Anda di halaman 1dari 2

Membentuk dan Membuat Binaan Mobail

Mobail merupakan sejenis arca di mana pengarca mencari satu konsep baru untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca yang diterima sebagai karya seni. Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang menarik. Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898-1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.

Alat dan Bahan Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama. Cantuman komponen mobail dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan tanggam.. Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.