Anda di halaman 1dari 13

Minoriti mendominasi majoriti

Kumpulan minority merupakan mereka yang selalunya disisih termasuk golongan


kurang upaya kerana perbezaan kebudayaan dengan majoriti. Majoriti mendominasi
dari aspek pendidikan, jasmani, keistimewaan, politik, kekayaan dan juga status politik.
Misalnya, di negara England terdapat orang rish dan orang English. Disebabkan
perbezaan kebudayaan antara dua pihak ini, rish menjadi golongan minority yang
didomonasikan oleh orang English. Maka orang English pandang rendah terhadap
orang rish. Orang English mendominasi status social, ekonomi, politik dan kekayaan.
Orang-orang English menganggap orang-orang rish tidak berupaya untuk maju. Pada
abad ke-19 kumpulan orang rish mula berhijrah ke Amerika disebabkan factor
ekonomi, pekerjaan dan untuk mencari kekayaan. Di Amerika, golongan English yang
tinggal di Amerika menganggap orang rish sebagai golongan yang tidak berupaya.
Fenomena yang sama seperti di England berlaku di Amerika kepada orang rish di
Amerika. Perhubungan sosial antara majoriti dan minoriti menjadi lebih ketara.

Walaubagaimanapun, minoriti juga boleh mempengaruhi majoriti. Jadi bilangan
bukan menjadi faktor mendominasi antara kaum, bangsa dan negara. Minoriti turut
dapat mendominasi majoriti. Di Boston dan New York bilangan golongan berkulit hitam
adalah majoriti. Namun mereka tidak dapat mendominasikan minoriti dari segi aspek
ekonomi, politik, kekayaan dan status sosial.





!engaruh minoriti terhadap majoriti

$atu kaum yang mampu mempengaruhi kaum yang lain dapat mendominasikan
kaum yang terpengaruh. Kuasa pengaruh akan memainkan peranan yang penting tidak
kira majoriti atau minoriti. Kuasa pengaruh ini wujud disebabkan pendidikan,
keterampilan, faktor sains dan teknologi, kekayaan dan sebagainya. $ebagi contoh, di
sesetengah tempat pengaruh media elektronik dan percetakan banyak digunakan oleh
kumpulan minoriti hingga kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan gergasi, hebat dan
berpengaruh.
Dalam sesuatu masyarakat, boleh wujud dua jenis golongan masyarakat iaitu
majoriti senyap dan minoriti vocal. Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke-
19 yang pada masa itu frasa ini digunakan untuk merujuk kepada mereka yang
meninggal dunia. Pada tahun 60an, frasa ini menjadi popular apabila Richard M. Nixon,
Presiden Amerika yang ke-37, memuji rakyat Amerika yang tidak berdemonstrasi
menentang peperangan Vietnam sebagai 'the great silent majority.' Kini majoriti senyap
digunakan untuk merujuk kepada kumpulan majoriti dalam suatu masyarakat yang
selalunya tidak melahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka sentiasa suka
berdiam diri.
Kumpulan minoriti merupakan kumpulan yang kecil tetapi mereka lebih
menonjolkan identiti mereka tersendiri melalui pertuturan, penampilan fizikal dan juga
cara berpakaian. $alah satu faktor penyumbang kumpulan kecil ialah mereka lebih
bersepakat dan lebih berbangga dengan kumpulan mereka. Misalnya, kumpulan
minoriti bangsa seperti puak zionis di dalam bangsa Yahudi, kumpulan khwanul
Muslimin dalam agama slam kumpulan mat rempit dalam sesebuah masyarakat umum,
atau kumpulan peminat-peminat sesuatu pasukan bolasepak seperti Manchester
United.

