Anda di halaman 1dari 28

Analisis Kegawatan Kewangan US 2008 dan Kesan ke atas Ekonomi Malaysia

Pengenalan
Dunia kini sedang mengalami gelora ekonomi yang telah bermula daripada krisis
kewangan subprima di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2008. Hasilnya, ekonomi
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sendiri, Kawasan Eropah, Jepun, Singapura, China
dan Asia Tenggara mula lumpuh dan menerima akibat yang teruk sebagai rentetan daripada itu.
Pada Januari 2009, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengunjurkan pertumbuhan
ekonomi dunia hanya pada paras 2.2 kepada 0.5 peratus bagi tahun 2009. Pada masa yang sama,
Bank Dunia turut menyatakan bahawa ekonomi dunia akan menguncup sebanyak 5 peratus
dibawah potensinya.
Dalam pada itu, Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka turut menerima tempias
akibat daripada krisis ekonomi global ini. Senarionya, pada suku keempat tahun 2008, ekonomi
Malaysia sudah merasa tempias krisis ekonomi global ini di mana pertumbuhan ekonomi negara
hanya mencatat 0.1 peratus, berbanding 4.7 peratus pada suku ketiha tahun 2008. Tahun 2009
memperlihatkan kejatuhan eksport negara sebanyak 27.8 peratus pada bulan Januari, manakala
pelaburan langsung asing (FDI) hanya mencatat RM 26 bilion iaitu hanya separuh daripada nilai
yang dicatatkan pada tahun 2008 iaitu sebanyak RM 51 bilion.
Penurunan mendadak harga komoditi minyak, gas dan kelapa sawit serta kejatuhan
pasaran saham Bursa Malaysia turut menjejaskan perkembangan ekonomi negara. Kemelesetan
ekonomi yang melanda ini bukan sahaja memberi kesan kepada negara malahan rakyat yang
terdiri daripada guna tenaga daripada pelbagai sektor seperti sektor pembuatan terutamanya
industri elektrik dan elektronik yang mengalami tekanan hebat akibat daripada tauIan
kemelesetan ini.
Justeru, tugasan ini adalah satu wacana yang menganalisis liputan akhbar-akhbar
tempatan mengenai isu berkaitan kegawatan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat itu yang
seterusnya turut memberi kesan kepada ekonomi negara-negara maju termasuklah skop negara
kajian utama kita iaitu Malaysia menjelang tahun 2009 sehingga ke penghujunnya. Analisis ini
meliputi kesan kegawatan ekonomi kepada pekerjaan, sosio-ekonomi dan tindakan atau langkah
yang diambil oleh pelaku-pelaku dalam ekonomi negara iaitu seperti majikan, pekerja, kerajaan
dan kesatuan-kesatuan sekerja secara ringkas.



Kesan kegawatan ekonomi kepada sektor pekerjaan
Secara keseluruhannya laporan akhbar-akhbar tempatan telah memperlihatkan kepada
kita bahawa sebenarnya kegawatan ekonomi mula melanda negara-negara terlibat sejak
pertengahan tahun 2007 lagi. Hal ini bermakna, laporan mengenai kesan kegawatan ekonomi
terhadap pelaku-pelaku dalam ekonomi terutamanya kesan terhadap pekerja dan pekerjaan serta
beberapa kesan lain seperti kesan terhadap sosio ekonomi penduduk sudah mula jelas kelihatan
sejak saat itu lagi. Walau bagaimanapun skop ulasan ini akan lebih ditumpukan kepada latar
belakang kegawatan ekonomi pada sepanjang tahun 2009 dan dengan mengambil kira juga
pelaporan berkenaan dengan isu ini pada tahun-tahun sebelumnya.
Dewasa kini, isu kegawatan ekonomi yang dihadapi oleh seluruh negara termasuk
Malaysia telah membawa kepada isu kehilangan pekerjaan dikalangan rakyat di negara terlibat.
Menjelang 2009, menurut Menteri Sumber Manusia, diramalkan kira-kira 45,000 pekerja bakal
menghadapi tindakan pemberhentian kerja. Setakat tahun 2009 kira-kira 15,000 pekerja telah
diberhentikan. Kementerian Sumber Manusia menasihatkan supaya pekerja-pekerja memilih
bidang pekerjaan lain atau berkaitan dengan bentuk latihan kemahiran. Walau bagaimanapun,
secara realitinya, penduduk di Malaysia didapati masih belum bersedia untuk menghadapi risiko
kehilangan pekerjaan berikutan krisis ekonomi global.

Satu kaji selidik mendapati, secara puratanya, simpanan rizab responden hanya mampu
bertahan dalam tempoh 11 minggu sahaja apabila mereka diberhentikan kerja. Selain itu, 21
responden pula membayangkan simpanan mereka hanya akan bertahan selama 4 minggu sahaja.
Malahan juga, hasil kajian oleh Timothy Johnson iaitu Ketua Segmen Pemasaran Peruncitan
Citibank Bhd. Menunjukkan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan hanya 2 daripada 5
rakyat atau 39, rakyat Malaysia mempunyai tabiat menabung secara konsisten.

Kegawatan ekonomi telah memberi impak yang besar kepada sektor-sektor ekonomi di
Malaysia. Terdapat jangkaan oleh Badan Pegawas Pemegang Saham Minoriti Bhd (MSWG)
bahawa hampir lebih 1000 syarikat senaraian awam tempatan akan terjejas pada akhir tahun
2010 berikutan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS). Walau bagaimanapun secara
jelasnya, impak kemelesetan telah terlebih dahulu di hadapi oleh beberapa sektor pekerjaan yang
terjejas teruk akibat kemelesetan ekonomi. Sektor pembuatan terutamanya sektor-sektor seperti
elektrik dan elektronik serta automotiI. Memandangkan sektor pembuatan adalah merupakan
sektor yang menyediakan peluang pekerjaan, maka satu trend telah dapat kita lihat di mana satu
persatu perusahaan yang terlibat dalam sektor pembuatan terpaksa sama ada menamatkan
keseluruhan atau sebahagian operasi atau terpaksa menutup terus operasi kilang atau perusahaan
mereka akibat tidak dapat menampung kos pengeluaran operasi syarikat.

Malahan isu berkaitan dengan pekerja sektor pembuatan terus berlanjutan sehingga ke
bulan Mac 2009.Walaupun terdapat kekosongan di sektor ini menjelang Mac, sektor ini terpaksa
dibekukan sementara waktu. Hal ini penting bagi memastikan jawatan dalam sektor swasta lain
dapat diisi. Jabatan Tenaga Kerja, Johari Kabir memberitahu, bagi membolehkan jawatan sektor
swasta diisi oleh pekerja tempatan, pelbagai pendekatan proaktiI dilaksanakan untuk mereka
mendapat pekerjaan. Walau bagaimanapun timbul persoalan adakah kekosongan ini sesuai diisi
oleh pekerja-pekerja dari sektor pembuatan terutamanya mereka yang datang dari latar belakang
pendidikan yang rendah.

Kegagalan menampung kos pengeluaran operasi ini telah menjadi kesan berantai dimana
ramai pekerja dalam sektor-sektor yang terjejas teruk akibat masalah kemelesetan ekonomi
terpaksa diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatan. Hal ini kerana syarikat yang dari sektor
terbabit terutamanya pengilan menghadapi masalah kemerosotan permintaan. Hal ini
ditambahkan lagi dengan pihak pengurusan yang menghadapi tekanan ekoran jualan merosot,
inventori meningkat serta berhadapan dengan kenaikan kos seunit barangan mereka.

Antara syarikat yang telah bertindak mengecilkan kos operasinya ialah Intel Corporation
yang telah bertindak menutup dua kemudahan pemasangan sedia adanya. Syarikat lain yang turut
bertindak sedemikian ialah Proton Holdings Bhd. Proton telah bertindak memberhentikan
perkhidmatan wakil pengedar mereka bagi memastikan pengeluaran kereta nasional itu kembali
berdaya maju. Hal ini menyebabkan hampir 180 wakil edar proton terpaksa menghentikan
operasi mereka.

Kesan terhadap pekerjaan seterusnya juga dapat dilihat dalam sektor perkhidmatan awam
sendiri yang terpaksa bertindak menamatkan perkhidmatan penjawat awamnya. Di Butterworth
contohnya, Perbadanan Perpustakaan Awam di Pulau Pinang melalui Kerajaan Negeri Pulau
Pinang telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan 13 kakitangannya. Hal ini
menyebabkan bukan sahaja pekerja itu sendiri yang menanggung keperitan akibat kehilangan
kerja sekaligus pendapatan, malahan tanggungan-tanggungan di bawah pekerja yang dipecat
tersebut turut merasa tempias keadaan tersebut.
Hal ini dibuktikan dengan keluhan-keluhan dan luahan rasa kecewa yang disuarakan
oleh individu penjawat awam yang dipecat tersebut. Walau bagaimanapun dapat dilihat tindakan
Kongres Kesatuan Sekerja (CUEPACS) yang begitu komited dalam melindungi penjawat awam
yang bernasib malang ini. Antara usaha CEUPACS termasuklah menghantar surat kepada ketua
menteri yang terlibat memohon supaya mengeluarkan arahan kepada PPAPP agar menerima
kembali pekerja yang diberhentikan ini. Jika PPAPP tidak berbuat demikian PPAPP hendaklah
membayar pampasan kepada pekerja tersebut.

Walau bagaimanapun, di Pulau Pinang, laporan mengenai pemberhentian pekerja
dilaporkan stabil sejak beberapa minggu kebelakangan. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Pulau
Poi Hoe Lean Fatt menyatakan kadar peningkatan pemberhentian pekerja khususnya dalam
sektor pembuatan, tidak begitu ketara. Hanya 300 pekerja diberhentikan menjelang bualn April
berbanding 1200 orang pekerja diberhentikan pada Januari. Hal ini adalah berpunca daripada
kebijaksanaan majikan mengambil langkah penurunan kos operasi dengan mengurangkan gaji
dan bayaran lebih masa, mengurangkan waktu bekerja, tidak memberi bonus dan meminta
pekerja menghabiskan cuti tahunan.
Walau bagaimanapun, laporan akhbar pada bulan Mac pula telah memberi angka baru
bagi pekerja yang telah diberhentikan keja di negara ini telah mencecah kepada angka 26224
orang. Menurut Pengarah EksekutiI Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsudin
Bardan, daripada jumlah 26224 tersebut, seramai 12674pekerja yang terdiri daripada rakyat
tempatan dan 6651 rakyat asing diberhentikan dengan begitu sahaja, manakala selebihnya
ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).
Kesan lain yang turut terpaksa ditanggung oleh sektor pekerjaan akibat kemelesetan
ekonomi ialah berkenaan dengan isu gaji. Pemberhentian kerja dikalangan pekerja turut
menyebabkan pekerja kehilangan pendapatan. Tambahan lagi, tindakan majikan yang
mengurangkan waktu bekerja bagi mengelakkan pemecatan kakitangan menyebabkan pekerja
hanya menerima jumlah gaji yang kecil. Hal ini menyebabkan pekerka menghadapi masalah
kewangan. Contohnya, Kerajaan Kedah mengumumkan pemotongan gaji dikalangan Ahli
Mesyuarat Kerajaan Negeri sebanyak 5.


