Anda di halaman 1dari 16

EPD 1023 : KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER SEPTEMBER 2011




NAMA : MUAHAMAD MUALIM BIN GHAZALI
NO MATRIK : AS1160529
NAMA TUTOR : PUAN INTAN AZLINA BINTI ABDULLAH

DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN INTAN AZLINA BINTI ABDULLAH



ISI KANDUNGAN :
NO SOALAN PERKARA MUKA SURAT
1
PENGHARGAAN
1
2
BIODATA
2
3
PENGENALAN
3
4
PENULISAN ALAMAT
4
5
KEMUDAHAN
5-7
6
PERATURAN YANG
TIDAK DIPATUHI
8-9
7
PANDANGAN YANG
MEMBANTU
10
8
KESIMPULAN
11
9
LAMPIRAN
12
10 RUJUKAN
13









NAMA : MUHAMAD MUALIM BIN GHAZALI
ALAMAT : LOT 17 KAMPUNG SERUKAM, 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH
NO HP :016-5603105
EMAIL : alimnoty93yahoo.com
STATUS : BUJANG
TARIKH LAHIR : 31.08.1993


Aslamualaikum.Nama saya Muhamad Mualim bin Ghazali.Saya pelajar diploma
pendidikan awal kanak-kanak.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-bapa saya yang
banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya dan banyak menasihati saya semasa saya
membuat kerja ini.
Dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang
juga membantu saya dan banyak member idea-idea yang bernas kepada saya untuk saya
melakukan tugas ini.Terima kasih kerana banyak membantu saya.Budi anda tidak dapat saya
lupakan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Intan Azlina Binti Abdullah
kerana banyak memberi saya ilmu yang amat berguna kepada saya yang dapat saya gunakan satu
hari nanti.Terima kasih puan.Ilmu yang puan beri ini tidak akan saya lupakan sehingga akhir
hayat saya







PENGENALAN

Tugasan pada kali ini ialah mengenai akta-akta pelajaran dan juga mengenai persekitaran
dan juga kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengerusan tadika atau taska yang telah
saya lawati.
Terdapat beberapa akta yang telah digubal untuk memastikan keselamatan dan keselesaan
kanak-kanak semasa sesi pelajaran dan juga sesi bermain untuk mereka.Akta-akta ini telah
digubal semasa tahun 60 an kerana kerajaan merasakan perlunya ada akta-akta ini untuk menjaga
keselamatan dan juga agar menjamin keselamatan kepada kanak-kanak yang memasuki tadika
atau taska terbabit.
Oleh kerana adanya akta-akta terbabit,pemilik tadika atau taska ini perlulah mematuhi segala
akta-akta terbabit agar kanak-kanak tersebut berada di dalam penjagaan yang rapi.Namun ada
sesetengah pihak yang tidak mematuhi akta-akta tersebut kerana menaggap akta-akta tersebut
banyak menyusahkan mereka.Mereka mementingkan keuntungan semata-mata dan tidak
langsung menghiraukan kanak-kanak yang telah mereka ambil untuk jagaan mereka..
Mereka adalah pihak yang diberi amanah untuk menjaga dan mendidik anak-anak para
pelanggan mereka dan mereka haruslah bertanggungjawab di atas segala kejadian yang terjadi
kepada kanak-kanak terbabit.
Oleh kerana itulah akta-akta ini telah digubal dan para pihak yang terabit haruslah
bertanggungjawab dan mengikuti arahan tersebut.Sebagaimana yang telah sya katakan tadi
terdapat beberapa akta-akta yang akan dapat kita lihat di dalam tugasan yang telah saya siapkan
ini seperti akta akta taman permainan dan juga akta keselamatan yang akan saya huraikan di
dalam tugasan yang telah saya siapkan pada kali ini. Semoga anda tertarik dengan tugasan saya
ini.Sekian.



PENULISAN ALAMAT
$
NYATAKAN PENULISAN ALAMAT TASKA TERSEBUT MEMATUHI AKTA YANG
DITETAPKAN.
Terdapat beberapa peraturan pada penulisan alamat di papan tanda setiap tadika.Pada papan
tanda terbabit haruslah ditulis dengan nama dan juga dimana taman premis itu didaItarkan
dengan huruI-huruI yang terang dan juga penulisan tersebut juga haruslah dengan bahasa
kebangsaan yang senang diIahami.Di papan tanda tersebut juga haruslah dipamerkan perakuan
pendaItaran yang telah didaItarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) di tempat yang
jelas.Merujuk gambar yang telah saya ambil ini,papan tanda terbabit tidak mematuhi aspek-
aspek yang ditetapkan oleh kerajaan.Pada papan tanda terbabit,mereka tidak mempamerkan
nombor pendaItaran perniagaan seperti yang telah ditetapkan.Tetapi ia hanya mempamerkan
nama tadika tersebut dan juga alamat tadika tersebut.Hal ini boleh dikaitkan dengan akta (308)
bahagian ( 2 ) nombor (12) iatu papan tanda tersebut haruslah menunjukan no pendaItaran
premis tersebut.


*papan tanda yang tidak mematuhi akta penulisan.



KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
SOALAN 2 :
BINCANGKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI
TADIKA/TASKA.

Diantara kemudahan-kemudahan yang telah disediakan ialah kemudahan pakaian seragam
yang telah disediakan oleh pihak tadika.Para ibu bapa tidak perlu bersusah payah untuk menjahit
pakian tersebut dan pakaian tersebut telah siap dijahit dan ianya adalah percuma.Walaupun
pakaian tersebut percuma dan tidak bebayar,namun pakaian seragam tersebut amat bersih dan
kemas sekali.Tadika tersebut menitik beratkan tentang kekemasan setiap pelajar mereka.Kanak-
kanak juga akan berasa selesa dan juga kanak-kanak tersebut akan bersemangat setiap hari untuk
ke tadika tersebut apabila mereka memakai pakaian seragam tersebut.
Di tadika tersebut juga terdapat kemudahan lain seperti kemudahan makanan.Makanan
tersebut telah disediakan oleh pihak pengurusan tadika terbabit.Oleh itu ibu-bapa tidak perlu
memasak dan tidak perlu menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka untuk pergi ke
sana.Pihak pengurusan akan menyediakan makanan dan kanak-kanak terbabit akan diberi makan
secara berjadual.Oleh itu ibu bapa tidak perlu risau lagi.Makanan yang disediakan oleh pihak
pengurusan dijamin bersih dan juga halal.Mereka juga tidak akan diberi makanan ringan seperti
keropok atau air bergas bagi mengekalkan kesihatan mereka pada tahap yang terbaik.
Tadika tersebut juga menyediakan kemudahan multimedia seperti televisyen dan juga pemain
cakera padat untuk keseronokan kanak-kanak tersebut.Kemudahan ini disediakan untuk
mengelakkan dari kanak-kanak tersebut bosan semasa berada di tadika tersebut.Televisyen
tersebut dapat kanak-kanak guna untuk menonton berita terkini atau juga untuk menonton cerita-
cerita tauladan yang telah guru-guru sediakan untuk mereka.Pemain cakera padat tersebut amat
berguna sekali kerana ia boleh memaparkan aktiviti-aktiviti pelajaran yang telah dimuat turun di
dalam cakera padat tersebut.
Terdapat juga kemudahan lain seperti pemadam api dan juga peti pertolongan cemas di tadika
yang telah saya lawati tersebut.kemudahan tersebut amat berguna sekali pada masa kecemasan
seperti kebakaran ataupun kanak-kanak tercedera semasa bermain.Kemudahan tersebut amat
penting dan kebanyakan pengusaha tadika tidak menyediakannya kerana menganggap yang
kemudahan tersebut tidak perlu berada di dalam premis tadika mereka.Mereka menganggap yang
pemadam api cuma membuatkan persekitaran mereka nampak semak.Perkara itu amat penting
sekali.
Selain itu pelan kebarakan juga amat penting kerana ia amat membantu sekali pada masa
kebakaran.Pelan tersebut dapat memberitahu ke mana yang harus kanak-kanak itu pergi semasa
berlakunya kebakaran di dalam premis tadika tersebut.
Tidak lengkap juga sebuah tadika tersebut jika tiada taman permaianan kerana seorang kanak-
kanak perlukan tempat untuk bermain kerana mereka amat gemar untuk bermain.Di tadika yang
telah saya lawati ini terdapat juga taman permainan yang luas dan juga beberapa alat
permainan.Permainan yang disediakan oleh pihak pengurusan juga mematuhi peraturan dan
selamat untuk kanak-kanak bermain.
Terdapat juga kemudahan seperti meja dan kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan
untuk keselesaan kanak-kanak semasa belajar.Kanak-kanak tersebut tidak perlu meniarap atau
menyandar di dinding kerana mereka boleh duduk di kerusi dan meja yang disediakan.Ini dapat
memudahkan kanak-kanak untuk menulis atau melukis.Kemudahan ini banyak membantu
mereka dan banyak memberikan keselesaan kepada mereka.
Kemudahan tandas juga terdapat di dalam premis tadika ini.Mengikut akta yang telah
ditetapkan,setiap premis tadika perlulah mempunyai sekuran-kurangnya sebuah tandas.Tandas
itu haruslah selalu di jaga rapi dan tidak kotor.Setiap masa pihak pengurusan perlulah
menguruskan tandas tersebut agar dapat mengekalkan kebersihan tandas itu.






*TELEVISYEN YANG TERDAPAT DI TADIKA TERSEBUT


*PAKAIAN SERAGAM YANG DISEDIAKAN



KEMUDAHAN PEMADAM API DAN KOTAK PERTOLONGAN CEMAS
* TANDAS YANG BERSIH DAN KEMAS




PERATURAN YANG TIDAK DIPATUHI
SOALAN 3 :
SENARAIKAN PERATURAN YANG TIDAK DIPATUHI DAN BINCANGKAN UNTUK
MENYELESAIKANNYA

Terdapat beberapa masalah yang dapat saya kesan semasa lawatan saya kesana iatu keadaan
di luar banggunan yang tidak terurus dan juga amat berbahaya untuk kanak-kanak.Keadaan di
luar yang semak samun amat berbahaya sekali kerana kemungkinan serangga berbisa mungkin
bersembunyi di dalam semak samun itu.Keadaan itu amat berbahaya sekali.
InIrastruktur banggunan juga banyak yang bermasalah.Terdapat beberapa kesan retakan yang
dapat saya lihat semasa berada di sana.Retakan itu mungkin akan dapat membuatkan banggunan
itu roboh jika tidak dibaikki.Keadaan pagar juga yang berkarat dan ada juga besi yang pagar
yang patah juga amat berbahaya sekali kerana ia mampu untuk mencederakan kanak-kanak
semasa mereka ingin keluar melalui pagar tersebut.
Kolam yang terdapat di tadika tersebut juga amat berbahaya sekali.Saya berkata begitu
kerana perlakuan kanak-kanak ini tidak dapat kita duga.Berkemungkinan semasa kanak-kanak
itu bermain,mereka tergelincir dan boleh jatuh di dalam kolam tersebut semasa mereka berlari-
lari.Sepatutnya mereka memasang pagar di sekeliling kolam tersebut agar kanak-kanak tidak
jatuh di dalam kolam itu.
Di sudut ilmu juga kurang menarik.Persekitaranya juga kurang kemas,tidak teratur dan juga
berbahaya.Terdapat juga ABM (alat bantu mengajar) yang telaah lama dan juga rosak tetapi
mereka membiarkannya tanpa digantinya dengan yang terbaru.Ini dapat membuatkan kanak-
kanak tersebut kurang memahami dan menyukarkan mereka untuk mempelajarinya.Hasil kerja
mereka juga tidak diletakkan di dalam almari dan guru cuma mengantungkanya di celah tingkap.
Selain itu,pintu hadapan tadika tersebut telah dimakan anai-anai dan telah mencacatkan
pemandangan tadika tersebut.Ketiadaan rak khusus untuk meletakkan dokumen-dokumen
peribadi tentang mereka juga adalah satu kelemahan yang dapat saya perhatikan semasa saya
berada di sana.Mereka mencampur adukkan dokumen pelajar dan juga dokumen pengurusan.Ini
boleh menyebabkan kekeliruan semasa para guru ingin mengambil dokumen peribadi untuk
kanak-kanak.Selain itu keadaan meja di dalam kelas itu amat sempit sekali.Jika dikutkan
akta,kanak-kanak perlulah ruang yang luas untuk belajar.
Selain itu,rak kasut juga tiada di dalam tadika tersebut.Ini membuatkan kasut para kanak-
kanak tersebut itu berselerak dan juga tidak kemas.Tong sampah juga tidak ada di dalam
kelas.Keadaan dapur yang tidak kemas dan juga berminyak itu juga amat berbahaya.Lantai dapur
yang lincin itu boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh semasa berlari-lari.
Oleh itu,saya mencadangkan agar pembaikan inIrastruktur amat diperlukan sekali untuk
tadika ini agar tadika ini nampak kemas dan juga bersih.Pemandangan tadika tersebut juga amat
dipulihkan.Ruang yang luas amat diperlukan untuk kanak-kanak di dalam tadika ini.Guru-guru
juga perlulah menggantikan ABM yang telah lama dan telah rosak agar kanak-kanak tersebut
dapat mempelajarinya dan memahami apa yang diajar dengan mudah.
Mereka juga perlu menyediakan permainan di dalam kelas agar kanak-kanak tersebut tidak
bosan semasa berada di dalam kelas.Mereka juga perlu membeli rak-rak baru agar dapat
meletakkan dokumen peribadi dan hasil kerja mereka agar nampak teratur.Guru juga perlu
membeli rak kasut agar kanak-kanak tersebut dapat meletakkan kasut mereka dengan kemas dan
lebih teratur.Itulah cadangan dan langkah-langkah yang dapat saya berikan untuk guru-guru di
tadika tersebut untuk menambah baikkan kualiti tadika tersebut.






PANDANGAN YANG MEMBANTU
SOALAN 4 :
Beri pandangan anda untuk membantu taska/tadika memperbaiki
perkhidmatannya


Pada pandangan saya,pihak pengurusan perlulah sentiasa berinteraksi dengan ibu bapa kerana
dengan perbincangan tersebut pihak pengurusan dapat mengenal pasti masalah dan juga
kekurangan yang terdapat pada kanak-kanak tersebut.
Di dalam perbincangan tersebut juga , pihak pengurusan dapat mencapai perseIahaman dan
berhubung dengan kesihatan , pemakanan dan juga perlakuan kanak-kanak itu semasa kanak-
kanak itu berada di rumah.
Selain itu , dengan perhubungan dengan waris,pihak pengurusan dapat mengetahui apa yang
telah diajar oleh mereka dapat atau tidak kanak-kanak itu Iahami dan diaplikasi atau tidak
semasa mereka berada di rumah kerana kanak-kanak selalunya mengaplikasi sesuatu pengajaran
jika mereka Iaham tentang apa yang telah mereka belajar semasa mereka berada di dalam
kelas.Jika kanak-kanak tidak memahami apa yang diajar,maka mereka tidak akan
mengaplikasikanya semasa mereka berada di rumah.









Diantara kesimpulan yang dapat saya rumuskan di dalam tugasan kali ini ialah terdapat
akta-akta yang harus di patuhi oleh pihak pengurusan untuk memastikan kanak-kanak dapat
berada di dalam keadaan yang selesa semasa mereka berada di tadika.
Mereka juga perlulah bertanggungjawab di atas segala kejadian yang berlaku kerana mereka
telah mengambil tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.Oleh itu,saya menyeru
kepada pihak pengurusan tadika agar mereka mematuhi peraturan dan akta-akta tersebut agar
kanak-kanak yang dijaga tersebut akan terus membesar di dalam keadaan yang cukup
sempurna.Terima kasih kepada anda yang mematuhi peraturan dan akta-akta.Teruskan dan anda
akan terus berjaya......SALAM......
















hLLp//wwwgooglecommy/search?hlmsqakLa+pendldlkan+1996
AKTA 1984 (AKTA 308) TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
hLLp//wwwgooglecommy/search?hlmsqakLa+penullsan+alamaL+LadlkaoqakLa+penulls
an+alamaL+Ladlkaaqfaqlaqlgs_smegs_upl1823l30991l0l31210l38l42l0l24l1l0l499l
2411l2322l9l0
Ak1A (308 ) 8APAClAn uuA nCM8C8 uuA 8LLAS

Anda mungkin juga menyukai