Anda di halaman 1dari 15

KOKURIKULUM BOLA BALING HSK 114

TAJUK: BOLA BALING

NAMA:MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN JAAFFAR NO. PELAJAR: 2010864684 FAKULTI: FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK KUMPULAN : TAHAP 1 KUMPULAN A NAMA JURULATIH: EN MOHAMAD RAZALI MEAN.

SEJARAH BOLA BALING DI DUNIA. Permainan bola baling berasal dari eropah. Permainan ini agak baru juga dikenali umum. Permainan bola baling amat mirip seperti permainan bola keranjang tetapi berbeza peraturannya. Bola baling di perkenalkan dalam sukan olimpik pada tahun 1936. Sebelum itu negara-negara seperti Denmark, Czekoslov, Jerman dan negara-negara bekas jajahan Soviet Union amat popular dengan permainan ini.

SEJARAH BOLA BALING DI MALAYSIA. Permainan bola baling di malaysia diperkenalkan pada 1976 oleh Lim Hock Han yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor. Pada 1985, Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasminya dan Cheah Hai Su menjadi presiden dan Lian Chin Nam dilantik menjadi naib presiden yang pertama. Persatuan ini menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia pada tahun 1986. Pada 2 jun 1982, Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan telah diadakan buat julung-julung kalinya. Kejohanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang, dan Universiti Malaya. Pada 7 Disember 1985, kejohanan Bola Baling Kebangsaan diadakan. Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian. Pada 1987, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah bersetuju untuk mempertandingkan Sukan Bola Baling di Peringkat Kebangsaan. 2 kursus turut dianjurkan oleh MSSM di kompleks TUDM Lumut pada tahun 1986 untuk melatih guru dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Mulai tahun 1985 juga ,bola baling disenaraikan sebagai kegiatan kokorikulum pelajar di maktab-maktab perguruan.

GELANGGANG PERMAINAN. Mangandungi 2 gol. Berbentuk segi 4 tepat berukuran 40 meter panjang dan 20 meter lebar. Garisan panjang yang ditepi dipanggil garisan tepi manakala garisan pendek dikenali sebagai garisan gol. Garisan gol terdiri daripada garisan diantara dua tiang gol dan garisan kedua-dua belah tiang gol. Zon keselamatan di gelanggang berukuran 1 meter sepanjang garisan tepi dan dua meter sepanjang garisan gol. Di tengah-tengah garisan gol terletaknya Gol yang berkeluasan 2 meter tinggi dan 3 meter lebar serta palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol. Tiang dan palang gol berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm. Kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas garisan gol. Semua garisan dikira sebagai kawasan permainan. Tiang dan palang dicat dengan warna yang kontra daripada latar belakang supaya tidak mengelirukan pemain. Garisan diantara dua tiang gol boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan garisan yang lain. Lebar atau tebal garisan ialah 5cm kecuali garisan diantara dua tiang gol ialah 8cm. Kawasan didepan setiap gol dikenali sebagai kawasan gol. Kawasan gol dilingkungi oleh garisan kawasan gol (garisan 6 meter) dan ditanda seperti berikut : 1. Dua suku bulatan yang berjejari 6 meter. Kedua-dua suku bulatan ini disambungkan dengan garisan lurus 3 meter yang selari dengan garisan gol 2. Satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol. Garisan Balingan Percuma ( 9 meter ) ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar garisan kawasan gol. Garisan tengah disambungkan daripada titik tengah kedua-dua garisan tepi. Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15cm garisan 7 meter berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan gol,selari dan berjarak 7 meter dari garisan gol. Garisan pertukaran pemain dibuat 4.5 meter ke kiri dan ke kanan daripada garisan tengah sepanjang ke dalam dan luar garisan tepi.

KEPERLUAN DAN PERALATAN

CONTOH PAKAIAN DAN AKSI PEMAIN.

GAWANG GOL.

BOLA.

Bola diperbuat daripada kulit dan berwarna. Lilitan: 48cm-60cm Lelaki Dewasa 54cm-56cm Perempuan Dewasa 54cm-56cm -MSSM lelaki bawah 18

Berat : 425-475gm lelaki dewasa 325-499gm perempuan dewasa MSSM: bola saiz 2 perempuan bawah 18 Lelaki dan perempuan bawah 12

BILANGAN PEMAIN. Setiap pasukan bola baling perlu mempunyai pemain seramai 12 orang iaitu tidak melebihi 7 orang dan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. Permainan boleh diteruskan jika hanya ada 5 orang pemain. Sekiranya semasa permainan pemain kurang daripada 5 orang, permainan bola baling masih diteruskan . penjaga gol juga memainkan peranan penting sebagai pemain gelanggang pada bila-bila masa sahaja.

PAKAIAN. Jersi atau uniform pemain yang dipakai mestilah mempunyai nombor yang kelihatan dengan jelas dan terang agar setiap perlawanan berjalan dengan lancar. Hal ini juga dapat memudahkan pengadil untuk mengenalpasti pemain dan setiap kesalahan dapat di rekodkan dengan merujuk kepada nombor jersi pemain. Penjaga gol hendaklah memakai pakaian yang berlainan dengan pemain gelanggang. Warna pakaian penjaga gol hendaklah berbeza supaya mudah untuk membezakan penjaga gol dengan pemain. Warna pakaian pasukan juga digalakkan supaya berbeza dengan pihak lawan supaya tidak mengelirukan.

PENGADIL Dalam setiap perlawanan, dua orang pengadil yang mempunyai kuasa yang sama ditugaskan untuk mengadili permainan. Pengadil mestilah menukar kedudukan dari semasa ke semasa. Pengadil mengawasi setiap tingkah laku pemain dari mula memasuki gelanggang hingga keluar dari gelanggang perlawanan. Pengadil perlulah memeriksa kertas pencatat, peralatan pemain serta memastikan kedua-dua pasukan memakai pakaian seragam. Pengadil memulakan permainan dengan isyarat tiupan wisel.

Pengadil hendaklah memeriksa gelanggang, tiang gol dan bola sebelum perlawanan dimulakan.

PENJAGA MASA DAN PENCATAT. Penjaga masa bertanggungjawab terhadap masa perlawanan, masa hentian dan masa penggantungan pemain. Penjaga masa boleh memberhentikan perlawanan bila-bila masa. Pencatat pula bertanggungjawab terhadap senarai pendaftaran pasukan, borang markah keputusan , pertukaran dan kemasukan pemain yang tidak berhak mengambil bahagian.

MASA PERMAINAN. a) Bagi umur 8-12 tahun ialah 2 x 20 minit dengan masa rehat 10 minit bagi setiap separuh masa bagi keduadua kategori. b) Bagi umur 16 tahun ke atas masa permainan adalah 30 minit setiap separuh masa. Masa rehat yang diperuntukkan pula adalah 10 minit (30:10:30). c) Bagi kategori 12-16 pula masa permainan ialah 2 x 25 minit.

MEMULAKAN PERMAINAN. Pasukan yang menang undian akan memulakan permainan sekiranya dia memilih untuk memulakan balingan. Jika pasukan yang memenangi undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan perlawanan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pihak yang berlawanan.

PERMAINAN PASIF. Permainan pasif adalah merujuk kepada cara permainan yang tidak menampakkan apa-apa serangan dari mana-mana pihak yang bertanding. Dalam hal ini , pengadil berhak meniup wisel sebagai isyarat bahawa pemain-pemain perlu memberi serangan kepada pihak lawan. Sekiranya masih tidak berlaku apa-apa serangan, pengadil boleh memberhentikan perlawanan tersebut walaupun masa masih belum tamat. Sebelum balingan mula diadakan, semua pemain mesti berada di dalam gelanggang dan pihak lawan mesti berada sekurang-kurangnya 3 meter dari pembaling untuk memulakan permainan.

JARINGAN GOL. a) Pengisytiharaan pemenang bergantung kepada jaringan gol yang berjaya dilakukan. b) Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. c) Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring melakukan jaringan, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. d) Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa menyembunyikan isyarat sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pihak lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri.