Wang yang dipotong tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Tunku Mahmud bagi
tujuan pembiayaan kepada golongan miskin di negeri Kedah. Tindakan yang sama turut diambil
CIMB yang turut melaksanakan skim pemotongan gaji kakitangannya antara 10 hingga 20.
Tindakan ini adalah bertujuan untuk megurus kualiti asset secara proaktiI dan mengendalikan
kos dengan lebih baik. Ketua EksekutiInya juga menyatakan pembuangan pekerja bukanlah
budaya yang tepat untuk mengoptimumkan operasi ketika berlakunya krisis kewangan ini.



Kesan Terhadap Sosio-ekonomi
Sepertimana yang diketahui umum, terdapat banyak kesan yang akan timbul sekiranya
hubungan industri yang dijalankan tidak menepati ciri-ciri yang baik. Contoh ciri-ciri yang baik
ialah penggunaan pekerja warga asing dapat diminimumkan, pekerja tempatan diberikan peluang
yang sama, dan sebagainya. Namun, akibat yang diterima Malaysia pada tahun 2009 adalah
kesan kemelesetan ekonomi seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.
Terdapat banyak sektor yang mengalami impak yang sama seperti yang terjadi di negara-negara
tersebut.



a) Pekerja Tempatan
Sektor sumber manusia merupakan agen yang terpenting dalam apa jua bidang pekerjaan.
Sumber manusia merupakan tenaga kerja yang akan menggerakkan apa sahaja pekerjaan, tanpa
mereka, sektor tersebut akan mengalami kemerosotan yang akan menyebabkan berlaku kerugian
atau kesan negatiI yang lain lagi. Pada tahun 2009, telah mencatatkan beberapa kesan akibat
kemelesetan yang melanda Malaysia. Masalah pemberhentian pekerja di pelbagai sektor
pekerjaan merupakan kesan utama yang berlaku akibat krisis ekonomi 2009. Seperti yang
dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 22 Disember 2008, terdapat trend pemberhentian pekerja
yang diramalkan serius tahun 2009 dengan seramai 4,749 pekerja akan diberhentikan oleh 102
majikan dalam tempoh tiga bulan pertama 2009 setelah mengambil kira kelembapan ekonomi
dunia.
Hal ini telah disebabkan ramai majikan terpaksa mengurangkan kos pengeluaran bagi
memastikan mereka kurang mengalami kerugian dalam perniagaan mereka. Sebelum ini,
terdapat juga laporan daripada Kementerian Sumber Manusia menjangkakan 45,000 pekerja
akan hilang pekerjaan selepas Tahun Baru Cina 2009, ia lebih banyak berbanding krisis pada
tahun 1997-1998 lalu, menurut Pakar Ekonomi Kanan Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwar
Ahmad Tajudin. Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac
2009, dinyatakan oleh pengarah eksekutiI Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF)
Shamsuddin Bardan. Menurut beliau lagi, daripada jumlah itu, sebanyak 12,674 rakyat tempatan
dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu saja, manakala selebihnya ditawarkan skim
pemisahan sukarela (VSS).



-) Pekerja Kontrak
Selain itu, terdapat juga isu berkenaan pekerja kontrak yang terpaksa diberhentikan
perkhidmatan mereka di Malaysia kesan daripada kelembapan ekonomi. Seperti yang dilaporkan
oleh Utusan Malaysia mengenai nasib pekerja kontrak yang berkhidmat di Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan
Negeri Pulau Pinang. Begitu juga desakan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang telah mendesak kerajaan supaya menyerap 50,000
kakitangan kontraknya ke jawatan tetap. Menurut Presiden CUEPACS, Omar Osman, mereka
tidak sepatutnya ditamatkan kontrak lebih-lebih lagi ketika negara menghadapi kemelesetan
ekoran krisis ekonomi global.

Sebelum itu, beliau sebenarnya telah menerima aduan dan makluman pekerja kontrak
diberhentikan secara drastik oleh ketua-ketua jabatan dan itu adalah tindakan yang tidak wajar
serta tidak berperikemanusiaan. Beliau menambah, seharusnya pihak Sumber Manusia prihatin
dengan nasib pekerja-pekerja kontrak yang mempunyai keluarga dan tanggungan. Beliau juga
mengulas mengenai tindakan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang telah
memberhentikan 13 kakitangannya sama ada mahu menyambung semula perkhidmatan mereka
atau membayar pampasan kepada mereka yang terlibat. CUEPACS juga mahu supaya status
kakitangan atau pekerja kontrak di semua agensi dan jabatan kerajaan di seluruh negara
dihapuskan menjelang tahun 2010.



