Anda di halaman 1dari 2

Nama : NORSHAM BIN ABIDIN

No Matrik : YGA100088
Kursus : YXGA 6108 - Pengurusan dan Pembangunan Diri Pelajar
Pensyarah : Dr Suria Baba
ReIleksi Kuliah : 24 September 2011 (Sabtu) : 2.00 ptg 5.30 ptg


Kuliah pertama YXGA 6108 yang disampaikan oleh Dr Suria Baba telah membuka ruang minda saya
untuk menyoroti beberapa perkara mengenai pengurusan dan pembangunan diri pelajar di sekolah. ReIleksi
untuk kuliah yang pertama ini berkisar mengenai pembangunan pelajar dari segi kehendak negara dalam era
globalisasi menurut perspektiI FalsaIah Pendidikan Negara.
FalsaIah Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial dengan berpaksikan kepada pegangan agama yang tinggi. Malah,
IalsaIah ini sebenarnya menunjukkan hala tuju pendidikan di Malaysia bagi melahirkan rakyatnya yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Begitulah
betapa hebatnya FalsaIah Pendidikan Negara ini digubal bagi memantapkan sistem pendidikan di negara kita.
Namun persoalan yang sering timbul di dalam kotak pemikiran para pendidik sekarang ini ialah, sejauh
manakah IalsaIah ini terkesan di dalam pembentukan modal insan di negara kita.
Institusi pendidikan mengalami kesukaran tersendiri dalam mengukur keberkesanan di dalam
pembangunan diri pelajar. Ini jelas terbukti apabila sistem pendidikan Malaysia hanya mampu untuk mengukur
pencapaian akademik pelajar melalui peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun, pembangunan
sahsiah dan psikologi pelajar amat sukar diukur dan kini kita banyak berdepan dengan pelbagai masalah
berhubung dengan keruntuhan akhlak golongan belia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini adalah kerana
wujudnya siIat dualisme di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dualisme yang dimaksudkan ialah kurikulum
yang memisahkan di antara pengajaran agama (kerohanian) dengan disiplin-disiplin akal yang lain. Disebabkan
disiplin akal terlalu ditekankan dalam peperiksaan, akibatnya mata pelajaran agama tidak diberikan peruntukan
sewajarnya. Oleh itu, lahirlah dua kumpulan generasi muda yang berbeza iaitu kumpulan pelajar yang terlalu
mementingkan agama yang tinggi dan kumpulan ahli agama yang langsung tidak dapat menguasai asas ilmu
dari disiplin akliah. Sesungguhnya, situasi ini memberi satu gelombang tsunami yang hebat terhadap
penghayatan kepada FalsaIah Pendidikan Negara.
Menyedari wujudnya dua kumpulan generasi pelajar ini, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia
Kesembilan telah menetapkan 'pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada
lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Pendidik dan pelajar perlu menjadikan FalsaIah
Pendidikan Negara sebagai hala tuju supaya selaras dengan objektiI pengajaran dan pembelajaran.
Pembangunan pelajar yang selaras dengan IalsaIah pendidikan ini merupakan salah satu elemen penting dalam
usaha membangunkan mutu pendidikan negara.


usteru itu, para pendidik dilihat perlu menjiwai FalsaIah Pendidikan Negara dengan lebih mendalam
agar segala program berkaitan dengan pembangunan diri pelajar dapat direncanakan dengan lebih baik dan
menepati kumpulan sasaran yang ingin disasarkan. Dalam kata lain, program yang dibentuk perlulah mengikut
acuan 'one si:e does not fit all. Program pembangunan diri pelajar perlu dibina bersesuaian dengan pembinaan
modal insan yang tinggi seperti pemikiran strategis, menghadapi risiko, perubahan sikap, sikap terhadap ilmu,
pengurusan masa dan pengisian kerohanian. Dalam perencanaan program sebegini, pihak pengurusan perlulah
menitik beratkan apa yang dikatakan sebagai 'less is more iaitu pelaksanaan program pembangunan yang tidak
begitu banyak tetapi dilaksanakan secara berterusan. Sebagai contoh, program mengimarahkan surau di sekolah
berasrama penuh yang menitik beratkan pelaksanaan solat secara berjemaah dan pengisian program kerohanian.
Secara peribadi, saya melihat kursus ini memberikan pendedahan yang banyak kepada saya dalam
mengurus pembangunan diri pelajar di sekolah dan mampu membuka lembaran baru kepada perspektiI
pemikiran saya agar apa yang dihajatkan oleh FalsaIah Pendidikan Negara dapat direalisasikan. Pembangunan
pelajar yang menekankan aspek modal insan merupakan salah satu elemen penting dalam usaha
membangunkan mutu pendidikan negara serta melaksanakan wawasan negara. Melalui penyerapan modal insan
ini boleh melahirkan generasi berilmu, progresiI, dinamik, berdaya saing dan mempunyai ketahanan mental dan
Iizikal yang tinggi. Ia bukan sahaja digerakkan oleh pihak institusi pendidikan tetapi juga masyarakat yang
ingin melihat kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai