Anda di halaman 1dari 5

Aku yang pernah bergelar guru a.k.

a Sir
oleh Haikal

'Hah.Mama dah carikan kerja utk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau? kata
mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar
disitu sekitar 2004. Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja
masih lagi di situ, belum pudar..Cantik!

'Ma.malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu`ai, jadi maintainer kat kelab
bowling kat City Plaza tu. Best sket aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada
Tu`ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja, dan balik
awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum
balik ke rumah. Bila lagi?

'Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi
daItaq kat sekolah tu mak aku membantah.'Laa.ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-
rupanya arahan mandatori cetus hati aku.Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh
raya PLUS nampak kosong. Seperti Iikiran aku yang kosong. 'Apa aku nak buat kat sekolah
tu nanti? Dah la kena mengajaq Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi.
Mampoih. Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatori.

Habis takat tu.
Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan
memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar
bandar. (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar
daripada luar Bandar`. Maknanya sangat sangat terpencil).

Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali
sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di
sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

Biar aku ceritakan.

1. Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk skip`
hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan Sains 1.
' Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, Ior 2 months bla..bla..bla
Now I would like to know each oI you beIore I begin my lesson. Please state your name,
ambition and where are u Irom. Ok. let us start Irom u
' err.sir. Saya tak pandai cakap nglis. Bahasa Melayu buleh dak?
Aku jawab ' Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih
' I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir
'Ok takpa.teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana

Dalam hati 'mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1
pun tak berapa gheti BI?

2. Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada
dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh
mengajar pun.
' Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu ShariIah. Saja nak berkenalan dengan
kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dgn cita-cita. Hah kamu.mula
' Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm.perbaik gheta Sir. Pak saya ada kedai pomen
gheta kat pekan

'OK takpa, kamu aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam
nak lari keluar dari kelas.
' Saya.nama Ku Nazim Sir. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku (memang disebut LEMU,
bukan lembu). Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun
kedengaran lemu. Saya diganti dengan Ku.bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung
kat tempat aku.
'Sebab apa nak jaga lembu?
'Ku tak tu dey. Pak ku banyak lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia`
' Oo.ya ka? aku menyetujui kata-katanya

Dalam hati ' Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi
doktor. Saintis. Paling koman pun Polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang
bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naiI.tapi kalau dibandingkan dengan anak Bandar
yang sebaya, depa ni jauh naiI. Seolah-olah tiada langsung cita-cita

Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin
belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka utk terus
berada di sekolah dari jam 730 hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan
mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang
sedikit buat bekalan anak bangsa ini.

Lalu.bagaimana ingin mempunyai cita-cita?

3. Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in
Science and Technology (EST). Tingkatan 4 dan 5.

Untuk tingkatan 4.semua Iail untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.
Untuk tingkatan 5.ada seorang 2 sahaja yang luluih ataih pagaq untuk subjek EST. Untuk
Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus. Tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu
pun.aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu ' Hah.besa la tu. Budak-budak sini
bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan mau pun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau
hang tengok budak-budak yang ambik Sains dgn Math dalam BI kat sekolah ni semua tak
luluih. Habuk pun takdak kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang
digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

' Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak
nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung.
Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak
tau sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di
mukanya.

!&AH AAK BASA terngiang lagi perkataan tu dalam Iikiran aku sampai sekarang.

4. Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4
orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang
dalam satu bulatan kat belakang.

' Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam
kelas (Pelik kan. Mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Tapi apa boleh buat...
Payah. Susah. Kesian dengan mereka yang tak Iaham apa-apa)

Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh
berbisik:
' Depa tengah main Sing-Kong Sir
'Menatang apa tu? aku bertanya kehairanan.
'Judi (Sing-kong. lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi
dia dapat duit syiling tu)
' Budak-budak kat belakang.baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak
mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq! tegas aku dalam nada separuh
bengang.

'Ok sir jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng
kepala dan teruskan pengajaran 'Mari Mengenal Bahasa Inggeris

'Ok kelas.kalau I.padan dengan Am
'I am
'kalau he atau she yang maksudnya Dia.padan dengan Is
'He is

Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar Bandar. Ops.di luar lagi daripada luar bandar.
Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai
orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga
orang melayu.

Kesimpulan mengenai system pendidikan Malaysia:

1. Hancur.
Sistem pendidikan yang hanya memihak kepada orang di bandar memang hancur. Dulu,
bolehlah pelajar-pelajar luar bandar ni dapat walaupun sedikit ilmu sains dan matematik
kerana mereka Iaham apa yang diajar sebab diajar dalam bahasa ibunda mereka. Sekarang?
Tak dak!
Alasannya adalah untuk mewujudkan semangat persaingan. Kalau tak dipaksa, mereka tak
akan belajar. ITU ALASAN SEMATA-MATA.

