Anda di halaman 1dari 15

1

BAB I
PENGENALAN

1.01 Pendahuluan
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia
teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaI baru,
penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan
program utama. Antaranya, Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan
Kaunseling (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah
Menteri, 2002). Bayaran InsentiI Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003;
Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi
memastikan murid Islam menguasai Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat
sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003) dan terbaru Program Penutur Jati di bawah
dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (Kelulusan Kabinet, 8
Julai 2009) bagi menggantikan PPSMI yang akan dimansuhkan pada 2012 setelah mendapati
dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar dan pada masa yang sama menjejaskan pencapaian pelajar.



2

1.02 Lakar Belakang


Kerajaan telah memperkenalkan kurikulum baru Bahasa Inggeris kepada murid Tahun 1 mulai
tahun 2011 dalam usaha memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di
negara ini (Tan Sri Muhyiddin Yassin, 2010).
Menurut Timbalan Perdana Menteri (2010), melalui kurikulum baru tersebut, murid sekolah
akan mengikuti pembelajaran Bahasa Inggeris yang lebih menarik dengan pendekatan sesuai
yang memberi penekanan terhadap aspek penguasaan bertutur dan menulis dalam Bahasa
Inggeris.
Kita mahu melihat anak-anak kita dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi
melalui pendekatan yang lebih sesuai, iaitu perubahan pada bentuk atau Iormula yang ringkas
seperti language art` atau komponen tatabahasa, tetapi dibuat secara fun learning` dan bertutur
menggunakan nahu betul supaya kita kuasai bahasa Inggeris British yang standard (Tan Sri
Muhyiddin Yassin, 2010).
Justeru, kerajaan akan mengambil 365 tenaga pengajar pakar Bahasa Inggeris dari luar negara,
termasuk United Kingdom dan Australia secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut kluster
untuk membimbing guru Bahasa Inggeris tempatan mengenai teknik pengajaran yang dapat
membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih baik. Ini kerana kerajaan percaya dengan
cara ini, walaupun kita tidak meneruskan P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI), pembelajaran Bahasa Inggeris akan lebih baik lagi.
Sehubungan itu, program Penutur Jati Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Tahap 1 akan
dilaksanakan di semua negeri mulai tahun 2011. Ia merupakan salah satu strategi dan program di
3

bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memperkukuhkan penguasan Bahasa Inggeris di sekolah (Bahagian Pembangunan Kurikulum
KPM, 24 Januari 2011) yang dilaksanakan untuk murid-murid Tahap 1 sekolah rendah terpilih di
semua negeri di Malaysia mulai 2011 hingga 2013.
Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Oleh yang demikian, guru terlibat
adalah semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris Tahun 1, 2 dan 3, di mana mereka perlu
menghadiri sesi input proIesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh
penutur jati (mentor) selama 2.5 jam setiap minggu. Semua guru yang terlibat dalam program ini
wajib menjayakan semua aktiviti yang dijalankan termasuk wajib hadir dalam sesi latihan
4ntinu4us Pr4fessi4nal Devel452ent (CPD) yang diadakan dua minggu sekali selepas sesi
persekolahan (Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, 8 Mei 2011).
Tempoh pelaksanaan program adalah selama 2 tahun 7 bulan iaitu bagi tahun pertama dan tahun
kedua masing-masing selama 11 bulan dan 9 bulan bagi program tahun ketiga. Isi kandungan
program ditetapkan oleh Teacher Pr4fessi4nal Devel452ent (TPD).
Di bawah dasar MBI Tahap 1 Kementerian Pelajaran Malaysia, sebanyak 75 buah sekolah yang
terlibat di negeri Terengganu yang dibahagikan kepada 15 kluster, iaitu 10 buah sekolah masing-
masing di daerah Besut, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman, 18 buah sekolah di
daerah Kuala Terengganu dan 7 buah sekolah di daerah Marang. Setiap kluster dibimbing oleh
seorang penutur jati, iaitu mentor. Mentor-mentor ini ada yang berasal dari Amerika, New
Zealand, Britain, Ireland, Ukraine, AIrika Selatan, Kanada dan Australia yang dikendalikan oleh
4

sebuah syarikat yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka dibayar gaji
agak lumayan, elaun sewa rumah, sebuah kereta proton saga dan teleIon bimbit berGPS.
Program ini dilaksanakan berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), KPM 2011 hingga 2013
yang telah ditetapkan bersama pihak KPM dan vendor bagi tempoh satu tahun (Bahagian
Pembangunan Kurikulum KPM, 11 April 2011) adalah seperti berikut ;
1) Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input proIesional (bersama penutur
jati untuk membantu membina kapasiti guru) dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan
kluster atau zon (termasuk sesi 2ent4ring secara individu, sesi latihan in situ).
2) Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurang-
kurangnya sekali setiap dua minggu.
3) Penambahbaikan P&P di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrumen
pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Pemerhatian tersebut akan berIokus
kepada :
a) Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran secara eIektiI
b) Tahap dan kualiti penglibatan murid dalam bilik darjah
c) Teknik penilaian dan pentaksiran
4) Peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru Bahasa Inggeris dengan
menggunakan instrumen yang digubal bersama KPM dan vendor.
5) Kuantiti dan kualiti bahan P&P Bahasa Inggeris yang dibina dalam bentuk cetak dan
elektronik yang boleh digunapakai di dalam dan di luar bilik darjah.
Lantaran itu, Iokus utama mentor-mentor tersebut adalah merancang, membina program dan
aktiviti untuk guru Bahasa Inggeris, bersemuka dengan guru-guru dalam kelompok,
5

membimbing guru, tunjuk cara dalam kelas semasa P&P berlangsung yang berIokus kepada
bagaimana guru perlu mengendalikan P&P secara berkesan yang berpusatkan murid.

1.02.1 Strategi MBI
Strategi memperkukuh Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut ;
Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris peruntukan waktu bagi sekolah kebangsaan Tahap
1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah TransIormasi Kurikulum
Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan
Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular.
Asas berbahasa ack t4 asics) Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan
penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Ph4nics di samping
menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts.
Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
idik Hibur Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P
bahasa yang menarik dan eIektiI dijalankan melalui aktiviti menyanyi, fa:: chants, ch4ral
s5eaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera
Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan EkstensiI disediakan
bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.
6

Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Kurikulum Bahasa Inggeris akan
mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan
kepada istilah / kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.
Penetapan Model Bahasa Inggeris model $tandard ritish English digunakan sebagai
panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan,
penulisan dan tatabahasa.
Perkongsian dan 1aringan Guru sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan.

1.03 Pernyataan Masalah
Di sekolah kita sebenarnya mengalami kekurangan guru beropsyen Bahasa Inggeris. Selama ini
guru beropsyen lain seperti opsyen Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup membantu mengajar
mata pelajaran Bahasa Inggeris (NUTP, Oktober 2009).
Menurut salah seorang mentor Program Penutur Jati, Mr. Peter (bukan nama sebenar), nisbah
guru bukan opsyen yang terlibat dalam program ini ialah 60:40. Justeru, berdasarkan
transIormasi kurikulum dan strategi pelaksanaan dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI),
pengkaji ingin memahami guru-guru bukan opsyen yang mengajar Bahasa Inggeris yang terlibat
dalam program ini.
Berdasarkan literatur, program baru ini melibatkan perubahan dasar yang mempunyai implikasi
terhadap guru dan murid. Berdasarkan kajian Abdul Wahab Mohd Arshad, Nurul SyaIinaz Ishak,
Nurulhani Baharudddin, Faizah Hanim Othman dan Halisa Mohd Darus (2011), Program
7

English Teaching Assistant (ETA) memberi impak secara menyeluruh bukan sahaja kepada guru
dan pelajar, sebaliknya kepada semua warga sekolah serta komuniti sekitarnya.
Terdapat kajian yang telah dijalankan untuk menyiasat hubungan di antara sikap, motivasi dan
pencapaian pelajar dalam bahasa yang menggunakan Penutur Jati (Native $5eaker). Gardner &
Lambert (1959; 1972), AnisIield & Lambert (1961), Lukmani (1972), Feenstra & Santos (1970),
Oller, Hudson & Liu (1977), Oller & Chihara (1978) dan Oller & Asakawa (1977) mendapati
hubungan yang signiIikan antara sikap dan motivasi dengan pencapaian bahasa.
Di samping itu, menurut Ivor Timmis (2002), dalam kajiannya Native-s5eaker n4r2s and
Internati4nal English. a classr442 view`, mengatakan 'there were differences between the
English I taught and the English I used.
Lantaran itu, penyelidik ingin mengkaji pandangan guru bukan opsyen yang mengajar Bahasa
Inggeris tentang program Penutur Jati dengan melihat aspek penerimaan dan kesediaan guru
terhadap program tersebut.

1.04 Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memahami guru-guru yang bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris
yang terlibat secara langsung dengan Program Penutur Jati yang telah diperkenalkan kepada
murid-murid Tahun 1 mulai 2011 dengan melihat aspek penerimaan dan kesediaan mereka
terhadap program tersebut.
1.05 bjektif Kajian
8

ObjektiI kajian adalah untuk mengetahui;


1) Pandangan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati
2) Penerimaan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati
3) Kesediaan guru Bahasa Inggeris membimbing murid-murid menguasai literasi asas

1.06 Persoalan Kajian


Bagi mencapai tujuan dan objektiI kajian, beberapa persoalan diIormulasikan seperti berikut;
1) Apakah pandangan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati ?
2) Bagaimanakah penerimaan guru Bahasa Inggeris terhadap Program Penutur Jati ?
3) Sejauh manakah kesediaan guru Bahasa Inggeris membimbing murid-murid menguasai
literasi asas ?