Parti-parti politik sama ada Umno, Pas, Dap dan lain-lain sebenarnya adalah
kumpulan minoriti jika dijumlahkan ahli-ahlinya berbanding dengan jumlah penduduk
Malaysia. $ebagai kumpulan minoriti, mereka mudah berasa terancam akan kehilangan
pengaruh. Untuk menunjuk kuat, mereka menjadi vokal. Akhirnya mereka menjadi
minoriti vokal yang menarik perhatian majoriti senyap sehingga mereka dapat
mempengaruhi kumpulan majoriti untuk mendengar lalu menghormati aspirasi mereka.

Hal sedemikian menjadikan kumpulan majoriti senyap berasa kecil dan akhirnya
akan akur kehendak kumpulan minoriti ini. Kalau apa yang diperjuangkan oleh minoriti
vokal itu baik, ia amat menguntungkan keseluruhan masyarakat. Jika sebaliknya,
seluruh masyarakat akan runtuh kerana dimanipulasi oleh sesebuah kumpulan minoriti.
Kumpulan majoriti senyap memang besar tetapi lemah. Mereka lemah kerana tidak
sepakat dan sependirian. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang sama
dengan minoriti senyap, mereka lebih suka berdiam diri. Hal ini mereka mudah
dipermainkan oleh kumpulan minoriti vokal.

Tambahan pula, sikap suka tunggu dan lihat kumpulan majoriti senyap ini
menjadikan mereka pasif dalam menghadapi apa jua ancaman meskipun mengetahui
akan kesannya terhadap masa depan mereka sendiri. Jika berdepan dengan senario di
mana berlaku pertembungan antara mana-mana kumpulan minoriti vokal, kumpulan
majoriti senyap lebih cenderung untuk menyokong mana-mana kumpulan minoriti yang
lebih kuat. ni adalah kerana mereka mahukan suasana yang stabil, kukuh dan selamat.
Menyokong minoriti yang lebih kuat itu bererti mereka boleh berehat daripada
memikirkan apa yang diperjuangkan. $ama ada perjuangan sesuatu kumpulan minoriti
itu betul ataupun salah. Mereka lebih cenderung memihak kepada kumpulan minoriti
yang kuat supaya kumpulan itu menang dan mereka boleh bual hal-hal sendiri kembali
serta menikmati kehidupan di dunia ini. Mereka tidak sukakan risiko. Namun, sikap
majoriti senyap inilah selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa. $ebaliknya
kumpulan minoriti vokal yang kerap mendakwa kumpulan mereka tertekan sebenarnya
kumpulan yang lebih menguasai majoriti senyap. Justeru itu, kumpulan minoriti lebih
mempengaruhi kumpulan majoriti di mana-mana tempat dan sektor aktiviti kehidupan di
dunia ini.

Minoriti inspirasi majoriti

Kumpulan minoriti di sesetengah tempat menjadi inspirasi kepada kumpulan
majoriti. Di Thailand, masyarakat slam di bahagian selatan negara tersebut yang
merupakan kumpulan minoriti negara tersebut, mampu menjalankan ibadah puasa
tanpa sebarang masalah. Tiga hari sebelum Ramadan menjelma berlaku serangan bom
di wilayah itu, namun serangan itu tidak menggugat penduduk. $ebaliknya serangan
bom berkenaan dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam jenayah dan tiada kaitan
dengan puak pemisah yang tidak dapat dipastikan sama ada wujud atau tidak. Bagi
penduduk slam, Ramadan tetap disambut dengan meriah tidak kira di mana pun
mereka berada sama ada Pattani, Narathiwat dan Yala.

Di Perancis, perwatakan yang ditunjukkan oleh pemuda slam di negara itu
berubah sama sekali dalam bulan amadan. Menurut satu laporan, biarpun pada hari
biasa, mereka minum arak, merokok dan menghisap ganja, tetapi apabila tiba bulan
Ramadan semua perbuatan tersebut ditinggalkan. $eorang aktivis slam, Rachid Abu
Zareaah berkata, ramai pemuda slam Perancis meninggalkan perbuatan maksiat dan
menyatakan perang terhadap perbuatan dosa dalam bulan ramadan. Rachid berkata,
sepanjang bulan ramadan, pemuda Muslim mengubah perangai buruk mereka dan
fenomena ini menjadi inspirasi bagi golongan majoriti di Negara Perancis.