c) Pekerja Asing
Pada masa kini, kebergantungan terhadap pekerja asing dilihat terlalu tinggi
memandangkan ramai majikan yang berpendapat pekerja tempatan yang suka memilih pekerjaan
dan tidak berminat untuk menceburkan diri dalam sektor perladangan, pembinaan dan sektor-
sektor lain. Namun begitu, jika kita melihat kembali kepada senario ini, jika kehadiran mereka
tidak disekat, maka akan berlakulah lambakan pekerja asing di Malaysia. Seperti laporan yang
diterbitkan oleh Utusan Malaysia mengenai jumlah pekerja warga asing yang dianggarkan
berjumlah 2.2 juta orang tidak termasuk jumlah pendatang tanpa izin yang menghampiri jumlah
dua juta di seluruh negara. Mereka bukan sahaja menyebabkan lebihan tenaga kerja malahan
telah menyebabkan ramai tenaga kerja tempatan tidak dapat mendapat pekerjaan. Nisbah
kehadiran mereka juga sudah meningkat dan akan menguasai separuh daripada suku juta peluang
pekerjaan yang ada di Malaysia pada setiap tahun.
Namun begitu, menurut Setiausaha Agung MTUC, G. Rajasekaran menyatakan, tindakan
tidak bertanggungjawab agensi pekerjaan yang mengejar keuntungan dengan membawa masuk
pekerja asing menyebabkan terdapat kira-kira 10,000 warga asing yang menganggur di negara
ini. Keadaan menjadi bertambah buruk lagi melalui campur tangan syarikat pekerjaan yang tidak
berpengalaman dalam mengurus dan melatih pekerja sehingga menyebabkan ramai yang gagal
untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Tenaga
Kerja Semenanjung Malaysia, Sheikh Yahya Sheikh Mohamed juga menyatakan, keengganan
warga asing untuk meninggalkan negara ini adalah disebabkan oleh kos perbelanjaan untuk
datang ke negara ini yang tinggi.



d) Tenaga Pakar Tempatan
Isu tenaga pakar tempatan yang enggan bekerja di negara sendiri dilihat memerlukan
penambahbaikan dari segi upah yang bakal mereka terima jika sedia berkhidmat dengan sektor
yang terlibat. Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn menyatakan,
sistem upah sekarang telah menyebabkan negara kehilangan ramai tenaga pakar yang mengambil
keputusan untuk berhijrah ke negara luar seperti ke Singapura kerana menawarkan peluang yang
lebih baik.

Menurut beliau, Malaysia tiada pilihan selain melaksanakan sistem setanding di peringkat
antarabangsa bagi menghentikan penghijrahan tenaga pakar yang merugikan negara. Ramai
pekerja Malaysia mempunyai kepakaran yang tinggi namun mereka telah berhijrah ke Singapura
kerana gaji yang diterima lebih lumayan. Beliau juga menambah, pemberian insentiI di
Singapura telah mendorong ramai pekerja meningkatkan produktiviti, jadi sudah tiba masanya
Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia juga sedang memikirkan bagaimana kita boleh
mengubah sistem upah supaya setanding dengan piawaian antarabangsa.



e) Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Usahawan PKS juga mengalami impak akibat keadaan ekonomi yang merundum pada
tahun 2009 yang lalu. Kebanyakkan mereka telah membuat pinjaman untuk menjalankan
perniagaan mereka. Usahawan PKS adalah tulang belakang ekonomi negara yang menjadi periuk
nasi kepada ratusan ribu pekerja kelas pertengahan dan rendah dengan lebih 90 peratus
perniagaan di Malaysia terdiri daripada PKS. PKS ditakriIkan sebagai Iirma yang menjana hasil
tahunan kurang daripada RM25 juta dan memiliki had bilangan kakitangan tertentu.

Justeru, untuk menyokong pengembangan dan pertumbuhan PKS ini, kerajaan menubuhkan
pelbagai agensi bagi membantu meningkatkan daya tahan serta saing yang antaranya,
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), Perbadanan Usahawan
Nasional Bhd. (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta yang terbaru, SME Bank selain
beberapa bank perdagangan turut menubuhkan bahagian Indusri Kecil dan Sederhana (IKS)
sendiri.
Apabila keadaan ekonomi kurang elok pada tahun 2009, ramai usahawan (PKS) gagal
untuk melunaskan pinjaman mereka, bank yang memberikan pinjaman terpaksa menanggung
pinjaman tidak berbayar (NPL) sehingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian,
mengurangkan tenaga kerja sedia ada menerusi Skim Perberhentian Sukarela (VSS) dan
penurunan harga saham. Justeru, arahan kerajaan kepada agensi-agensi pinjaman kerajaan
termasuk SME Bank dan MARA untuk memanjangkan tempoh pembayaran balik pinjaman
sangat wajar pada masa ini kerana dapat membantu PKS menstrukturkan semula kedudukan
kewangan syarikat. Dengan cara ini, para usahawan PKS dapat mengurangkan kadar kerugian
mereka dengan cara mengurangkan kos.



f) Pasaran Saham Tempatan
Pasaran saham tempatan kerugian hampir RM300 bilion sejak bulan Januari tahun 2008
ekoran kesan daripada masalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bermula awal 2008 dan
seterusnya merebak menjadi krisis kewangan global. Menurut Bekas Presiden Bursa Saham
Kuala Lumpur, (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Majid telah
menyatakan, kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) di bawah paras
900 mata kini adalah antara penunjuk utama yang pertama ketika itu menandakan Malaysia mula
menerima tempias daripada kemelut kewangan kuasa ekonomi dunia itu.
Malahan, Bursa Malaysia mula goyang` selepas pilihan raya umum pada bulan Mac
tahun 2008 ekoran konIlik dan kekeliruan pelabur terhadap kepimpinan negara selepas pilihan
raya tersebut apabila IKKL merudum sebanyak 100 mata kepada 1,173.22 mata. Jika kita lihat
secara keseluruhan, Iaktor politik juga memainkan peranan yang boleh mempengaruhi sesuatu
kegiatan ekonomi di sesebuah negara yang terlibat.