1.07 Kepentingan Kajian
Di antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut ;
1. Guru dapat mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka dari aspek bertutur,
membaca, menulis dan mendengar sebagai penanda aras untuk meningkatkan lagi
proIesionalisme.
2. Guru juga dapat mengenal pasti masalah mereka dalam berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris dan merancang strategi untuk mengatasi masalah tersebut agar P&P lebih berkesan
3. Melalui dapatan kajian, guru boleh berusaha dalam meningkatkan lagi tahap penguasaan
komunikasi dalam Bahasa Inggeris
9

4. Proses P&P juga boleh berjalan dengan lancar sekiranya guru dapat menguasai kemahiran
berbahasa Inggeris dengan baik
5. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak atasan seperti Ketua Jabatan agar lebih peka
terhadap masalah Bahasa Inggeris dalam kalangan guru

1.08 efinisi perasional
1.08.1 Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI)
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional
dan antarabangsa (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

1.08.2 Penutur 1ati
Penutur jati ialah orang yang bertutur menggunakan bahasa ibundanya. Dalam konteks kajian ini,
penutur jati ialah tenaga pengajar pakar Bahasa Inggeris (mentor) dari luar negara bagi
membantu guru-guru bahasa Inggeris meningkatkan kualiti P&P mereka (NUTP, Oktober 2009).

1.08.3 Program Penutur 1ati
Salah satu strategi dan program di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI)
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasan Bahasa Inggeris di sekolah
(Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM, 24 Januari 2011) yang dilaksanakan untuk murid-
murid Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri di Malaysia mulai 2011 hingga 2013.

10

1.09 Rumusan
Bab ini telah menghuraikan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan dan
objektiI kajian, kepentingan kajian serta deIinisi operasional. Bab ini juga menghuraikan
Program Penutur Jati di bawah dasar MBI dengan strategi yang telah digarap oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).
Memetik kata-kata mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dalam
ucapan beliau di majlis pelancaran Hari Guru 2002 '....kita harus 2eneri2a hakikat bahawa di
dala2 era gl4balisasi 5enguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa asing yang uta2a sangat
berguna untuk 2eningkatkan keu5ayaan 2eni2ba il2u 5engetahuan dala2 5elbagai bidang
sains tekn4l4gi ter2asuk IT dan 2eningkatkan 5eranan yang lebih luas dan berkesan dala2
hubungan antara bangsa`.
Lantaran itu, pengajaran bahasa Inggeris di sekolah dilihat sangat penting ke arah usaha tersebut.
Selaras dengan ini, murid telah mula diajar untuk menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa
Inggeris sejak di sekolah rendah lagi. Selain itu, penekanan pendidikan ditumpukan kepada
kemahiran berkomunikasi supaya murid beroleh pengetahuan berbahasa dan berkomunikasi
sekali gus.



BAB II
TIN1AUAN LITERATUR
11


2.01 Pendahuluan
Kajian ini bertujuan untuk memahami guru yang bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris yang
terlibat secara langsung dengan Program Penutur Jati yang telah diperkenalkan kepada murid-
murid Tahun 1 mulai 2011 dengan melihat aspek penerimaan dan kesediaan mereka terhadap
program tersebut.
Kajian yang lepas mengenai program ini sukar diperolehi dalam negara kita kerana program ini
adalah program yang baru diperkenalkan oleh KPM. Walau bagaiamanapun, terdapat kajian-
kajian yang telah dijalankan di luar negara mengenai penutur jati.
Justeru, bab ini akan menyentuh tentang teori-teori berkaitan, beberapa kajian yang telah dibuat
berkenaan dengan program tersebut serta literatur berkaitan kajian ini.

2.02 Teori-teori Berkaitan
2.02.1 Teori Motivasi Pencapaian
Mengikut kajian McClelland (1961, 1985), setiap individu mempunyai motivasi untuk mencapai
kejayaan tetapi dengan keperluan yang berbeza. Oleh kerana setiap individu mempunyai
keperluan yang berbeza untuk mencapai kejayaan, maka semasa bekerja, ada menunjukkan sikap
positiI dan melibatkan diri secara aktiI, manakala ada melibatkan diri secara pasiI.
12

Oleh sebab mengejar kejayaan adalah dipandang sebagai keperluan manusia, maka teori
McClelland disebut sebagai Teori Motivasi Pencapaian. Mengikut kajian beliau, orang yang
berjaya dalam proIesion mereka mempunyai tiga ciri yang serupa, iaitu :
1. Mereka mempunyai sikap positiI, berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan kerja
dengan baik dan sempurna
2. Apabila menghadapi keadaan yang kurang pasti mencapai kejayaan, mereka sanggup berani
mengambil risiko yang munasabah
3. Mereka pula cekap menggunakan pemikiran reIleksi dan maklum balas yang nyata untuk
membetulkan kesilapan yang berlaku

