Anda di halaman 1dari 2

MAHANI BINTI MOHD AMIR 640419-01-6024

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Allah, dapatlah saya meneruskan pengajian sehingga Semester 6 ini walaupun pelbagai halangan dan dugaan telah saya tempuhi sepanjang pengajian saya di IPG Kampus Temenggong Ibrahim ini. Ketika menerima tugasan tersebut dari pensyarah, tertanya dalam diri sendiri apakah saya mampu menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang singkat, bersama-sama dengan tugasan lain yang terpaksa juga dihantar segera? Untuk memahami kehendak tugasan itu agak sukar, mengambil masa, apa lagi untuk melaksana dan melakukannya. Ditambah pula dengan kursus Bina Insan Guru yang terpaksa kami laksanakan sebelum tugasan ini dihantar. Setelah berbincang dengan ahli kumpulan dan bertanya rakan-rakan sekuliah yang lain, akhirnya dapatlah saya memahami apakah yang dikehendaki dalam tugasan yang diberi ini. Dengan semangat yang kuat saya berazam untuk menyiapkan segala tugasan yang diberi walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan kekangan waktu. Saya mesti memberikan komitmen yang terbaik dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada setiap kumpulan. Langkah pertama dalam menyiapkan tugasan ini dimulakan dengan

perbincangan dengan rakan sekumpulan dan akhirnya kami mengambil masa lebih kurang dua minggu menyiapkan tugasan dengan mengumpul bahanbahan yang telah dibuat tanpa mengira waktu.

Tugasan ini juga telah banyak memberi pengetahuan yang amat berguna kerana bidang semantik ini bukanlah baru kepada guru seperti saya tetapi pengetahuan mengenainya tidaklah sedalam sebelum saya mempelajarinya pada semester 6 ini. .Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kesukaran dan masalah. Harapan saya semoga apa yang telah dipelajari ini dapat saya aplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga saya terus tabah dan bersemangat meneruskan perjuangan sehingga semester 8 dan seterusnya mendapatkan segulung ijazah hasil titik peluh yang tidak mengenal erti putus asa. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai