Anda di halaman 1dari 5

Pelaksanaan Aktiviti

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 Tarikh Kelas Masa Bilangan murid Jenis Aktiviti a) : : : : 5 Oktober 2011 Tahun 4 (SJKC Nan Kwang) 11.35-12.35p.m. 24 orang murid :

Mencantumkan jigsaw puzzle untuk menjadi gambar yang berkaitan dengan sistem solar.

b)

Menamakan planet-planet yang terdapat dalam sistem solar mengikut urutan daripada jarak matahari berpandukan model dalam kumpulan.

c)

Menamakan dan melabel lembaran kerja yang diberi.

planet-planet dalam sistem solar di

6.0 7.0 8.0

Tempoh masa Bahan dan alatan

: :

60 minit Jigsaw puzzle, kad perkataan dan lembaran kerja

Prosedur Aktiviti : 8.1 Guru memberi murid-murid jigsaw puzzle kepada murid untuk dicantumkan menjadi gambar. 8.2 Guru menanya murid apakah gambar yang dapat dilihat diatas jigsaw puzzle itu. 8.3 Guru menerangkan kepada murid-murid tentang planet-planet yang terdapat dalam sistem solar berdasarkan gambar pada jigsaw puzzle mereka. 8.4 8.5 Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. Guru memberi setiap kumpulan sebuah model sistem solar.

8.6

Guru menyuruh murid menekan butang yang terdapat pada model itu untuk mendapat nama-nama planet mengikut urutannya daripada matahari.

8.7

Guru melatihtubi murid-murid membaca nama-nama planet yang terdapat di sistem solar.

8.8

Guru menyuruh murid menyusun kad perkataan yang mengandungi nama-nama planet mengikut urutan jarak daripada matahari di atas papan hitam.

8.9

Guru melatih tubi murid-murid membaca dan mengeja nama-nama planet mengikut urutan yang betul.

8.10

Guru memberi lembaran kerja kepada murid-murid dan menyuruh mereka menulis nama-nama planet di ruang yang betul dan juga melabelkan planet-planet itu.

8.11

Guru menyuruh ketua kumpulan untuk membentangkan jawapan mereka.

8.12

Sekiranya terdapat jawapan yang salah, guru akan memperbetulkan kesalahan mereka.

9.0

Kemahiran sains yang terlibat : 9.1 Memerhati Murid-murid memerhati keratan gambar-gambar puzzle yang diperolehi dengan menggunakan deria penglihatan dan cuba untuk mengenal pasti gambar tersebut. 9.2 Berkomunikasi Murid menyatakan urutan planet-planet dari matahari dalam sistem solar dan menghuraikan bentuk-bentuk dan saiz planet-planet tersebut.

10.0

Kemahiran berfikir yang terlibat 10.1 Menyusun

Murid menyusun keratan gambar dalam puzzle dan menyusun namanama planet mengikut urutannya daripada matahari. 10.2 11.0 Laporan Aktiviti 11.1 Kekuatan Secara keseluruhannya, rancangan pengajaran ini telah dirancang dengan baik dan berjaya menarik minat murid. Objektif pengajaran yang ditetapkan telah dapat dicapai oleh murid. Tajuk pengajaran dan pembelajaran ini telah menimbulkan perasaan ingin tahu murid tentang sistem solar dan alam semesta dan menarik minat mereka untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang angkasa lepas. Aktiviti-aktiviti yang telah disediakan juga amat bersesuaian dengan kebolehan murid dan mereka dapat saling bantu membantu antara satu sama lain dalam kerja berkumpulan. Murid-murid yang cemerlang telahmembantu dan membimbing murid-murid yang lemah. Oleh itu murid-murid lemah tidak terasa diketepikan dan dapat mengikuti pelajaran yang diajar. Selain itu, aktiviti pembentangan diakhir sesi pembelajaran dapat memupuk daya kepimpinan dan keyakinan diri murid. Aktiviti-aktiviti yang disediakan membuat murid-murid berasa seronok terutamanya permainan jigsaw puzzle dan model sistem solar. Semua murid berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan. Selepas pelajaran ini, murid telah dapat mengenali nama planet-planet yang terdapat dalam sistem solar dan juga susunannya daripada matahari. Walaupun tajuk sistem solar adalah subjektif dan asing bagi murid-murid sekolah rendah, murid-murid saya dapat membuat gambaran tentang kedudukan planet-planet melalui model yang digunakan oleh guru. :

Latih tubi yang dilakukan membolehkan murid-murid dapat membaca dan mengeja nama planet-planet. Murid-murid juga dapat membuat lembaran kerja yang diberi dengan betul. Ini menunjukkan pemahaman murid tentang tajuk yang diajar. Oleh itu, keseluruhan pengajaran dan pembelajaran ini adalah berjaya dan berkesan. 11.2 Kelemahan Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, gambar-gambar planet yang lebih jelas tidak digunakan. Oleh itu, murid-murid mengalami kesukaran untuk membuat gambaran yang jelas tentang planet-planet dalam sistem solar. Murid-murid memang kurang mendapat pendedahan dalam tajuk ini dan pengetahuan sedia ada mereka adalah kurang. Pada pendapat saya, jika saya menggunakan tayangan video dalam pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid saya akan dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang konsep sistem solar. Ini adalah kerana tajuk sistem solar adalah satu tajuk yang terlalu subjektif dan murid kurang ada pengetahuan sedia ada. Murid-murid juga mengalami kesukaran menyebut nama-nama planet dan mengingati susunan planet-planet di sistem solar. Planet-planet ini tidak ada kaitan dalam kehidupan seharian mereka dan juga berada jauh daripada dunia mereka. Oleh itu, mereka mudah lupa dan tidak merasa ada kepentingan untuk mempelajarinya. 11.3 Refleksi Saya berasa puas hati terhadap perancangan pengajaran dan pembelajaran ini kerana saya dapati objektif yang ditetapkan untuk pelajaran ini telah dapat dicapai oleh murid tanpa sebarang masalah. Keseluruhan pelajaran ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Murid-murid saya berasa seronok dan berminat semasa mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti yang disediakan. Saya juga berjaya memupuk minat murid-murid saya untuk

mengetahui lebih mendalam lagi tentang sistem solar melalui set induksi

saya.

Mereka

telah

berusaha

dengan

bersungguh-sungguh

untuk

menyiapkan jigsaw puzzle mereka dengan secepat mungkin. Murid-murid juga berasa seronok apabila saya memberi mereka bermain dengan model sistem solar dalam kumpulan masing-masing. Semasa murid-murid menjalankan aktiviti mereka, saya dapat mengawal disiplin mereka dengan baik. Oleh itu, setiap murid dapat berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan dan tidak berlaku sebarang kekecohan. Murid-murid dapat mengikuti setiap arahan saya dan melakukan aktiviti dengan betul dan bersistematik. Saya berasa sedikit kesal kerana menghadapi sedikit masalah semasa mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran ini. Bahan bantuan mengajar yang terdapat di sekolah saya adalah terhad dan tidak mencukupi. Saya berharap pada masa hadapan, pihak sekolah saya akan membekalkan lebih banyak bahan-bahan mengajar untuk tajuk ini untuk melicinkan pengajaran yang hendak disampaikan dan juga untuk kebaikan murid. Saya berharap selepas pengajaran dan pembelajaran tajuk ini, muridmurid saya akan meneruskan usaha mereka untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sistem solar kita..

Anda mungkin juga menyukai