Anda di halaman 1dari 10

Apa itu ad din/ugama? Bahasa: 1- menunduk, menyuruh, mentadbir, membalas. 2- tunduk, taat.

3- menjadikannya sebagai jalan, mazhab dan kebiasaan. Ketiganya disatukan dalam maksud; Pihak pertama menunduk dan menyuruh, lalu pihak keduatunduk dan patuh, lalu terjadilah jalan dan peraturan yang menghubungkan antara keduanya. Maka ugama dalam penggunaannya bermaksud: sejumlah peraturan yang dianuti sesuatu umat samada dalam bentuk kepercayaan atau amalan. Istilah: Pelbagai. Yang termasyur di kalangan para ulama: Satu peraturan/undang-undang ilahi yang mendorong manusia yang memiliki akal yang sejahtera, dengan pilihan sendiri, ke arah kebaikan masa kini (dunia) dan kejayaan pada hari kembali (akhirat). (Syeikh At Tahanuwi, ulama agung India) Ringkasan pilihan: Satu peraturan/undang undang ilahi yang menunjuki ke arah al haq di dalam itiqad/kepercayaan dan ke arah kebaikan di dalam suluk (amalan termasuk ibadat) dan muamalat. (Syeikh Muhammad Abdullah Darraz) Pengistilahan ad din/ugama di kalangan para sarjana barat juga tidak jauh bezanya dengan para ulama Islam. Contoh: 1 Ikatan yang menghubungkan insan dengan Allah. (Sir Sisrone?) 2 Sejumlah kewajiban makhluk terhadap penciptanya; kewajiban manusia terhadap Allah, kewajiban mereka terhadap sesama sendiri dan kewajiban terhadap diri sendiri. (Al Ab/Father Shatel?) Maksud kalimah Ad din di dalam Al Quran: Mengandungi pelbagai maksud mengikut siaq/jalan ayat. 1 Pembalasan (al Fatihah:4) 2 Ketaatan (An NIsa:164)

3 Dasar ugama dan akidahnya (Asy Syura:13) 4 Ugama Islam sahaja (Ali Imran:83) 5 Akidah yang diimani sesuatu kaum walaupun ianya batil (Al Kafirun:6) Maka (berdasarkan ayat Al Kafirun:6, At Taubah:33, Al Fath:28, As Shaf:9), sebutan ad din tidak hanya bermaksud ugama yang benar sahaja, bahkan ianya juga membawa maksud semua ugama yang dianuti manusia samada ianya benar (Islam) atau batil (semua ugama lain). Salah sekali dakwaan bahawa dikhususkan kalimah ad din/ugama itu kepada agama yang benar sahaja. Ad din dan Al Islam : Penting untuk kami tekankan bahawa kalimah ad din/ugama adalah tidak sama maksudnya dengan kalimah Al Islam sebagai mana yang difahami kebanyakan pengarang buku kini. Ya, jika sekiranya ia (din) disandarkan (idhafah) kepada Islam (dinul Islami) atau kepada Allah (din Allahi) atau dirujuk kepada Nabi Muhammad (sallaLlahu alaihi wasallam) atau kitabnya, maka ad din di sini memang bermaksud Al Islam. Tetapi jika ad din itu bersendirian (tanpa idhafah atau disifatkan), maka ia lebih sempit maknanya berbanding kalimah Al Islam. Ad din pada hakikatnya adalah satu juzu (sebahagian) daripada Al Islam. Kerana itu, misalnya, ulama membahagikan perkara dharuriyyat (kemestian) dalam maslahat syariat Islam kepada 5 perkara, satunya ialah ad din (selainnya adalah nyawa, keturunan, akal, harta dan tambahan ke enam, maruah). Ertinya ad din adalah satu juzu daripada Islam yang lebih luas maksudnya. Maka salah satu tujuan utama syariat Islam ialah mendiri danmenjaga ad din yang merupakan rahsia penciptaan manusia. Oleh itu, Ad din bererti perkara yang menentukan hubungan di antara Allah dengan makhluknya; makrifat mengenaiNya dan tauhid, iman yang sahih tanpa syirik, juga mengesakannya di dalam ibadat. Lihatlah bagaimana Al Islam lebih luas maksudnya daripada ad din. Kita berkata: Islam adalah agama dan dunia, akidah dan syariat, ibadat dan muamalat, dakwah dan daulah, akhlak dan kekuatan. Juga doa RasuluLlah: Ya Allah, perelokkan untuk kami ugama kami yang menjadi penjaga urusan kami. Perelokkan untuk kami dunia kami yang menjadi tempat hidup kami. Perelokkan untuk kami akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami.

