Anda di halaman 1dari 17

INTEGRASI ICT DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

NAMA RAMALINGAM NO MATRIK FAKULTI MATEMATIK JABATAN KOD KURSUS

: VIMALAH A/P : M20111000333 : SAINS DAN : BIOLOGI : SBP 6024

NAMA PENSYARAH : PN. SADIAH BT BAHAROM

KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan .
1.0 2.0 Pengenalan Perkembangan Dan Kepentingan ICT Dalam Sistem Pendidikan Malaysia 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Meningkatkan kemahiran ICT Strategi Pengintegrasian ICT Dalam P&P Kepentingan Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan Kesimpulan Rujukan 5-8 9-11 12 13 14 1 2-4

Muka Surat

1.0 Pengenalan Dunia alaf baru sedang mengalami cabaran genting dalam kehidupan manusia. Antara cabaran baru yang sedang kita lalui termasuklah globalisasi,impak teknologi maklumat yang pesat, transformasi anatarabangsa kearah e-ekonomi, tuntutan-tuntutan terhadap pembangunan masyarakat dan persaingan anatara bangsa telah mengakibatkan berlakunya perubahan besar dalam sistem pendidikan seluruh dunia (Cheng & Towsend,2000). Sayugia dengan itu, sumbangan teknologi maklumat dan komunikasi ICT memang tidak dapat dinafikan dalam perubahan arus pembangunan bangsa Negara.Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, ICT digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998). Pengunaan ICT di Malaysia amat penting dalam usahanya untuk mencapai wawasan 2020nya. Ianya dapat dilakukan dengan mewujudkan transfomasi sistem pendidikan yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menyeru perkembangan potensi individu secara holistik dan berintegrasi untuk menghasilkan individu yang seimbang secara intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah transformasi ini adalah sekolah bestari yang ditubuhkan berasaskan teknologi. Ianya akan membantu meningkatkan dan membaiki sistem pendidikan untuk mencapai Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya mengerakkan perkembangan modal insan menyediakan mereka menghadapi cabaran melinium akan datang. Trasfomasi sistem pendidikan akan membantu budaya kerja sekolah rendah dan menengah beranjak dari pembelajaran berasaskan memori yang dibina untuk pelajar-pelajar mempunyai kebolehan sederhana. Sistem pendidikan ini sebaliknya akan merangsang pemikiran kreativiti,kemesraaan pelajar membantu pelajar menimba ilmu pendidikan berasaskan kebolehan individu dan kaedah pembelajaran yang mudah diperolehi.Sistem ini bukan hanya menuntut pelajar untuk bertanggungjawab dalam proses pembelajaran tetapi juga mengharapkan ibubapa dan keseluruhan masyarakat. Sekolah bestari ialah sekolah yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk dan sokongan

perkembangan pengajaran

dan pembelajaran murid-murid. 1

Sekolah bestari

merupakan

sekolah yang dilengkapi dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti

komputer dan kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan dari sahaja segi dapat menglicinkan pemikiran dan yang memaksimakan tinggi, tetapi perkembangan pembelajaran kemahiran

kepelbagaian kebijakasanaan dalam mata pelajaran yang dipelejari. (Hamizer,1997). Sekolah bestari tidak membawa makna sekolah untuk pelajar bestari atau pintar tetapi merupakan cara yang bestari bagi menjamin setiap pelajar cerdik atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang paling sesuai denganya.(Abdul Rashid & Siti Rahayah, 2001). Sekolah bestari dalam bahasa Inggeris smart school dalam kata yang sebenarnya ialah suatu tempat di mana guru-guru dan pembelajaran tektik dan dengan kaedah, melibatkan mungkin murid-murid bekerja atau menjalankan aktiviti yang menyeluruh.Ia melibatkan pelbagai melibatkan serta tugasan dan yang terbuka, sebagainya perbahasan juga pemikiran

perbincangan,kolaborasi

rakan sejawat

(Perkins,1992). Manakala menurut Fiske (1991), sekolah bestari adalah berorientasikan pembelajaran bukan pengajaran. Cara sekolah bestari beroperasi adalah berdasarkan hubungan bahawa guru beralih dari sebagai jurulatih (coach), pelajar adalah pekerja. Penekanan dikatakan telah berlaku pengajaran kepada pembelajaran.Pendidikan

apabila berlaku proses pemikiran di kalangan pelajar. Menurut Dr. Nor Hayati (2003), sekolah bestari bukan merujuk kepada pelajar yang paling bijaksana tetapi ia merujuk kepada cara yang paling bijak bagi memastikan setiap anak diberi peluang yang sama bagi mencapai potensi diri. yang menitikberatkan perkembangsaan diri dipilih Falsafah menjadi Pendidikan Kebangsaan asas model sekolah

