauh sekali bezanya dengan sejarahwan
yang menggunakan keduadua sumber yang ada. Nenurut Raja Ali haji, sejarahwan yang
pada kurun ke 13, beliau mengatakan sumber kedua sebagai sumber yang " sudah terpakai
".
17
Sebenarnya sumber kedua ini merupakan hanya tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan dan
malahan andaian yang dibuat seseorang pengkaji terhadap perkara yang dikaji berdasarkan
sumbar utama.
18
Setelah melihat pandangan sejarahwan tentang sumber yang digunakan
golongan masayarakat ini maka dapat kita katakan bahawa sumber yang diguna masyarakat
bukannya daripada hasil kajian yang mereka lakukan sendiri. Neskipun fakta dalam sumber
kedua itu mungkin tepat tatapi agak sukar untuk masyarakat buktikannya kerana sumber
yang mereka gunakan adalah mungkin telah diolah, andaian dan sebagainya seperti yang
dikatakan sejarahwan sendiri. Apatah lagi pada masa kini terdapat pelbagai centric dalam
karya sejarah. Naka sudah tentu sukar bagi masyarakat yang tidak mahir dan tidak
mengkaji sejarah untuk membezakan dan melihat dari pelbagai sudut pandang seperti
sejarahwan yang terlatih. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan pengadilan
moral yang masyarakat lakukan itu rendah nilainya dan kurang diterima.

17
8a[a All Pa[l1963 1hufaL alnafls Sse[arah Melayu dan 8ugls ulrumlkan oleh Munlr 8ln All Slngapura
Malaysla ubllcaLlon lLd hlm 379
18
Muhd ?usof lbrahlm llmu Se[arah lalsafah engerLlan dan kaedah hlm137
Perkara seterusnya yang perlu diambil perhatian adalah kaedah mendapatkan fakta
sejarah yang oleh masyarakat. Dengan kemajuan teknologi maklumat pada era ini, segala
maklumat dikatakan mudah didapati sesuai dengan slogan "maklumat di hujung jari". Hal ini
adalah benar kerana maklumat sejarah dapat diakses di internet dengan mudah.
Walaubagaimanapun, terdapat perkara penting yang perlu diketahui iaitu bukan semua
maklumat yang terdapat di internet adalah benar namun bukan semuannya juga salah.
Nelalui penelitian kita dapati bahawa kebanyakan maklumat sejarah ini dimuat naik oleh
blogerbloger dan bukannya penulis asal sesuatu karya sejarah. Adalah tidak mustahil karya
dan fakta sejarah ini telah diubah untuk tujuan peribadi bloger tersebut. Nuhd Yusof ibrahim
dalam karyanya mengatakan mereka yang menulis dan mentafsir mungkin mempunyai motif
tertentu yang menyebabkan mereka sanggup menyelewengkan fakta yang benar dan
mengemukakan yang salah.
13
Kenyataan ini jika diafahami dapat juga diaplikasikan dengan
masalah fakta dalam internet itu sendiri. Oleh itu, sejauh manakah kesahihan fakta yang
diperolehi masyarakat dalam usaha untuk melakukan pengadilan moral dalam sejarah.
Adakah fakta yang mereka dapat itu benarbenar sahih dan tidak terdapat unsur
propaganda blogerbloger sahaja bagi mencapai matlamat mereka. Hal ini kerana kesahihan
fakta itu penting untuk memastikan pengadilan moral yang dilakukan tidak bias serta untuk
memberikan hujah yang bernas bagi menyokong pengadilan moral yang dilakukan.
Perkara yang tidak kurang pentingnya juga adalah kecendrungan masyarakat
ataupun naluri manusia. Nasyarakat yang tidak mahir juga tidak dapat melakukan
pengadilan moral dengan baik kerana sifat memilih fakta yang dianggap penting dan
mengabaikan yang kurang penting. Nenurut Abdul Rahman Haji Abdullah" faktor naluri dan
kecendrungan peribadi manusia sendiri yang suka memilih (select) sesuatu yang dianggap
penting dan berguna, serta mengetepikan (omit) sesuatu yang dianggap tidak penting dan
tidak berguna".
20
Perkara seperti ini sememangnya berlaku kerana masyarakat cenderung
untuk mengambil topiktopik tertentu sahaja untuk diadili. Hal ini jelas sekali berbeza
dengan sejarahwan yang mengkaji sejarah untuk menggambarkan sesuatu peristiwa
lampau. Dengan tindakan seperti itu sudah tentu pengadilan moral yang dilakukan
masyarakat akan kurang sempurna kerana pengadilan yang dilakukan bukannya
berdasarkan keseluruhan fakta dalam sesuatu karya sejarah.


19
Muhd ?usof lbrahlm llmu Se[arah lalsafah engerLlan dan kaedah Plm 233
20
Abdul 8ahman Pa[l Abdullah enghanLar llmu se[arah Plm 107
Setelah meneliti cara masyarakat mendapat sumber dan cara pihak ini melakukan
pengadilan moral maka dirumuskan bahawa pengadilan moral yang dilakukan masyarakat
adalah kurang ilmiah berbanding dengan yang dilakukan sejarahwan. Hal ini kerana, mereka
tidak benarbenar mengkaji sejarah seperti sejarahwan. Colongan ini hanya melakukan
pengadilan moral dari sudut pandang mereka sendiri dengan berdasarkan fakta yang
mereka sedia miliki. Nereka tidaklah dapat untuk membuktikan teori dan pengadilan mereka
dengan jelas dan ini akan lebih memburukkan lagi keadaan dalam konsep pengadilan moral.
Berbeza dengan sejarahwan yang mengadili sesuatu perkara dengan hujah dan isi yang
mampu menyakinkan orang lain. Tambahan pula, sebilangan besar ahli sejarahwan lain
turut menyokong pandapat Qasim Ahmad ini. Nenurut abdul rahman Haji Abdullah "perlu
diingatkan tuntutan agar pihak lain tidak melakukan pengadilan moral itu sebenarnya akan
pendakyah yang memperalatkan sejarah untuk matlamat buruk mereka.
21
Tuntutan ini
sememangnya perlu diambil perhatian, ahli sejarahwan kurang bersetuju dengan pengadilan
moral yang dilakukan masyarakat kerana takut sejarah itu dipergunakan untuk matlamat
buruk sesetengah pihak. Hal ini kerana sejarahwan menyedari bahawa sejarah merupakan
senjata yang paling berkesan dalam mencapai matlamat buruk sesetengah pihak. Oleh itu
saya merumuskan bahawa pengadilan moral adalah lebih sesuai dilakukan sejarahwan yang
mahir berbanding dilakukan masyarakat yang tidak mahir. Namun, pengadilan haruslah
berdasarkan fakta yang ada dan tidak membuat pengadilan sesuka hati seperti yang
dikatakan Nuhd Yusof !brahim, bukanlah keberanian menyuarakan pendapat sahaja tanpa
diiringi dengan keupayaan untuk pembuktian kebenaran pendapatnya berdasarkan fakta,
dokumen dan bahan bukti yang jelas dan nyata.
22



21
Abdul 8ahman Pa[l Abdullah enghanLar llmu se[arah Plm 120
22
Muhd ?usof lbrahlm llmu se[arah lalsafah engerLlan dan kaedah hlm 119