Anda di halaman 1dari 12

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________ 011

011 Bahasa Melayu MLB 2009 Set 3 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

MODUL LATIH BIMBING 2009

011 BAHASA MELAYU TAHUN 5 SET 3 Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. 2. 3. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

4.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak. 011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-2-

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1.

Dato Seri Amir seorang jutawan. _____________ telah memberi sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Damai. . A Beliau B Dia C Ia D Mereka

2.

Joran emas yang diberi ____________ orang tua itu bukan kepunyaannya. A oleh B C D pada kepada dengan

3.

Kita tidak tahu sama ada dia suka pada kemerduan syair itu __________ keindahan bait puisinya. A dengan B atau C juga D tetapi

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-3-

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2 4. Walau apapun yang akan terjadi, Si Babau tetap berada _______________ tuannya. A di antara B C D di pinggir di hadapan di belakang

5.

__________________ sajak atau syair, keindahan bahasanya tetap diutamakan. A Walaupun B Sama ada C Jikalau D Namun begitu

6.

Salina dan Aisyah ________________ buku cerita untuk menyiapkan projek Nilam. A melarikan B C D mengambil menendang berebut

7.

Semakin hampir peperiksaan, Fahmi semakin rajin membuat __________ . A ulangkaji B C D ulang kaji ujikaji uji kaji

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-4-

8.

___________________ tidak sabar untuk menangkap seekor harimau yang sering berkeliaran di kampung mereka. A Setiap B Beberapa C Mana-mana D Masing-masing

9.

Pendaki gunung itu menggunakan dua _______________ kuali untuk menggoreng ayam. A biji B buah C bentuk D butir

Soalan 10 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 10. ________________ yang disampaikan oleh Haji Saleh itu telah menarik perhatian para hadirin. A Ucapan B Penerangan C Makluman D Nasihat

11.

Orang yang pandai tidak akan menjadi bodoh jika dia berdiam diri seperti ___________ A alah bisa tegal biasa. B C D marahkan nyamuk, kelambu dibakar. ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-5-

12.

Pemandangan di ladang rusa pada waktu senja amat indah _____________ . A sangat B sekali nian C amat D nian

13.

Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan. ______________ A besar-besaran B gilang-gemilang C berkilau-kilauan D gegak-gempita

14.

Setiap hari Encik Sazali __________ telur itik di ladang ternakannya. A mengumpul B memungut C memasuk D mengutip

15.

Pokok buah naga di Ladang Zaihan Enterprise _________ setelah dibubuh baja organik. A segar B subur C tinggi D besar

16.

Pemilik ladang misai kucing itu akan menghadiri _____________________ dengan syarikat dari Jerman untuk memasarkan hasil pertaniannya. A temu janji B temuduga C D temu duga janji temu

17.

Hati Encik Zaihan__________ apabila mendapat berita buah naga yang dijualnya tidak laku di pasaran. A gundah-gulana B porak-peranda C D punah-ranah hancur-lebur

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-6-

18.

Nenek sedang ________________ tanah di tepi rumahnya untuk menanam pokok ulam raja. A menggembur B membajak C membuat D memajak

19.

Sultan Perak suka melihat tarian tradisional. Oleh sebab itu, tarian dabus dipersembahan di hadapan ________ A patik B hamba C baginda D tuanku

20.

Pilih perkataan seerti bagi ayat yang bergaris. Jika kita pandai berniaga, kita pasti akan mendapat keuntungan yang besar. A hasil B C D faedah Wang Laba

Soalan 21 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4 21. Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. Sudah dua tahun petani itu membanting tulang agar mendapat hasil yang berlipat ganda. A rajin B berusaha C malas D tekun UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-7-

22.

Pilih jawapan yang sesuai bagi soalan diberikan. Berapa harikah pesta Kraf Tangan itu diadakan? A Ya, pesta Kraf Tangan itu diadakan selama lima hari. B Pesta Kraf Tangan itu diadakan di Kuala Lumpur. C Persembahan kebudayaan diadakan selama lima hari. D Pesta Kraf Tangan itu diadakan selama lima hari.

23.