g) Industri Kereta Nasional
Lebih separuh atau 180 buah wakil pengedar kereta Proton Holdings Bhd. (Proton) di
seluruh negara akan dihentikan perkhidmatan mereka dalam usaha memastikan pengeluar kereta
nasional itu kembali berdaya maju. Menurut Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd Salleh,
tindakan yang dilakukan ini diakui menyakitkan tetapi langkah itu terpaksa dilakukan oleh
Proton. Proton kini mempunyai 303 wakil pengedar termasuk di bawah cabang pemasarannya
Proton Edar Sdn. Bhd.
Walau bagaimanapun, ada dikalangan wakil pengedar menyatakan perasaan tidak puas
hati dan mengarahkan supaya Proton Holdings Bhd. (Proton) menutup operasi cabang
pemasarannya, Proton Edar Sdn. Bhd. terlebih dahulu sebelum mereka hendak menghentikan
operasi cawangan wakil pengedar milik individu. Pemangku Presiden Persatuan Pengedar Proton
Edar Malaysia (Peda) Armin Baniaz Pahamin menyatakan, operasi anak syarikat Proton itu
adalah melibatkan wang pembayar cukai sedangkan operasi wakil pengedar Proton milik
individu yang ditanggung sendiri. Beliau juga menyatakan bahawa cadangan Proton itu akan
menyebabkan hampir 2,500 kakitangan kehilangan kerja dan kerugian sekitar RM123 juta
sekiranya 123 cawangannya ditutup.



h) Industri Import Negara
Industri import negara seperti makanan, kereta, motorsikal siap dipasang sepenuhnya dan
sebagainya telah mengalami kemerosotan akibat kegawatan ekonomi yang berlaku ini. Industri
ini dikatakan mengalami penurunan apabila kerajaan telah mengehadkan pengimportan bagi
memberi peluang yang sama kepada produk tempatan. Seperti yang dilaporkan dalam Utusan
Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, kebergantungan
terhadap import produk makanan luar seharusnya dikurangkan bagi memastikan pengaliran
keluar wang dapat dikurangkan. Hal ini juga penting sebagai langkah dalam pembentukan
eknonomi untuk menghasilkan model berpendapatan tinggi yang boleh meningkatkan
pendapatan golongan petani, nelayan dan penternak. Datuk Seri Najib Tun Razak juga
menegaskan, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap import
makanan yang bernilai kira-kira RM 28 bilion pada tahun 2008 kepada kira-kira RM14 bilion
setahun.
Begitu juga dalam pemberian AP atau permit import untuk kereta terhadap Irancais
terbuka bagi syarikat baru juga diambilberat memandangkan pemberian AP akan dimansuhkan
pada tahun 2015, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk
Mukhriz Tun Dr. Mahathir. Hal ini juga dinyatakan seperti dalam industri pembuatan dan
pemasangan motosikal tempatan patut mengambil peluang dalam AFTA bagi mengeksport
produk mereka di seluruh rantau ini. Duti import bagi motosikal yang dipasang sepenuhnya
(CBU) di negara ini akan dihapuskan pada tahun 2010 menurut Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed. Menurut beliau lagi, perusahaan ini perlu
meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengutamakan nilai tambah
dalam memajukan industri permotoran negara.





i) Kesan-Kesan Lain?
Dalam menghadapi kemerosotan ekonomi yang melanda negara, terdapat pelbagai sektor
yang lain mengalami kesan seperti dalam industri kenderaan terpakai. Jualan kenderaan terpakai
terutamanya kereta telah mengalami penyusutan jualan sebanyak 12 hingga 15 peratus pada
tahun 2009. Hal ini telah menyebabkan 5,000 pengedar kereta terpakai terpaksa menyimpan stok
kenderaan tersebut dengan jumlah yang besar iaitu sebanyak lebih 150,000 buah, menurut
Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony
Khor.


Beliau menegaskan, terdapat keperluan untuk mengembalikan keyakinan pengguna bagi
merangsang semula jualan kenderaan yang disebabkan oleh krisis kewangan global. Malahan,
masih terdapat lebihan stok dalam pasaran dan pengedar kereta terpakai tidak akan mengambil
stok pada harga yang tinggi. Jika jualan terus merosot, harga (kereta) juga terus jatuh dan akan
menjadikan pengguna tidak mahu menukar kereta, sebaliknya akan membeli kereta yang baru.
Isu kebajikan pekerja asing yang masih kurang dititikberatkan oleh para majikan di
Malaysia juga telah dilaporkan. Pada tahun 2009, terdapat andaian yang mengatakan pekerja
warga asing hendak menubuhkan persatuan sendiri, namun kerajaan melalui Kementerian
Sumber Manusia oleh menterinya, Datuk Dr S. Subramaniam telah menolak cadangan
tersebut. Menurut beliau, pekerja asing di negara ini sudahpun tertakluk kepada Akta Kerja 1955
seperti pekerja tempatan, dan daripada segi hak, pekerja asing tidak dibezakan daripada pekerja
tempatan. Contohnya di bidang perladangan, ada banyak pekerja asing sudah menjadi ahli
NUPW (Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang), sudah ada pekerja asing boleh buat
aduan mereka, sudah ada wakil pimpinan di pihak mereka untuk mewakili suara mereka. Selain
itu, Subramaniam juga menyatakan pekerja asing juga dibayar pampasan akibat kemalangan
yang berlaku di tempat kerja atau dalam perjalanan pergi balik ke tempat kerja mengikut Akta
Pampasan Pekerja 1952.
Selain itu, terdapat juga isu mengenai tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang meminta bonus walaupun negara sedang
mengalami kegawatan ekonomi. Tindakan yang dibuat oleh Cuepacs tersebut dilihat sebagai satu
tindakan yang kurang bermoral dalam negara yang sedang menghadapi krisis. Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, tuntutan tersebut dibuat ketika keadaan ekonomi
negara kini masih belum pulih sepenuhnya. Menurutnya, walaupun tindakan seumpama itu boleh
membuatkan CUEPACS popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia
disiIatkan sebagai tidak wajar.


