Anda di halaman 1dari 19

KONSEP DOSA

Terbahagi kepada 2 iaitu:


:Dosa besar
:Dosa kecil

APA ITU DOSA BESAR?

Dosa besar ialah dosa yang tidak mendapat keampunan oleh


ALLAH S.W.T ke atas pelakunya melainkan menerusi taubat yang
di sertai kalimah syaadah bagi medapatkan
Keampunan daripada ALLAH S.W.T

Dosa besar yang dilakukan oleh manusia ialah pembunuhan


Habil Qabil iaitu anak adam Nabi adam a.s perbuatan ini
kemudiannya berlarutan sepanjang zaman tanpa menghiraukan
balasan azab di akhirat mahupun hukuman di dunia.begitu juga
perbuatan syirik yang berlaku zaman dahulu hingga sekarang.
AL-QURAN telah merekodkan bahawa para rasul sentiasa
berdepan dengan masaalah syirik terhadap ALLAH S.W.T. Bahkan
keadaan ini telah menjadikan tugas utama mereka adalah untuk
menggembalikan pandangan,pemikiran atau lebih tepat iaitu
akidah manusia supaya mentauhidkan ALLAH S.W.T
3 KATEGORI DOSA BESAR

>Dosa besar menuju kufur


>Dosa besar menuju kufur ( Dengan khilaf)
>Dosa besar yang lain

DOSA-DOSA BESAR MENUJU KUFUR

Pengenalan

Dosa besar yang menuju kekufuran ke atas [Pelakunya terdiri


daripada 3 perbuatan iaitu syirik,nifak dan riddah.sesiapa yang
melakukan 3 perbuatan ini atau salah 1 daripadanya sahaja sudah
cukup menjadikan diri pelakunya sebagai orang yang syirik
terhadap ALLAH S.W.T
Tanpa mengira sama ada perbuatannya itu di sertai dengan niat
atau tidak.
SYIRIK

Syirik bermaksud menyekutukan ALLAH S.W.T


Dengan sesutau yang lain daripadanya samaada secara
rububiyyah,uluhiyyah atau ubudiyyah.contohnya (seseorang itu
percaya bahawa ada kuasa lain yang boleh mencipta
sesuatu,menyembuhkan penyakit-penyakit,menghidupkan dan
mematikan,mentadbir alam semesta dan memberi rezeki secara
Hakiki,begitu juga dengan perbuatan memuja atau menyembah
sesuatu yang lain yang di percayai berkuasa.

Dalil AL-Quran dan Hadith

1.Syirik merupakan perbuatan zalim yang sangat


Besar
2.Syirik adalah dosa yang tidak akan di ampunkan
Oleh ALLAH S.W.T
3.Syirik adalah perbuatan yang amat sesat
4.Manusia di larang daripada syirik kepada
ALLAH S.W.T dalam beribadah
5.Orang yang syirik adalah orang hilang arah
6.Orang yang syirik tidak akan masuk syurga
7.Orang yang syirik tidak akan mendapat kedamaian
Dan petunjuk
8.Orang yang syirik adalah perosak agama
9.Rasulullah s.a.w bersabda syirik adalah dosa yang
Amat besar
NIFAK

Nifak adalah menyembunyikan kekufuran di dalam hati tetapi


menzahirkan keimanan melalui lidah.orang yang yang
melakukannya di namakan sebagai munafik,iaitu orang yang
menyembunyikan keingkarannya terhadap islam di dalam hati
sebaliknya memperlihatkan keislaman dan keimanannya secara
zahir.

Apabila seseorang itu menjadi munafik maka dia telah melakukan


satu kesalahan yang amat besar dan tidak akan di ampuni oleh
ALLAH S.W.T
Hal ini ini disebabkan,munafik itu orang yang sesat dan kufur
terhadap ALLAH S.W.T
Golongan ini juga merupakan musuh dalam selimut di dalam
masyarakat islam

Dalil AL-QURAN dan Hadith

1.perbuatan nifak telah di jelaskan di dalam AL-QURAN

ALLAH S.W.T berfirman:

Maksudnya:
Dan sebahagian daripada manusia terdapat mereka yang
berkata:’’kami beriman kepada ALLAH S.W.T dan dari
akhirat’’sedangkan mereka bukan daripada golongan orang yang
beriman.
(Surah AL-BAQARAH 7:8)

