Anda di halaman 1dari 6

MINIT TAKLIMAT PEMANTAPAN KECERIAAN KELAS

Tarikh : 07 September 2011


Hari : Khamis
Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Bilik Penolong Kanan HEM

AGENDA
1. Ucapan Guru Besar
2. Keceriaan Kelas & Keselamatan Murid
3. Hal-Hal Lain

KEHADIRAN
BIL NAMA JAWATAN
01 En. Sappal @ M. Sattah Bin Ab. Rashid Guru Besar
02 En. Saidin Bin Banaha Penolong Kanan - HEM
03 En. Majahil Bin Majingkil Penyelia Petang
04 Pn. Salmiah Binti Jabar Penolong Kanan 1
05 En. Rhymie Bin Tuah Guru
06 En. Yaakob Bin Hj. Salleh Guru
07 Pn. Teresa Bestan Guru
08 Cik Salmiah Binti Pirman Guru
09 Pn. Mutahhara Binti Harapia Guru
10 Cik. Naharia Binti Lahak Guru
11 Cik. Siti Khalijah Abd Aziz Guru
12 Pn. Noraniza A. Hamsin Guru
13 Pn. Azlena Bt Ab Aziz Guru
14 Pn. Seniyati Binti Hasbullah Guru
15 Cik Zainun Binti Mustafa Guru
16 En. Hj Muhammad Bin Risi Guru
17 Pn. Zaiha Bin Abu Jahal Guru
18 Pn. Sumrah Binti Ahmad Aming Guru



BIL

AGENDA

TINDAKAN








01

Penolong kanan HEM En. Saidin Bin Banaha mempengerusikan
taklimat ini. Beliau memulakan dengan salam keagamaan & salam
perpaduan serta menyatakan kesyukuran atas kesudian semua pihak
yang dapat menghadirkan diri

AGENDA 1: UCAPAN GURU BESAR

- Guru besar mengucapkan salam kepada semua penolong-penolong
kanan dan guru-guru yang dapat meluangkan masa menghadiri
taklimat pada kali ini.

- Beliau memaklumkan tentang pemantauan audit dari JPN ke
sekolah baru-baru ini.. Pihak JPN mengucapkan tahniah atas
pemantauan tersebut. Guru besar mengucapkan terima kasih atas
kerjasama semua pihak.

- Beliau menyentuh tentang dua perkara utama dalam taklimat ini.

1. Keceriaan Kelas
2. Keselamatan Murid
















Semua guru
kelas

02

AGENDA 2: KECERIAAN KELAS DAN KESELAMATAN MURID

1. KECERIAAN KELAS

- Guru besar menyentuh tentang keceriaan kelas-kelas di sidang pagi
dan di sidang petang. Beliau memaklumkan bahawa tahap keceriaan
kelas-kelas masih tidak memuaskan walaupun beberapa perjumpaan
telah dibuat sebelum ini.

- Beliau memaklumkan bahawa masih terdapat kelas-kelas yang tidak
mengambil tindakan untuk menceriakan kelas seperti yang diarahkan.

> Pn. Mutahhara Bt Harapia memaklumkan bahawa bahan sudah
ada tetapi tidak ada masa untuk menampalnya sebab sibuk dengan
aktiviti di tahun 6.








Semua guru
kelas










> Tn. Hj Ahmad Bin Risi mencadangkan disediakan satu papan
softboard di dalam kelas untuk memudahkan gambar / maklumat
ditampal. ( Gambar mudah tertanggal sebab gam tidak kuat ).

> Pn. Seniyati mencadangkan program gerak bantu untuk guru-guru
bagi tujuan menceriakan kelas-kelas sama seperti apa yang
dilaksanakan diprasekolah.

- Guru besar mengucapkan tahniah kepada guru kelas 3A kerana
kelas tersebut telah membuat beberapa perubahan yang positif dan
berjaya menceriakan kelas tersebut.


2. KESELAMATAN MURID

- Guru besar berharap tidak berlaku kejadian murid menceroboh
kelas sehingga boleh merosakkan keceriaan kelas yang telah
dilaksanakan.

- Beliau melihat murid sidang petang yang datang awal perlu
kumpulkan dan dikawal secara teratur dan terancang.

- Beliau meminta cadangan penyelesaian daripada sidang yang hadir
bagi mengatasi masalah ini.


CADANGAN PENYELESAIAN


1. KeseIamatan KeIas - KeIas Dikunci

- Guru besar merujuk kepada kelas 3A yang telah pun melaksanakan
kelas dikunci selepas waktu pulang. Keselamatn bahan di dalam
kelas terjamin dan keadaan kelas selamat.

- Kunci kelas 1 dipegang oleh guru kelas dan 1 lagi diserah kepada
pihak pentadbir.