Di Republik Rakyat China, kaum Muslimin di negara itu berpuasa dengan penuh
ketabahan dan kegembiraan. $elain berbuka puasa di masjid-masjid, mereka juga solat
$ubuh berjemaah dan mendengar ceramah agama. ''ni merupakan bulan suci yang
sangat penting bagi kami. Bila kami melakukan suatu kebaikan, ia sama dengan 1,000
kebaikan yang dikerjakan di bulan-bulan lainnya, kata Ma Guoxing (48 tahun), seorang
Muslim daripada kelompok etnis Hui,di wilayah Ningxia Hui. Pada masa ini, China
mempunyai sekitar 20 juta penduduk slam, separuh daripadanya adalah kelompok
etnis Hui. Lebih 2.2 juta Muslim dari kelompok etnis Hui tinggal di Ningxia.
Perkembangan orang menganut agama islam adalah disebakan factor inspirasi
golongan minoriti kepada majoriti. $ementara itu, lebih 12,000 penduduk slam di
Beijing, yang umum tinggal di Niujie $treet menjalankan ibadah puasa tanpa masalah
dan pertembungan dengan kaum cina majoriti bukan agama islam. Begitu juga dengan
penduduk slam di wilayah Gansu, Qinghai dan Xinjiang Uygur.

Abdul'ahad Kurban, 43, yang tinggal di Xinjiang, berkata, dia dan keluarganya
selama Ramadan menyiapkan masakan khas untuk berbuka puasa dan sahur.
Makanan itu sebahagiannya akan dibahagikan kepada keluarga Muslim lainnya.
''$eperti warga Muslim lainnya di sini, keluarga kami juga membahagikan makanan
dengan sahabat-sahabat, kata Abdul'ahad. Bagi Mila, seorang wanita slam dari
kelompok etnis Uzbekistan di Urumqi, berkata "bulan ramadan akan mempunyai makna
tersendiri, ni kerana bandar kami sedang memulihkan keadaan berikutan rusuhan yang
berlaku pada masa yang lalu yang menyebabkan 197 terbunuh dan lebih 1,600 orang
lagi cedera. Mila berkata, sempena ramadan, mereka berdoa agar semua pihak
bersedia melakukan kebaikan sesama manusia dan hidup penuh muhibbah. ''$aya juga
berharap semua etnik di negara ini dapat bersatu untuk saling menghargai antara satu
dengan lainnya tanpa prasangka sepanjang masa,'' katanya. Maka kehidupan yang
bersatu umat islam yang minoriti ini menjadi inspirasi kepada golongan majoriti yang
bukan islam.



esan !engaruh kebudayaan dan kepercayaan minoriti kepada majoriti

Budaya

Kebudayaan merupakan suatu keseluruhan yang kompleks mengandungi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang- undang, moral, adat resam
dan kebolehan serta kebiasaan lain-lain yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli
sesebuah masyarakat. Apa jua yang kita fikir dan buat dalam kehidupan merangkumi
semua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, teknologi, sains, kesenian,
undang-undang, etika, adat-istiadat dan apa jua cara hidup kita yang merupakan hasil
daripada apa yang diwarisi daripada masyarakat.

Proses penyatuan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadi
satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama dan
perlaksanaan proses ini adalah bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan
kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti. Akibat daripada usaha penyatuan ini,
perubahan dalam budaya kumpulan majoriti berlaku. Perubahan ini berbeza di tempat
yang berlainan. Kelainan dalam perubahan ini dikatakan sebagai proses integrasi.

$esuatu unsur kebudayaan dalam satu kumpulan yang diterima pakai atau
dipinjam oleh kumpulan lain dinamakan sebagai akulturasi. Akhirnya unsur kebudayaan
ini akan diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menyebabkan
kehilangan identiti asal kumpulan penerima tersebut. $ebagai contoh, pemberian 'Ang
Pow' pada hari perayaan telah dipraktiskan oleh kumpulan kaum cina iaitu suatu
kumpulan minoriti di negara Malaysia. Akan tetapi budaya tersebut kini diterima pakai
oleh kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti yang lain di Malaysia. Proses ini dapat
dilihat secara ringkas di gambar bawah.




$elain daripada akulturasi, terdapat satu lagi proses penyerapan budaya iaitu
proses asimilasi. Dalam proses ini, cara hidup dan kebudayaan sesuatu kumpulan,
lazimnya kumpulan minoriti akan diserap oleh kebudayaan kumpulan majoriti tanpa
membawa perubahan kebudayaan yang menyerap itu. Akibat daripada proses ini,
kumpulan minoriti mungkin akan kehilangan budaya, bahasa dan agama tersendiri
serta akan mengamalkan budaya kumpulan majoriti. Misalnya, budaya daripada
kumpulan Bugis, Boyan , Minangkabau dan Jawa telah diserap masuk dalam
kebudayaan kumpulan Melayu. Akhirnya unsur-unsur yang telah diguna pakai tersebut
menjadi kelaziman atau diserap masuk dalam kebudayaan kumpulan Melayu. Proses
ini diringkaskan di gambar di bawah.







Proses amalgamasi pula membawa maksud percampuran budaya yang berbeza
dan mewujudkan budaya yang baru. Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan
kepada proses ini berlaku. Misalnya percantuman budaya antara, budaya Portugis
minoriti dan budaya Melayu majoriti dan ekoran daripada perkhawinan campur antara
kumpulan Cina minoriti dan kumpulan Melayu majoriti mewujudkan satu kumpulan yang
mengamalkan budaya yang baru. Kumpulan ini dinamakan sebaga Baba Nyonya. $ila
lihat gambar di bawah untuk pemahaman.





Proses integrasi ini juga mewujudkan kesan negatif kepada sesetengah
kumpulan yang dinamakan sebagai segregasi. Proses ini membawa pemisahan atau
pengasingan antara entik. Terdapat juga undang-undang dihasilkan untuk
melaksanakan proses ini yang dipanggil De Jure. Dasar yang dihasilkan ialah Dasar
Apartheid 1948-1994. Jika pelaksanaan tidak didasari undang-undang dipanggil De
Facto. Dalam proses ini berlakunya pengasingan dalam tempat tinggal, pengangkutan,
dan kemudahan awam. Dalam gambarajah di bawah, kemudahan tandas awam
dikhaskan untuk kumpulan minoriti orang putih sahaja.


Dalam proses integrasi tidak semestinya unsur-unsur sesuatu kumpulan
diterima pakai oleh kumpulan yang lain. Di sesetengah tempat terdapat juga kumpulan
majoriti dan kumpulan minoriti mengamalkan budaya masing-masing dan
mempertahankan budaya mereka tanpa campuran budaya kumpulan yang lain. Proses
ini dinamakan sebagai akomodasi. $etiap etnik mempunyai hak terhadap warisan dan
mereka bebas mengamalkan budaya mereka. Pada masa yang sama, setiap kumpulan
menyedari dan menghormati budaya etnik lain. Dalam situasi sebegini, perbezaan
kebudayaan adalah lazim dan tidak dapat dielakkan. Persamaan di bawah
menunjukkan situasi akomodasi dengan jelas.






Kepercayaan / agama

Kumpulan minoriti turut dapat menghasilkan kesan kepada majoriti di
sesetengah negara. Misalnya, kebebasan umat slam beribadah di negara Thailand dan
tabiat mereka mengunjungi Masjid ndonesia di Bangkok yang menjadi tumpuan setiap
kali Ramadan dapat menarik perhatian kumpulan lain. Walaupun jumlah penduduk
slam adalah tidak lebih 10 peratus daripada keseluruhan penduduk Thailand yang
berjumlah 60 juta, namun slam menjadi agama kedua terbesar selepas Buddha.
$empena Ramadan, masjid-masjid di Bangkok mengadakan majlis berbuka puasa dan
solat tarawih.

