Anda di halaman 1dari 6

TAJUK :.Bincangkan langkah-langkah asas dalam membuat penyelidikan sosiologi.

1.0 Pengenalan
Setiap orang sarjana mentakriIkan istilah penyelidikan` mengikut pengertiannya tersendiri.
Misalnya, tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu
pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.
Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk
mengeluarkan maklumat baru`.
(Ahmad Mahzan Ayob, 1983)
Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu
Ienomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran
yang muktamad mengenai Ienomena itu. Fakta-Iakta baru atau Iakta-Iakta yang tidak didapati
semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan
penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah`.
(Mohd. SheIIie Abu Bakar, 1987)
.usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk
memecahkan sesuatu persoalan tertentu, atau hanya sekadar ingin mengetahui samada
wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu`.
(J. Supranto, 1986)

In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to
show something that was not known beIore. However small, however modest the hoped Ior
claim to knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and selI-critically,
the search Ior knowledge is research`.
(Bassey, 1990)
Dari segi sejarah perkembangan penyelidikan, jelas membuktikan kajiselidik adalah satu
langkah sistematik yang mengkaji perhubungan di antara pembolehubah. Langkah sistematik
ini merupakan elemen yang terpenting didalam konsep asas penyelidikan. Seseorang
mungkin melakukan sesuatu kajian ataupun pemerhatian, tetapi tindakan tersebut tidak akan
membawa sebarang makna yang berkesan sekiranya proses langkah sistematik diabaikan`.
(Dr. Asaruddin Hj Ashaari, 1989)
Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersiIat objektiI,
bukan subjektiI dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan lain perkataan, penyelidikan yang
bersandarkan kepada pertimbangan Iakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran
manusia tentulah berdasarkan apa yang ditanggap oleh pancaindera manusia.
Pada amnya, kita dapat merumuskan penyelidikan sebagai satu tatacara teratur yang hasilnya
membolehkan penambahan ilmu pengetahuan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-
langkah tertentu, khas bagi mendapatkan maklumat serta menjawab persoalan yang
dibangkitkan.
(Syed Arabi Idid,1993)
2.0 Langkah-langkah Penyelidikan
2.1 Penyataan Masalah
Setiap kajian dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Permasalahan merupakan istilah
yang digunakan untuk merujuk kepada perkara kajian yang kita akan lakukan. Kehidupan
sosial memang dipenuhi oleh berbagai-bagai perkara yang boleh dijadikan topik kajian.
Dalam bidang pendidikan umpamanya, guru-guru berhadapan dengan bermacam-macam
permasalahan yang melibatkan murid-murid.
Penyelidik misalannya boleh mengemukakan kajian untuk mengetahui punca-punca masalah
pembelajaran murid, meninjau pandangan murid mengenai kemudahan-kemudahan di
sekolah, membandingkan pencapaian berasaskan latarbelakang keluarga murid-murid,
melihat persepsi hubungan murid-murid dan sebagainya. Sebagai seorang yang berminat
dalam sosiologi, kita akan melihat sesuatu masalah berdasarkan pemikiran yang sosiologikal.
Contohnya dalam konteks modenisasi, kita melihat pelbagai bentuk pengaruh pemodenan
telah mengubah murid-murid dari pemikiran dan tingkah laku. Antara perubahan-perubahan
adalah seperti cara berpakaian, cara bertutur, cara berhubung, cara datang ke sekolah dan
sebagainya. Dalam melaksanakan kajian, kita tidak dapat mengkaji dan menyelesaikan
banyak masalah dalam satu penyelidikan.Oleh itu adalah kebiasaan setiap penyelidikan
memIokuskan kajian kepada suatu penyataan masalah yang khusus.
Sebagai satu contoh penyelidikan mengenai kesan pemodenan ialah mengenai sekularisme.
Penyelidikan mungkin ingin melihat bagaimana sekularisasi telah mengubah Iikiran dan gaya
hidup masyarakat Malaysia. Untuk melakukan penyelidikan di seluruh negara adalah sukar.
Jadi kita mengecilkan skop kajian ke sebuah sekolah.
Di sekolah pula, untuk mengkaji kesan sekularisasi terhadap seluruh komuniti barangkali
akan menghadapi masalah pengumpulan data. Justeru kita akan mengecilkan lagi skop kajian
di kalangan murid-murid. Bilangan murid yang terlalu ramai pula menghadapi rintangan
komunikasi dan kekangan masa. Jadi sebagai seorang yang baru hendak mula menyelidik kita
akan menumpukan perhatian kepada murid-murid dalam satu bilik darjah sahaja. Dari segi
perincian kajian kita perlu pula menetapkan aspek sekularisasi yang bagaimanakah perlu
diketengahkan. Adakah kita melihat dari segi perubahan Iizikal ataupun pemikiran. Misalnya,
jika kita melihat kesan terhadap pandangan agama, kita mungkin akan mengemukakan
masalah sejauh mana sekularisasi telah melemahkan amalan keagamaan murid-murid.
Penyataan masalah boleh jadi masih lagi kabur kerana pada peringkat ini kita mungkin
melihat wujud sekularisme tetapi belum mengenalpasti apakah sebenarnya sekularisme itu.
Ringkasnya permasalahan yang dipilih perlu ditakriIkan. Oleh itu kita perlu membuat
tinjauan melalui bahan-bahan bacaan yang berkaitan sekularisme.
2.2 Membuat Rujukan Bahan
Pengetahuan asas berkenaan perkara yang dikaji perlu sebelum melaksanakan kajian.
Penyataan masalah tidak sempurna, tidak lengkap dan kabur tanpa membuat rujukan.
Rujukan bahan atau sorotan literatur merupakan aktiviti-aktiviti mencari maklumat berkaitan
perkara yang dikaji berdasarkan bahan-bahan sedia ada. Rujukan bahan boleh didapati
daripada tulisan-tulisan, gambar-gambar, Iilem-Iilem, dan lain-lain bahan yang berkenaan.
Sekiranya kajian kita mengenai sekularisme, kita mesti benar-benar Iaham sekularisasi.
Untuk itu kita perlu ke perpustakaan mencari bahan-bahan mengenainya. Kemudian kita akan
mencari hasil-hasil kajian atau tulisan-tulisan yang sedia ada mengenai kesan sekularisasi
terhadap masyarakat. Berdasarkan rujukan, pemahaman kita dalam menyatakan
permasalahan kajian akan menjadi lengkap dan dapat dipertahankan. Seterusnya rujukan awal
akan membantu kita untuk merangka hipotesis.
2.3 Mengemukakan Hipotesis
Hipotesis merupakan andaian-andaian penyelidik terhadap hasil penyelidikannya. Andaian
itulah yang akan dibuktikan oleh penyelidikan yang bakal dijalankan. Untuk menghasilkan
suatu hipotesis yang baik ia perlulah mempunyai siIat-siIat seperti berIokus, jelas, logik,
diIahami dan dapat diuji. Dalam contoh sekularisasi, selepas mengadakan rujukan, penyelidik
mungkin memahami sekularisasi sebagai proses di mana agama kehilangan pengaruh
terhadap pelbagai situasi kehidupan sosial. Sekularisasi akan menyebabkan keruntuhan
pengaruh-pengaruh organisasi dan nilai-nilai agama kepada idea-idea sains dan ilmu-ilmu
pengetahuan duniawi yang dianggap moden. Oleh itu, berdasarkan pemodenan di negara kita,
hipotesis penyelidikan mungkin mengandaikan bahawa sekularisasi telah berlaku di kalangan
murid-murid sekolah. Perkara itulah yang akan dibuktikan oleh penyelidik melaui kajian
yang dilaksanakannya.
2.4 Menentukan Kaedah
Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah
penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektiI
penyelidikan`(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Selepas menetapkan masalah yang hendak
dikaji, barulah diIikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan. Adalah salah sekiranya
kita menentukan kadah sebelum ada persoalan.
Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua,
iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatiI dan pendekatan kualitatiI. Kita boleh
memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Dihubungkan dengan
teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro selalu akan menggunakan pendekatan
kuantitatiI sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan pendekatan
kualitatiI.
Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatiI dan penyelidikan kualitatiI . Pendekatan
kuantitatiI mengutamakan kuantiti`. Penyelidikan kuantitatiI melibatkan angka-angka, data-
data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median,
mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan
kuantitatiI dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna
yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada
hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatiI
pula berasaskan kualiti`. Ianya bersiIat deskriptiI yang lebih kepada penghuraian makna`
perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia
kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula
meliputi bilangan responden yang kecil .
Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatiI dan kuantitatiI, kedua-duanya
merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai
persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur,
membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab
dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan
terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan.
Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat
puluh orang, pendekatan kuantitatiI lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan
responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatiI dipilih.
Dalam kajian sekularisasi`, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita
mungkin akan menggunakan kuantitatiI kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya
kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai
tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatiI. Kita juga
boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatiI dan kuantitatiI dalam satu kajian yang
sama. Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan
adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap
penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan barulah
data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan sesuai.
2.5 Menentukan Strategi dan Teknik
Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Strategi dan teknik merupakan
cara-cara yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan.
Menurut Robson (1993) strategi merujuk kepada gaya atau orientasi umum untuk
menyelesaikan masalah penyelidikan`. Strategi yang dianggap tradisional ialah seperti
eksperimen, tinjauan (survey) dan kajian kes. Tujuan kajian akan membantu menentukan
strategi kajian. Teknik atau taktik pula merujuk kepada kaedah khusus dalam rekabentuk
kajian. Contohnya seperti temubual, soal selidik, partisipasi, dan sebagainya. Setiap strategi
dan teknik masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Penyelidikan boleh
memilih strategi dan teknik tertentu ataupun menggabungkannya.
Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti,
keobjektiIan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.
Penyelidikan yang empirikal akan memilih strategi dan teknik yang sesuai dan betul dalam
mengumpul data. Secara amnya terdapat dua kategori data iaitu data primer dan data
sekunder. Data primer merupakan data-data yang diperolehi secara langsung daripada
kejadian` sosial sebenar. Antara teknik yang selalu digunakan untuk mendapatkan data
primer adalh seperti soal selidik, temubual, dan partisipasi. Data sekunder pula merupakan
maklumat-maklumat daripada bahan sedia ada dan boleh diperolehi melalui rujukan
perpustakaan. Ia melibatkan kajian-kajian teks, dokumen, kertas kerja, mikro Iilem, media
massa, dan sebagainya. Dalam contoh mengkaji kesan sekularisasi, data-data yang diperolehi
hasil temubual dengan murid tersebut sebagai data primer. Data-data yang kita perolehi
melalui bacaan di perpustakaan pula dianggap sebagai data sekunder.
Sungguhpun setiap penyelidikan akan menentukan teknik masing-masing, secara umumnya
boleh dibezakan antara teknik yang dipilih oleh penyelidikan kualitatiI dan penyelidikan
kuantitatiI. Teknik yang biasa dipilih oleh penyelidikan kualitatiI ialah pemerhatian,
temubual, soal selidik, kajian-kajian bahan seperti dokumen dan teks, visual seperti gambar
dan video, laporan rasmi, bahan-bahan ephemera seperti iklan, poster, risalah, diari, karton,
dan lain-lain. Bagi penyelidikan kuantitatiI strategi asas ialah soal selidik, menganalisa
maklumat-maklumat data-data numerikal yang sedia ada dan melakukan eksperimen statistik.
Dalam contoh kajian kesan sekularisasi, sekiranya kita mempunyai sampel yang besar, kita
boleh memilih strategi menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.
Sekiranya sampel yang dipilih cuma lima orang, kita boleh memilih strategi temubual. Kajian
rintis atau praujian perlu dilakukan untuk melihat sejauh manakah strategi dan teknik yang
telah dipilih sesuai dan mampu dilaksanakan. Sebagai contoh, jika kita menggunakan borang
soal selidik, ianya perlu dicuba terlebih dahulu. Borang-borang diedarkan kepada responden
terpilih. Hasilnya akan dikaji dan dimana perlu pengubahsuaian dilakukan terhadap
kandungan borang soal selidik sebelum ianya diedarkan untuk penyelidikan sebenar.