RIDDAH

Riddah ialah keluar dari agama islam menerusi niat,kata-kata


perbuatan yang membawa kepada kufur.orang yang terkeluar
daripada golongan islam menerusi cara ini di sebut sebagai murtad
Orang yang mengungkapkan kata-kata yang membawa kepada
kufur.sama ada bergurau senda,ingkar atau iktikad adalah menjadi
kufur.orang yang mendustai rasul,menghalalkan perkara-perkara
yang di haramkan secara jimak juga kufur.
Kesemua keadaan ini boleh menjadikan seseorang itu kufur iaitu
murtad,tidak kira sama ada dia melakukan salah satu daripadanya
perkara tersebut kesemuanya (AL-NAWAWI,TT MINHAJ AT
TALIBIN:131)

Dalil AL-QURAN dan hadith

1.Orang yang kufur di murkai oleh ALLAH S.W.T dan tidak


Mendapat petunjuk
2.Orang yang murtad itu di perdaya dan didorong oleh syaitan
3.Orang murtad kekal di dalam neraka
4.Orang yang murtad di tuntut supaya bertaubat
Dan kembali kepada islam
5.Orang murtad yang tidak mahu bertaubat hendaklah di
Hukum bunuh.
DOSA-DOSA BESAR MENUJU KUFUR
(DENGAN KHILAF)

Pengenalan

Dosa-Dosa besar yang di maksudkan ialah membunuh


diri,meninggalkan solat fardhu dan amalan sihir.

MEMBUNUH DIRI

Membunuh diri merupakan perbuatan yang di haramkan di sisi


agama islam.orang yang membunuh dirinya sendiri
berkemungkinan besar di sebabkan oleh sikap putus asa dan tidak
berpandangan jauh.mereka juga tidak sedar bahawa setiap apa
yang berlaku itu adalah berdasarkan ilmu,iradat dan kudrat
ALLAH S.W.T
Tidak ada Sesuatu pun di dunia ini boleh terkeluar daripada qadak
dan qadarnya.oleh itu ALLAH S.W.T melarang hambanya berputus
asa daripada rahmatnya.

Dalil AL-QURAN dan hadith

1.ALLAH S.W.T melarang perbuatan bunuh diri sendiri


2.Berputus asa ialah sikap orang kafir
3.Berputus asa ialah sikap orang sesat
4.Orang yang membunuh diri akan kekal di dalam neraka
5.Rasullullah s.a.w tidak akan menunaikan solat ke atas jenazah
Membunuh diri
MENINGGALKAN SOLAT

Solat merupakan salah satu rukun islam yang 5.kewajipan


menunaikannya telah dinyatakannya dengan jelas di dalam AL-
QURAN,begitu juga dengan kesan daripada keingkaran untuk
melakukannya.solat bukan sahaja ibadah yang perlu di laksanakan
sebagai tanda penghambaan insan terhadap tuhannya.bahkan
amalan yang mengandungi pelbagai hikmah tersendiri maka
dengan sebab itu mereka yang meninggalkan solat adalah golongan
yang kufur atau sebaliknya.

Dalil AL-QURAN dan hadith

1.Solat merupakan perintah Daripada ALLAH S.W.T


2.Solat adalah ibadat yang berwaktu <5 waktu>
3.Solat mempunyai hikmah yang tersendiri
4.Orang yang meninggalkan solat akan di batalkan segala
Amalannya
5.Orang yang meninggalkan solat di sifatkan orang yang kufur dan
syirik
AMALAN SIHIR

Sihir di ertikan sebagai perkara-perkara luar biasa yang lahir


daripada seseorang melalui sesuatu amalan atau pengetahuan yang
tertentu.ia tidak di syarakkan oleh agama islam.malah kelahiran
perkara-perkara yang luar biasa tersebut tidak mempunyai sebab
yang nyata dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Dalil AL-QURAN dan hadith

1.mempelajari ilmu sihir disifatkan sebagai perbuatan kufur.

ALLAH S.W.T berfirman:

Dan mereka mengikuti apa yang di bacakan oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa sulaiman mengrejakan
sihir)padahal sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir),hanya syaitan-
syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir).mereka mengajarkan sihir
kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada kedua-dua malaikat di
negeri babil,iaitu Harut Dan Marut,sedangkan kedua-keduanya tidak
mengajarkan (Sesutu) kepada seseorang pun sebelum
mengatakan:’’sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kamu kafir.’’Maka mereka mempelajari daripada kedu-dua
malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat menceraikan antara
seseorang (suami)dengan isterinya.mereka itu(ahli sihir)tidak memberi
mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun,kecuali dengan izin
ALLAH.dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya
dan tidak memberi manfaat.demi sesungguhnya mereka telah meyakini
bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah)dengan sihir itu tiadalah
baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka
menjual dirinya dengan sihir,kalau mereka ketahuinya

2.Ahli sihir dianggap sebagai tidak berjaya


3.Sihir dianggap Sesuatu yang membinasakan

DOSA BESAR YANG LAIN

Terdapat beberapa perbuatan yang di kategorikan sebagai amalan


yang membawa kepada Dosa Besar terhadap pelakunya tetapi tidak
sampai ke tahap Boleh membawa Kufur.

1.MEMBUNUH
-Perkara yang di lakukan yang boleh menghilangkan nyawa seseorang

2.MAKAN RIBA
-Amalan dosa besar yang di sifatkan sebagai membinasakan

3.MAKAN HARTA ANAK YATIM


-Selain membunuh dan makan riba ia juga di sifatkan sebagai yang
Membinasakan.

4.LARI DARI MEDAN PERANG


-Perbuatan yang mengelak atau melarikan diri dari turut memerangi
Musuh-musuh islam

5.ZINA
-Bermaksud memasukkan Nasyafan ke dalam Faraj perempuan (selain isteri)
Yang di haramkan (Al-Nawawi,Minhaj Al-Talibin,T.TH : 132)
Perbuatan ini satu dosa besar yang di ampuni sekiranya pelakunya taubat
Memohon taubat daripada Allah s.w.t

6.QAZAF
-Menuduh seorang wanita yang cuai melakukan zina

7. HUBUNGAN JENIS SELAIN ZINA

!) LIWAT
-Lelaki dan lelaki @ wanita melalui Dubur

!!) LESBIAN
-Wanita dan Wanita

8.HUBUNGAN JENIS DENGAN BINATANG


-Memperkosa binatang melalui memasukkan Nasyafan ke dalam Dubur
Binatang tersebut

9.MENCURI
-Mengambil harta orang lain secara sembunyi dari pada tempat simpanannya
Yang sesuai

!) Rukun Jenayah Curi

-Pencurian
-Pencuri
-Barang yang di curi

10.MENYAMUN
-Mereka yang menghunuskan senjata dan mengganggu jalan-jalan
Yang menimbulkan ketakutan kepada orang awam
(pengguna jalan desa atau di Bandar)

11.MINUM ARAK
-Ialah sesuatu yang boleh memabukkan dan menghilangkan akal fikiran.

12.MENDERHAKA KEPADA IBU BAPA


-Hukumannya berdosa dan haram
-Jangan berkasar pada keduanya

13.TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT


-Zakat Fitra,Perniagaan,Ternakan,Tanaman Dan Lain-Lain

14.MEMBUAT PERKARA DUSTA TERHADAP


(RASULLULLAH S.A.W)
-Berbohong sewaktu berkata-kata,Berhujah atau Lain-Lain
-Melakukannya Telah Di Janjikan Balasan Di Akhirat Nanti

15.MEMAKI HAMUN
-Antara Dosa Besar Yang Amat Dasyat Di Larang Sebagaimana Dosa-Dosa
Besar Yang Lain
-Boleh Menyebabkan Perbalahan Antara Sesama Manusia Khususnya
Pihak Yang Terbabit
16.MENGUMPAT
-Menyebut Keburukan Orang Lain Yang Tidak Di sukainya Tanpa
Di ketahui Oleh Orang Tersebut

17.HASAD DENGKI
-Mengharapkan Kehilangan sebarang Nikmat Yang ada pada orang lain
Sama ada nikmat itu beralih datang kepadanya atau tidak

18.MENYEKAT ORANG LAIN MELAKUKAN AMALAN MAKRUF


-Di masjid,surau,madrasah dan lain-lain

19.MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
-Sentiasa menjaga hubungan baik sesame sendiri

20.MENYAKITI JIRAN
-Membuat jiran sesama kita merasa kurang senag terhadap kita

21.MENYAKITI DAN MENYEKSA ORANG ATAU BINATANG


-Antara perbuatan keji yang di larang oleh islam

CARA MENGHAPUSKAN DOSA BESAR

(1) Bertaubat kepada Allah S.W.T denagn taubat Nasuha

(2) Menerima hukuman seperti sebat 40 rotan bagi kesalahan meminum


arak

(3) Memohon kemaafan daripada orang yang di lakukan kesalahan


tersebut
APA ITU DOSA KECIL

Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak di berikan amaran azab


yang keras di akhirat dan tidak di peruntukan hukuman tertentu Di
dunia

ANTARA DOSA-DOSA KECIL

-Melihat aurat orang yang bukan muhrim

-Membawa Al-Quran ke Dalam Tandas

CARA-CARA MENGHAPUSKAN DOSA KECIL

(1) Melakukan Amalan fardhu seperti sembahyang lima waktu atau


Mengeluarkan zakat

(2) Melakukan Amalan sunat seperti beristiqhfar,membaca Al-Quran


dan berzikir
KONSEP PAHALA

Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan


salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan
yang paling mulia.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah
mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

