Anda di halaman 1dari 1

3.

0 Ulasan Jurnal

Dalam proses menjalankan latihan pengajaran ini, beberapa jurnal terbitan ahli-ahli pendidikan kanak-kanak telah dijadikan sebagai panduan guru sepanjang latihan ini. Di antaranya adalah kajian yang menyentuh keberkesanan pendidikan prasekolah kerajaan dan swasta yang dijalankan oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya bersama-sama dengan ahli kumpulannya. Menurut beliau, ibubapa masa kini suka menghantar anak mereka ke prasekolah swasta berbanding dengan kerajaan. Hal ini juga berlaku di prasekolah yang saya pilih untuk menjalankan latihan pengajaran. saya mendapati bahawa ibubapa adalah lebih gemar menghantar anak mereka untuk menerima pendidikan prasekolah di sekolah praktikal saya berbanding dengan sekolah kerajaan yang lain. Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya (2001), persepsi ibubapa yang sebenarnya menyebabkan ini berlaku. Kebanyakan ibubapa berpendapat bahawa prasekolah swasta adalah lebih bertaraf dan berkualiti. Pemikiran ini yang menyebabkan ibubapa berebut-rebut untuk memasukkan anak mereka ke prasekolah pilihan mereka.