Ketiga tiga itu terkandung di dalam Al Islam. Apa itu siasah? Bahasa: Daripada perkataan sasa, yasusu, siasatan. iaitu qaama alal amri beerti 1) mengurus, mentadbir samada manusia atau binatang. 2) menyuruh dan menegah 3) melakukan sesuatu yang memberi kebaikan. istilah: 1) Asas atau seni mentadbir urusan awam 2) seni mentadbir masyarakat manusia. 3) Politik berkait dengan hukuman dan pentadbiran masyarakat bertamadun (madani) Adakah perkataan siasah wujud di dalam Al Quran, hadis dan perbendaharaan warisan Islam? Di dalam Al Quran, tiada kalimah siasah disebut walaupun sekadar ambilan (isytiqaq) dari perkataan sasa yasusu siasatan tersebut. Sesetengah berhujah, ini dalil bahawa Islam tiada kaitan dengan politik! Betulkah? Tidak. Banyak istilah yang diterima pakai dalam kamus penbendaharaan Islam yang tiada pun di sebut dalam Al Quran. Contohnya, kalimah akidah dan fadhilat. Kedua duanya tiada disebut di dalam Al Quran, tetapi diterima pakai penggunaannya di dalam ilmu ilmu Islam. Walaupun begitu, Al Quran menyebut perkataanperkataan yang menunjukkan dan memberitakan perihal berkaitan politik, seperti kalimah al mulk yang beerti penghakiman manusia, suruhan dan larangan serta kepimpinan dalam urusan mereka. Ia datang dalam bentuk dan uslub yang berbezabeza, antara pujian dan celaan. Ada disebut kerajaan adil dan zalim, kerajaan syura dan diktator. Lihat an nisa:54, yusuf:101, al baqarah:247, 251, an naml 32 dan sebagainya. Ia menceritakan kerajaan daripada keluarga Ibrahim, yusuf, Thalut, Daud dan Sulaiman. Kerajaan syura oleh Raja perempuan Saba (Balqis). Begitu juga kerajaan zalim seperti Namrud dan Firaun yang memerangi Nabi Ibrahim dan Musa Alaihimas salam. Ada kerajaan yang kosong dari pujian atau celaan seperti raja Mesir di zaman Yusuf alaihis salam.

