Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2-Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama

pada musim perayaan . Berikan pendapat anda untuk


mengurangkan kemalangan jalan raya .
Menjelang musim perayaan , jalan raya di negara kita turut menyaksikan

angka korban yang semakin meningkat dari setahun ke setahun . Peningkatan angka

korban di jalan raya ada kaitannya dengan peningkatan jumlah kenderaan yang

memasuki lebuh raya dan jalan-jalan utama untuk pulang ke kampung halaman .

Justeru , suatu langkah bersepadu perlu digerakkan oleh semua pihak .

Antara langkah yang perlu diambil ialah melalui pendidikan . Dalam hal ini ,

para pengguna jalan raya perlu dididik tentang langkah-langkah keselamatan seperti

pemakaian topi keledar yang betul , disiplin di jalan raya dan memupuk sikap prihatin

terhadap orang lain .

Selain itu , pengambilan lesen memandu perlu lebih ketat . Tempoh belajar

memandu perlu melepasi tahap yang lebih lama di samping pemantauan berterusan

daripada tenaga pengajar yang bertauliah . Dalam soal ini , sekolah-sekolah

memandu perlu lebih bertanggungjawab dan tidak memikirkan soal keuntungan

semata-mata .

Seterusnya penguatkuasaan perlu lebih tegas . Pihak penguatkuasaan tidak

seharusnya mengambil enteng terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pengguna-

pengguna jalan raya . Kesalahan-kesalahan berat seperti memotong di garisan

berkembar serta tidak mematuhi lampu isyarat perlu dikenakan hukuman yang berat

tanpa tolak ansur .

Namun yang lebih penting , pengguna jalan raya perlu lebih bertanggungjawab

dan sayang akan diri sendiri . Sikap mementingkan diri sendiri , tidak sabar dan

menggunakan kemudahan jalan raya dengan cara yang salah amat tidak wajar .
Kesimpulannya , kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan melalui

kerjasama semua pihak . Sikap pengguna yang mementingkan diri sendiri seperti

enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis agar jalan raya

kita menjadi medan yang selamat kepada semua pengguna .

1.tahap – had masa ; tempoh


2.bertauliah – orang yang diberi kuasa oleh pemerintah
3.enteng – mudah
4.tidak wajar – tidak sesuai
5.dikikis - dibuang