Pilih soalan bagi pernyataan diberikan. Nama tarian yang terdapat dalam gambar itu ialah sumazau. A Siapakah yang menarikan tarian itu? B C D Bilakah tarian itu dipersembahkan? Apakah nama tarian yang terdapat di dalam gambar itu? Mengapakah mereka menarikan tarian itu?

Soalan 24 Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 24 A B C D Hasil kerja seninya sangat halus. Pendapatannya tidak diterima oleh ahli-ahli persatuan. Penari itu menari dengan ligat kerana iramanya rancak. Suaranya yang rendah tidak dapat didengari.

Soalan 25 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 25. I II III IV A B C D Nurhana meraut buluh untuk membuat layang-layang. Asyikin meraut lidi di belakang rumah. Puspa meraut wajahnya yang kerisauan. John meraut banyak keuntungan hasil daripada pelaburan. I, III dan IV sahaja. II, III dan IV sahaja. I, II dan III sahaja I, II, III dan IV.

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-8-

Soalan 26 hingga Soalan 28. Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26. Nurhana dan Asyikin menyambut kedatangan Jenifer dan John dengan hati yang gembira. A Kedatangan Jenifer dan John telah disambut oleh Nurhana dan Asyikin dengan gembira. B Jenifer dan John gembira dengan sambutan Nurhana dan Asyikin. C Kedatangan Nurhana dan Asyikin disambut dengan gembira oleh Jenifer dan John. D John dan Nurhanan gembira dengan kedatangan Jenifer dan Asyikin. Kata Asyikin kepada Chew Leong, Bila agaknya Puspa akan sampai. Aku dah penat menunggu kedatangannya. A Asyikin dan Chew Leong kepenatan menunggu kedatangan Puspa yang masih belum sampai. B Puspa penat menunggu kedatangan Asyikin dan Chew Leong yang masih belum sampai. C Asyikin memberitahu Chew Leong tentang kepenatannya menunggu kedatangan Puspa yang masih belum sampai. D Puspa memberitahu Asyikin tentang kepenatannya menunggu Chew Leong yang masih belum sampai. Kata Asyikin, Wah, cantik sungguh kain songket itu. Pasti susah hendak menenunnya. A Asyikin memberitahu tentang kesusahan menenun kain songket yang cantik itu. B Asyikin mengeluh kerana menenun kain songket yang cantik itu. C Asyikin berasa bangga kerana dia dapat menenun kain songket yang cantik itu. D Asyikin menyatakan kain songket yang cantik susah untuk ditenun.

27.

28.

Soalan 29 Pilih ayat yang betul 29. A B C D Hatinya terpaut pada keunikan budaya negara Malaysia. Perempuan bertudung itu berdiri antara dua orang budak lelaki. Pembuat songket itu sedang memperbaiki papan tenunnya. Peragawati itu berbaju songket pada Majlis Songket Warisan.

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

-9-

Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul 30 I II III IV A B C D Tarian tradisional itu telah dipersembah di hadapan ribuan penonton. Nurhana sedang belajar urusan seni halus di University of London. Walau di mana saja, masyarakat Malaysia sentiasa berbudi bahasa. Tayangan dokumentari tentang Kraf Malaysia telah diadakan pada pukul 8.30 pagi. I dan II sahaja. II dan IV sahaja. I dan III sahaja III dan iV sahaja.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Penduduk negeri Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Iban, Melanau, Kayan, Kelabit, Cina dan sebagainya. Bagi kaum Melayu di Sarawak, satu daripada hasil kraf tangan mereka yang terkenal ialah kain tudung kelingkam. Kraf tangan ini biasanya dijalankan di rumah oleh golongan wanita yang mahir.

Beberapa alat perlu disediakan sebelum proses penyulaman kain tudung kelingkam dimulakan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kain nipis yang disebut kain robia, benang kelingkam, kain belacu, benang kapas atau nilon, jarum pipih berlubang dua, bingkai kayu sebagai pemidang, gunting, lilin, dan pisau.

Selepas semua alat disediakan, barulah proses penyulaman dapat dimulakan. Proses penyulaman memerlukan kesabaran, ketelitian, ketekunan, dan kemahiran yang tinggi. Hal ini supaya sulaman yang halus dapat dihasilkan. Corak-corak sulaman pula biasanya diilhamkan daripada motif alam semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Apabila proses penyulaman sia, kain yang telah disulam pada bingkai kayu pemidang tadi dipotong. Kemudian, tepi kain itu dibakar dengan lilin agar benangnya tidak terburai.