Namun begitu, ia bukan bermakna kerajaan tidak menghargai sumbangan kakitangan
awam sebaliknya kerajaan sentiasa memikirkan cara dan kaedah terbaik untuk meningkatkan
motivasi mereka. Kerajaan katanya, akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan
dan setimpal terutama kepada pegawai serta kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi
yang cemerlang.

0 Tindakan Majikan dan Kerajaan



Tindakan Majikan
Kegawatan ekonomi dunia yang berlaku pada akhir tahun 2008 di Amerika Syarikat yang
melibatkan masalah kewangan kredit subprima dalam sektor perumahan telah memberi impak
kepada ekonomi Malaysia sehingga kini. Ini jelas dilihat apabila kadar pemberhentian pekerja
meningkat berikutan kemerosotan permintaan produk dan perkhidmatan yang dihadapi oleh
pihak industri. Dalam hal ini, pihak majikan telah melaksanakan pelbagai kaedah untuk
menyelesaikan masalah ini dan ia memberi kesan kepada sektor pekerjaan dan buruh di
Malaysia. Majikan merupakan pihak yang penting dalam organisasi pengurusan yang mana
pihak majikan merupakan pembuat keputusan jika berdasarkan kuasa yang ada pada mereka.
Ketika krisis kemelesetan ekonomi berlaku pada akhir tahun 2008 hingga 2009 di
jangkakan sejumlah 1 juta pekerja akan hilang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Ini disebabkan
oleh tindakan majikan yang dilihat sebagai cara yang terbaik untuk mengurangkan kos dan
meminimumkan kerugian yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh di kuantan, Pahang,
seramai 158 orang diberhentikan kerja di Pahang dalam tempoh Oktober tahun lalu sehingga
Mac lalu berikutan kesan krisis ekonomi global yang mana melibatkan sektor perkilangan dan
beberapa sektor utama yang lain. Begitu juga dengan keadaan yang berlaku di Pulau Pinang,
Sebanyak 13,000 pekerja kebanyakannya di sektor perkilangan dan pembuatan diberhentikan di
seluruh negara antara Oktober tahun lepas dan Januari lalu. Ia juga melibatkan pekerja dalam
sektor perkilangan dan pembuatan.
Walau bagaimanapun, tedapat juga syarikat dan majikan yang tidak membuang
pekerjanya ekoran daripada krisis kewangan yang berlaku contohnya syarikat Nestle Malaysia
Bhd iaitu syarikat pengeluar produk makanan. Dalam hal ini, berdasarkan rekod pertumbuhan
bagi syarikat ini yang positiI dan keyakinan terhadap kemampuan produk yang dihasilkan tidak
akan terjejas dengan krisis yang berlaku kerana mereka berjaya mengekalkan permintaan
pengguna terhadap produk yang dihasilkan. Perancangan dan pegurusan yang proaktiI oleh
syarikat atau majikan membolehkan pekerja tidak diberhentikan kerja sebaliknya majikan
mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan produktiviti dan mencari peluang disebalik krisis
kewangan yang berlaku.
Selain itu, bagi Kumpulan CIMB, mereka telah melaksanakan skim pemotongan gaji
kakitanganra antara 10 higgga 20 peratus ketika krisis kewangan berlaku. Ini adalah bagi
mengelak daripada mereka untuk membuang pekerja kerana pembuangan atau pemberhentian
pekerja oleh majikan semasa krisis kewangan adalah bukan budaya Kumpulan CIMB kerana
untuk mengoptimumkan kos operasi. Dalam hal ini, ketika krisis ekonomi berlaku pembuangan
pekerja akan merugikan majikan kerana mereka terpaksa mengambil pekerja baru selepas krisis
kewangan pulih dan ini memerlukan mereka untuk melatih dan kos membiayai mereka dijangka
tinggi dan ini akan meningkatkan kos operasi dan perbelanjaan syarikat.
Oleh kerana majikan merupakan pihak yang memainkan peranan yang penting dalam
menghadapi krisis ekonomi global ini maka mereka seharusnya mengambil tindakan yang lebih
proaktiI dalam mengkaji dan menyelesaikan masalah pembuangan pekerja dan bekerjasama
dengan kerajaan dalam melatih semula pekerja-pekerja yang telah diberhentikan kerja oleh
majikan. Dalam hal ini, pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk usahasama
dengan pihak syarikat swasta untuk mengatasi masalah pengangguran di Malaysia antaranya
majikan melibatkan diri dalam program dan penubuhan JobsMalaysia iaitu majikan dalam
pelbagai industri juga dijemput untuk melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam program
temuduga yang mana majikan-majikan ini akan merekrut pekerja baru jika mereka layak dan
lepas ditemuduga. Ini membolehkan mereka mendapat pekerja yang berkemahiran, kreatiI dan
inovatiI dengan ini pekerja baru dapat menyumbang idea cara pengurusan dan perancangan yang
baru yang membolehkan syarikat beroperasi dengan berkesan dan mencapai objektiInya.