ANTARA PAHALA YANG DI BERIKAN

1. TAUBAT
"Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit
dari barat, nescaya Allah akan mengampuninya" HR.
Muslim, No. 2703.
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima tobat
seorang hamba selama ruh belum sampai ketenggorokan".

2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU


"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu
jalan menuju surga" HR. Muslim, No. 2699.

3. SENTIASA MENGINGATi ALLAH


"Mahukah mereka aku tunjukkan kepada amalan-amalan
yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam
tingkatan darjat, lebih utama daripada mendermakan
emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi
musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun
menebas batang leher Mereka. Mereka berkata: "Tentu",
lalu beliau bersabda: (( Zikir kepada Allah Ta`ala ))"
HR. At Turmidzi, No. 3347.
4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN
KEBAIKAN
"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang
menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat
pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari, Juz. X/ No.
374 dan Muslim, No. 1005.

5. BERDA`WAH KEPADA ALLAH


"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk
(kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang
yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka
sedikitpun" HR. Muslim, No. 2674.

6. MENGAJAK YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG


MUNGKAR.
"Barangsiapa diantara Mereka melihat suatu
kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran
itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan
lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan
hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman" HR.
Muslim, No. 804.

7. MEMBACA AL QUR`AN
"Bacalah Al Qur`an, karena sesungguhnya ia akan datang
pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada
pembacanya" HR. Muslim, No. 49.

8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA


"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al
Qur`an dan mengajarkannya" HR. Bukhari, Juz. IX/No.
66.
9. MENYEBARKAN SALAM
"mereka tidak akan masuk syurga sehingga beriman, dan
tidaklah Mereka beriman (sempurna) sehingga berkasih
sayang. Maukah aku tunjukan suatu amalan yang jika
Mereka lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara
mereka? (yaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim, No.54.

10. MENCINTAI KARENA ALLAH


"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat:
((Di manakah orang-orang yang mencintai karena
keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam
naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain
naungan-Ku))" HR. Muslim, No. 2566.

11. MEMJENGUK ORANG SAKIT


"Tiada seorang muslim pun menjenguk orang muslim yang
sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000
malaikat bersalawat kepadanya hingga petang hari, dan
apabila ia menjenguk pada petang harinya mereka akan
selawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan
diberikan kepadanya sebuah taman di syurga" HR.
Tirmidzi, No. 969.

12. MEMBANTU MEMBAYAR HUTANG


"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam
kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di
dunia dan di akhirat" HR. Muslim, No.2699.

13. MENUTUP AIB ORANG LAIN


"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di
dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari
kiamat" HR. Muslim, No. 2590.

14. MENYAMBUNG TALI SILATURAHMI


"Silaturahmi itu tergantung di `Arsy (Singgasana
Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku
maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan
barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan
dengannya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.
15. BERAKHLAK YANG BAIK
"Rasulullah SAW ditanya tentang perbuatan yang boleh memasukkan
manusia ke dalam syurga menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi
pekerti
yang baik" HR. Tirmidzi, No. 2003.

16. JUJUR
"Hendaklah muslim berlaku jujur karena kejujuran itu
menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan
jalan menuju syurga"
HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.

17. MENAHAN MARAH


"Barangsiapa menahan marah walhal ia mampu
memperlihatkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan
memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya
untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi,
No. 2022.

18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS


"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak
terjadi di dalamnya pergaduhan dan sebelum berdiri
dari duduknya ia membaca do`a:

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku


bersaksi bahwa Tidak ada (Tuhan) yang berhak
disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan
bertaubat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari
dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut" HR.
Tirmidzi, Juz III/No. 153.

19. SABAR
"Tidaklah sesuatu bencana menimpa seorang muslim baik
seperti malapetaka, keresahan, rasa letih, kesedihan,
rasa sakit, kesusahan seolah-olah duri
menujuknya kecuali Allah akan mrngampunkan kesalahan-kesalahannya"
HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.
20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA
"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...!
Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau
bersabda: ((Barangsiapa yang menderhakai dan melupakan kedua orang
tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian
ia tidak bisa masuk syurga))" HR. Muslim, No. 2551.

21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN


"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir
miskin sama juga dengan orang yang berjihad di jalan
Allah" dan saya (perawi-pent beliau berkata:
((Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak
pernah jemuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak
pernah berbuka" HR. Bukhari, Juz. X/No. 366.

7 Sebab Pahala DiTolak Allah


Pada suatu hari seorang lelaki bertanya kepada Muaz bin Jabal r.a tentang
hadith yang paling menyentuh hati yang pernah didengar sendiri dari
Rasulullah saw, lalu beliau terdiam dan menangis agak lama kemudian
menceritakan pesanan baginda saw kepada beliau, bahawa sesungguhnya
setiap tingkat langit itu ada malaikat penjaga dan masing-masing ditugaskan
menghalang pahala 'amal 'ibadat seseorang yang mempunyai sifat tertentu
dari melepasinya untuk sampai kepada Allah swt.

1. Langit pertama
- Pengumpat - seorang yang suka mengumpat keji.

2. Langit kedua
- Bermegah dengan Kebendaan - pangkat..jawatan...wang..nama....ilmu dan
sebagainya.

3. Langit ketiga
- Takbur - seorang yang sombong...bongkak dan merendahkan orang lain

4. Langit keempat
- Ujub - seorang yang merasa bangga dengan kehebatan pada diri sendiri

5. Langit kelima
- Hasad dengki - seorang yang hasad dengki... cemburu kejayaan orang iri
hati dan sebagainya.
6. Langit keenam
- Tidak bersifat Rahim - seorang yang tidak bersifat pengasih penyayang
kepada semua makhluk Allah.

7. Langit ketujuh
- Riak - seorang yang suka memperlihatkan amal..menunjuk-nunjuk serta
mencari pujian manusia.

Setelah pahala amalan seseorang dapat melepasi semua halangan di tujuh


lapisan langit tersebut, maka pahala amalan seseorang itu akan dibawa
menghadap Allah swt.

Lantas Allah swt berfirman kepada malaikat:

"Kamu semua penjaga amalan hamba-hambaku sedangkan aku pengawas


dirimu. Sebenarnya amalan dia bukan untuk mendapat keredhaanku semata-
mata, maka aku laknatkan ke atasnya".

Justeru semua malaikat pun turut melaknat termasuk tujuh petala langit dan
bumi serta segala isinya.

Pengajaran

1. Kesemua 7 sifat di atas mudah menghinggapi diri semua manusia


dan amat susah untuk dibuang, kita hendaklah sentiasa mengawasi diri dan
hati agar tidak merosakkan pahala amalan kita dengan cara sentiasa mencari
ilmu dan beristighfar di samping berdoa.

2. Renungkan selama ini setakat langit ke berapakah atau banyak


manakah pahala amalan kita yang telah berjaya melepasi pintu-pintu langit
dan yangtelah berjaya dibawa menghadap Allah swt.

3. Jika seorang yang bergelar sahabat besar Rasulullah saw yang bernama
Muaz bin Jabal r.a pun berasa gerun dan takut lalu menangis bila
mengenangkan pesanan Nabi saw ini di manakah dan bagaimanakah
kedudukan kita di hadapan Allah swt ?.
4. Janganlah kita mensia-siakan pahala amalan yang kita lakukan dengan
sifat-sifat negatif di atas.

5. Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki diri dan amalan kita
sebelum tiba masanya kita dipanggil untuk mengadap Allah swt.

6. Sama ada susah atau senang, berat atau ringan, suka atau tidak
itulah pra syarat yang mesti dipenuhi untuk melayakkan kita bertemu dengan
Allah swt namun ia tidak mustahil untuk dicapai asalkan kita dapat
mengikuti jalan-jalan yang telah dilalui oleh para kekasihnya.

7. Alangkah indahnya dunia ini sekiranya semua manusia dapat menghayati


dan menghindari sifat-sifat negatif di atas demi kesejahteraan hidup di dunia
dan akhirat.

YA ALLAH JANGANLAH SIA-SIAKAN AMAL KEBAJIKAN KAMI


YANG SEDIKIT INI....AMPUNKANLAH SEGALA DOSA KAMI.... JIKA
ENGKAU TIDAK MERAHMATI KAMI NESCAYA KAMI TERMASUK
DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI.

Anda mungkin juga menyukai