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

- 10 -

Warna kain kelingkam turut menjadi aspek yang penting. Pemilihan warna yang tepat akan dapat menimbulkan benang yang disulam. Biasanya warna kain yang dipilih ialah merah dan hitam.

Bagi masyarakat Melayu Sarawak, kain tudung kelingkam amat berherga dan penting dalam kehidupan harian mereka. Kain tudung ini digunakan juga oleh kaum wanita dalam upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan keramaian. Kini, kain tudung kelingkam dipelbagaikan penggunaannya seperti dijadikan hiasan dinding dan cenderamata.

31.

Kain tudung kelingkam dihasilkan oleh ... A kaum Iban B kaum Kelabit C D kaum Melayu kaum Melanau

32.

Frasa kayu pemidang dalam petikan bermaksud ... A kayu yang digunakan untuk mengalas kain B yang digunakan untuk meregang kain C D kayu yang dilekatkan pada kain kayu yang dipaku pada kain

33.

Mengapakah agaknya penggunaan kain tudung kelingkam dipelbagaikan? A Supaya pembeli mudah membawanya B C D Untuk menunjukkan kehalusan nilai seninya Untuk mengekalkan tradisi budaya dan warisan negara Supaya kraf tangan ini dikenal oleh semua lapisan masyarakat

34.

Pernyataan yang berikut adalah tidak benar kecuali A B C D warna merah dan hitam biasanya digunakan sebagai benang sulaman kain tudung kelingkam turut dipakai oleh pengantin semasa bersanding perusahaan kain tudung kelingkam dijalankan secara besar-besaran di Malaysia corak sulaman kain tudung kelingkam biasanya menggunakan motif alam semula jadi

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

- 11 -

35.

Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memasarkan hasil kraf tangan kita ke luar negara? A Meningkatkan mutu kraf tangan itu dan mengadakan promosi jualan di luar negara B Menjual hasil kraf tangan dengan harga yang murah C Menjadikan hasil kraf tangan sebagai cenderamata D Tidak membeli hasil kraf tangan dari negara luar

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Bacalah suara itu bergema lagi kesedaran terasa terpanggil menyentuh rimba rasa mereka yang menghayati kenikmatan membaca. Anak-anakmu bakal mewarisi cakerawala ini kalau diberikan seribu mata namun tertutup hatinya untuk membaca jadilah dia manusia papa terpenjara dalam kejahilan sepanjang usia. Anak-anakmu bakal mewarisi cakerawala ini bekalkan mereka dengan ilmu digali daripada sumber buku waktu pasti tidak menanti biduk terus berlalu mengisi ruang wawasan. 36. Puisi ini ditujukan kepada _______________. A belia B pelajar C D ibu bapa orang dewasa

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

MODUL LATIH BIMBING TAHUN 5 SET 3

- 12 -

37.

Perkataan papa dalam puisi bermaksud... A sengsara B C D dungu miskin kedana

38.

Pernyataan yang berikut benar berdasarkan puisi kecuali A sesiapa yang tidak membaca akan ketinggalan B C D anak-anak merupakan pengganti generasi sekarang sesiapa yang rajin membaca akan beroleh kesenangan anak-anak sekarang menggunakan masa dengan sebaik-baiknya

39.

Apakah masalah yang diperkatakan dalam puisi tersebut? A Tiada orang yang akan mewarisi cakerawala B Tiada bahan bacaan untuk anak-anak C Kesan buruk akibat tidak membaca D Kelemahan anak-anak dalam membaca

40.

Mengapakah agaknya puisi ini ditulis? A Untuk menimbulkan kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan amalan membaca B Untuk menyatakan bahawa amalan membaca mempunyai faedah tersendiri C Untuk menyedarkan semua pihak agar menjaga anak-anak dengan baik D Untuk mengingatkan semua pihak tentang kepentingan masa

SOALAN TAMAT

UNIT BAHASA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK 2009

Anda mungkin juga menyukai