Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi kerana agama, bangsa dan negara tercinta.
PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar. 2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan. 3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 14 hari bekerja. 4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.
VISI
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015
MISI
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
LIRIK LAGU
POLITEKNIK UNGKU OMAR Politeknik Ungku Omar Megah Terbina di Lembah Kinta di Ipoh Bandaraya Perak Darul Ridzuan Menjunjung Wawasan Pertiwi Mendidik Ilmu Teknologi Membantu Membangun Industri Negara Berdikari Menyahut Segala Cabaran Bina Negara Perusahan Walaupun Seribu Halangan Maju Terus ke Hadapan Politeknik Ungku Omar Mendukung Cita-Cita Bangsa Prinsip Rukun Negara Menjadi Panduan Kita Tunjukkan Kepada Dunia Kita Juga Ada Upaya Menjadi Bangsa Berjaya Hidup Bebas dan Merdeka
LIRIK LAGU
POLITEKNIK MALAYSIA Politeknik Adalah Warisan Kita Membekal Tenaga Bidang Teknikal Bersama Membina Kemajuan Negara Malaysia Ku Tercinta Akhlak Mulia Asas Jaya Itulah Amalan Hidup Kita Di Mana Sahaja Politeknik Berada Harapan Tetap Sama Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu Mencipta Lembaran Sejarah Harapan Impian kan Menjadi Nyata Cekal Takwa Usaha Penentu Arah Maju Politeknik Ayuh Maju Semangatmu Merestui Perjuanganmu Teknologi Teras Pembangunan Negara Politeknik Malaysia
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru kerana berjaya mendapat tempat di Politeknik Ungku Omar ini.Saudara/ saudari merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Sesungguhnya, kecemerlangan yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang selepas memasuki Politeknik Ungku Omar. Kita sekarang berada dalam era transformasi Politeknik. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh dijayakan melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan pendidikan dan latihan ini. Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilainilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta. Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan-graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut. Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama dua atau tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
POLITEKNIK PREMIER
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA: 1. Tn.Hj.Mohd Yusof Bin Yaakob 2. Pn.Junaida Bt. Shaari (JKE) 3. En.Mizanur Rahman Bin Mohd Ali (JKP) 4. Pn.Norliza Bt. Mohamed Piah (JTMK) 5. Ustaz Mohd Azrul Bin Jaafar (JPA) 6. Pn.Siti Hawa Bt. Aziz (JMSK) 7. En.Khairul Nizad Bin Panior (JKM) 8. Pn. Junaidah Binti Abu (JKA) 9. Pn. Siti Hasmiza Bt. Hassan (JP)
6. 7. 8. 9. 10.
(JTMK) (JMSK) (JPA) En. Mohd Hisham Bin Mohd Hassan (JSKK) En. Mohd Arshad Bin Mohd Bakhtin (Unit Asrama)
11
PERATURAN LALULINTAS
Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas
A) Kenderaan Rasmi Politeknik 1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah. 2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku. B) Kenderaan Persendirian 1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik. 2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak politeknik. 3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik. 4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus. 5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. 6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut :a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah. b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik. c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau diubahsuai. d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal. e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal adalah digalakkan f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki. g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan. 7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini. 8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau peralatan kenderaan.
12
TINDAKAN TATATERTIB
Kesalahan sahsiah diri
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) kaedah 26 A.
Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh dikenakan tindakan berikut: 1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik. 2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)).
Hukuman Tatatertib Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali i) amaran; ii) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00); iii) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; iv) penggantungan daripada mengikuti pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; v) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau seluruh peperiksaan di institusi; vi) penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh ynag ditentukan; vii) pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuatkuasa tatatertib.
