Anda di halaman 1dari 5

HBPE3103_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Senaraikan DUA tugas pembantu pengadil dalam permainan bola sepak. (2)

2.

Di dalam undang-undang permainan bola sepak, terdapat prosedur balingan masuk bola ke padang. Senaraikan prosedur tersebut. (2)

3.

Cara memegang raket tenis dalam permainan tenis bergantung kepada jenis pukulan. Senaraikan DUA cara memegang raket tenis. (2)

4.

Bilakah suatu balingan penjaga gol dibenarkan di dalam permainan bola baling? (2)

5.

Di dalam permainan hoki, sudut penalti akan diberikan kepada penyerangpenyerang apabila pemain dari pasukan pertahanan lawan melanggar peraturan-peraturan. Senaraikan peraturan-peraturan tersebut. (2)

6.

Senaraikan faktor-faktor yang perlu difikirkan sebelum memilih sistem pertandingan dalam permainan bola tampar. (2)

HBPE3103_SEM SEPT08/F_AH

7.

Di dalam permainan bola tampar, bilakah dikira bola keluar (ball out) dalam suatu pertandingan? (2)

8.

Apakah kesalahan pemain yang boleh mengakibatkan seorang pengadil memberikan faul dalam suatu pertandingan bola jaring? (2)

9.

Senaraikan DUA faktor yang menyebabkan pengadil melakukan satu lambungan untuk memulakan permainan permainan bola jaring. (2)

10.

Apakah peralatan yang diperlukan untuk permainan bola jaring? (2)

HBPE3103_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Sebagai pengadil permainan tenis, anda dikehendaki memahami beberapa undang-undang permainan tersebut.

(a)

Senaraikan protokol atau cara-cara mendapatkan skor yang boleh dilakukan oleh pemain-pemain tennis. ( 10 )

(b)

Senaraikan cara-cara pemain boleh memenangi mata daripada pihak lawan. ( 10 ) (Jumlah: 20)

2.

Anda telah ditugaskan untuk melatih pemain sekolah menengah di bawah 15 tahun dalam permainan bola baling.

(a)

Anda dikehendaki memperkenalkan jenis-jenis jaringan bola baling. Senaraikan cadangan jaringan tersebut. ( 10 )

(b)

Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan. Huraikan secara ringkas, strategi-strategi tersebut. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBPE3103_SEM SEPT08/F_AH

3.

Sebagai seorang pengurus organisasi kejohanan bola tampar, anda dikehendaki memahami pengurusan permainan tersebut.

(a)

Senaraikan kategori sistem pertandingan bola tampar yang boleh anda cadangkan. ( 10 )

(b)

Cadangkan contoh visi, misi dan objektif sebuah organisasi permainan bola tampar. ( 10 ) (Jumlah: 20)

4.

Anda merupakan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah menengah. Anda ditugaskan untuk mengajar permainan bola jaring kepada murid-murid dalam pendidikan jasmani sekolah tersebut.

(a)

Senaraikan jumlah dan posisi pemain-pemain bola jaring.

( 10 )

(b)

Jelaskan secara ringkas jenis-jenis hantaran bola dalam permainan bola jaring. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBPE3103_SEM SEPT08/F_AH

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Sebagai seorang jurulatih bola sepak anda dikehendaki merangka beberapa strategi permainan untuk memastikan pasukan anda berada di dalam keadaan yang optimum.

(a)

Apakah faktor-faktor yang akan anda pertimbangkan untuk membentuk strategi tersebut? (8)

(b)

Apakah sistem yang akan anda cadangkan untuk strategi tersebut dan berikan justifikasi anda. ( 12 ) (Jumlah: 20)

2.

Anda telah terpilih menjadi seorang jurulatih baru permainan hoki di sebuah sekolah elit sukan. Anda dikehendaki untuk melatih bakat baru di sekolah tersebut oleh pihak pengurusan sekolah.

(a)

Terangkan dengan terperinci mekanik memukul bola yang betul kepada bakat baru tersebut. ( 10 )

(b)

Bagaimanakah anda merancang untuk melatih bakat baru tentang kemahiran asas menjaga gol dan posisi bersedia yang betul bagi seorang penjaga gol. ( 10 ) (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai