Anda di halaman 1dari 11

Kumpulan 4

Sains Hayat Haiwan


Nama Ahli Kumpulan :
1. Pn Wan Hasnam Bt Wan Ismail 2. Pn Siti Hajar Bt Muhammad Yusof Sk Nyatoh SK Puteri SK Gadong Jaya SJK (T) Batang Benar SJK ( C ) Ladang Salak SJk ( C ) Chung Hua Mantin

3. Pn Noriada Abdul Rahman 4. Cik Malar Arasan 5. Cik Leow Zuoh Mey 6. Cik Yap Foong Yoke

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2 Matapelajaran Kelas Tema / Tajuk Masa Standard Kandungan Standard Pembelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi : 2 Delima : Sains Hayat / Haiwan : 8.40 9.40 pagi ( 60 minit ) : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup. : 2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan air, udara dan tempat perlindungan. 2.1.2 - Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :a) Menyatakan keperluan asas haiwan. b) Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.

Objektif Pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran FASA CADANGAN AKTIVITI Orientasi: 1. Murid memerhatikan tayangan video Set Induksi dan menyanyikan lagu Bangau Oh (5 minit) Bangau bersama-sama. Video Klip

CADANGAN KOMUNIKASI Guru : Mari kita sama-sama perhatikan klip video ini?

Murid : Murid memerhatikan klip video 2.Guru menjelaskan tentang hubungkait dengan penuh minat. klip video tersebut dengan tajuk Guru : Pernahkah kamu pelajaran pada hari ini. semua mendengar lagu tadi? Murid : Segelintir murid menjawab Ya dan segelintir murid menjawab Tidak.

Guru : Sekarang mari kita sama-sama menyanyikan dan meneliti lirik lagu ini. Guru: Ulang tayang video Bangau Oh Bangau Murid: murid menyanyi bersama-sama. Guru: Mengapakah bangau itu menjadi kurus? Murid: Bangau itu kurus kerana tiada makanan. Guru: Berdasarkan klip video tersebut,apakah makanan bangau? Murid: Ikan Guru: Baiklah murid-murid, hari ini kita akan belajar tentang tajuk Keperluan Asas Haiwan Dan Kepentingannya. Pencetusan Idea (15 minit) 1. Guru menunjukkan haiwan yang berada di dalam sangkar. Guru: Baiklah,apakah yang terdapat di dalam sangkar ini?

Murid: anak ayam.

2. Murid membuat pemerhatian dan mengenalpasti haiwan yang berada di dalam sangkar itu. 3.Guru meminta murid menyebut bendabenda yang terdapat di dalam sangkar selain daripada anak ayam.

Guru: Selain daripada anak ayam,apakah lagi yang dapat kamu perhatikan di dalam sangkar ini? Murid : ada air, ada makanan. Guru: Bolehkah kamu jelaskan,mengapakah air dan makanan diletakkan di dalam sangkar ini?

4.Murid diminta menjelaskan tujuan Murid: anak ayam itu benda-benda tersebut berada di dalam perlukan air dan makanan sangkar. untuk hidup. Guru: Baiklah, jika anak ayam itu diletakkan di dalam kotak yang tertutup, apakah yang akan berlaku pada anak ayam itu? 5. Guru menyoal murid tentang keadaan haiwan itu jika di masukkan ke dalam Murid: anak ayam itu akan kotak yang tertutup. mati. Guru: Mengapakah anak ayam itu mati? Murid: anak ayam mati 6. Murid menjelaskan keadaan anak ayam kerana tidak mendapat yang mati di sebabkan ketiadaan udara. udara. Guru: Cuba kamu bayangkan jika anak ayam itu tidak diletakkan di dalam sangkar.Apakah yang akan berlaku?

7. Guru menyoal murid, apa yang akan berlaku jika anak ayam itu tidak diletakkan Murid: anak ayam mungkin di dalam sangkar. akan dimakan oleh haiwan lain seperti ular,biawak,musang dan lain-lain jawapan yang 8.Murid mendengar penerangan guru sesuai. mengenai kepentingan tempat perlindungan kepada haiwan. Guru: Jadi, adakah penting jika haiwan ini diletakkan di dalam sangkar? Murid: penting. Guru: Sekarang, cikgu akan bahagikan kamu kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid. Murid: bergerak mengikut kumpulan yang ditetapkan. 2.Wakil murid dari setiap kumpulan Guru: Minta tampil wakil mengambil kad perkataan yang telah dari setiap kumpulan untuk disediakan oleh guru. mengambil kad perkataan yang cikgu sediakan ini.
makanan udara air Tempat perlindungan

Menjana Idea 1.Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. (20 minit)

Murid:wakil kumpulan mengambil kad perkataan keperluan asas itu.