2.6 Menjadualkan Kerja
Sesuatu penyelidikan perlulah dirancang dengan teliti. Perancangan atau pelan tindakan akan
membantu seseorang penyelidik dalam mendapatkan maklumat dan memudahkan kerja-
kerjanya. Perancangan hendaklah bersesuaian dengan skop kajian, kaedah yang dipilih,
kemudahan-kemudahan Iizikal dan situasi si pengkaji. Dari segi skop, skop yang luas
memerlukan masa yang mungkin lebih panjang.
Kaedah kuantitatiI memerlukan masa untuk menyediakan soal selidik, melakukan kajian
rintis, mengedarkan borang dan menganalisa data-data numerikal. Bagi kaedah kualitatiI
masa yang panjang mungkin diperlukan mengaturkan temujanji, mengadakan perjumpaan
dan menganalisa data-data selepas temubual. Kemungkinan pula seorang penyelidik sepenuh
masa akan menjadualkan masa yang lebih singkat berbanding dengan penyelidik sambilan
dalam meyempurnakan kerja-kerja penyelidikan yang serupa. Dari segi kemudahan Iizikal
penyelidik patut mengambil kira keperluan-keperluan logistik dan anggaran perbelanjaan.
Oleh itu jadual kerja perlulah diselaraskan dengan peruntukan kewangan.
Sungguhpun sebahagian proses penyelidikan boleh dilakukan di dalam perpustakaan,
menyelidik merupakan aktiviti turun ke padang. Maksudnya seorang ahli sosiologi
sepatutnyalah melihat dan mengkaji kejadian sebenar dalam kehidupan sosial. Oleh itu
penyelidikan sosial yang signiIikan adalah berdasarkan data-data hasil daripada kerja
lapangan seperti temubual, pemerhatian, penyertaan, dan soal selidik. Beberapa masalah
mungkin dihadapi dalam melaksanakan kerja lapangan.Antaranya pelbagai isu etika perlu
diselesaikan.
Pertamanya kita perlu mendapatkan kebenaran daripada autiroti berkenaan. Jika kita hendak
membuat kerja lapangan di sekolah misalnya, kebenaran pengetua terlebih dahulu diperlukan.
Keduanya penyelidikan melibatkan sensitiviti banyak pihak. Terdapat penyelidikan yang
mungkin menyinggung perasaan pihak tertentu. Kajian mengenai persoalan sekularisme atau
seks misalnya, dianggap sensitiI oleh banyak pihak. Oleh itu pengkaji perlulah berhati-hati
dalam menanganinya. Ketiganya penyelidik mesti menyedari akan hak responden.
Responden tidak boleh dipaksa untuk diselidik. Segala jawapan mereka mestilah secara
sukarela. Keempatnya, penyelidik sepatutnya tidak bersikap berat sebelah atau bias dalam
kajiannya. Penyelidikan yang bersiIat etnosentrik mungkin akan menjejaskan keobjektivitian
kajian. Ringkasnya penyelidikan melibatkan persoalan etika, isu-isu sensitiI dan politik yang
tidak dapat dielakkan oleh penyelidik. Maka terpulanglah kepada si penyelidik untuk
mendapatkan maklumat yang beretika, benar dan tepat.
2.7 Menganalisa dan Menginterpretasi Data
Menginterpretasi data merupakan perkara penting yang menarik minat penyelidik.
Penganalisaan perlu dilakukan dengan teliti. Data-data akan membuktikan atau menaIikan
hipotesis penyelidikan. Bagi penyelidikan kuantitatiI, data-data perlu diproses dengan
pengiraan yang berhati-hati supaya tidak berlaku kesalahan statistik. Sekarang penganalisaan
data adalah lebih mudah dengan bantuan program komputer. Dalam menganalisa statistik,
kita harus akur dengan kenyataan statistik tidak selalunya benar-benar membuat kenyataan
yang tepat, ia hanya mencadangkan kenyataan yang betul, iaitu ada kemungkinan betul dan
ada kemungkinan tidak betul`.Maklumat-maklumat hasil penyelidikan kualitatiI pula perlu
dicatatkan semasa atau sebaik sahaja kerja lapangan dijalankan. Ini terutamanya untuk
mengelakkan penyelidik misalnya terlupa` akan maklumat-maklumat yang baru
diperolehinya. Penganalisaan dapat dibantu dengan penggunaan carta, jadual, graI, rajah,
transkrip, dan sebagainya.
