Anda di halaman 1dari 3

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

DI JABATAN PERDANA MENTERI

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang


berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri seperti
berikut:-

1. a) Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1

b) Kementerian/Jabatan : Jabatan Perdana Menteri

c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

d) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

2. Gred/Jadual Gaji : Gred N1

P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79


P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82

3. a) Elaun : i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM 95.00

ii) Imbuhan Tetap Perumahan – RM 180.00

b) Kemudahan : i) Cuti Rehat (20 hari setahun)

ii) Faedah rawatan perubatan;


(diri, isteri/suami, anak-anak dan ibu dan
bapa)

iii) Pinjaman Perumahan;

v) Pinjaman Komputer;

vi) Pinjaman Kenderaan; dan

vii) Faedah Persaraan

4. Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki


kelayakan seperti berikut:-

(a) Terdiri daripada warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh


tutup iklan jawatan;
(c) i) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah
bantuan penuh kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;

ii) Berkebolehan bertutur, membaca dan


menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2)

5. Taraf Jawatan : Tetap

6. Tempoh Percubaan : 1 – 3 tahun

7. Pengesahan Dalam : Pembantu Am Pejabat Gred N1 adalah layak


Perkhidmatan disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

i) memenuhi tempoh percubaan;


ii) hadir dengan jayanya Kursus Induksi; dan
iii) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan

8. Penaklukan Di Bawah 2. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan


Syarat-syarat Skim Pembantu Am Pejabat tertakluk kepada syarat-
Perkhidmatan syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat
ke atasnya dari masa ke semasa.

9. a) CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat dalam borang JPM(PENG) Pin. 1/1/2008 yang


boleh didapati di alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian,
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 3, Blok B8,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

atau di laman web Jabatan Perdana Menteri www.bppsm.jpm.my

b) Pemohon-pemohon juga boleh mendapatkan borang JPM(PENG) Pin. 1/1/2008


melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm
beralamat sendiri dan dilekatkan dengan setem RM0.50.

c) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan
terang dengan HURUF BESAR.
d) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran
paspot, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, sijil-sijil keputusan
peperiksaan dan tamat persekolahan.

e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun


atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 – Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)
2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan
Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat


seperti di 9(a) di atas.

g) Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul
surat dengan jelas dan terang.

10. Permohonan yang berikut akan DITOLAK.

a) Tidak menggunakan Borang JPM(PENG)Pin.1/1/2008;

b) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;

c) Tidak lengkap atau tidak terang;

d) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang


berkhidmat; dan

f) Tidak ditandatangani.

Anda mungkin juga menyukai