Anda di halaman 1dari 3

TAJUK TUGASAN Bagaimanakah masyarakat?

Budaya dan masyarakat merupakan konsep yang amat luas dalam mengenali kewujudan kemasyarakatan. Walau di mana pun jua kita berada, kedua-dua elemen ini seringkali dikaitkan dengan kehidupan kita seharian. Tanpa elemen-elemen ini, kita mungkin sukar untuk membayangkan bagaimana kehidupan kita sekarang. Kebudayaan dirujuk sebagai sesuatu yang umum dan dikongsi bersama oleh semua ahli masyarakat. Ia merangkumi unsur-unsur material dan bukan material. Kebudayaan material adalah seperti kesenian, teknologi, bangunan, dan sebagainya yang dapat dilihat dalam bentuk objek manakala kebudayaan bukan material pula terdiri daripada nilai dan norma yang dipegang oleh satusatu masyarakat iaitu meliputi sesuatu yang tidak dapat disentuh atau dilihat dengan mata kasar namun kita mengakui kewujudannya. Masyarakat pula memperihalkan tentang suatu sistem perhubungan manusia di antara satu sama lain yang mempunyai satu budaya yang sama. Pembentukan masyarakat adalah melalui proses sosialisasi atau lebih mudah lagi dikenali sebagai proses pemasyarakatan di mana ia cuba memasyarakatkan seseorang yang baru memasuki kelompok yang sedia ada itu. Ini bermakna, seseorang yang baru lahir akan dididik untuk mengenal masyarakat mengikut perkembangan bayi sehinggalah dewasa dengan mengenengahkan budaya sebagai suatu entiti nilai, norma dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Talcott Parson memperihalkan tentang budaya dan

Bagi memperjelaskan konsep masyarakat dan budaya ini, seorang tokoh sosiologi, Talcott Parson dipilih untuk memperihalkan perkaitan kedua-dua elemen ini. Teori sosiologi ini telah diketengahkan oleh Parsons sejak tiga suku abad ke-20 yang lalu. Parsons dilahirkan pada tahun 1902 merupakan anak bongsu dari 5 orang adik-beradik. Bapanya, seorang pengamal ajaran Protestan juga seorang profesor di Colorado College manakala ibunya pula seorang pejuang hak-hak wanita yang berjaya. Disebabkan beberapa perkara yang tidak disangka, bapanya telah dipecat dari Colorado College. Kemudian, Parsons dan keluarganya berpindah ke New York dan memulakan kehidupan baru di sana. Bapanya bekerja dengan YMCA selama setahun sebelum dilantik menjadi Presiden di Marietta College, Ohio. Di New York, Parsons menghabiskan baki 2 tahun pengajian sekolah tinggi di Horace Mann School for Boys. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Amherst College dalam bidang sains tulen. Namun, akhirnya beliau telah mengubah fikiran lalu menukar bidang dari biologi kepada sains sosial dan berjaya menamatkan pengajiannya dalam pengkhususan sosial dan ekonomi pada tahun 1924. Pada tahun berikutnya, Parsons menghabiskan kebanyakan masanya di London School of Economics (LSE) dan telah menaikkan namanya sehingga dikenali ramai. Sementara itu, beliau juga menerima pandangan antropologis British, Bronislaw Malinowski tentang masyarakat sebagai suatu pecahanpecahan sistem yang berhubungan di antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, Parsons juga turut

Anda mungkin juga menyukai