3. Murid melihat slaid gambar haiwan Guru: Cikgu akan tunjukkan satu persatu dalam MS Powerpoint. slaid haiwan yang pertama. Berdasarkan slaid ini,kamu lihat apakah keperluan asas haiwan tersebut? Contoh: Slaid kucing

sedang mengejar tikus 4. Murid menjawab berdasarkan slaid Murid: Kumpulan masingyang di tunjukkan oleh guru. masing berbincang untuk mendapatkan jawapan. Murid: mengangkat kad jawapan yang betul,iaitu Makanan.

Guru: Bagus! jawapan kamu betul. Kucing memerlukan makanan untuk hidup. Murid: mengangkat kad jawapan yang salah,iaitu air. Guru:Jawapan kamu kurang tepat!Cuba lagi!. Guru: Menunjukkan slaid yang seterusnya,sehingga gambar yang akhir. 5. Berdasarkan slaid yang ditunjukkan itu,wakil murid menjawab dengan mengangkat kad perkataan yang diberikan tadi. 6. Guru memberi peneguhan kepada kumpulan yang dapat menjawab dengan betul,manakala kumpulan yang memberi jawapan yang tidak tepat.Guru memberikan bimbingan sehingga kumpulan itu dapat memberikan jawapan yang betul.

Penstrukturan 1.Murid melihat tayangan video tentang semula Idea keperluan asas haiwan selain untuk (15 minit ) hidup,haiwan juga memerlukan air, makanan ,udara dan tempat perlindungan ini untuk membesar, membiak, melindungi diri daripada musuh dan cuaca yang melampau seperti musim sejuk atau kemarau. Contohnya, Burung a. Ibu burung sedang anaknya makan. Murid A: anak burung memerlukan makanan memberi untuk membesar.

Pentaksiran

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1. (B1D2E1) 1. Murid menyiapkan Lembaran kerja 2 1. Murid menyiapkan Lembaran kerja 3 - Guru membuat pengukuhan tentang pembelajaran dan pengajaran berkaitan dengan keperluan asas haiwan dan kepentingannya.

Aktiviti Pemulihan Aktiviti Pengayaan

Refleksi (5 minit) Elemen Merentas Kurikulum (EMK): TMK -Menggunakan tayangan video tentang keperluaan asas haiwan dan kepentingannya.

EK1 1.2 Peka kepada peluang 1.8 Kesangggupan belajar daripada kesilapan 1.9 Berkeupayaan memimpin Kreativiti 2.2 Sintesis idea Menggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu. 2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik lagu, muzik, rajah. Bahan Bantu Belajar (BBB) - Kad perkataan - Slaid gambar haiwan - Komputer / laptop - Video - Spesimen sebenar ( anak ayam )

Nama :___________
Tema Band Standard Prestasi Standard Pembelajaran 2.1.1

Kelas :_____
Deskriptor Evidens

Sains Hayat

Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

Perhatikan gambar-gambar di bawah dan jawab soalan berikut.

1.Belalang yang manakah tidak mendapat udara? ________________________________________________ 2. Belalang yang manakah tidak mendapat makanan ? _________________________________________________ 3. Belalang yang manakah tidak mendapat air ? _________________________________________________ 4. Belalang yang manakah hidup paling lama ? __________________________________________ 5. Haiwan memerlukan________, _____________ ,

________________ dan _________________.

Nama :___________
Tema Band Standard Prestasi Standard Pembelajaran 2.1.1

Kelas :______
Deskriptor Evidens

Sains Hayat

Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

Padankan gambar dengan keperluan asas haiwan. 1.


Tempat perlindungan n

2.

air

3.

udara

4.

makanan

Nama :___________
Tema Band Standard Prestasi Standard Pembelajaran 2.1.2

Kelas :_____
Deskriptor Evidens

Sains Hayat

Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.

Isikan jawapan di tempat kosong berdasarkan perkataan yang diberikan.

Kepentingan keperluan asas kepada haiwan iaitu makanan, air, dan udara.

*Berseronok *Mencari musuh * Membesar

*Melindungi diri daripada musuh *Membiak * Melindungi diri daripada cuaca yang melampau

Anda mungkin juga menyukai