Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur.

Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo). Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna "menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk". Taekwondo mempunyai beberapa warna tali pinggang yang menunjukkan peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.

Putih Kuning Hijau Biru Merah Hitam

Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke pangkat seterusnya. Tali pinggang hitam mempunyai 9 peringkat bagi ITF dan 10 peringkat bagi WTF. Peringkat atau pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "Dan". Pemegang 10 Dan hanya ada 5 orang sahaja di dalam dunia dan mereka semuanya berketurunan Korea.

Apabila seseorang itu mencapai peringkat 4 Dan, mereka layak untuk membuka kelas atau akademi sendiri. Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa iaitu World Taekwondo Federation (WTF), International Taekwondo Federation (ITF) dan Global Taekwondo Federation (GTF).

Penubuhan Taekwondo di Sekolah Saya telah ditugaskan untuk membangunkan sebuah kelab sukan kokurikulum yang belum pernah ditubuhkan di sekolah saya iaitu Kelab Taekwondo. Kelab Taekwondo yang akan saya tubuhkan ialah Kelab Taekwondo yang berasaskan International Taekwondo Federation (ITF). Terlebih dahulu, matlamat penubuhan kelab Taekwondo ini adalah untuk memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, penubuhan kelab ini juga adalah untuk memberi peluang kepada semua pelajar yang ingin menjadi ahli seni mempertahankan diri serta mempunyai nilai kepimpinan dan berdisiplin. Objektif penubuhan Kelab Taekwondo adalah supaya ahli kelab dapat menghargai alam semula jadi dan memupuk aspek semangat bertanggungjawab terhadap penjagaan persekitaran yang sihat. Ahli kelab boleh menyumbang kepada pendidikan alam sekitar di sekolah terutamanya melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan. Penubuhan kelab ini juga bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar untuk mewakili sekolah ke kejohanan peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan terutamanya Sukan Malaysia. Di samping itu, objektif penubuhan kelab ini juga adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan mempunyai tubuh badan yang sihat, mempunyai kerohanian yang tinggi serta mampu memberi tumpuan dalam apa jua bidang yang diceburi. Permohonan penubuhan Kelab Taekwondo akan dihantar kepada pengetua dan disokong oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum sebelum ia disahkan menjadi kelab kokurikulum rasmi di sekolah. Sebelum itu, saya harus membuat permohonan kepada International Taekwondo Federation (ITF) untuk melayakkan kelab kami beroperasi secara sah.
2

Tenaga pengajar bagi aktiviti seni bela diri ini akan dilantik sama ada dalam kalangan guru yang berkelayakan ataupun pihak luar yang mempunyai kelayakan dalam bidang pengajaran Taekwondo iaitu mempunyai sekurang-kurangnya peringkat pertama tali pinggang hitam serta diiktiraf oleh persatuan Taekwondo kebangsaan. Di samping mempunyai tali pinggang hitam dalam seni bela diri Taekwondo, tenaga pengajar tersebut juga harus mengikuti kursus kejurulatihan daripada International Taekwondo Fedration (ITF).

Contoh tenaga pengajar Taekwondo : Ariffin Zain

Gelanggang yang digunakan ialah sama ada gelanggang badminton, dewan sekolah, padang bola sepak ataupun gelanggang bola keranjang kerana keluasan padang boleh menampung ramai ahli dan cukup mudah untuk melakukan aktiviti. Jika ahli tidak ramai, aktiviti boleh dijalankan di dalam bilik khas. Walaubagaimanapun, ahli-ahli Kelab Taekwondo akan didedahkan dengan gelanggang sebenar dengan mengunjungi serta menyertai aktiviti-aktiviti luar seperti pertandingan Taekwondo, persembahan seni bela diri dan sebagainya.

Contoh aktiviti Taekwondo yang dijalankan di padang sekolah

Contoh gelanggang Taekwondo 4

Contoh aktiviti Taekwondo di bilik khas (bilik Taekwondo)

Keahlian Kelab Taekwondo ini dibuka kepada semua murid sekolah yang berminat. Permohonan untuk menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Ahli-ahli kelab mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian secara aktif bagi menjayakan tujuan kelab ini. Kelab Taekwondo haruslah mempunyai guru penasihat. Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Guru penasihat kelab akan mempunyai kuasa mutlak dalam

menentukan hala tuju kelab, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Guru Penasihat juga hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan bagi mengetahui segala perkembangan dan situasi yang berlaku dalam Kelab Taekwondo. Seterusnya, guru penasihat akan membuat penilaian kokurikulum ahli-ahli Kelab Taekwondo. Bagi pemilihan ahli jawatankuasa pula, mesyuarat akan dijalankan dan akan dilantik semasa mesyuarat agung dijalankan. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab juga layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan pula hendaklah menghantar surat

perletakan jawatan kepada Guru Penasihat Pembahagian Ahli Jawatankuasa Kelab Tekwondo
5

hendaklah terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, bendahari dan ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa pula boleh dilantik bergantung kepada keperluan semasa. Bidang tugas pengerusi mencakupi beberapa aspek. Antaranya ialah mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Pengerusi juga bertanggungjawab dalam meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Di samping itu, pengerusi juga harus menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa. Naib Pengerusi pula bertugas membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Beliau juga ditugaskan untuk mempengurusikan semasa mesyuarat

ketiadaan pengerusi serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru

penasihat dari masa ke semasa. Setiausaha bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat kelab. Setiausaha juga berperanan untuk mencatat dan menandatangani minit mesyuarat atau laporan kegiatan aktiviti Kelab Taekwondo sekolah. Di samping itu, setiausaha ditugaskan untuk mencatat kehadiran ahli serta menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Beliau juga akan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa. Bendahari bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab. Beliau juga membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Bendahari bertanggungjawab menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. Beliau akan melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Di samping itu, bendahari perlu menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa. Ahli Jawatankuasa ditugaskan untuk membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan serta mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Ahli jawatankuasa juga akan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Bagi aspek kewangan pula, sumber utama kewangan Kelab Taekwondo adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung. Kelab Taekwondo juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. Bagi tujuan up grading pula, kos pembiayaan untuk permohonan akan ditanggung oleh ahli sendiri. Draf kewangan Kelab Taekwondo adalah seperti berikut : Bil Kuantiti/ Unit 70 Butir-butir/ Item-item Harga Seunit Amaun Catatan

Baju T Sekolah : 1) Pertandingan Taewkondo antara Bahagian 2) Pertandingan Taekwondo Sparring Antara Sekolah 3) Pertandingan Taekwondo peringkat negeri Makanan & Minuman bagi wakil sekolah :

RM 20.00 RM 1400.00 Hanya murid yang terpilih sahaja.

2 70

RM 12 x RM 1680.00 Hanya murid yang 1) Pertandingan Taewkondo antara 2hari = RM terpilih sahaja. bahagian 24.00 2) Pertandingan Taekwondo Sparring Antara Sekolah 3) Pertandingan Taekwondo peringkat negeri Yuran penyertaan & Bayaran insuran : 4 Body Protector ( size 2 , 3, 3 & 4 ) Reversible Head Gear ( L & XL ) Groin Guard ( Boys ) Kicking target ( single )

70 3 4

RM10 RM 1050.00 + RM 5 = RM 15.00 RM 180 RM 720.00

5 6 7

4 2 10

RM 150.00 RM 600.00 RM 80.00 RM 160.00 RM 50.00 RM 500.00 Jumlah : RM 6110.00


7

Bagi kelahadiran dan penyertaan, ahli Kelab Taekwondo dikehendaki untuk menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun. Kegagalan sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk berbuat demikian sebab. Tindakan

memotong markah kehadiran dalam penilaian berbuat demikian.

kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

Contoh ahli Kelab Taekwondo sekolah

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas dalam peraturan Kelab Taekwondo sekolah. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan Kelab

Taekwondo dan ahli yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah menerusi dua cara iaitu amaran lisan dan amaran bertulis. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat kelab secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan adalah sah sehingga ia dipinda. jawatankuasa, guru penasihat

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli

atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar.

Kesimpulan Secara keseluruhannya, penubuhan Kelab Taekwondo di sekolah adalah satu usaha murni dalam membentuk nilai sahsiah serta disiplin yang tinggi dalam kalangan ahli kelab. Nilai disiplin tinggi yang diamalkan di dalam aktiviti-aktivi kelab juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar sekolah. Secara tidak langsung, masalah disiplin seperti gangsterisme dan buli juga dapat dikurangkan. Walaubagaimanapun, penubuhan Kelab Taekwondo sekolah haruslah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta mengikut landasan peraturan sekolah. Permohonan daripada pihak pengurusan sekolah adalah amat penting bagi melancarkan segala aktivit-aktivi yang akan dilaksanakan kelak.

Anda mungkin juga menyukai