13
TARIKH 19.12.11 - 23-12.11 26.12.11 - 17.02.12 20.02.12 - 24.02.12 27.02.12 - 20.04.12 23.04.12 - 04. 05.12 07.05.12 - 06.07.12
09.07.12 13.07.12 16.07.12 17.08.12 20.08.12 24.08.12 27.08.12 - 09.11.12 12.11.12 23.11.12 26.11.12 14.12.12 17. 12.12 23.12.12
AKTIVITI SESI DISEMBER 2011 1 Minggu Aktiviti Suaikenal 8 Minggu Perkuliahan 1 Minggu Cuti Pertengahan Semester 8 Minggu Perkuliahan 2 Minggu Peperiksaan 9 Minggu Cuti Semester / Semester Pendek SESI JUN 2012 1 Minggu Aktiviti Suaikenal 5 Minggu Perkuliahan 1 Minggu Cuti Pertengahan Semester 11 Minggu Perkuliahan 2 Minggu Peperiksaan 3 Minggu Cuti Semester SESI DISEMBER 2012 1 Minggu Aktiviti Suaikenal
MINGGU
LATIHAN INDUSTRI
TAHUN 2012 Perkuliahan 16 Minggu Tahun Baru Cina 23 & 24 Januari 2012 Pesta Menuai- 30 & 31Mei 2012 Hari Gawai- 1 & 2 Jun 2012 Hari Raya Aidilfitri -19 & 20 Ogos 2012 Hari Deepavali 11 November 2012 Awal Muharam- 15 November 2012 Hari Raya Aidil Adha 26 Oktober 2012
14
AKTIVITI
Pendaftaran dan Penempatan Siswa & Siswi Sem. 1 di Asrama PUO Pendaftaran Siswa & Siswi Diploma Lepasan SPM, Diploma Lepasan Sijil Politeknik, Diploma Lanjutan dan Diploma Lepasan Sijil Kolej Komuniti Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MSK Sesi Jun 2011 Taklimat Perpustakaan Taklimat Kaunseling
19 DISEMBER
ISNIN
20 SELASA DISEMBER
07.30 pagi
21 DISEMBER
RABU
02.15 petang
07.30 pagi
22 KHAMIS DISEMBER
Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat MS ISO 9001 : 2008 Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN) Taklimat Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan Sukan - Senamrobik Perhimpunan Pagi Siswa & Siswi dan AJK MSK Taklimat Hal Ehwal Pelajar, Pengambilan dan Data Taklimat Disiplin/Akta 174 dan Taklimat Bantuan Kewangan & Kebajikan Majlis Penutup MSK Sesi Jun 2011
23 JUMAAT DISEMBER
15
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Wajib
Baju Batik, seluar hitam/gelap , kasut hitam/gelap dan Topi / Tudung hitam / Skaf hitam (Majlis Penutup Minggu Suaikenal)
16
NO.PENDAFTARAN:__________________________ HEP 6
(ii)
(iii)
Peruntukan berkenaan dengan mengorganisasikan perhimpunan, penggunaan pembesar suara, panji-panji dan plakad-plakad; Peruntukan berkenaan dengan penerbitan, pembahagian dan pengedaran dokumen-dokumen; Peruntukan berkenaan dengan aktiviti pelajar di luar kampus dan penglibatan pelajar dalam apa-apa pekerjaan; Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi, minum atau memiliki minuman keras, memiliki bahan lucah, memiliki dan menggunakan dadah dan racun; dan Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampus, kawasan larangan dan kad pelajar;
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(d) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama atau sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976; dan (e) Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976. Saya sesungguhnya faham sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam undang-undang, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau arahan berkenaan, termasuklah disingkirkan daripada Institusi. * Tarikh: 23 Disember 2011 Tandatangan Pelajar Nama Pelajar No. Pendaftaran Program : : :
** Tandatangan Saksi Pelajar (Ketua Jabatan/ Pegawai JHEP) Nama Saksi Jawatan Saksi : :
*(Pelajar dilarang tandatangan sebelum 23 Disember 2011) **(Ditandatangani oleh Ketua Jabatan HEP/Pegawai HEP)
18
NO.PENDAFTARAN:__________________________ HEP 7
IKRAR PELAJAR
Kami faham bahawa/ Politeknik Ungku Omar/ mempunyai peraturan-peraturan tertentu/ untuk menjamin/ sistem pembelajaran dapat berjalan/ dengan baik dan sempurna. Oleh itu/ saya berikrar akan mematuhi/ semua peraturan yang ditetapkan/ oleh Politeknik Ungku Omar/ dari semasa ke semasa. Saya tidak melibatkan diri/ dalam apa jua aktiviti/ yang tidak diingini/ yang tiada kaitan dengan pelajaran/ dan yang boleh mencemarkan/ imej Politeknik Ungku Omar/ sepanjang menjadi pelajar/ di Politeknik ini. Jika saya didapati/ melakukan kesalahan di atas/ semasa saya/ masih menjadi pelajar di sini/ maka saya/ dengan rela hati/ sedia menerima sebarang hukuman yang diputuskan/ oleh pihak berwajib/ Politeknik Ungku Omar/ termasuk diberhentikan dari menjadi pelajar. Dan ibu bapa/ atau penjaga saya/ tidak akan membuat/ sebarang bantahan dan rayuan/ ke atas hukuman yang diambil/ oleh pihak Politeknik Ungku Omar/ terhadap saya. Ikrar ini saya lafazkan/ dengan penuh kesedaran/ di hadapan Tuan Pengarah/ dan Ketua Jabatan saya/ pada hari Jumaat/ Lapan Julai / Dua Ribu Sebelas/ di Dewan Jubli Perak/ Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
HEP 8
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Amat Setuju
20