Semuanya memperihal politik tanpa menggunakan kalimah politik. Selain kalimah al mulk, kalimah lain juga digunakan untuk memperihal politik di dalam Al Quran; 1) At tamkin (kekuasaan). Lihat Yusuf 56, Al Hajj 41, Al Qasas 5, 6. 2) Al istikhlaf (menjadi khalifah). Lihat An Nur 55, Al Araf 129. 3) Al hukm (hukum). Lihat An Nisa 58, Al Maidah 44, 45, 47, 49, 50, Di dalam hadis, terdapat kalimah siasah secara isytiqaq / ambilan disebut oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Hadis mutttafaq alaihi daripada Abi Hurairah: Bani Israil sebelum ini diperintah tadbir (tasusu/siasah) oleh para nabi. Setiap kali nabi wafat, ia diganti oleh nabi yang baru. Sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku. Maka akan terjadi kewujudan khalifah yang ramai. Para sahabat bertanya: Maka apa perintahmu? Nabi menjawab: bersetialah dengan baiah khalifah yang pertama dan begitulah seterusnya. Berikan mereka hak mereka (sebagai pemerintah) yang Allah berikan kepada mereka. Sesungguhnya Allah pasti menyoal mereka akan amanah yang diberikan. Penggunaan pertama kalimah siasah di dalam perbendaharaan warisan Islam. Di dalam Ensiklopedia Fiqhiyyah Kuwaitiyyah menyebut: Boleh jadi nas paling lama penggunaan kalimah siasah yang memberi maksud hukum/tadbiradalah kata kata Amru ibni al Ash kepada Abi Musa Al Asyari mengenai Muawiyah, Sesungguhnya aku melihatnya (Muawiyah) setia kepada Uthman, khalifah yang dizalimi, penuntut darahnya (qisas), ahli siasah yang baik (al hasan as siasah) dan ahli tadbir yang baik. Tarikh Thabari: 5/68 Dar al maarif. Ini jika maksudnya adalah kalimah siasah dalam masdar/ kata terbitan. Adapun jika dalam bentuk fiil (perbuatan), maka ia telah diucap oleh Rasulullah dalam hadis tadi. saydina Umar dan Ali juga dinaqalkan pernah menggunakan kalimah siasah (dalam bentuk fiil) dalam ucapannya. Dari Al Mustadzil ibn Hushain:Umar Ibn Khattab berkhutbah kepada kami.. katanya, Demi tuhan kaabah, telah aku tahu bilakah Arab akan menempah kehancuran. Seorang lelaki muslim bangun lalu bertanya, Bilakah mereka akan menempah kehancuran? Umar menjawab, Saat urusan mereka ditadbir siasah (yasusu) oleh orang yang tidak

mendalami (selok belok) jahiliyyah dan tidak pun pernah bersama RasuluLlah. Al Musannaf li Ibn Abi Syaibah, Al Mustadrak lil Hakim: katanya, hadis sahih isnadnya. Dari Al Mustadzil ibn Hushain; Berkata Saydina Ali, Wahai rakyat Kufah, Demi Allah, kamu mesti berkelahi dalam urusan Allah dan kamu mesti berperang demi ketaatan kepada Allah ataupun (jika tidak) kamu pasti ditadbir siasah (la-yasusa-nnakum) oleh puak yang kamu adalah lebih dekat kepada al haq berbanding mereka. (Jika begitu) Allah pasti menyeksa kamu, kemudian Allah pasti menyeksa mereka jua. Al Musannaf li Ibn Abi Syaibah, Al Musnab li Ibn al Jadi. Politik di sisi para fuqaha (ahli fiqh) Para ulama fiqh banyak menyentuh perihal politik ketika membicarakan hukum takzir (hukuman yang tidak ditentukan oleh nas). Politik di sisi ulama Maliki dan Syafie. Mereka berselisih di antara menyempit dan meluaskan medan siasah syariyyahmelalui pemakaian sumber al mashalih al mursalah. Mazhab Syafie dilihat paling sempit dan keras pandangan mereka. Ini dapat dilihat di dalam penulisan Imam Al Haramain (Al ghiyasi) yang tidak mengharuskan sebarang tambahan melampaui had yang telah dinaskan syara dan juga Al Imam Al Ghazali (Al Mustashfa) yang melihat al mashlahat al mursalah sebagai satu sumber dasar yang kabur. Bagaimanapun Al Imam Al Qarafi (ulama Maliki) cuba menjelaskan di dalam kitabnya (Tanqih al fusul) bahawa sebagaimana mazhab lain, mazhab Syafie juga menerima al mashalih al mursalah. Inilah pendapat yang diterima secara tahqiq. Imam Al Haramain di dalam kitabnya itu (buku ini memetik beberapa petikan daripada buku Al Ghiyasi) sebenarnya banyak menumpukan kepada kebimbangannya terhadap kelonggaran di dalam pembinaan hukum syara melalui penggunaan akal yang melangkaui bidang yang dibenarkan sehingga membuka peluang kepada golongan yang jahil (seperti pemerintah) untuk bertindak sesuka hati dengan bertopengkan syariat. Adapun mazhab Maliki, mereka menerima al mashalih al mursalah dan tidak melihatnya bertentangan dengan syara, bahkan dipenuhi dalil dalil yang menunjukkan para sahabat menggunakannya tanpa menoleh kepada semata mata dalil nas Al Quran dan Hadis. Contoh contoh amalan para sahabat yang menggunakan kaedah siasah syarieyah (baca tindakan politik) tanpa duluan dalil daripada iktibar dengan nas; penulisan al mushhaf/Quran di zaman Abi Bakar, memilih sendiri Umar sebagai pengganti khilafah, penubuhan jabatan jabatan di zaman itu. Umar mewartakan wang dinar Islam, pemakaian kalendar sendiri (Hijriyyah), membina sistem penjara dan lain