Mengenai Masjid ndonesia pula, ia adalah masjid pertama yang berdiri atas
sumbangan warga ndonesia yang menjadi penduduk Thailand. Masjid ini menjadi
kebanggaan bagi masyarakat ndonesia kerana menyimpan dua buah kenang-
kenangan berupa jam klasik peninggalan Presiden $ukarno dan Presiden $uharto.
Pada bulan puasa ini, masjid tersebut tiap hari menyelenggarakan buka puasa bersama
bagi warga Muslim di Thailand. Turut menjadi tumpuan sepanjang Ramadan ialah
Pusat slam Ramkhaeng yang terletak di Khlong Tan, Bangkok. Pusat slam terbesar di
Bangkok itu menganjurkan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan iktikaf pada sepuluh
hari terakhir Ramadan.

!andangan majoriti terhadap minoriti

Kumpulan majoriti mempunyai mempunyai pandangan yang berbeza-beza pada
kumpulan minoriti negara mereka. Di $ungai Petani, Malaysia, Bekas Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peranan kaum minoriti dalam setiap pilihan raya di
negara ini adalah penting. Beliau berkata kaum berkenaan kebiasaannya menentukan
kemenangan walaupun dalam jumlah undi yang kecil. Di sini, peranan kumpulan
minoriti dianggap sangat penting dalam menentukan kemenangan parti pilihan raya di
negara Malaysia. Menurut pandangan Tun Dr Mahathir, dalam pilihan raya yang
berlangsung lazimnya undi daripada kumpulan majoriti adalah hampir sama bagi parti
kerajaan dan parti lawan. Maka yang menentukan kemenangan sesuatu parti adalah
terletak di tangan kumpulan minoriti.

Dalam sesebuah negara yang mempunyai kumpulan majoriti dan minoriti, boleh
timbul perasaan tidak puas hati oleh suatu kumpulan disebabkan kumpulan yang lain
menerima keistimewaan. Maka, pandangan individu terhadap kumpulan minoriti akan
berubah. Mengikut Tun Dr Mahathir, kalau dengar sungutan kaum tak dapat sesuatu, ini
kerana pertimbangan dibuat untuk kaum-kaum lain juga, jadi ada kaum lain terpaksa
buat pengorbanan.


Minoriti Sebagai moderator

Kumpulan minoriti turut berfungsi sebagai moderator. $ebagai contoh yang
berlaku di Timur Tengah yang mencetuskan kemelut politik, revolusi dalam konteks The
Arab Awakening dewasa ini. Di $yria, yang berkuasa ialah golongan $yiah yang minoriti
13 peratus bilangan mereka. Manakala majoriti yang mengadakan demonstrasi demi
demonstrasi ialah golongan $unni 74 peratus bilangan mereka. Di Bahrain pula, yang
berkuasa ialah golongan $unni yang minoriti. Manakala yang mengadakan demonstrasi
demi demonstrasi ialah golongan $yiah yang majoriti 70 peratus. Kian meningkat
kemelut politiknya ketika ini ialah $yria hingga pihak tentera menggunakan kereta-
kereta kebal terhadap mereka yang menunjuk perasaan. Pihak tentera telah menguasai
sebuah masjid di Bandar Deraa.

#umusan
Di sesetengah negara akan terdapat masyarakat yang terdiri daripada kumpulan
majoriti dan kumpulan minoriti. Adakalanya majoriti akan mendominasikan minoriti dan
adakalanya minoriti akan mendominasikan majoriti. Tidak boleh dinafikan bahawa
golongan minoriti akan ditindas dan dianiaya oleh golongan majoriti.

Anda mungkin juga menyukai