> Sidang bersetuju menerima cadangan kelas dikunci tetapi murid
sidang petang yang datang awal ke sekolah tidak dapat masuk ke
dalam kelas tersebut menyebabkan mereka berkeliaran




Pihak
Pentadbir














Semua guru
kelas
















Semua guru
kelas








2. KeseIamatan Murid - Murid DikumpuIkan Dikantin.

- Guru besar menyentuh tentang makusd P&P berkesan murid
dapat menerima apa yang guru ajar / sampaikan pada hari itu.

>Penyelia Petang mencadangkan murid yang dikumpul dikantin
dikawal oleh guru bertugas pada hari tersebut.

- Guru bertugas yang kebetulan mengajar diwaktu terakhir diminta
mengambil masa 5 minit untuk mengurus murid sebelum waktu
pulang.

> Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa pihak pentadbir
boleh mengambil alih peranan menjaga murid yang dikumpul dikantin
tetapi guru bertugas yang terlibat perlu memaklumkannya kepada
pihak pentadbir terlebih dahulu ( sediakan jadual waktu )

>Sidang bersetuju cadangan meletakkan TV di kantin agar murid-
murid yang dikumpul dapat berada di situ sehingga sesi P&P mereka
bermula.








Guru bertugas



"



Pihak
Pentadbir



03

AGENDA 3:


HAL-HAL LAIN


GURU BESAR


> Guru besar memaklumkan bahawa untuk keceriaan dalam kelas
bahan yang dibeli hanya sebagai bahan tambahan sahaja. Adalah
lebih baik jika hasil kerja murid yang di tampal di ruang / sudut yang
di sediakan dan perlu diganti setiap minggu.

> Guru besar meminta supaya guru-guru kelas mencari masa untuk
menceriakan kelas masing-masing. Tiada masa dan tidak cukup
masa bukanlah alasan untuk kelas tidak diceriakan.

>Beliau juga memberitahu bahawa bilik kaunseling tidak boleh
dijadikan pusat berkumpul seperti sebelum ini. a perlu dikosongkan
serta merta bertujuan untuk menjaga kerahsiaan bilik tersebut.












Guru kelas




"




Guru UBK

PENOLONG KANAN - HEM

- En. Saidin Bin Banaha memaklumkan dan menjelaskan beberapa
perkara berikut dalam taklimat ini;

O Masalah disiplin murid - langkah awal perlu dirujuk kepada
guru bimbingan kaunseling terlebih dahulu
O Borang KWAMP perlu dihantar pada hari Selasa 13/09/2011
untuk di bincangkan
O Borang analisis kehadiran murid perlu dihantar paling lewat
pada 2hb setiap bulan. ( Buku kehadiran murid tidak boleh
dibawa pulang perlu digantung ditempat yang disediakan )
O Dendaan guru tidak boleh mendenda murid seperti mencubit,
memukul dan seumpamanya.
O Murid tidak boleh memakai aksesori emas dan aksesori palsu
mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.

-Beliau memaklumkan bahawa beberapa taman akan diwujudkan di
sekitar sekolah untuk menambah keceriaan sekolah.

1. Taman Herba - Pekerja Pembersihan
2. Taman Sayur-Sayuran - Pendidikan Khas
3. Taman Buah-Buahan ( Pokok Renek ) - Pekerja Pembersihan

- Beliau memberitahu bahawa prasekolah sudi menyumbangkan
bahan-bahan yang sudah tidak digunakan tetapi masih baik
keadaannya kepada mereka yang mahu untuk tujuan keceriaan
kelas.



PENOLONG KANAN 1

- Pn. Salmiah Binti Jabar memaklumkan tentang sistem kehadiran
secara on-line yang dicipta oleh PPD Tawau. Sistem e-hadir akan
dibentangkan di KPM. Sekolah diminta melengkapkan sistem e-hadir
bermula dari bulan Julai 2011. 5 buah sekolah dijadikan uji rintis
untuk sistem ini di daerah Kunak.



EN. YAAKOB BIN HJ. SALLEH

- Selaku setiausaha peperiksaan beliau meminta guru bertugas pada
minggu peperiksaaan UPSR dijalankan supaya dapat berada di
sekolah sepanjang masa peperiksaan berjalan.





TN. HAJI AHMAD BIN RISI

- Beliau meminta supaya seorang guru Kemahiran Hidup ditambah
untuk dapat membantu beliau menceriakan bilik tersebut.



04

PENUTUP

Penolong Kanan HEM selaku pengerusi, sekali lagi mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir dalam
taklimat ini. Beliau berharap semua pihak dapat mengambil tindakan
untuk melaksanakan program sekolah yang dirancang demi kebaikan
semua pihak.

Mesyuarat ditangguhkan pada 1.07 petang.





---------------------------------------------- ---------------------------------------------
( PN. NORHASIMA BT NATILAN ) ( )
SETIAUSAHA HEM



PENGESAHAN MINIT

......................... .................
( ) ( )
Tarikh :................ Tarikh :...............

Anda mungkin juga menyukai