lain. Begitu juga tindakan Uthman mewajibkan pegangan umat Islam terhadap mushaf Al Qurannya dan membakar yang lain. Semua ini adalah tindakan oleh para pemerintah yang berdasarkan maslahat awam (politik) yang tiada di zaman RasuluLlah dan tiada dalam nas. Yang penting ialah kita tidak bertembung dengan sebarang nas yang pasti dan juga sebarang kaedah/usul yang telah disepakati. Mazhab Hambali bolehlah dikira paling ringan dan luas fahamannya dalam penggunaan Al Mashalih Al Mursalah sebagaimana akan kita ikuti dalam perbincangan oleh Ibn Al Qayyim nanti. Politik di dalam fiqh Hanafi Ulama mazhab Hanafi banyak sekali berbicara mengenai siasah syariyyah ketika mensyarahkan hadis Rasulullah mengenai hukum hudud ke atas perbuatan zina dan tindakan RasuluLlah membuang daerah pesalah lelaki yang belum berkahwin ke tempat yang jauh selama setahun. Mereka menafsirkan tindakan Rasulullah itu sebagai siasah syariyyah atau tindakan politik. Maka para pemerintah dibenarkan menggunakan siasah syariyyah jika ia mendorong kebaikan dan tidak mendatangkan fitnah. Di sini mereka berbicara mengenai politik dan pemakaiannya. Paling masyhur ialah ulama Hanafi terkenal Ibn Abidin di dalam hasyiahnya yang masyhur (Raddul Muhtar Alad Durril Muhtar ). Antara pandangannya ialah (Siasah tidak hanya khusus kepada soal zina sahaja, bahkan di dalam semua jenayah. Itu terserah kepada imam/pemerintah seperti menghukum bunuh ahli bidaah yang dibimbangi penyebaran bidaahnya walaupun ia belum boleh dihukum kafir Siasah bermaksud mencari kebaikan untuk rakyat dengan menunjuki mereka jalan yang selamat di dunia dan akhirat Ia digunakan secara lebih khusus jika bertujuan menggertak dan mendidik sekalipun dengan hukuman bunuh seperti tindakan bunuh ke atas pencuri dan homoseks jika mereka melakukannya secara berterusan Nyata kepadamu bahawa takzir/siasah syariyyah itu adalah menjadi penjamin kepada tindakan/hukum politik Di sini para qadhi/hakim adalah sama dengan pemerintah di dalam menggunakan siasah syariyyah ). Nampaknya para fuqaha Hanafi melihat bahawa politik hanya berkait dalam soal hukuman dan pendidikan sahaja. Kerana itu mereka melihat persamaan antara siasah dan takzir. Pada pandangan tarjihan saya (Al Qardhawi), politik lebih luas maknanya daripada takzir. Ia melangkaui soal adat dan muamalat juga seperti pentadbiran, ekonomi, hubungan berkait kemasyarakatan, perlembagaan dan luar negara.