2.02.2 Teori Motivasi Pencapaian Atkinson
Atkinson (1965) mengemukakan Teori Motivasi Pencapaian yang lebih mantap dan sempurna.
Teori beliau boleh dirumuskan dalam empat aspek yang utama seperti berikut :
1. Individu mempunyai minat mengejar kejayaan sama ada terhadap perkara, benda atau pun
orang lain
2. Apabila mereka mengahdapi situasi mengejar sesuatu, terdapat dua jenis motivasi yang
saling bertentangan akan timbul pada masa yang sama, iaitu 2engefar kefayaan dan
2engelak kegagalan. Fenomena psikologi ini disebutkan sebagai k4nflik 2enufu-2engelak.
Tindakan individu terakhir, iaitu sama ada menuju atau mengelak adalah bergantung kepada
kuasa yang mananya lebih kuat.
3. Kuat-lemah motivasi pencapaian individu tersebut di atas akan diputuskan berdasarkan
keIahamannya (kognitiI) terhadap situasi yang dia hadapi. Individu akan membuat keputusan
13

sama ada mengejar atau melepaskan sasarannya melalui penilaian diri berdasarkan
pengalaman dan keupayaannya, di samping menganalisis peluang kejayaannya.
4. Kuat-lemah motivasi pencapaian adalah berkaitan rapat dengan peribadi seseorang.
Biasanya, orang yang optimistik selalu memandang peluang kejayaan lebih daripada
kegagalan, motivasi mengejar kejayaan adalah kuat. Atkinson merujuk individu seperti ini
sebagai berorientasi pencapaian (achieve2ent-4riented). Sebaliknya, orang yang pesimistik
selalu memikirkan kegagalan, motivasi mengejar kejayaan adalah lemah. Atkinson merujuk
individu seperti ini sebagai berorientasi gagal (failure-4riented). Mengikut kajian beliau,
orang yang mempunyai peribadi berorientasi pencapaian suka menghadapi cabaran, tetapi
tidak berminat terhadap kerja yang terlalu sukar atau terlalu mudah. Manakala, orang yang
mempunyai peribadi berorientasi gagal, suka memilih kerja yang senang dan cuba
mengelakkan kerja tambahan, walaupun sedikit sukar sahaja. Mereka tidak ada kayakinan
terhadap kerja, tidak sedia mengambil risiko, tetapi hanya berminat kerja yang senang.

2.03 Kajian-kajian Berkaitan
2.03.1 Kajian Luar Negara
Berdasarkan kajian Ken Gattis (2008), program dan sekolah yang mengamalkan Pe2belafaran
Alternatif yang berkesan menitik beratkan tujuh prinsip iaitu; misi yang jelas, kepimpinan,
budaya dan watak, pembangunan secara proIesional, penglibatan ibu bapa dan komuniti, sukatan
pengajaran dan penyeliaan serta penilaian. Konsep program yang menempatkan pengajar-
pengajar dalam kalangan penutur jati Bahasa Inggeris ini adalah untuk membantu
mengendalikan aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris, di dalam dan luar kelas supaya terbentuk
14

keberkesanan pengajaran dan suasana persekitaran yang menjurus ke arah impak positiI kepada
para pelajar.





2.03.2 Kajian alam Negara
English Teaching Assistant (ETA) atau Program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris pada
dasarnya telah dilaksanakan di Negeri Terengganu bermula pada tahun 2006 dengan matlamat
bagi membantu meningkatkan keIahaman, kemahiran dan penggunaaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan para pelajar sekolah menengah di negeri ini melalui kaedah pelaksanaan kaedah
pengajaran atau pembelajaran alternatiI (Abdul Wahab Mohd Arshad, Nurul SyaIinaz Ishak,
Nurulhani Baharudddin, Faizah Hanim Othman dan Halisa Mohd Darus, 2011).
Program tersebut telah berjaya mengikis persepsi pelajar yang berpendapat bahawa Bahasa
Inggeris merupakan killer subfect malah mereka mampu berkomunikasi dengan lebih yakin.
Respons yang positiI daripada pelajar, kakitangan dan guru-guru terbukti apabila sebahagian
pelajar aspirasi mampu mengendalikan majlis dalam multi-lingual dan memberi ucapan ringkas
dengan penuh keyakinan, manakala kakitangan boleh menggunakan dialog harian dalam Bahasa
15

Inggeris. Impak program ini adalah menyeluruh iaitu bukan sahaja kepada para pelajar secara
khususnya, sebaliknya kepada semua warga sekolah dan komuniti sekitar secara amnya.