Berpijaklah ke bumi yang nyata wahai menteri-menteri terutamanya Menteri Pelajaranku!
Cuba kalau hangpa yang datang mengajar di sekolah tu. Hangpa akan jadi tertekan seperti
juga guru-guru di situ. Malah sepatutnya lebih lagi. Sebab hangpa menteri yang
bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Budak-budak di sekolah hilang langsung minat
untuk belajaq sains dan matematik. Sampaikan soalan 4 divide by 2 equals? pun.terkial-kial
nak kena cari makna divide dan equal dulu.

2. Tak adil.
Cikgu-cikgu di luar bandar dikerah melakukan macam-macam. Buat kelas tambahan itu ini.
Pelajar bukan datang pun. Sebab mereka tak mahu.

Sebab apa tak mahu?
Sebab meraka tahu mereka tak akan lulus. Sebab mereka tahu, mereka akan hanya masuk
paling tinggi pun ke politeknik. Sebab mereka tahu, mereka tak akan ke mana. Tiada
universiti dalam hidup mereka. Tiada obersi. Tiada. Tiada. Tiada.

Sebab apa mereka sebegitu, begitu pessimistic?
Sebab mereka tak mampu. Nak cari guru tuisyen macam orang Bandar? Nak beli buku
ulangkaji 2 3 buah? Mana nak cari duit?

Ayah buat bendang, tu pun tumpang bendang orang lain. Mak menoreh getah. Tu pun pokok
getah orang lain. Abang gheja pomen gheta. Tu pun kat kedai pomen orang lain. Mana ada
duit?

Apa yang mereka ada?
Mereka ada kelas tambahan di sekolah yang jadi tenaga pengajarnya adalah cikgu-cikgu
sekolah tu jugak. Yang pagi tadinya mengajar dalam kelas, dan mereka tak Iaham. Petang,
bila buat kelas tambahan, cikgu yang sama jugak. Mestilah tak Iaham jugak.
abeh tu, buat apa aku mai kelas tambahan?`

3. Mengarut.
Tok-tok menteri.saya nak tanya. Ada dak hangpa hantaq anak-anak hangpa mengaji kat
sekolah kerajaan macam yang kat atas? Paling koman pun, SBP. Paling koman pun MRSM.
Dan yang paling menarik.pak menteri yang dok push supaya system yang ada sekarang ni
diteruskan pun hantaq anak belajaq kat sekolah swasta.

Tolonglah pak menteri. Berpijaklah di bumi nyata. Takkan bila hari ni Bahasa Inggeris
menguasai dunia, kita belajaq Sains matematik dalam BI. Esok lusa kalau bahasa Cina naik
jadi bahasa utama dunia? Waktu tu hangpa terketaq-ketaq nak suruh orang melayu belajaq
sains matematik dalam Bahasa Cina? Tak ka bercelaru system pendidikan Malaysia waktu tu
Kita ada golongan luar Bandar yang mereka nak juga pandai sebagaimana orang-orang di
Bandar. Tapi mereka kurang kemampuan. Janganlah aniaya mereka. Kalau menteri sendiri
pun tak hantar anak belajar di sekolah kerajaan.tidakkah itu mengarut???

Sedikit pengalaman manis:

1. 'Sir.awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq
English.

2. 'Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni.saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah
lepaih nih

3. 'Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak
pi.mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main salji pun kami dah rasa best. Sir jangan
lupa naa.

4. 'Sir, nak ambik gambaq dgn Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat sir

5. 'Ni sir.hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni sir (menitis air mata aku
bila aku bukak kotak hadiah tu.hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam
aku nampak ada dijual di pekan nat (pekan sehari).harganya hanyalah sekitar RM2. Moga
Allah sahaja yang mampu balas keikhlasan kamu semua anak-anak muridku)

5. 'Sir.ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir
'Mana dia? aku tanya kembali.
'Dia tak mau mai sekolah hari ni.dia sedih

6. 'Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. Insha Allah kita jumpa lagi. Kalau
sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber caIe) kat
pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa.
Kalau dak.saya tak mau layan

Dan sehingga ke hari ini.memang ada yang menulis pada aku.tapi dalam BI yang dhaiI.
Takpalah.semangat kalian aku hargai.

Dan ada juga pengalaman-pengalaman lain.yang tak manis diceritakan di sini.
maklumlah.cikgu muda katakan.

Anda mungkin juga menyukai