bestari.Sekolah Bestari ditubuhkan dengan matlamat seperti menggalakkan pelajar berdikari dalam proses memperoleh pengetahuan dan mampu menjalankan pembelajaran mengikut kadar pembelajaran sendiri (self- paced), minat sendiri (self-directed) dan menilai diri (self assessed). Dengan ini mereka dapat memaksimumkan potensinya ke tahap cemerlang, menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat (IT) untuk menghadapi cabaran era teknologi maklumat, mengubahkan secara sistemik budaya pendidikan yang selama ini menitikberatkan peperiksaan kepada yang berfokus kepada aspek kreatif dan inovatif, melahirkan pelajar lepasan sekolah yang mampu menangani cabaran kehidupan dalam era teknologi maklumat di abad ke 21, membentukkan satu 2 generasi warganegara Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab, berketrampilan, penyayang, mempunyai nilai

kekeluargaan dan peka terhadap pemeliharaan alam sekitar, menyediakan tenaga pekerja celik teknologi dan berpemikiran kritis dan kreatif untuk industri tempatan Malaysia. Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran dan

pengajaran adalah penggabungan atau pergabungan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Tahap keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran dan pengajaran adalah berkesan berdasarkan kepada keupayaannya dalam meningkatkan kefahaman pencapaian, kreativiti pelajar dan minat pelajar terhadap bidang teknologi maklumat. Dalam konteks ini, guru-guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran. Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Manakala menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.

2.0 Perkembangan Dan Kepentingan ICT Dalam Sistem Pendidikan Malaysia Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah. Perkembangan internet di Malaysia, ianya sudah mulai wujud pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Nor Hashim et al. 1996). Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara. Jamaludin Badusah (2000). (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) secara jelas telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Pertama literasi ICT untuk semua pelajar, Kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat P&P. Ketiga penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, menjelaskan. beberapa manfaat ICT dalam pendidikan diantaranya ialah berupaya meningkatkan kefahaman dan keupayaan murid dalam pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid, membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning) membolehkan murid mengakses maklumat

yang

sukar

diperolehi,

mewujudkan

suasana

pembelajaran

yang

mencabar

dan

menyeronokkan, membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yg sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilakukan dengan cara biasa, meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid, memberi peluang kepada murid belajar secara lebih berkesan dengan bimbingan yang minima. 3.0 Meningkatkan kemahiran ICT Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran pendidikan Islam. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal. Berdasarkan kepada definisi yang telah dibincangkan terdapat enam media utama dalam suatu sistem multimedia yang lengkap iaitu teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktif. Mediamedia ini digabungkan untuk mewujudkan suatu persembahan inovasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin & Zaidatun 2000). (a). Teks

Teks merupakan komponen asas dalam sistem multimedia. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000). Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. 5

Penyaluran teks dalam multimedia

dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih sempurna. Ini membolehkan sesuatu maklumat atau informasi disampaikan dan disebarkan kepada pelajar dengan mudah dan berkesan. Atas dasar tersebut, teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan mata pelajaran melalui multimedia (Vivi Lach 2006). Dengan teknologi ini, teks pelbagai bentuk, format dan susun atur boleh dipindahkan ke mana mana sistem komputer bagi memudahkan pelajar memahami isi kandungan yang dicapai dari Internet. (b). Grafik

Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Ia membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. Disamping itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Penggunaan grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang cepat, jelas, tepat dan konsisten terhadap pelajar. Grafik seperti lukisan, gambar foto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaian sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang penting dalam komunikasi maklumat dan grafik untuk penyampaian maklumat melalui proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia. (3). Audio

Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Di samping itu, ia membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio. Menerusi audio, terdapat beberapa faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti menarik perhatian pelajar, mempengaruhi emosi dan pemikiran pelajar, mempertingkatkan kefahaman 6

pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran, memudahkan proses penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui teks atau grafik, menjadi panduan yang lebih efektif dalam meningkatkan pemahaman pelajar dan mengekalkan penumpuan pelajar dalam sesebuah mata pelajaran. (d). Video

Video dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi. Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi dan sumber rujukan yang berkesan. Disamping itu, video digital menjanjikan satu corak persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. Melalui penggunaan video digital, pelajar lebih mudah mengubahsuai, memanipulasi dan menghubungjalinkan ilmu yang diperolehi menjadi lebih dinamik, hidup dan menyeronokkan. (e). Animasi

Animasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang meransang dan menyeronokkan. Seseorang pelajar boleh menggunakan animasi berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari. (f). Interaktif

Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci utama kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Pengguna berupaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Ia juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan tersendiri. 7

Dengan menyepadukan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia di atas melalui komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya pendidikan Islam, maka akan dapat meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam. Kerana penggunaan multimedia dan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya P&P Pendidikan Islam, dapat menciptakan proses pembelajaran yang interaktif, iaitu adanya hubungan timbal balik antara guru dan pelajar dan juga antara sesama pelajar. Proses pembelajaran interaktif yang dijalankan hendaknya dapat mendorong semangat pelajar untuk belajar dan munculnya inspirasi pada pelajar untuk memunculkan ide baru, mengembangkan inisiatif dan kreativiti. Guru perlu berusaha menciptakan proses pembelajaran yang menyeronokan, menjadikan pelajar merasa nyaman, selesa dan asyik untuk mengikutinya. Namun pada asasnya, kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi bergantung kepada keupayaan dan kebolehan guru untuk mengaplikasikannya sesuai dengan objektif pembelajaran. Hal ini selari dengan pandangan Zoraini Wati (1992), yang menyatakan bahawa pengajaran pendidikan Islam bukan sahaja melibatkan penyampaian fakta atau pengetahuan semata-mata tetapi lebih banyak menekankan aspek amalan sebagai penghayatan kepada ilmu yang dipelajari. Justeru itu, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan, guru-guru seharusnya memanfaatkan penggunaan alat teknologi seperti komputer bagi merangsang minda pelajar untuk belajar (Hasbullah & Yusni, 2003) malah ia sesuai dengan keperluan futuristik yang memerlukan penguasaan dalam teknologi maklumat (Mohd Jasmy & Mohd Yusro, 2003).

4.0 Strategi Pengintegrasian ICT Dalam P&P Sistem persekolahan bestari dengan lebih berkesan telah mengintegerasikan ICT dalam perlaksanan kurikulum, dan cekap. Sekolah bestari akan mendorong pelajar

pedagogi, pentaksiran dan bahan P&P direka semula untuk membantu pelajar belajar mengamalkan pembelajaran akses pelajar mempunyai keperluan kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar akan mengambil kira hakikat bahawa Dari aspek pernilaian, peperiksaan, projek, tugasan dan yang dalam berlainan.

pembelajaran sendiri. Kurikulum sekolah bestari pembelajaran pelbagai alat pengukuran akan digunakan

produk yang berteraskan penggunaan komputer. Pernilaian sekolah bestari bukan sahaja melihat dari segi pencapaian pelajar sahaja tetapi juga mengambil kira keberkesanan dengan kesediaan, kemajuan dan bakat Bilik darjah bestari mempunyai persekitaran yang ideal untuk belajar dengan bantuan

komputer. Berdasarkan kajian Triangle (1999, dlm Sukimin & Noor Hanim,2003) bilik darjah bestari mempunyai setting yang berbeza. Pelajar-pelajar boleh akses kepada maklumat bila-bila diperlukan. Bilik darjah bestari ialah tempat di mana pelajar-pelajar mudah mendapat maklumat. Guru bukan lagi menjadi penyalur maklumat, tetapi lebih kepada peranan sebagai fasilitator. Di antara ciri ciri bilik darjah bestari ialah pelajar-pelajar mudah mengakses kepada computer, keupayaan guru mengintegrasikan penggunaan komputer dalam bilik darjah, interaksi pelajar secara kolaborasi di dalam bilik darjah. Persekitaran bilik darjah bestari adalah bersesuaian dengan Teori Piaget bahawa pada tahap operasi konkrit, seseorang pelajar mempunyai kebolehan pemikiran secara logik. Ini hanya akan berlaku sekiranya wujud persekitaran fizikal yang sebenar. Komputer dalam bilik darjah adalah sebagai catalyst kepada pembelajaran kerana pada tahap operasi konkrit. seeing is believing. Malah menurut Gagne & Briggs (1982, Sukimin & Noor hanim,2003) situasi pembelajaran bilik darjah harus berbentuk kondusif. Unit Komputer dalam Pendidikan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menjelaskan penggunaan ICT dalam P&P dapat dilihat daripada dua aspek iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dilakukan dalam bebagai kaedah pembelajaran. 9