Peranan Kerajaan
Selain itu, Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah
ekonomi yang berpunca daripada masalah kegawatan kewangan yang berlaku di Amerika
Syarikat dan masalah ini memberi kesan kepada ekonomi Malaysia sehingga kini. Jika dilihat
secara keseluruhanya, antara sektor yang terkena tempias daripada krisis ekonomi ini ialah sektor
perkilangan, pembinaan, dan pembuatan. Dalam hal ini, kerajaan harus mencari kaedah yang
terbaik untuk mengatasi masalah ini dan meningkatkan kedudukan ekonomi pada paras yang
stabil supaya kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih positiI.


Kesan langsung daripada krisis ini berlakunya masalah pembuangan pekerja, pengangguran,
upah yang rendah, masa bekerja yang disingkatkan dan sebagainya, Selari dengan objektiI ini
kerajaan telah menyuntik sejumlah RM67 bilion untuk mengurangkan impak krisis ekonomi ini.
Daripada RM 67 bilion tersebut, RM 2 bilion telah diperuntukan untuk latihan kemahiran dan
peluang pekerjaan.
Dalam pada itu, Kerajaan melalui Kementerian Sumber (KSM) Manusia telah mengambil
langkah yang proaktiI dalam usaha untuk mengatasi masalah penganguran yang berlaku kini.
dianggarkan sejumlah 1 juta pada tahun 2009 di Malaysia yang kebanyakanya adalah mereka
yang bekerja dalam sektor perkilangan, pembuatan dan pembinaan. Dalam hal ini, tindakan
majikan yang membuang pekerja adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran dan operasi
mereka supaya dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan risiko kerugian yang
berlaku. Jika dilihat di Kuantan, Pahang, seramai 158 pekerja tempatan di berhentikan
kerja.Walaubagaimanapun, sebanyak 94 pekerja telah mendapat pekerjaan baru melalui Program
Penempatan Pekerjaan yang dilaksanakan oleh KSM.


Manakala itu, di Melaka pula, seramai 5,815 pekerja telah diberhentikan sejak Ogos
2008 hingga 31 mac 2010. Daripada jumlah tersebut seramai 3,454 adaalah pekerja
tempatan. Melalui KSM juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk mengatasi
masalah ini antaranya adalah Hari Pemadaman Pekerjaan khusus untuk golongan pengangur dan
pekerja yang di buang kerja di 15 pusat di seluruh Negara.
Langkah ini adalah untuk membolehkan golongan ini mendapat pekerjaan yang sesuai
berdasarkan kemahiran, kebolehan, kepakaran dan pengetahuan yang mereka ada, dengan ini
dapat mengurangkan pengangguran yang berlaku. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr.
S. Subramaniam, sejumlah 45, 000 pekerja yang diberhentikan berikutan krisis ekonomi global
ini mendapat pekerjaan secepat mungkin dan memasiki pasaran pekerjaan seterusnya dapat
meningkatkan ekonomi Negara dan krisis ekonomi ini dapat diatasi dengan segera. Selain itu,
usaha KSM dalam membela nasib pekerja adalah melalui penubuhan JobsMalaysia atau
dahulunya dikenali sebagai Electronic Labour Exchage (ELX) yang bakal menjadi hab pekerjaan
kebangsaan sektor awam dan swasta.


Penubuhan JobsMalaysia ini membolehkan penawaran dan petempatan pekerjaan
disediakan kepada pekerja dan graduan menganggur. Begitu juga dengan program dan latihan
antaranya Train and Place Program, Community Employment Support Program, Jobs Placement
Program, National Dual Training Systems (NDTS), Skill Development Fund dan Self
Employment Program. Jika berdasarkan program-program ini, dilihat ia mampu mengatasi
masalah pengangguran yang berlaku dan seterusnya krisis ekonomi dapat diatasi dengan
berkesan.

Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi Negara akibat daripada krisis
ekonomi yang berlaku, kerjaan telah melaksanakan Liberalisasi dalam Sektor Perkhidmatan iaitu
sebanyak 27 subsektor telah dikenalpasti akan diliberalisasikan. Dalam hal ini, bidang kesihatan
dan social, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, computer dan bidang-bidang lain yang
berkaitan akan diliberalisasikan. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
liberalisasi sektor perkhidmatan bertujuan membentuk satu persekitaran perniagaan yang
kondusiI bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraI tinggi.
Pada 2008, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan
bukan kerajaan dan mewakili 57 peratus dari jumlah pekerjaan di Malaysia.


Ini jelas dilihat bahawa Liberalisasi Sektor Perkhidmatan membolehkan ekonomi
Malaysia lebih berdaya saing dengan pertukaran atau pemindahan teknologi, kepakaran.
pengetahuan, kaedah pengurusan dengan syarikat luar. Dengan ini tenaga buruh mahir tempatan
boleh menceburi bidang dalam Sektor Perkhidmatan dengan lebih kompetetiI kerana peluang
pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini luas dan membolehkan mereka melibatkan diri di
peringkat global.
Dalam era glaobalisasi pada masa kini, keadaan ekonomi Negara memudahkan ekonomi
Negara memerima kesan daripada tempias ekonomi global. Jika dilihat krisis ekonomi pada
masa ini, pekerja dalam syarikat dan kilang akan mudah diberhentikan kerana kebanyakan kilang
di Negara ini adalah dari Negara luar antaranya seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan
Eropah (EU) yang merupakan rakan dagang dalam pasaran ekonomi. Keadaan ekonomi dunia
yang mengalami kemelesetan pada masa kini, telah menyebabkan pemberhentian pemberhentian
pekerja berlaku dalam ekonomi negara dan menyebabkan kadar pengangguran kepada 4 peratus
pada 2009.