MEMAINKAN BOLA. a) Pemain dibenarkan membaling, menangkap, menahan, menolok, memukul bola dengan tangan, kepala, paha, lengan, badan, dan lutut. b) pemain dibenarkan menghantar bola dengan keadaan berlutut, duduk, atau baring di lantai. c) Pemain dibenarkan memegang bola hanya dalam jangka masa 3 saat. Pemain dibenarkan melantun bola dan menangkap semula bola dengan satu atau kedua belah tangan semasa berdiri atau berlari. d)Pemain hendaklah menghantar bola dari tangan ke tangan. e) Pemain dibenarkan melantun bola berkali-kali dengan sebelah tangan dan kemudian menangkap semula dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.

MENENTANG LAWAN. a)Balingan permulaan untuk separuh masa kedua mestilah dilakukan oleh pasukan yang belum melakukan balingan permulaan pada separuh masa pertama. b)selepas jaringan dilakukan, balingan permulaan akan dilakukan oleh pasukan yang kena gol. c)Balingan permulaan dilakukan oleh pasukan yang memenangi lambungan syiling atau undian. Pasukan akan bertukar tempat pada separuh masa kedua. d)Semua pemain hendaklah berada pada kawasan masing-masing semasa balingan permulaan dilakukan. e)Balingan permulaan diambil dari tengah kawasan permainan dan balingan dilakukan kemana-mana arah yang dikehendaki.

BALINGAN MASUK. Jika bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil satu balingan masuk tanpa menunggu wisel daripada pengadil . apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan ditempat mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.

BALINGAN PERCUMA. Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara kebiasaannya, pengadil akan memberhentikan perlawanan tersebut dan memberikan pihak lawan 1 balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil ditempat dimana kesalahan atau kekasaran terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola berada sejauh 3 meter daripada pembaling.

BALINGAN TUJUH METER. Diberikan apabila : a) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan dikawasan gol. b)sesuatu situasi yang jelas dimana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.

Pihak pengadil akan memberikan timeout sekiranya penjaga gol melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas wisel ditiupkan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat kearah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri dibelakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh atau melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

HUKUMAN-HUKUMAN.

a) amaran:

1) Perkara-perkara yang melibatkan kekasaran terhadap pihak lawan.

2)Seorang pemain tidak boleh diberikan lebih satu kad kuning.

3)hukuman wajib diberikan apabila melakukan kekasaran yang agresif, kekasaran semasa melakukan halangan.

4)pemain atau pegawai yang tidak mempunyai semangat kesukanan.

b)Penggantungan:

1)penggantungan pemain melakukan kesalahan yang berulang.

2)penggantungan mesti diberikan jika berlaku kesalahan pertukaran pemain.

3)Pemain tidak meletakkan bola dengan serta merta apabila berlaku kesalahan.

4)penggantungan juga diberikan kepada pemain yang tiada semangat kesukanan dalam gelanggang atau diluar.

Masa penggantungan adalah 2 minit. Penggantungan kali ketiga pada pemain yang sama menyebabkan pemain disingkirkan iaitu diberi kad merah.

c) Pembatalan.

Diberikan kepada:

1) membahayakan pemain lawan.

2)menyerang di luar masa bermain.

3)pemain yang tidak didaftarkan dalam permainan itu.

4)tiada semangat kesukanan oleh pemain atau pegawai pasukan.

5)kesalahan kali ketiga oleh pegawai yang melakukan kesalahan.

d)Singkir.

1)Diberikan kepada pemain yang melakukan kesalahan yang berat semasa bermain.

IHF HAND SIGNAL.

Kekasaran melampau

penggantungan(2minit)

kuning (amaran) Merah(terkeluar)

Jaringan

Kekalkan jarak 3 meter

Balingan percuma

Balingan penjaga gol

Balingan kedalam

offensive foul

Menolak pemain/memukul pemain

memegang bola melebihi 3 saat/terlebih langkah

foul

Memasuki kawasan gol