4.1 Pembelajaran Tutorial Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajararan ekspositori dimana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif, demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutannya oleh sistem dan latihtubi yang juga dikawal oleh sistem. Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan samada yang disimpan dalam CD ROM, cakera keras atau laman web. Menurut Ab.Halim & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2010) terdapat 158 laman Web yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan boleh digunakan sebagai bahan rujukan para pelajar dan guru, namun tidak semua laman Web tersebut mengandungi unsur-unsur pengajaran yang sesuai dengan semua peringkat sekolah menengah dan peringkat tertiari. Diantara pelbaagi kemudahan lainnya adalah dengan menggunakan, Email (Mel Eletronik), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita, File Transfer Protocal (FTP), Googel, E-group,Ebook, E-journal, Facebook, E-learning, Eksiklopedia bebas 4.2 Pembelajaran Penerokaan (exploratory) Penggunaan ICT dalam pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat dari CD ROM, internet, portal maklumat; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi; dan melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal oleh murid. Pendekatan ini menyokong pendekatan konstruktivisme iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh, di dalam kelas geografi, boleh merujuk kepada World Facts Books di laman web Central Intellegince Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta.

10

4.3 ICT Sebagai Alat Aplikasi ICT sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat dalam P&P. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Ini termasuklah perisian aplikasi khusus seperti editor grafik dan Computer Aided Design (CAD) yang membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran. 4.4 ICT Sebagai Alat Komunikasi ICT sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru dari lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk. Ia boleh dilakukan melalui pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. Salah satu daripada model pengajaran terkini yang mengambil peluang daripada ICT sebagai alat pemudah komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Sebagai rumusannya, terdapat pelbagai bentuk pembelajaran yang dapat diaplikasikan seorang guru dalam menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan alat ICT dalam bilik darjah agar P&P berlansung lebih menarik dan menyeronokkan, manakala melalui laman Web pula bagi pendidikan Islam khasnya juga sudah ditentukan 158 laman web yang secara resmi mempunyai akses lansung untuk menambah bahan mengajar dan kemudahan lainnya.

11

5.0 Kepentingan Integrasi ICT dalam P&P Pendidikan Proses belajar mengajar (PBM) seringkali dihadapkan pada materi yang abstrak dan di luar pengalaman siswa seharihari, sehingga materi ini menjadi sulit diajarkan guru dan sulit dipahami siswa. Visualisasi adalah salah satu cara yang dapat dilakukan untuk mengkonkritkan sesuatu yang abstrak. Gambar dua dimensi atau model tiga dimensi adalah visualisasi yang sering dilakukan dalam PBM (Siswo Saroso 2008) Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid. Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai field dependent berbanding dengan murid field independent. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam field independent adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam field dependent mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya 2001).

12

6.0 Kesimpulan
Dunia berkembang dengan pesat, sekolah tidak ada pilihan melainkan terpaksa

menerima fenomena ICT dan menjangkakan guru-guru dapat menguasai dengan cepat ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan ke dalam P & P di bilik darjah. Di samping itu, peranan pengetua perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu dan ketrampilan dalam ICT bagi memberi dorongan dan membimbing guru serta pelajar dalam proses pembestarian sekolah. Sebagi rumusan kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan lagi keperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat bagi guru dlm menyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah. Pemilihan kaedah serta alat yang tepat juga perlu diambil kira oleh seorang guru untuk memastikan keselarian antara mata pelajaran, waktu, situasi dan kondisi dalam memanfaatkan ICT dalam suatu P&P pada masa berlansungnya Pembelajaran. Dengan adanya kerjasama dan persediaan semua pihak,

mudah- mudahan semua sekolah akan menjadi sekolah bestari seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2010 nanti.

13

Rujukan
Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin.(2001). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Rahim Mohd Saad. 1998. Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas Kerja Dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001: Penerbit .USM Dr.Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan Fong Mae.(2003).Applications Of The Smart School Conceptual Model In Preschool Education. Journal BTP Siri 5.Dis 203.m/s 1-10. Hamizer Bin Mohd Sukor.(1997).Smarting Up For New Challenges Of Smart Schools. Bestari Koleksi Johor.m/s12-21. Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications. Mohd Jasmy Abd.Rahman & Mohd Arif Ismail. 2007. Teknologi Maklumat dan Serta Aplikasi Multimedia dalam Pendidikan di Malaysia dan Kebangsaan Malays Rosenberg, J.M., 2001. E-learning: Strategies For Delevering Knowledge In The Digital U.S.A: McGraw-Hill. Smart School Project Team (1997). The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint. Sukimin Juki & Noor Hamin Rahmat.(2003). Studying In A Smart School : What Do The Students Think ? Jurnal BTP Siri 5.Dis 2003. m/s 51-58. Zalina Yahaya.(8hb Julai 2002).Sekolah Bestari Konsepnya Banyak Kelebihan.Berita Harian. 14 Age. Komunikasi

Indonesia. Bangi : Universiti

Anda mungkin juga menyukai