Akibat daripada situasi ini, antara tindakan yang dilaksanakan adalah seperti jaringan
keselamatan ekonomi dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) disediakan oleh majikan dan
kerajaan bagi mengelakkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran. Kerajaan sedang
menimbang untuk memberi geran khas kepada para majikan untuk melatih semula para pekerja
sebagai sebahagian daripada inisiatiI untuk mencegah pemberhentian pekerja di negara ini.
Dalam sektor awam, kerajaan memberi jaminan tidak akan mengurangkan jumlah pekerja
sektor awam atau gaji mereka walaupun krisis ekonomi dunia merebak ke negara ini. Kerajaan
masih mempunyai kemampuan kewangan dan kapasiti ekonomi yang baik untuk mengekalkan
jumlah pekerja sektor awam mengikut tangga gaji sedia ada. Berbanding di Singapura, yang kini
berdepan dengan kemelesetan ekonomi, kerajaannya mahu mengurangkan gaji kakitangan awam
kerana mereka mahu meningkatkan kemampuan kewangan yang ada. Adalah menjadi
tanggungjawab sosial korporat di pihak swasta dan kerajaan untuk mengelak berlakunya
pemberhentian pekerja secara besar-besaran. Upah dan gaji yang diterima oleh 12 juta pekerja
dalam negara boleh mencetus semula aktiviti ekonomi menerusi kesan rantaian perbelanjaan
yang mendorong syarikat dan kilang melabur semula dalam aktiviti ekonomi, lebih-lebih lagi
dengan kos pinjaman yang semakin murah disediakan oleh industri perbankan dan kewangan.
Pihak swasta dan kerajaan pula perlu melakukan pelaburan dengan segera dalam projek
pembangunan koridor seperti dalam Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Tindakbalas melalui aktiviti perbelanjaan
pengunaan dan pelaburan oleh pekerja, majikan dan kerajaan boleh menampan tempias krisis
ekonomi global. Malah AS, EU, Jepun dan hampir semua negara yang berdepan dengan krisis
ekonomi melaksana strategi kitaran balas dengan menyuntik dana dalam ekonomi masing-
masing dan menyelamat industri yang bermasalah khususnya dalam industri kewangan dan
automotiI. Tindakan itu boleh mengelak berlakunya pemberhentian pekerja secara besar-besaran.
Tindakan kitaran balas yang pantas, serentak dan bersama antara negara yang berdepan dengan
kemelesetan ekonomi, termasuk Malaysia, serta bantuan pinjaman yang diberi oleh Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia kepada negara-negara yang bermasalah boleh
mencergas semula ekonomi global dengan segera dan memberi naIas baru kepada semua negara
dalam tadbir urus ekonomi dan membina model ekonomi yang lebih sistemati klagi supaya tidak
berlaku krisis ekonomi pada dekad yang akan datang.
Dalam pada itu, peranan kerajaan dalam mengalakan Pelaburan Asing masuk ke Negara
ini terus meningkat dan kerjasama di peringkat global diteruskan, ini dilihat sebagai usaha yang
Berjaya kerana Malaysia menjadi sebuah Negara yang menjadi tumpuan global dalam bidang
pelaburan walaupun berlakunya krisis ekonomi global. Berdasarkan kedudukan Negara yang
berada di kedudukan ke-5 negara yang menjadi tumpuan pelabur asing untuk melabur di
Malaysia berbanding ke-15 pada tahun 2008. Ini jelas membolehkan pekerja tempatan dapat
mengisi penawaran kerja dan seterusnya dapat mengatasi masalah graduan menganggur dan
pekerja yang di berhentikan kerja oleh majikan |45|.


Penutup
Sebagai kesimpulannya, masalah kegawatan ekonomi banyak mempengaruhi keadaan
sesebuah negara. Pada tahun 2009, terdapat banyak kesan yang dapat kita lihat apabila kita
hendak mengkaji tentang kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Bermula di Amerika Syarikat
(AS) sehinggalah ke negara-negara lain di dunia, hal ini sudah cukup untuk membuktikan
bahawa impak kegawatan ekonomi di AS amat besar. Di Malaysia, terdapat banyak kesan yang
dirasai, terutamanya dari segi sektor pekerjaan, perindustrian, politik dan sebagainya.

Namun, kerajaan telah berjaya menangani masalah ini dengan cara memperkenalkan
pelbagai langkah dalam usaha menerima impak kegawatan ekonomi yang melanda. Dari segi
indeks jenayah pula, didapati kadar jenayah yang dilaporkan dalam akhbar tempatan lebih
menjurus kepada motiI dendam, khianat dan sebagainya. Kita akan dapat melihat, jenayah yang
berlaku bukanlah merupakan kesan langsung akibat kegawatan yang melanda dunia semata-
mata. Kedatangan tahun 2010, diharapkan akan dapat memberikan kesan yang positiI keatas
ekonomi dunia secara keseluruhannya demi kemakmuran dunia sejagat.

Anda mungkin juga menyukai