2.8 Melaporkan Hasilan
Melaporkan hasil bermaksud menukarkan penyelidikan yang telah dijalankan kepada bentuk
susunan teks bertulis. Ia merupakan peringkat akhir sesuatu penyelidikan. Penulisan laporan
selalunya dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil iaitu pengenalan dan latar belakang
kajian, hipotesis dan kaedah kajian, analisa data-data, rumusan dan penutup, bibliograIi dan
lampiran-lampiran yang berkaitan.
Sebelum bahagian pengenalan, laporan selalunya mengandungi ruang untuk halaman` dan
ringkasan atau abstrak kajian. Bahagian pengenalan menerangkan mengenai tajuk dan bidang
kajian. Pada kebiasaannya sebahagian besar isinya adalah berdasarkan rujukan-rujukan
sekunder. Bahagian hipotesis pula menyatakan harapan-harapan pengkaji terhadap hasil
kajian. Ia juga menerangkan rasional di sebalik kaedah yang dipilih. Selepas itu barulah
penulisan membincangkan hasil-hasil berdasarkan data-data yang diperolehi. Hujahan-
hujahan yang kritikal disertakan. Dapatan-dapatan utama merupakan perkara-perkara yang
berkaitan secara langsung dengan permasalahan penyelidikan. Mungkin juga terdapat
dapatan-dapatan sampingan yang tidak secara langsung berkaitan dengan topik kajian.
Akhirnya penyelidik akan membuat rumusan daripada hasil kajian dan membuat cadangan-
cadangan yang berkaitan. Adalah menjadi kebiasaan setiap penyelidikan sosial
mencadangkan kajian-kajian lanjut berdasarkan dapatan-dapatannya.
3.0 Penutup
Sungguhpun dari beberapa segi setiap projek penyelidikan adalah unik tetapi semua projek
itu melibatkan kelima-lima peringkat asas yang sama. Peringkat-peringkat asas ini ialah
memilih permasalahan ; merumuskan rekabentuk penyelidikan ; mengumpul data ;
pengkodan dan menganalisis data dan mentaIsirkan hasil kajian. Tiap-tiap peringkat itu saling
bergantung antara satu sama lain dan keseluruhan proses penyelidikan itu seolah-olah
membentuk suatu kelingkaran. Jika hipotesisnya ditolak, penyelidik mesti mengkaji semula
kajian-kajian dan membuat kajian sekali lagi. Malah jika hipotesisnya betul, penyelidik
selalu berhajat untuk membuat replikasi atau mengulang semula kajiannya untuk memastikan
penemuan-penemuan adalah tepat`.
(Kenneth D. Bailey,1992)
Perbincangan setakat ini telah menggariskan langkah-langkah umum yamg dapat dijadikan
sebagai panduan dalam melaksanakan penyelidikan sosiologi. Sayugia dijelaskan bahawa
perbincangan di sini bukanlah merupakan suatu pembentangan yang lengkap mengenai
penyelidikan. Sememangnya penyelidikan yang akademik siIatnya memerlukan perincian-
perincian yang lebih mendalam. Namun begitu apa yang diharapkan adalah perbincangan ini
dapat memberikan gambaran awal tentang penyelidikan dan mendorong mereka yang
berminat untuk menyelidik.

Senarai Rujukan
Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Quantum Books,
Tanjung Malim.
Alex Inkeles, 1982, Apa Itu Sosiologi ? Suatu Pengenalan Mengenai Disiplin dan
ProIesion, Universiti Harvard, DBP, Kuala Lumpur.
Kenneth D. Bailey, 1992, Kaedah Penyelidikan Sosial, DBP, Kuala Lumpur.
Mohd. Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,
Thinker`s Library Sdn.Bhd., Selangor.
Syed Arabi Idid, 1993, Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, DBP,
Kuala Lumpur.