Takrif Al Imam Ibnu Aqil tentang siasah: Semua tindakan pemerintah yang mendekatkan rakyat kebada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan, sekalipun tanpa hukum syara/nas, dengan syarat ia tidak bertentangan dengan syara. Peranan Ibnul Qayyim (mazhab Hambali) di dalam memperjelaskan siasah syariyyah Hakikatnya, saya tidak mendapati daripada kalangan ulama kita sepanjang zaman, tokoh yang bercakap mengenai siasah syariyyah dan memperjelaskannya dengan baik serta membezakan politik yang adil yang diterima syariah daripada politik yang zalim yang ditolak syariah seperti mana Al Imam Ibnil Qayyim rahimahuLlah (751H) di dalam dua kitabnya iaitu Ilaamul Muwaqqiiin dan Atturuqul Hukmiyyah. Eloklah kita nukilkan kata -katanya yang cukup bernas ketika mentaliqkan kata kata Al Imam Al Hambali Abul Wafa Ibnu Aqil (513H) Ibnu Taimiyyah menyifatkannya sebagai salah seorang cendekiawan dunia di dalam bukunya Atturuqul Hukmiyyah: Kata Ibnu Aqil ( di dalam Al Funun ) : Telah diterima keharusan beramal dengan siasah syariyyah di dalam pemerintahan. Inilah hukum yang pasti. Tiada seorang imam kecuali akan menyatakannya. Berkata Syafie: Tiada politik kecuali yang menepati syara. Kata Ibnu Aqil: Politik (syarie) ialah suatu tindakan yang dengannya manusia akan lebih dekat kepada kebaikan (as shalah) dan lebih jauh daripada kerosakan (al fasad), sekali pun ia tidak pun dilakukan RasuluLlah dan tiada pun diturunkan wahyu mengenainya. Jika menepati (dalam qaul Syafie tersebut) itu bermaksud tidak bercanggah dengan syara, maka ia betul. Tapi, jika ia bermaksud tiada politik kecuali apa yang disebut oleh nas syara, maka ia salah sekali, bahkan kita seolah olah menyalahkan tindakan para sahabat sendiri. Para khulafa rasyidin telah menjatuhkan hukuman bunuh, bahkan memotong mayat pesalah (yang tidak pun melakukan kesalahan hudud), suatu yang tidak dinafikan oleh para pakar hadis. Tindakan Uthman mengarahkan pembakaran Al Quran selain mushafnya adalah cukup sebagai bukti tindakan sahabat adalah berpegang dan berdasarkan maslahat ummah. Begitu juga tindakan Sayyidina Ali membakar golongan zindiq di dalam lubang besar. Ibnul Qayyim mentaliq: Inilah tempat kegelinciran dan kesesatan. Ia adalah tempat yang sempit dan medan pertempuran yang sukar. Satu golongan meringan ringankan: Mereka menafikan hukuman dan melupuskan hak lalu membiarkan golongan fasik dan jahat melakukan kerosakan. Mereka menjadikan syariah itu sempit dan tidak berperanan menjaga maslahat manusia lalu memerlukan

hukuman daripada sumber lain. Mereka sendiri menutup pintu jalan jalan mengenal kebenaran dan pelaksanaannya sedangkan mereka sendiri mengetahui kebenarannya. Hujah mereka, ianya bertentangan dengan kaedah- kaedah syariat. Demi Allah, ia langsung tidak bertentangan dengan ajaran Rasul sekalipun ia bertentangan dengan kefahaman mereka sendiri terhadap syariah. Faktornya: 1) Kurang memahami syariat. 2) Kurang memahami hal semasa/kenyataan. 3) Saling samar antara keduanya. Apabila pemerintah melihat keadaan ini, sedang rakyat memerlukan pengarahan, maka mereka melakukan kerosakan yang berleluasa berdasarkan tindakan politik sendiri. Keadaan akhirnya menjadi semakin kronik sehingga menyukarkan tindakan menyelamat. Golongan kedua pula adalah sebaliknya. Mereka melampau sehingga membenarkan siasah syariyyah yang nyata bertentangan dengan hukum Allah dan rasulNya. Keduadua kumpulan ini memahami Islam secara salah. Sesungguhnya Allah mengutus rasulNya dan menurunkan kitabnya agar manusia menegakkan keadilan yang dengannya langit bumi tegak. Jika telah zahir tandatanda keadilan maka disitulah syariat Allah dan ugamanya. Tidak mungkin Allah menentukan satu- satu jalan keadilan kemudian menafikan jalan lain yang lebih jelas keadilannya dan jalan pelaksanaannhya. Allah telah menerangkan maksud syariatnya iaitu menegakkan keadilan di kalangan hambanya. Maka, mana mana jalan yang menghasilkan keadilan, jadilah ia daripada sebahagian ugama dan tiada pertentangan antaranya. Benarlah Ibnul Qayyim. Beliau menjelaskan bahawa keaiban itu bukanlah pada syariat, tetapi pada mereka yang menutup setiap jalan yang membawa kebaikan kepada manusia, menyempitkan apa yang diluaskan Allah, lalu menghapuskan kebaikan yang banyak untuk manusia. Juga keaiban itu adalah pada mereka yang membuka segalagalanya tanpa berhenti di sempadan Allah dan berikat dengan nasnas Al Quran dan sunnah. Kita melihat ramainya golongan ini di zaman kita ini. Mereka memperindahkan apa yang mereka mahu untuk para pemerintah. Mereka menjadikan syariah itu seolaholah tepung yang boleh diuli bilabila masa mengikut kemahuan mereka dan tuantuan mereka. Yang benar (al haq) adalah di tengahtengah antara 2 kumpulan ini. Ibnul Qayyim mentaliq lagi : Maka tidak harus dikatakan bahawa politik yang adil itu bertentangan dengan syara. Ia malah menepatinya, bahkan satu juzu daripadanya. Kami

menamakannya siasah berdasarkan istilah kalian,sedangkan ialah sebenarnya keadilan Allah yang terzahir melalui tandatanda dan alamatalamat di dalam siasah itu. RasuluLlah menolak untuk bertindak ke atas kesalahan tohmahan (tanpa bukti). Tetapi baginda juga pernah menghukum kesalahan seumpamanya tatkala tampak tanda tanda syak pada tertuduh. Maka sesiapa yang melepaskan setiap tertuduh dengan alasan tiada bukti nyata, sedang dia mengetahui kesohorannya dalam jenayah (seperti mencuri) dan berkata, Saya tidak akan menghukumnya kecuali dengan kehadiran dua saksi yang adil., maka ia sebenarnya menyalahi siasah syariyyah. RasuluLlah, juga khulafa selepasnya pernah menahan bahagian harta ghanimah tentera mereka yang menyorokkannya. Baginda turut membakar segala barangannya. RasuluLlah juga bertekad membakar rumah mereka yang meninggalkan solat jumaat dan solat jamaah. RasuluLlah juga menggandakan denda ke atas orang yang menyembunyikan binatang yang terlepas daripada tuannya. Baginda mengarah dipecahkan bekas bekas arak, juga bekas yang dimasak daging haram di dalamnya. Kemudian baginda memansuhkannya, lalu mengarah agar dibasuh sahaja. Itulah beberapa contoh siasah baginda yang thabit daripada hadishadis yang sahih. Ini diikuti para penggantinya selepasnya. Antaranya: Sayyidina Abu Bakar membakar golongan homoseks agar mereka merasakan kepanasan di dunia sebelum kepanasan di akhirat. Umar pula membakar kedai arak dengan segala isinya, bahkan beliau juga membakar perkampungan yang menjual arak. Beliau membakar istana Saad ibni Waqqas kerana ia menghalangnya daripada mengurus rakyatnya. Beliau juga mengarahkan para sahabat mengurangkan perbincangan mengenai hadis nabi tatkala melihat ianya menyibukkan mereka daripada Al Quran. Ini siasahnya dan pelbagai lagi tindakan politiknya demi kemaslahatan umat. Semasa zaman Uthman pula, beliau menghimpunkan umat Islam di atas satu huruf (qiraat) sahaja dan melarang mereka daripada tujuh huruf (qiraat) yang dibenarkan RasuluLlah. Ini apabila beliau dan para sahabat melihat berlaku perselisihan padanya, lalu melihat kebaikan pada berpegang pada satu huruf sahaja.

Semasa zaman Ali pula, beliau mengarahkan golongan zindiq rafidhah agar dibakar, sedang beliau mengetahui sunnah RasuluLlah hanya membunuh orang kafir. Tetapi apabila beliau melihat kerosakan yang besar, maka dijadikan hukuman itu lebih besar (membakar) sebagai pengajaran keras.